Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 22 Mac 2010

WHAT HAPPEN TO GENGBLOGGER?

Belalang mengenali gengblogger.com baru 2 minggu dan sepanjang bersama gengblogger nampak yang positif mengenai gengblogger dalam mengeratkan hubungan sesama blogger.

Tapi selama 2 minggu itu juga Belalang perasan yang sudah dua kali gengblogger mengalami masalah. first yang Belalang ingat web tak boleh buka. Dan problem hari ini pulak ada password ngan username di minta.

Tak salah Belalang gengblogger juga baru di bangunkan. So tak kisah sangat la kalau ade problem sikit-sikit macam nih. Pas nih lama-lama perfect la web tuh. Tapi yang Belalang tak boleh terima kalau benda-benda yang terjadi nih hasil kianat pihak tertentu. Mungkin ade yang dengki melihat gengblogger berkembang dengan hebat kebelakangan ini. sape tahu kan?

Ape-apepun gengblogger memang terbaik. Dan kepada yang dengki tuh, sudah-sudah lah. Takde faedah pun dengki-dengki sesama kita. Patutnya beri sokongan, bukan buat macam nih. Hope gengblogger cepat sembuh and kuar spital :-)

Jumaat, 19 Mac 2010

TRIBUTE TO HEROES-Bhg2

Cadangnye nak post story nih esok. Tapi di sebabkan esok Belalang nak picnic dengan family di Pantai Merdeka, maka terpaksa ler Belalang post malam (pagi kot?) nih.

Kalau post yang lepas belalang dah story pasal Bakri yang sangat rajin Menyumbang tenaga terhadap band-band underground (klik sini kalau belum baca), kali nih Belalang nak citer pasal sorang lagi individu nih. Dia bersama band pimpinannya adalah pencetus budaya skinhead di Malaysia. Mungkin sebelum mereka telah ada budaya skinhead di Malaysia. Tapi mereka telah meng'havoc'kan scene skinhead pada waktu itu hingga kini.


Megat (depan sekali)

Megat A.C.A.B atau mag skins bukan la kecil-kecil nama di kalangan pengikutnya. Sehingga kini masih aktif dalam industri muzik. Cuma penampilan Megat sangat-sangat berubah kini. Kejap lagi Belalang cerita perubahan bagaimana yang berlaku terhadap Megat.

Bermula dengan album 'Eastern Oii', Megat bersama bandnya terus menjadi perhatian. Selain daripada kelantangan vokal Megat, Kekuatan Megat dan A.C.A.B terletak pada lagu-lagu mereka yang catchy dan sedap telinga mendengar. Sesuai dengan konsep oi yang di ketengahkan. Penulisan lirik pula banyak berkisar tentang perjuangan, brotherhood dan isu semasa. Lagu seperti 'Fight For Your Right', Where Have All The Boots Boys Gone?', sehingga kini menjadi siulan dan dimainkan di jamming.

Berbalik tentang perubahan diri Megat, sewaktu perform di satu gigs pada pertengahan tahun sudah (rasa-rasanya), Megat telah mengejutkan pengikutnya dan juga followers underground lain apabila tampil perform dengan mengenakan jubah dan serban! Ramai yang tertanya-tanya adakah itu gimik Megat? Jika itu suatu gimik, memang tak patut la jugak. Tapi apabila majalah Mastika interview Megat, barulah sahih segalanya. Ya, Megat telah berubah menjadi alim (cakap pakai ana-ana lagi. Macam Akil la pulak). Banyak perkara-perkara yang pernah dilakukan dahulu telah di tinggalkan, tetapi mengakui yang mana perkara positif di dalam skinheads masih di amalkan dia.




Alhamdulillah sebab Megat talah mendapat hidayah ketika dia masih mampu untuk melakukan sesuatu terhadap dirinya sendiri. Semoga Megat lebih tenang apabila dirinya semakin dekat dengan pencipta-Nya.

Rabu, 17 Mac 2010

TRIBUTE TO HEROES-1





              Mungkin anda selalu melihat muka mamat nih, tapi tak begitu mengenali dia. Cuba anda perhatikan drummer (pemain drum) Azlan & the Typerwritter siapa? Kemudian lihat drummer Gerhana Ska Cinta siapa? Tak lain tak bukan orang yang sama. Dia adalah Bakri.
                Nama Bakri di arena bawah tanah (undergeound) sudah tidak asing lagi di kalangan pengikut scene ini. Bakri telah banyak membantu band-band yang kekurangan pemain drum. Bermula dengan Flop Poppy (Belalang rase nie band first yang menaikkan dia), kemudian dia mula bermain dengan Koffin Kanser, Republic Of Brickfields, Gerhana Ska Cinta dan yang baru Belalang perasan dengan  Azlan & The Typewritter Bakri ada jugak. Mungkin ada lagi band yang di anggotai oleh Bakri. Belalang sekadar menyebut beberapa nama band yang terlintas di fikiran
                Agak-agak kenapa Bakri aktif bermain dengan semua band-band di atas? Mungkin semangat tolong-menolong sesame kawan begitu kuat dalam diri Bakri. Atau pun dia memang seorang yang berbakat sehingga menyebabkan semua band terasa Bakri paling sesuai mengisi jawatan kaki pukul band meraka.
                Apapun reason yang di fikir, kehadiran Bakri memang di perlukan didalam perkambangan industri muzik kita. Tak kira la underground ke mainstream. Lagi pun sekarang nih sempadan antara underground Nampak seakan sudah tiada (rasanya memang dah tiada). mungkin Bakri ingin menimba pengalaman dengan bermain macam-macam style muzik. Tapi dalam masa yang sama dia telah merancak dan memantapkan band-band yang telah menggunakan khidmatnya.

Akan datang siapa pulakk???
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com