Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 31 Ogos 2010

Namewee: Nafi Klip Videonya Bebaur Perkauman

Namewee atau nama betulnya Wee Meng Chee menafikan klip video terbarunya yang sedang hangat diperkatakan berbaur perkauman. Korang boleh membaca kenytaan itu di bawah ini:-


Namewee berkata, lirik lagu dalam klip video itu menggambarkan perasaannya yang menolak tindakan pihak tertentu memainkan isu kaum selain sebagai tanda menyokong gagasan 1Malaysia cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Beliau yang berasal dari Muar mengakui pemilihan perkataan dalam klip video terbabit agak kasar, namun ia caranya menyampaikan mesej dengan berkesan, khusus kepada golongan yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.


“Jika saya tidak gunakan perkataan berat, mesej berkenaan tidak sampai. Klip video itu khas untuk mereka yang bersifat perkauman dan saya sebagai rakyat Malaysia tidak suka kepada golongan itu.


“Saya kecewa kerana dilabel begitu. Saya ada ramai kawan di kalangan orang Melayu, Cina serta India dan saya mahu hidup harmoni seperti orang lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sumber - Berita Harian.

-----------------------------------------------------------------------

Kepada Namewee, bukan sekali nih baru lu timbulkan masalah bro. sebelum nih pun lu dah pernah buat hal. Lu benci racist? Belalang sarankan lu dengar balik lirik-lirik lagu lu buat sebelum nih. Bukan je berbunyi racist, ade gak yang menyentuh mengenai isu agama. Benci racist konon, tergelak belalang...

**Sori kalau entry ini agak emo... Bukan bermaksud benci-membenci sesama kita. Hanya berharap keamanan sekarang mampu dipertahankan...

Isnin, 30 Ogos 2010

Tag Puasa Yangyok

Beberapa hari yang sudah Belalang menerima tag dari Kie-yu blog rumah4tingkat. Arini Belalang dengan senang hatinya membuat tag pasal puasa nih. Baca jangan tak baca:-


5 Perkara yang anda suka tentang bulan ramadhan-
a) Suka pegi terawih
b) Suka sesangat time berbuka
c) Suka tido lewat (kategori suka jugak kan?)
d) Suka buat-buat lupa pada jam (konon-konon terkejut la bila tengok 'time' dah dekat berbuka)
e) Suka main playstation sebab tak moh pikir sangat pasal 'time' (dulu la..time sebelum kawen)

5 Perkara yang best pada bulan puasa-
Err... Macam same je dengan soalan atas.. Baca balik jela yea jawapan atas punya.

5 Jenis makanan/minuman yang wajib ada masa berbuka puasa-
a) Air tebu (Perh...)
b) Murtabak (tak tahan)
c) Karipap (wajib!)
d) Nasik (kureng sket berbuka dengan nasi tahun nih)
e) Kurma (Sunnah tue)

5 Cerita best/tak best puasa anda-
a) Semenjak dari sekolah rendah, jarang meinggalkan puasa dengan sengaja (Best)
b) Suka terawih, tapi jarang dapat penuhkan sebulan (tak best)
c) Rezeki bertambah murah pada bulan puasa (best)
d) Tahun nih tak main mercun lansung sebab dah besar panjang (tak best)
e) Ade je bisnes sampingan untuk tujuan duit raya (best)

5 Orang yang terpaksa bocorkan rahsia puasa mereka (tak paksa tau)-
e) Mak

So Kie-yu, hope puas hati yea dengan jawapan-jawapan Belalang di atas. Satu Lagi Belalang nak ucapkan terima kasih pada semua yang pernah tag Belalang beri award. Kalau ade yang Belalang belum publish atau buat, sorry bebanyak yea. Insyaallah ade kelapangan macam pagi nih, Belalang akan buat (tue pun kalau penyakit nyanyuk Belalang tak datang)... Hee...

Sabtu, 28 Ogos 2010

Kegunaan Alarm Kereta Yang Tidak Ramai Ketahui



Semua orang sedia tahu yang kereta kita dilengkapi dengan sistem berpenggera (alarm) dimana apabila ada yang cuba membuka kereta tanpa mematikan dahulu alarm itu, ia akan berbunyi. Hal ini telah menyebabkan kereta-kereta terkini menjadi sedikit selamat dari dicuri. Kalau dengar juga kes kecurian kereta, sudah tentu perkara itu dilakukan oleh yang betul-betul otai dalam hal curi kereta. Yang amatur-amatur tak berapa berani.

Tapi tahukah korang yang alarm kereta ada satu lagi kegunaan yang ramai orang tidak begitu menyedarinya? Wanita-wanita yang tinggal bujang dan berseorangan korang patut tahu hal nih dan cuba buat. Mana tahu hal ini boleh menyelamatkan korang pada masa depan. Yea tak?



setiap malam selain memastikan rumah korang dikunci dengan selamat, pastikan kunci kereta korang yang ada alarm berada berhampiran dengan tempat tidur korang. Nak lagi best letak sebelah bantal. Kegunaan ia ialah apabila korang terasa seperti rumah korang dicerobohi atau memang confirm ada orang pecah masuk umah, korang jangan berlengah-lengah lagi. Terus capai kunci kereta dan bunyikan alarm kereta. selagi tak dapat respon dari jiran tetangga, jangan matikan bunyi itu.

Jiran korang tentu akan dengar bunyi itu dan akan memeriksanya kerana anda tidak mematikannya. Dan pencuri yang memasuki rumah anda sudah tentu akan terperanjat dan segera meninggalkan rumah anda.

Nampak bukan? Korang tak perlu berbelanja besar untuk memasang alarm rumah yang mahal-mahal. Memadai dengan alarm kereta korang. Zaman sekarang nih nyawa manusia dah macam takde harga. Jadi sebelum sesuatu yang buruk berlaku atas diri kita, lebih baik kita bersiap sedia dan beringat selalu kan?

Selamat mencuba!

Jumaat, 27 Ogos 2010

Paderi Melayu Dari Singapura: SMS Pula Tersebar

Sedang Belalang bersiap-siap untuk ke masjid bersembahyang Jumaat, tiba-tiba hanphone Belalang berbunyi ada sms yang diterima. Rupanya sms mengenai Paderi melayu yang kononnya baru sampai dari Singapura dan kini berada di Malaysia. Sms itu meminta si penerima supaya forward kepada sahabat-sahabat islam yang lain. Kira macam surat berantai la.

Kelmarin Belalang membaca kisah paderi ini melalui blog kawan-kawan. Di Facebook juga sudah heboh dengan perkara ini. Dan dalam diri ini tertanya-tanya akan kisah ini, muncul pula seorang blogger yang mengakui mengenali paderi itu dan pernah tinggal sekampung dengannya. Korang boleh membaca kisah itu disini. Wajib baca!.

Apa yang Belalang nak cakap, sesuatu perkara yang kita terima itu perlulah kita selidiki benar atau tidak perkara itu. Jangan terus menerima segala cerita yang kita terima bulat-bulat. Lagi-lagi perkara-perkara yang menyentuh mengenai agama. Memang sangat sensitif.

Korang jangan tak tau sebenarnya ada pihak yang iri hati melihat keharmonian kepelbagaian agama dapat tinggal bersama dengan semangat persaudaraan yang kuat di bumi bertuah ini Malaysia. Bermacam-macam cara dilakukan agar negara kita menjadi kacau-bilau. Jangan Sampai perkara-perkara seperti ini menggugat keharmonian yang sedang kita kecapi hari ini.

Rabu, 25 Ogos 2010

Geng Blogger Diserang Virus?

Terkejut Belalang awal-awal buka blog Belalang, telah ada amaran malware!. Dan setelah membaca amaran suapaya kembali ke tempat selamat, baru Belalang terperasan yang virus itu dipercayai datang dari link Gengblogger. Belalang pun segera membuang link gengblogger. Dan selepas itu Belalang boleh masuk ke blog Belalang seperti biasa.


Tapi time blogwalking tadi, ada 2, 3 blog yang Belalang singgah telah keluar amaran yang sama dan link gengblogger tetap menjadi punca masalah itu.

Nampaknya gengblogger telah diserang virus. Belalang syorkan untuk sementara waktu, elok la korang remove dahulu link gengblogger. Takut berjangkit pulak dengan blog korang. Tunggu hingga admin gengblogger remove virus tersebut, nak letak balik link pun dah tak kisah.

Harap info ini boleh membantu anda semua sebelum terlambat...

Berjaya!

Alhamdulillah akhirnya setelah di nanti-nanti, di idam-idam, Belalang berjaya jugak memiliki [dot]com sendiri. Mana tahan tengok member-member lain suma guna. Kita pun nak merasa jugak.

Entry yang pendek nih Belalang nak berterima-kasih kepada kawan-kawan blogger yang membantu dan support Belalang untuk memiliki domain baru ini terutama Jericho (http://stewardjohn.com/) dan AfiqBukhari (http://www.afiqbukhari.com/). Takde jerry, alamatnya sampai sekarang la blog nih tak running lagi. Takde Afiq, alamatnya nuffnang ku masih error. Hee...

Akhir kata dari Belalang semoga dengan adanya domain baru nih, Belalang akan lebih rajin update blog dan bersemangat. Dan korang-korang jugak makin rajin datang lepak bawah tanah nih.

Terima Kasih semua!

Ahad, 22 Ogos 2010

Need For Speed: Pro Street


Kaki Gamers sape yang tak pernah dengar pasal 'Need For Speed' (NFS)jangan ngaku la korang peminat game. Tak kira pc atau playstation, NFS memang antara game perlumbaan kereta yang paling diminati oleh sebahagian kaki game.

NFS: Pro Street adalah game pertama playstation 3 yang menggunakan dualshock 3 rumble support. Belalang menjangkakan kebanyakkan kaki game pasti akan menyukai NFS: Pro Street. Namun tekaan Belalang itu silap. Rupanya ada juga orang yang tidak menyukai NFS:Pro Street ini. Tak percaya? Sila lihat klip dibawah:



**Giler benci betul dia ngan game NFS... Huhuhu

Sabtu, 21 Ogos 2010

Mari Belajar Bahasa English

Sebelum kita ke pelajaran bahasa English kita, Belalang nak memohon maaf kepada mana-mana blogger yang jerit di shoutmix Belalang tapi Belalang tak balas balik. sebenarnya Belalang memang terlampau sibuk sekarang nih. Belalang hanya amik sedikit waktu untuk update blog dan juga menjengah ke 2, 3 blog lain yang terpilih. Masa Belalang sangat terhad di bulan puasa nih. Sorry yea kawan-kawan.

Ok sekarang berbalik kita kepada tajuk di atas mari belajar bahasa English. Sebenarnya Belalang bukan la nak ajar korang bahasa english. Belalang sendiri pun still tergeliat lidah ngan bahasa omputih nih. Tapi Belalang nak tekan disini yang betapa pentingnya belajar bahasa english. Sebangang-bangang Belalang dalam bertutur bahasa english, Belalang masih mampu memahami ape yang dituturkan oleh orang lain dalam bahasa itu. Lagi pun kerja Belalang dahulu memerlukan Belalang berjumpa client-client dari luar negara. Jadi sedikit sebanyak Belalang belajar jugak la bertutur dan mendengar dengan baik.

Jangan sampai cakap pun tak tau, orang cakap lagi la sepatah haram tak paham...kalau la udah sampai ke tahap tue, maka jadi la korang macam pic kat bawah nih...







Klik untuk pembesaran gambar

Tak tau nak cakap pe... Adekah disengajakan atau mamat nih memang tak paham sepatah haram dengan tulisan yang tertera di pakaian dia. Sampai dibawa masuk ke masjid baju tue. Jadi sekarang Belalang nak tanya ape pulak pendapat korang?

Jumaat, 20 Ogos 2010

Rahsia Solat Yang Ramai Tidak Ketahui...

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. 
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a. 

¡¤ Untuk 
menghilangkan stress, Cu kup dengan memperbanyakkan solat. 
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a. 

¡¤ Untuk 
pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN 

¡¤ Untuk 
punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur. 

¡¤ Agar 
tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 

¡¤ Untuk 
mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. 

Assalamua'laikum wr wb......... .. 


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...... 


1 - 
Niat Sembahyang 
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 


2 - 
Berdiri Betul 
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat 
kita di dalam kubur. 

3 - 
Takbir-ratul Ihram 
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi 
kita di dalam kubur. 

4 - 
Fatihah 
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 


5 - 
Ruqu' 
Sebagai tikar kita di dalam kubur. 


6 - 
I'tidal 
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur. 


7 - 
Sujud 
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.. 


8 - 
Duduk antara 2 Sujud 
Akan menaung panji-panji nabi kita 
didalam kubur 

9 - 
Duduk antara 2 Sujud (akhir) 
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. 


0 - Tahhiyat Akhir 
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan 
oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 

11 - 
Selawat Nabi 
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 


12 - 
Salam 
Memelihara kita di dalam kubur. 


13 - 
Tertib 
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T. 


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A... W.bersabda : 


"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" 


Wassalam. 

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Rabu, 18 Ogos 2010

Syaitan Telah Dirantai Tapi...

Bulan puasa seperti yang kita semua ketahui, syaitan-syaitan yang berkeliaran di dunia ini akan balik ke neraka untuk diseksa. Maka yang tinggal kini hanyalah kita manusia dan nafsu. Tujuan kita berpuasa adalah untuk mengawal nafsu diri kita di mana pernah diriwayatkan Allah pernah mengurung nafsu dalam neraka Jahim (100 tahun) dan neraka Juu' (100 tahun) kerana enggan menuruti perintah dan mengakui keesaan Allah. Akhirnya barulah nafsu mengaku yang dia adalah hamba dan Allah adalah penciptanya.

Bagaimana nafsu yang degil itu akhirnya taat dan patuh pada Allah? Jawapannya selama ia dikurung, nafsu tidak diberi makan. Maka disebabkan itulah kita perlu berpuasa supaya kita dapat mengawal nafsu dan bukan nafsu yang mengawal kita.

Berbalik kepada tajuk di atas. Ya, syaitan telah di kurung pada bulan puasa. Tetapi bisikkan yang ia lakukan pada bulan-bulan yang lain telah menyebabkan manusia masih melakukan kejahilan pada bulan ini walaupun tanpa godaan syaitan. Di tambah pula dengan diri kita yang telah dikuasai nafsu maka tetap jahillah kita walaupun dalam bulan yang mulia ini.

Akhir kata dari Belalang, lakukan ibadah puasa dengan sesempurna yang mungkin. Kita mesti sedaya upaya mengawal nafsu. Jangan biarkan nafsu yang mengawal kita. Jika kita mampu mengerjakan ibadah puasa selama sebulan ini sebaik mungkin Insyaallah, kita mampu untuk mengatasi nafsu kita pada masa-masa akan datang juga. Dan sekiranya berkemampuan, lakukan juga puasa pada bulan yang lain seminggu 2 kali.

Ahad, 15 Ogos 2010

Bau Mulut Orang Berpuasa

Sebenarnya idea nat tulis pasal bau nih datang lepas baca entry 'BAU' di blog MissXYZ. Kebetulan pulak tadi time blog walking Belalang sempat le nyakat 2-3 orang blogger pasal bau mulut diorang... Hehehe gurau je kawan-kawan. Mulut orang puasa memang berbau kureng sket...

Tapi time di sana nanti, mulut-mulut orang berpuasa ni la yang akan berbau harum mengalahkan harumnya bau kasturi. Jadi bersabar dan gembiralah kita orang-orang berpuasa dengan ape yang di janjikan olah Allah.

Ape-ape pun jom layan klip video dari kumpulan Project Pop nih dengan tajuk 'BAU'. Khas untuk kawan-kawan semua dan MissXYZ yang suka sangat bau macam-macam... Hee...

Khamis, 12 Ogos 2010

Blog review


SAMBIL MINUM KOPI DI PADINNO KOPITIAM,
 TIMBUL IDEA NAK REVIEW 1 BLOG NIH...

Sebenarnya Belalang selalu lepak di sini. Tuan blog ni sorang yang sangat friendly, kawan-kawan yang lepak sini jugak tersangat la friendly. Melepak di sini kadang-kadang sampai tak sedar masa yang berlalu. Tengok jam dah pukul 2-3 pagi.

Blog yang Belalang maksudkan diatas ialah blog padinno.blogspot.com atau lebih mesra dengan panggilan Padin. Padin bukan calang-calang orangnya sebab dia antara orang yang bertanggungjawab dalam melahirkan generasi pelapis negara yang berguna, dalam ayat yang mudah Padin adalah seorang tenaga pengajar.


Disebabkan status dia sebagai pendidik, maka entry yang dihasilkan memang mempunyai kata-kata semangat, pengajaran dan nasihat. Dah name pun cikgu, memang la pandai motivasi orang kan. Hee... Sikap Padin yang mudah mesra dan tidak terlalu serius (tapi kalau dia hangin, dia main layang-layang) menyebabkan blogger-blogger merasa selesa untuk berkawan baik termasuk la Belalang. Pandai berkata-kata dan tak lokek ilmu.

Menyentuh mengenai persembahan blog Padin lak semenjak dia tukar template nih kelihatan bertambah kemas dan traffic jugak mencanak naik seperti yang pernah dia tunjuk pada salah satu entry. Nuff jugak tersangat la sayangkan dia hingga dekat-dekat 2-3 BE tengah running kat blog dia. Korang sure hairankan ape yang Belalang buat kat blog padin sampai 2-3 jam leh lepak sanakan? sebenarnya di blog Padin pada bahagian bawah terdapat tempat untuk chat. Padin namekan tempat lepak tuh sebagai Padinno Kopitiam. Tiap-tiap malam mesti ade pengujung setia Padinno Kopitiam. Memang Meriah. Kalau nak rase macam mane heppenin lepak sini, meh try join skali.

Last skali, Belalang harap Padin akan success dan berjaya dalam hidup dan blog padinno. Dan korang-korang yang nak kenal macam mane karektur Padin, jom kita terjah dia ramai-ramai. Biar dian Sampai letih jamu air kopi pada kita... Huhuhu...

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Al-Mubarak


Semoga kita dapat memanfaatkan bulan yang mulia ini
dengan pelbagai amal ibadah.

Isnin, 9 Ogos 2010

Award Dari Teratak Usang

Sudah lame Belalang tidak menerima award. Dah tak ingat bila kali terakhir Belalang dapat. Disebabkan dah lame tak dapat, jadi terasa excited sket la bila dapat award nih.






Teratak Usang atau Azilas telah dengan baik hatinya memberi award yang menarik dan unik sket kali nih. Belalang kata unik sebab ada syarat-syarat yang Belalang dan blogger-blogger lain yang dapat perlu ikut. Sila baca dengan teliti.


Bagi siapa sahaja yang menerima award ini, diharuskan memberikan/tag kepada 5 orang lagi. Kemudian, si penerima award harus meletakkan link-link berikut di dalam entry anda.


1: secantikmanis
2: Floellen Esthy 
3: Myfrin's story
4: Teratak Usang
5: Belalanghijau

Sebelum anda meletakkan link-link di atas, padamkan dahulu link yang berada di no 1, kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti no 2 menjadi no 1, link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya. Selepas itu masukkan link anda di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5. Kejujuran adalah penting. Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul, maka jumlah backlink yang didapat ialah:-

Posisi 5 : Jumlah backlink = 5
Posisi 4 : Jumlah backlink =25
Posisi 3 : Jumlah backlink = 125
Posisi 2 : Jumlah backlink = 625
Posisi 1 : Jumlah backlink = 3,125

"Menurut info dari SEO (Search Engine Optimation) ramai blogger telah mendapatkan 1,923,125 backlink dan keuntungannya blog anda akan mendapatkan trafik tambahan, apalagi jika ada orang mengklik ke blog anda", kata tuan punya award asal kot.

Belalang pernah terbaca cara ini tapi belum pernah mencuba. Lima orang yang bertuah untuk Belalang tag adalah:


1:  Anna
2: Ice
3: Cuzshar
4: Rainbowcloudy
5: Matdin

Buat tau jangan tak buat. Nanti Belalang pegi buat spot check. Tak buat siap korang. Hee...

Ahad, 8 Ogos 2010

Soal Undangan Kau Memang Ku Lupakan...

Salam semua... Hari Ahad dah tinggal hujung-hujung nih. Esok dah kene back to work. Macam bosan je bila ingat esok nak keje. Kalau boleh hari-hari nak cuti. Hee...

Belalang Menghabiskan hari minggu Belalang dengan lepak kat umah je. Letih sangat sebab semalam satu hari ade event. Terkejar kesana-kemari kelmarin. Jadi arini memang niat nak rest jer.

Belalang pun tak nak pikir hal-hal yang rumit arini. nak biar otak jugak rest. Jadi Belalang buat entry simple nih dan letak satu link video yang memang kelakar. Mungkin sebahagian besar korang pernah tonton video lagu lawak nih. Tapi ape salahnya kalau rehatkan minda dan ketawa sket biar ilang stress memikirkan nak keje esok (baru pikir pasal keje dah stress?).

Enjoy this video. Pada yang belum pernah lihat klip nih, bersiap-sedia untuk gelak guling. Hayati setiap bait-bait lirik lagu nih. Sure tak kering gusi. Hee...


Rabu, 4 Ogos 2010

Jerit Tunjuk Perasaan Di sini

Salam 1Malaysia untuk anda semua (ala-ala pembaca berita TV1)... Entry nih sebenarnya adalah kesinambungan dari entry Cerita Kosong Bawah Tanah dan Blog Under Construction. Masih Lagi menceritakan mengenai cat baru dan juga peti surat yang Belalang baru beli ape semua.

Belalang sedaya upaya cuba mengurangkan berat blog Belalang yang baru. Macam-macam yang Belalang buang dan naik tarafkan. Antaranya seperti yang korang leh tengok kat sebelah tuh, Belalang dah start buat auto slide menu (tutorial dari blog redboy). Yang Cari tempat nak tinggal jejak tak jumpa tuh, korang klik pada [+/- ] Tempat Jerit.


Semalam Belalang dapat feedback dari yang datang mengujung bawah tanah mengatakan tulisan auto slide menu tuh gelap sangat dan tak nampak.


Hehehe itu antara komen-komen dan teguran yang Belalang dapat. Ada lagi yang kasi pendapat pasal tak nampak tulisan gelap tuh. Sebenarnya puas sudah Belalang cuba untuk tukar color tulisan tuh tapi tak jadi. Kodek sana tak jadi, kodek sini pun tak kena. Last-last Belalang kena tengok balik tutorial yang Belalang amik tuh. Baru la Belalang jumpa kat mana yang tak kena.

Jadi Belalang dah tukar color tulisan tue kasi orang senang lihat. Kepada korang yang kasi teguran dan komen, Belalang ucap bebanyak terima kasih. Sorry kerana telah menyebabkan korang sakit mata dan kepala mencari tempat nak tinggal jejak. Kalau ada apa yang tak kena lagi, tegur ja. Kalau teguran tue memang membina Belalang terima dengan hati terbuka. Siap ucap terima kasih lagi.

Last sekali Belalang harap korang rajin-rajin la singgah sini yea seperti mana Belalang yang rajin melawat anda jugak... Hee...

Isnin, 2 Ogos 2010

Cerita Kosong Bawah Tanah

Salam Semua. First entry Belalang untuk bulan Ogos. Kejap betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak puasa. Bestnya dah nak start puasa. Semoga puasa kali ini Belalang dan anda semua dapat membuat kebaikkan dan menambah pahala sebanyak mungkin.

Macam tu jugak Blog Belalang. Pejam celik pejam celik dah setahun pun usia. Rase macam baru minggu lepas je Belalang buat blog nih. sempena dengan usia setahun bawah tanah, Belalang cadang nak membuat beberapa perubahan kepada blog nih.


First sekali seperti yang korang dapat lihat, bawah tanah dah tak segelap dahulu. Belalang dah pasang lampu minyak tanah kasi terang sket. So korang leh la nampak Belaan-belaan Belalang ternganga kat belakang tuh. Seperti Belalang cakap sebelum nih, blog bawah tanah masih dalam proses penyusunan. Memang agak tunggang langgang sket sekarang. Harap korang bersabar la ye untuk tengok susunan yang lebih kemas.

Satu lagi Belalang dah tak letak Mangga ad pada blog Belalang sekarang. Kenapa? Senang cakap sepanjang menggunakan Mangga Ad, Belalang rasa mangga hanya indah khabar dari rupa. Pasni tak nak dah menduakan makcik Nuffnang. Hee...

Last sekali Belalang nak berterima kasih pada korang-korang yang selalu singgah di bawah tanah. Walaupun ade yang kata takut dengan konsep blog Belalang, tapi dia tetap datang jugak semata-mata nak mengeratkan hubungan sesama blogger. Terima kasih sangat-sangat.

Ahad, 1 Ogos 2010

Unstoppable Penipu!!!

Salam semua... Belalang ade satu story mengenai geng Unstoppable. Sebelum tuh Belalang nak tanya dulu korang kenal tak geng nih? Tak kenal? Korang ade Facebook kan? Kat situ belambak iklan ahli-ahli diorang mencari ahli baru sampai nak termuntah tengok kadang-kadang.

Di Facebook telah ade satu group yang menentang Unstoppable bernama 'Unstoppable Penipu!!!'. semalam time Belalang jengah page tuh, terkejut jugak lihat begitu ramai sekali yang dah 'like' dengan group nih.




Terus terang Belalang katakan Belalang memang tak mengetahui lansung ape yang geng (diorang nih pertubuhan syarikat ke name group tak pasti pulak) Unstoppable nih jual or buat. Tapi Belalang memang tidak begitu tertarik dengan bisnes konsep MLM yang memerlukan kita buat perlaburan besar. Sampaikan terpaksa buat loan dengan bank.

Berniaga belum tentu balik modal, tapi loan dengan bank dah buat. Sekiranya bisnes tak menjadi, loan lima tahun dengan bank wajib bayar jugak. Jadi nasihat Belalang, pikir la abis-abis sekiranya anda berminat mahu join bisnes macam nih dan lagi satu jangan lupa, pastikan produk yang dijual itu halal atau memang berguna kepada kita dan orang lain.
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com