Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 26 November 2009

Selamat Hari Raya


    Pejam celik pejam celik dah sampai raya Aidiladha atau raya haji. Tak terasa cepat je masa berlalu. Belalang arini last day keje. Isnin nih start keje balik. Belalang raye umah mentua tahun nih. Suasana raya di kampung tak same feel dia macam raye kat pekan. Sambutan di kampung sure meriah.

    Kepada anda semua yang sudi berkunjung be blog serba kekurangan ini, Belalang ucapkan selamat hari raya. Raye elok-elok. Pandu, tunggang, jalan, lari, merangkak, tertiarap dengan selamat yea...

Keputusan bola sepak Liga Juara-juara Eropah

Kumpulan A:





Bordeaux (PER) 2 (Fernando 54, Chamakh 90+4), Juventus (ITA) 0


Bayern Munich (JER) 1 (Olic 62), Maccabi Haifa (ISR) 0




Kumpulan B:


CSKA Moscow (RUS) 2 (Necid 58, Krasic 66), Wolfsburg (JER) 1 (Dzeko 19)

Manchester United (ENG) 0, Besiktas (TUR) 1 (Tello 20)




Kumpulan C


Real Madrid (SEP) 1 (Higuain 21), FC Zurich (SUI) 0

AC Milan (ITA) 1 (Borriello 10), Marseille (PER) 1 (Lucho 16)




Kumpulan D


FC Porto (POR) 0, Chelsea (ENG) 1 (Anelka 69)

APOEL Nicosia (CYP) 1 (Mirosavljevic 5), Atletico Madrid (SEP) 1 (Simao 62) - AFP

Matahari

E-mail daripada seorang sahabat kepada Belalang sebagai renungan dan pengetahuan. Baca je la nak tau pe dia....




Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini.
Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana,
tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya
secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.
Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap,
sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu,
nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)

Rabu, 25 November 2009

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Kumpulan E

Debrecen (HUN) 0 Liverpool (ENG) 1 (Ngog 4)

Fiorentina (ITA) 1 (Vargas 28-penalti) Lyon (FRA) 0



Kumpulan F

Rubin Kazan (RUS) 0 Dynamo Kiev (UKR) 0
Barcelona (ESP) 2 (Pique 10, Pedro 26) Inter Milan (ITA) 0



Kumpulan G

Unirea Urziceni (ROM) 1 (Dragutinovic 45-gol sendiri) Sevilla (ESP) 0
Rangers (SCO) 0 Stuttgart (GER) 2 (Rudy 16, Kuzmanovic 59)



Kumpulan H

Arsenal (ENG) 2 (Nasri 35, Denilson 45+2) Standard Liege (BEL) 0

AZ Alkmaar (NED) 0 Olympiakos (GRE) 0.

Isnin, 23 November 2009

Face Book


Mark Zuckerberg

    Pernah guna Facebook?  tak pernah? memang ketinggalan betul la anda nih. Kalau tak penah guna, sekurang-kurangnya mesti pernah dengar rangkaian Facebook kan. Belalang akui yang Facebook adalah satu rangkaian sosial internet paling glamour masa ini. Malah laman-laman sosial lain seperti Friendster dan myspace pun telah di tinggal kebelang oleh Facebook.

    Dasyatnya penangan Facebook nih, sampaikan kawan Belalang sorang nih tak boleh tinggal lansung laman web sosial nih. 24 jam sure online kat sini. Ape yang buat dia asyik sangat, Belalang pun tak tahu.

    Tapi dalam kita sibuk suka sangat laman web nih, ade baiknya juga kita mengetahui sejarah kewujudan Facebook dan pengasasnya. Belalang terpanggil untuk mengetahui siapa pengasas Facebook, setelah Belalang baca komen dari satu laman blog. Kalau nak tahu artikel apa dan apa komen itu, klik disini.

    Belalang cuma mahu berkongsi biodata latar belakang pengasas web Facebook iaitu Mark Zuckerberg. Macam selalu Belalang copy and paste artikel nih dari laman wikipedia. So, harap dengan artikel dari Belalang nih akan menambahkan satu lagi pengetahuan am kita semua.


Mark Zuckerberg
Lahir     14 Mei 1984 (umur 25)
White Plains, New York
Pekerjaan     Founder, CEO & President of Facebook
Nilai harta kekayaan     Less than $1 Billion
Kepercayaan     Atheist

Mark Zuckerberg merupakan pengasas Facebook - sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga ketua eksekutif Facebook.

Kejayaan Facebook

Pengguna Facebook kini meningkat kepada 250 juta orang. Jumlah ini sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang anda telah lakukan. Palo Alto, ibu pejabat Facebook di California ditubuhkan pada 2004. Facebook mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation.

Pada Julai 2009, syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta) untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook.Syarikat Rusia itu, Digital Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas Facebook pada Mei 2009 dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta) untuk satu unit saham biasa Facebook.

Syarikat gergasi perisian komputer Amerika Syarikat, Microsoft telah membeli 1.6 % dalam Facebook bernilai AS$240 juta (RM859 juta) pada 2007.

Berpesan-pesan Sesama Insan


ASSALAMUALAIKUM...............
 
Gambaran  ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air

kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.

15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib

& 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya

disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


 
Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)


-Berpesan-pesan sesama insan-

Jumaat, 20 November 2009

Penampilan Baru Datuk K


Gambar dari izyan.com


    Nampaknye Datuk K dah start simpan janggut la sekarang. Nape ek? mungkin Dato' Siti yang suruh kot. Tapi pe2 pun misai Datuk K still maintain lagi. MIsai cari makan tuh. Hee (jangan marah Datuk, gurau je).

    So pada sape2 yang nak tengok lain-lain gambar Datuk K yang simpan janggut sekarang nih, klik je sini.

    Mungkin pas nih Datuk K boleh lak try buang misai encem dia tuh. Mana la nak tau akan nampak lagi macho. Try la Datuk. Ta sabar nak tengok nih.

Hee...

Khamis, 12 November 2009

Web Cilakak...

    Sebenarnya terlalu banyak laman web yang telah di bangunkan oleh orang-orang Yahudi di dalam dunia siber nih dimana setiap laman web mereka telah menghina dan memburuk-burukkan ajaran yang Belalang anuti (same gak sepeti kebanyakkan pengunjung blog Belalang) iaitu agama Islam yang di cintai.

    Terlalu banyak sebenarnya web puak-puak penentang Islam ini. Kalau nak kasi satu-satu link web nih, sampai 2012 pun tak abis lagi. Mereka bukan saja memburuk-burukkan agama Islam, malah nabi Muhammad yang kita cintai juga di acah mainkan oleh puak laknat nih.

    Blog-blog penulis Yahudi ini telah mentaksir ayat-ayat Al-Quran mengikut pandangan peribadi mereka sendiri yang dimana apabila kita orang Islam sendiri membaca penyataan itu akan terus berkata "ini fitnah. Mana ada petikkan surah nih bermaksud macam tu"...

    Belalang akan memberi dua link web yang menghina Islam. Sebagai orang Islam, kita wajib menentang mereka-meraka yang mempermain-mainkan agama Islam, Nabi kita Muhammad, serta tuhan kita yang satu ALLAH. Cukup la dengan pendedahan 2 laman web. Kalau anda rajin cari la sendiri. Tak susah nak cari web-web macam nih sebab macam Belalang tulis mula-mula tadi, terlalu banyak web hina Islam nih.

Web yang pertama :



 

Blog nih memaparkan video-video ayat Al-Quran, ceramah agama Islam, askar berperang (yang dikatakan orang Islam), serta grafik-garfik yang menyerupai nabi kita. kebanyakkan video di sini mempertikai ayat-ayat Al-Quran serta mengajak pengunjung membenci Islam yang di katakan agama pengganas. Biarkan Israel menyerang Palestin kerana jika Islam bangkit di dunia nih, maka mereka semua akan mati.(statement leh terima ker???)...

Web yang kedua lak :



 

Blok nih plak banyak story-story..........
Tak payah cerita korang tengok jela sendiri. Yang belalang dapat cakap blog nih banyak forum perbincangan dan salah satu cerita yang ade disini ialah tentang Islam

    Itu la antara dua web yang terang-terang dan tanpa takut menyerang Islam. Tujuan mereka cuma satu iaitu mewujudkan perasaan ragu-ragu dalam hati kita serta menghalalkan tindakan ketenteraan Israel terhadap rakyat Islam Palestin. Mereka juga cuma memecah-belahkan kita sesaudara Islam supaya kita menjadi lemah dan mudah mereka mengawal kita. Sebelum Belalang berenti menulis, Belalang nak pesan 2, 3 benda iaitu :
"Yakin terhadap Islam, Semaikan perasaan cinta Agama kita, Umat Islam perlu bersatu didalam apa jua keadaan"

Selasa, 10 November 2009

Hidup Mesti Terus


    Segalanya berlaku bagaikan mimpi. Perbuatan melebihi fikiran. dalam tak sedar Belalang sudah menyerahkan surat perletakkan jawatan Belalang di opis ini. Setelah dua tahun lebih Belalang menapak di sini, berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik, hari-hari belajar sesuatu yang baru, sehingga menukar identiti Belalang menjadi seorang yang tabah. Kawan-kawan di opis ini (sebenarnya patut panggil kakak dan abang)kami semua begitu mesra dan rapat sehinggakan terasa seperti ada ikatan kekeluargaan.

    Kepada Boss Belalang, Boss memang Boss yang paling best pernah Belalang jumpa. Walaupun jarang sekali Belalang masuk ke bilik Boss (bukan sebab takut tau), tapi sikap Boss yang begitu memahami staff bawahan seperti Belalang amat Belalang hargai. Kepada kawan-kawan, hangpa semua memang kawan, kakak and abang yang terbaekk...

    Tapi kepala otak nih masih lagi bertanya "Betulkah apa yang aku buat nih?..." Aiseh, sekali teringat lagu Rambi Sarip lak. Bak kata lirik tue, Perjalanan hidup ini, dimanakan berakhir?









PERJALANAN HIDUP

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi
Aku yang masih diperhentian hidup ini
Begitu jauh menggembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian
Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

BERKONGSI BAJU SEKOLAH

    Belalang dapat story nih melalui e-mail. Mula-mula baca citer nih agak sidh gak la. So jom la kita kongsi sama-sama citer yang Belalang paste nih...

BERKONGSI BAJU SEKOLAH
….
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Kisahnya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.


Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan .
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.


Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.


Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.


Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.


"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"


Dia terkejut dan wajahnya berubah.


"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya


"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"


" Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."


Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ……."


Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.


Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:
 Solat sunat 
 Puasa sunat 
 Berzikir 
 Bersedekah 
 Mengusap rambut anak yatim 
 Mendengar cerita2 kesusahan orang lain 
 Membantu orang susah

Jumaat, 6 November 2009

Kerabat Arab beri RM7 juta hargai kejujuran Rosmah

Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lalu, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan AS$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.

Beliau berkata, AS$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.

Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz.

"Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya. Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya.
Menurutnya, dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama.

"Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.

Selepas menerima cek ganjaran itu, beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak yang meminta beliau menguruskan wang itu secepat mungkin dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan.

"Saya juga meminta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri untuk ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya sumbangan ini bersih dan tiada pihak yang memutarbelitkan fakta," katanya.
Kotak yang ditemui itu dipercayai mengandungi beberapa keping cek.

Mamula Moon

    Pernah dengar lagu mamula moon???... Kalau belum cuba anda cari lagu itu. sedap dan relax sekali melodi lagu ini. Lagu ini ciptaan Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini telah di muatkan dalam satu album berjudul Paradise Isle tahun 1947 oleh kumpulan Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders.

    Anda tahu tak sejarah lagu Negaraku kita macam mana? Ada bermacam debat hebat yang mengatakan kita menciplak lagu ini dari Indonesia, Terang Bulan. Ada juga yang mengatakan Indonesia yang menciplak lagu ini dari kita.

    Jadi mana satu yang betul???... Belalang menemui satu artikel yang agak menarik mengenai lagu ini. Bacalah artikel dibawah ini. Memang sesuatu kenyataan yang memeranjatkan.




"Mamula Moon" ialah sebuah lagu klasik gaya Hawaii yang dinyanyikan oleh kumpulan Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders. Lagu ini dimuatkan dalam album Paradise Isle dan diterbitkan pada tahun 1947. Irama lagu ini mempunyai persamaan ketara dengan lagu "Lagu Terang Bulan", yang mengambil ilham dari lagu kebesaran negeri Perak, "Allah Lanjutkan Usia Sultan", pada tahun 1901 dan kemudiannya merupakan ilham kepada lagu kebangsaan Malaysia, "Negaraku", pada tahun 1957.

Penemuan mengenai persamaan lagu ini dengan lagu "Negaraku" dilaporkan dalam akhbar The Star bertarikh 30 Ogos 2005.[1] Pernah timbul perdebatan orang ramai bahawa lagu "Negaraku" menciplak lagu ini. Namun begitu, lagu rasmi negeri Perak yang menjadi asas "Negaraku" dipercayai dicipta oleh Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857, digunakan pada 1888. Sementara lagu "Terang Bulan" pula popular di Tanah Melayu dan Indonesia pada zaman 1930-an sedangkan lagu Mamula Moon pula hanya diterbitkan pada tahun 1947.

Khamis, 5 November 2009

Keputusan Liga Juara-Juara

Kumpulan E

Fiorentina 5 (Mutu 14, Dainelli 52, Montolivo 59, Marchionni 61, Gilardino 74) - Debrecen 2 (Rudolf 38, Coulibaly 70)

Lyon 1 (Lisandro Lopez 90) - Liverpool 1 (Babel 83)



Kumpulan F

Rubin Kazan 0 - Barcelona 0

Dynamo Kiev 1 (Shevchenko 21) - Inter Milan 2 (D.Milito 86, Sneijder 89)
Kumpulan G

Unirea Urziceni 1 (Onofras 88) - Rangers 1 (McCulloch 78)

Sevilla 1 (Jesus Navas 14) - Stuttgart 1 (Kuzmanovic 78)


Kumpulan H
Arsenal 4 (Fabregas 25, 52, Nasri 43, Diaby 72) - AZ Alkmaar 1 (Lens 82)

Standard Liege 2 (Mbokani 31, Jovanovic 88) - Olympiakos 0

Rabu, 4 November 2009

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Kumpulan A

Bayern Munich (GER) 0 Bordeaux (FRA) 2 (Gourcuff 37, Chamakh 89)

Maccabi Haifa (ISR) 0 Juventus (ITA) 1 (Camoranesi 45+2)



Kumpulan B

Manchester United (ENG) 3 (Owen 29, Scholes 84, Valencia 90+2) CSKA Moscow (RUS) 3 (Dzagoev 25, Krasic 31, V. Berezutsky 47)

Besiktas (TUR) 0 VfL Wolfsburg (GER) 3 (Misimovic 14, Gentner 80, Dzeko 87)





Kumpulan C

AC Milan (ITA) 1 (Ronaldinho 35-pen) Real Madrid (ESP) 1 (Benzema 29)

Marseille (FRA) 6 (Aegerter 3-o.g., Abriel 11, Niang 52, Hilton 80, Cheyrou 87, Brandao 90) FC Zurich (SUI) 1 (Alphonse 31)



Kumpulan D

APOEL Nicosia (CYP) 0 FC Porto (POR) 1 (Radamel Falcao Garcia 84)

Atletico Madrid (ESP) 2 (Aguero 66, 90) Chelsea (ENG) 2 (Drogba 82, 88)
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com