Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 31 Mei 2010

Award Dari Simiey



Belalang banyak dpt awar dan tag dari kawan-kawan Belalang yang baik hati dan limpa mereka. Tapi mintak maap sangat sebab Belalang dah lengah-lengahkan entry pasal award dan tag... Masih menimbun hutang tag Belalang. Takpe la. Nanti-nanti belalang buatkan yea....


award yang di atas tuh Belalang dpt dari Simiey. Belalang selalu terjah blog dia dan dia pun selalu terjah blog Belalang. Kadang-kadang kami bersama-sama terjah sambil mengayuh basikal spot rim merah.


Jap lagi Belalang letak lagi award-award yang Belalang dapat. Sekarang tak sempat dah sebab nak kuar nih... Tunggu tau...

Ahad, 30 Mei 2010

Gelak Santai: Seluar Dalam & Hantu



Seluar Dalam


Seorang buak perempuan menemui ibunya di dapur rumah dengan tegesa-gesa.


Anak: Ibu, tadi uncle joe suruh saya panjat pokok kelapa. Lepas saya panjat uncle kasi saya RM2
(sambil menunjukkan duit itu kepada ibunya)


Ibu: Apa! lain kali kalau uncle suruh naik pokok kelapa jangan naik. Dia hanya mahu tengok seluar dalam kamu saja.


Budak perempuan itu berlalu pergi. Pada hari yang lain pula, budak perempuan itu sekali lagi datang menemui ibunya yang sedang menjemur baju dengan tergesa-gesa..


Anak: Ibu! Ibu! Tadi Uncle Joe suruh saya panjat pokok kelapa lagi. Kali ni dia kasi saya RM10!
(sambil menunjukkan duit not 10)


Ibu: Kan ibu dah cakap, jangan ikut cakap uncle Joe. Dia nak tengok seluar dalam kamu saja.


Anak: Takpe ibu. Kali ni saya dah main-mainkan uncle Joe. dia dah tak boleh tengok seluar dalam saya.


Ibu: Macam mana kamu buat? (dengan muka hairan)


Dengan bangganya budak perempuan itu beritahu:
"Saya tak pakai seluar dalam!!!..."




Hantu


Dua ekor hantu yang baru mati sedang berbual-bual


Hantu1: Macam mana kau boleh mati?


Hantu2: Aku mati kesejukkan. Sewaktu aku sedang berada di rumah kekasih aku, tiba-tiba suaminya pulang. Aku terus menyorok di dalam peti ais. Akibat terlalu lama di dalam peti ais, aku mati akibat kesejukkan. Kau pula mati macam mana?


Hantu1: Aku mati akibat letih berlari. Sewaktu baru pulang dari pejabat, aku terdengar suara jantan lain bersama isteriku di dalam bilik. Aku cepat-cepat buka pintu, tetapi jantan itu sempat menyembunyikan diri. Aku tau dia masih di dalam rumah. Maka aku berlari kesana-sini mencari di mana dia sembunyi. Akibat terlalu letih aku rebah dan mati...


Kedua-dua mereka terdiam sejenak. Selepas beberapa ketika, hantu2 berkata.


"Kalau masa itu kau buka pintu peti ais, tentu kita berdua masih hidup dan tidak mati"


Kedua-dua hantu itu meraung bersama...

Sabtu, 29 Mei 2010

VIDEO 18SG: JANGAN TENGOK KALAU ANDA SEORANG YANG PENYAYANG...



AMARAN!!!
SEKIRANYA ANDA PENCINTA HAIWAN DAN TIDAK SUKA AKAN KEGANASAN, TAK YAH LE TENGOK VIDEO NIH... 
VIDEO INI MEMAPARKAN LUMRAH KEHIDUPAN. YANG LEMAH AKAN MENJADI MANGSA YANG KUAT... TAK KIRA HAIWAN ATAU MANUSIA...



** Pernah tak anda dengar kadang-kadang mangsa lemas di sungai atau tasik, apabila mayat di jumpai ada sebahagian anggota badan mangsa hilang atau tidak cukup? Di percayai haiwan ini juga punca mayat mangsa tidak sempurna selain daripada buaya... Ngeri kan???

Jumaat, 28 Mei 2010

19 HADIS BERKAITAN DENGAN WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. 



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya". 



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
"Jadi, janganlah sesekali kaum wanita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Buat renungan kita semua......"

Rabu, 26 Mei 2010

Multi Level Marketing: Apa Pendapat Anda?





Pernah tak anda terkena situasi begini:


1) kawan yang dah lama tak contact anda, tiba-tiba je call beriya-iya ajak jumpa or ikut dia ke suatu tempat?
2) Ajak Anda menemani dia ke suatu tempat yang bila anda tanya mana tempat itu, kawan anda jawab rahsia atau ikut jela.
3) Kawan anda nak perkenalkan seseorang yang katanya mampu merubah hidup anda.
4) Atau anda jumpa seseorang yang anda baru kenal, begitu ramah dengan anda. Di akhir perbualan kawan baru anda itu mula bercerita mengenai suatu bisnes konon untung giler...


Belalang yakin kebanyakkan dari anda pernah mengalami situasi di atas. Belalang nak citer suatu benda pada korang semua. Belalang bukan nak sentuh pasal kebaikkan or keburukkan sistem multi level marketing atau MLM. Tapi Belalang nak story pasal sikap buruk beberapa orang yang menyertai skim MLM atau yang sewaktu dengannya.


Baru-baru nih sepupu Mrs.Belalang call (sebelum nih tak pernah call pun) dan tanya free tak pada sekian-sekian hari bulan? Kebetulan hari yang sepupu Mrs.belalang tanya tuh kami tak free pasal ade keje sket. So Mrs.Belalang pun cakap la tak free dan tanya kenapa? Pas tuh terus sepupu Mrs. macam tak leh terima yang kami tak free aritu. Dia siap cakap penting sangat aritu. Kena gak ikut dia. Batalkan semua rancangan yang ade. Siap soh Belalang amik cuti lagi!


Bila tanya pehal? dia cakap adela, nak ajak join satu bisnes. Arini masuk RM150, 3 hari lagi klu dapat cari orang terus dapat Rm2000!!! Disebabkan Belalang sendiri pun dah banyak sertai MLM dan macam-macam bisnes lagi (ade setengahnya sampai arini belum balik modal), Mrs. Belalang pun terus terang jela kata tak berminat.






Ingat ke bila cakap macam tuh kira settle citer. Rupanya tidak! Sepupu Mrs. tuh terus gak paksa and nak jumpa jugak story kat kami pasal bisnes nih. Adoiya, orang dah tak minat sudah-sudah la. Nanti bila kita kondem pasal bisnes dia buat tuh, mula la nak melenting. Cakap rugi tak nak ubah nasib la, orang nak kasi duit tak nak, Berlagak kaya  dan bla bla bla lagi.


Seharusnya sebagai orang yang bijak, korang dah terangkan produk korang kat customer. Berminat atau tidak itu hak customer korang. Jangan sesekali memaksa supaya orang lain minat ape yang dia tak minat.


Entry panjang lebar nih Belalang tujukan kepada mereka yang buat MLM. Gunakan la etika yang betul time nak jual produk korang. Macam Belalang cakap tadi, jangan memaksa orang untuk minat benda yang dia tak minat. Sikap korang sebenarnya boleh rosakkan sesuatu produk yang bagus. Belalang pikir kalau sepupu Mrs. Belalang tuh tak memaksa, sure Belalang akan cari jugak time untuk jumpa and dengar je ape dia nak citer pasal produk dia. walaupun tak berminat, sekurang-kurangnya Belalang akan kasi dia puas hati untuk citerkan pasal bisnes dia tuh.


Tapi bila dia start memaksa-maksa, terus Belalang jadi meluat. Tak jumpa terus pun takpe. Dah cakap tak berminat pun still tak paham-paham. Korang pun ade jugak ke jumpa orang macam nih?

Selasa, 25 Mei 2010

Ada Apa Dengan Kasut Brand Croc???

Sebelum nih Belalang memang dah pernah jumpa satu entry pasal kasut croc yang glemer tuh. Tadi Belalang dapat lak gambar-gambar kasut croc nih di Facebook.


Ada ape dengan kasut brand croc? Kepada korang yang tak tau, korang tengok gambar kat bawah nih dan nilaikan sendiri.

klik pada gambar untuk view lebih jelas

Sesengguhnya musuh-musuh Islam akan menggunakan apa sahaja cara supaya kita berpaling dari beriman kepada Allah... Renung-renungkan dan hebahkan kepada saudara sesama Islam sekiranya anda bergelar seorang Islam.

Isnin, 24 Mei 2010

Membebel Sepatah Dua

Agak tiada mood unutk update entry kebelakangan ini. Hutang tag makin bertambah. Ntah la mana pegi mood untuk update blog.


Kebelakangan ini banyak problem yang melanda. Mrs. Belalang tidak berapa sihat. Dan sekarang sedang beri tumpuan yang lebih pada kesihatannya. Agak risau jugak sebab sakit tak tau punca ape nih.


Rase macam nak kongsi je cerita nih. Tapi nanti-nantilah Belalang buat entry lain. Bila keadaan reda sedikit.


Doa-doakan semoga Belalang dan family di jauhi dari perkara-perkara yang tak elok yea...

Jumaat, 21 Mei 2010

Berapakah Jumlah Kelahiranh Anak Luar Nikah Di Malaysia?





Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. 
Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang 
semakin meningkat.

Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di 
Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.

Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.

Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang 
sedang melanda umat Islam sekarang ini.

Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?

Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.

************ ********* ********* ********
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri 
daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak 
berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. 
Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran 
anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor 
sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian 
bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 
melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa 
catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada 
setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes 
pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran 
kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 
30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan 
adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Khamis, 20 Mei 2010

Bahaya Facebook




Kebelakangan ini Belalang selalu melihat di blog atau mana-mana artikel yang mengingatkan pengguna facebook supaya berhati-hati dengan setiap perkara mengenai diri kita di situ. Memang tak begitu elok jika kita terlalu banyak mendedahkan maklumat mengenai diri kita di Facebook. Ia bukan menyenangkan, sebaliknya takut menyusahkan kita kemudian hari. Yahoo ade menyenaraikan beberapa perkara yang jangan kita lakukan di Facebook seperti kata laluan yang terlalu lemah cth: abc123 atau gunakan tarikh lahir. Dan jangan dedahkan tarikh lahir anda dengan tepat. Yela, dah le letak tarikh lahir sebagai kata laluan, pastu citer lak kat suma orang di Facebook tarikh lahir kita. Jangan, bahaya tau. Nanti jadi macam kes kat bawah nih:

SYDNEY: Polis Australia memberi amaran kepada remaja supaya tidak menyiarkan gambar mereka di laman sosial seperti Facebook selepas seorang gadis didakwa dibunuh rakan Internet.
“Golongan muda perlu pastikan hanya mereka yang benar-benar dikenali boleh melihat profil dan gambar mereka.
“Tiada sebab kenapa mereka perlu siar gambar mereka di Intertet,” kata Superintendan Polis Queensland, Peter Crawford.


Menurutnya, masalah bukan hanya kerana gambar yang disiar itu.


“Hakikatnya, jika kita sedia menyiarkan gambar itu, pastinya kita juga akan memberikan pelbagai maklumat peribadi.” Amaran itu dibuat selepas seorang lelaki Sydney didakwa mewujudkan identiti palsu di Facebook dan menggunakannya untuk memperdaya dan membunuh Nona Belomesoff, 18, di sebuah lokasi terpencil di pinggir bandar itu.


Gambar Nona yang diambil daripada laman sosialnya kini memenuhi akhbar Australia menyebabkan polis New South Wales memberi amaran terlalu banyak maklumat peribadi kini mudah diperoleh di Internet.


“Jangan siar gambar di Facebook. Hanya benarkan rakan sahaja melihat gambar anda.


“Layan setiap kenalan baru dengan berhati-hati,” kata Superintendan Jabatan Jenayah Komputer New South Wales, John Kerlatec.



Berita penuh di Harian Metro online.


** Mulai sekarang berhati-hati dengan penggunaan Facebook yea...

Rabu, 19 Mei 2010

MB Selangor Galak Orang Ramai Buat Laporan Polis

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini berkata beliau menggalakkan sesiapa saja membuat laporan polis demi menjaga harta negeri atau membanteras penyalahgunaan kuasa. 

Beliau berkata, polis mempunyai kuasa dan keupayaan untuk membuat siasatan termasuk terhadap adiknya, Hajiman yang didakwa mungkin terbabit dalam kes simbah cat merah di kediaman dan kenderaan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, di Pekan Meru Ahad lalu.

Manikavasagam juga menerima ugutan bunuh selepas membuat laporan polis terhadap dakwaan berlakunya rasuah di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, syarikat anak negeri yang bertanggungjawab terhadap perniagaan pasir, Rabu lalu.
"Tak apa..dia buatlah (laporan polis). Ini semua perkara boleh sebab polis mempunyai kuasa dan keupayaan untuk buat penyiasatan," katanya ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah berkhidmat dengannya di Ijok, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang tengahari tadi. 


Berita penuh di Berita harian online.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


**Berani kerana benar, ye tak? Tapi segala keputusan yang kuar, jangan pulak kata berat sebelah... Hee...

Selasa, 18 Mei 2010

Umur Baru 15 Tahun, Tapi Dah Sanggup Buat...

MELAKA: Dua pelajar iaitu ibu bayi dan teman lelakinya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki di tepi sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam Rabu lalu. 

Ibu bayi itu, seorang pelajar berusia 15 tahun, dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru, di sini dituduh bersama-sama melakukannya di antara jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu.

Kedua-dua tertuduh yang bertubuh kecil didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama iaitu jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pelajar perempuan itu yang kelihatan menggigil di mahkamah, memakai dua lapis kemeja-T dan menutup mukanya dengan sehelai tuala manakala pelajar lelaki pula memakai kemeja-T berwarna cerah dan berseluar gelap. 

Muhammad Safiuddin berada dalam kandang tertuduh manakala pelajar perempuan itu berada di luar kandang sewaktu jurubahasa membaca pertuduhan di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail. 

Kedua-duanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa. 



berita penuh di Berita Harian Online


--------------------------------------------------------------------------------------------


**Letih dah dengar kes-kes macam nih... Sudah-sudahlah awahai remaja sekalian...

Isnin, 17 Mei 2010

ECO FEST 2010: Dah Dekat nih, Rugi Tak Turun...


Confirm kena turun nih... Dah lame Belalang tak berhibur. Tengok Nama-nama band yang main di Eco Fest 2010 nih memang best-best. Paling tak tahan Dawn Phenomenon pun main jugak! So yang mane ade belah utara, jom la kita turun ramai-ramai. Kasi Gegar tapak pesta!

Ahad, 16 Mei 2010

Peribahasa Cinta Yang jarang Didengar

Gambar yang tiada kaitan dengan entry

Sape di sini yang sedang asyik bercinta angkat tangan? Huh? Ramai rupenye yang sedang bercinta nih. Belalang nak kongsi dengan korang beberapa peribahasa dalam bercinta yang Belalang confirm korang tak pernah dengar. Belalang sendiri pun macam tak caye je ade peribahasa yang macam nih. Tapi itu la yang dikata bahasa melayu nih penuh dengan seninya...

-Bayang-bayang disangka tubuh (Dipermiankan perempuan, mengharapkan yang tidak pasti).


-Usahlah aku tak endah, ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang (Pura-pura kasih).


-Hidung dicium, pipi digigit (Cinta palsu).


-Mabuk dienggang lalu (Orang tak sudi, kita yang hendak).


-Mengadu air dengan garam (Cinta yang sia-sia).


-Merak kayangan (Wanita cantik yang diidamkan tapi tidak mungkin dapat miliki).


-Putih mata kerana memandang (Hiba kerana rindu).


-Bagai menjaga permata intan ketika dicanai (Kasih sayang yang tiada bandingnya).


-Kasih sepantun tulisan pinggan (Kasih yang abadi).


-Badan dapat dimiliki, hati takkan dapat dimiliki (Kasih sayang tidak boleh dipaksa).

-----------------------------------------------------

**Keje umah tuk korang. Pas nih kalau hangin kat boyfriend/girlfriend, boleh la try-try apply beribahasa nih dalam rajuk korang. Sure ternganga sebesar-besar alam mulut boyfriend/girlfriend korang... Huhuhu

Gelak Santai Di Hari Minggu



Apa rancangan korang hari-hari minggu macam nih? Bangun tido lewat? tengok tv jer? Blogwalking (bagi kaki blog macam Belalang)? Ape-apepun hari minggu adalah hari untuk merehatkan badan setelah penat bekerja dari terbit matahari sampai le terbenam matahari. Jom kita santai kejap dengan citer-citer pendek nih...

Seorang petani bingung memikirkan ternakan ayamnya yang setiap hari lima enam ekor mati dilanggar kereta. Dia menghubungi balai polis terdekat meminta dipasang papan tanda.


Beberapa hari kemudian terpampanglah papan tanda yang berbunyi: PERLAHAN - TERNAKAN MELINTAS.


Tiga hari kemudian petani itu menghubungi ketua balai, papan tanda itu tidak berkesan. "Masih banyak ayam saya mati, pemandu tetap memandu laju", katanya sambil meminta kebenaran memasang papan tanda sendiri. Ketua balai setuju.


Sejak itu petani tersebut tidak lagi membuat aduan. Ketua balai berfikir, apakah papan tanda yang ditulis sehingga pemandu di kawsan itu mengbah haluan. "Mungkin boleh diguna pakai di mana-mana", bisiknya.


Terkejut ketua balai ketika meninjau kawasan itu apabila dia ternampak papan tanda bertulis: PERLAHAN - KAWASAN ORANG BERBOGEL.


-------------------------------------------------------------


Suatu Hari seorang lelaki terjumpa bom dalam sebuah kotak. Diambilnya bom tersebut dan membaca arahan yang ditulis pada sekeping kertas...


1. Pastikan anda pegang bom ini dengan menggunakan sebelah tangan.
"Ya, aku pegang dengan tangan kiri", kata lelaki tersebut.


2. Genggam pin di celah jari telunjuk dan hantu menggunakan tangan yang sebelah lagi.
"okey", kata lelaki tersebut.


3. Tarik pin dengan berhati-hati.
"Sudah", kata lelaki tersebut lalu menarik pin.


4. Buang pin itu melepasi bahu kiri anda.
"Okey".


5. Bengkokkan lengan dan dapatkan posisi yang sesuai untuk membaling bom ini.
"Okey".


6. AMARAN: Lakukan semua ini dalam masa lima sa...


BBOOOOMMM!!!!


--------------------------------------------------------


Seorang wanita terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Dia menjerit sekuat-kuat hati. Ketika tubuh wanita itu sampai di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris yang terdengar jeritan tadi, menyambut di balkoni.


Wanita : Terima kasih sebab selamatkan saya...
Lelaki Inggeris : Sama-sama, tapi awak kena balas budi saya...
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan saya...
Wanita : Tak guna, engkau ingat aku apa?! Tidak!!


Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu yang terus menjerit sekali lagi. Di tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita tersebut.


Wanita: Terima kasih, anda dah selamatkan saya...
Lelaki Perancis: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi...
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Perancis: Tidur dengan saya...
Wanita: Kurang ajar, kamu ingat saya ni wanita bagaimana! Aku tak mau!
Lelaki Perancis: Kalau begitu tak guna aku selamatkan kamu...


Lelaki Perancis melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50, 40 dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Dia mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, wanita itu tidak kisah lagi jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab telah berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab ibersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata...


Wanita: Terima kasih, awak telah menolong saya. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan awak.


Lelaki Arab: Astaghfirullah hal azim (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut).


-----------------------------------------------------------


Bapa pengantin: Kamu nak bawa isteri kamu tinggal mana lepas kahwin?


Bakal menantu: Saya akan ikut kehendak anak pak ciklah.


Bapa pengantin: Majlis bagaimana kamu kehendaki bagi meraikan hari perkahwinan tu nanti?


Bakal menantu: Saya ikutkan saja kehendak isteri pak cik.


Bapa pengantin: Bagaimana kamu hendak menanggung isteri dan keluarga kamu nanti?


Bakal menantu: Yang ini saya serahkan pada pak ciklah!!!


Bapa pengantin: Hampeh...


---------------------------------------------------------------

**Selamat berhujung minggu semua!...

Sabtu, 15 Mei 2010

Tips Hadiah Paling Bermakna...



Hadiah yang korang tak payah kuarkan modal pun. Kalau ade pun takde la sampai rabak ratus-ratus macam kasi jam Rolex atau beg tangan jenama Gucci. Hadiah nih boleh kasi hari-hari...

MENDENGAR: dengar dengan betul-betul ape yang sedang dibicarakan oleh orang di depan anda. Jangan menyampuk, jangan berangan, jangan rancang reaksi anda. Just dengar ape yang tuturkan elok-elok.


KASIH SAYANG: Jangan lokek dengan pelukan, ciuman, usap belakang dan menjabat tangan. Biarkan perlakuan yang nampak kecil ini berbicara tentang kasih anda kepada keluarga dan sahabat handai.


GELAK KETAWA: Sisipkan keratan kartun, kongsi artikel, teka-teki, dan cerita-cerita lucu dengan orang-orang yang hampir dengan anda. Ia cukup untuk membawa maksud 'saya ingin sekali ketawa bersama awak'.


SEKEPING NOTA: Boleh dilakukan dengan cara yang paling mudah, seperti 'terima kasih atas pertolongan anda tadi' atau serangkap puisi. Nota yang ringkas dan bertulis tangan akan diingati sepanjang hayat, malah boleh merubah hidup si penerima.


PUJIAN: Kata-kata yang jujur dan ringkas, misalnya 'awak nampak cantiklah dengan pakaian ni', 'tahniah, awak telah lakukan kerja dengan baik', atau 'makanan yang awak masak tadi sedap betullah' akan membuat orang lain gembira.


KEMESRAAN: Lakukan kebaikkan setiap hari (macam Belalang lakukan), ia akan diingati sepanjang masa.


MENGAMBIL BERAT: Pertanyaan seperti 'bagaimana awak hari ni?' atau 'saya doakan awak sepat sembuh', akan membuat orang lain rasa dihargai. Ada masanya kita inign bersendirian, begitu juga dengan orang lain. Kalau mereka ingin bersendirian, jangan ganggu.


KECERIAAN: Bukannya susah untuk berkata 'Hai', 'Helo', 'Apa khabar', 'Wah! Cantinya awak hari ni' atau 'Terima Kasih'. Betul tak? Ucapkannya dengan jujur dan ceria

--------------------------------------------------------------

**Apa tunggu lagi? Cepat ucap terima kasih kepada Belalang sebab dah kasi tips nih kat korang. Paksaan nih... Hee...

Merompak Sebab Nak Tengok Simon Cowell?

Simon Cowell


sepasang suami isteri warga emas di Korea telah ditahan polis kerana merompak sebuah kedai elekrtik dan mengambil TV Hitachi 55 inci. Mereka ditahan polis sebaik saja tiba di rumah. Polis bertindak atas laporan yang di buat oleh pemilik kedai. Ditanya mengapa mereka mencuri TV 55 inci itu? Mereka menjawab terpaksa mencuri kerana TV 22 inci yang ada di rumah mereka tidak cukup besar untuk melihat wajah Simon Cowell dalam rancangan American Idol...

-----------------------------------------

Hampeh punya alasan.

Jumaat, 14 Mei 2010

Perbandingan Antara Lelaki Dan Perempuan Tentang...



TELEFON- Lelaki menganggapnya sebagai alat komunikasi. Mereka menggunakan telefon untuk menghantar masej ringkas kepada orang lain. Perempuan pula - boleh kunjungi seorang kawan, tinggal di rumahnya selama dua minggu, bila pulanag akan hubungi kawan tersebut dan bercakap selama tiga jam lagi!


BERHIAS - Wanita berhias dan memakai pakaian cantik untuk pergi membeli-belah, siram pokok bunga, kutip daun kering di halaman, ambil surat dan buang sampah ke dalam tong sampah depan rumah, majlis keramaian... Lelaki - Masa berkahwin dan upacara pengebumian.


MASA - Bila wanita berkata dia perlukan lima minit lagi untuk bersiap, sebenarnya dia menggunakan perkataan yang sama apabila lelaki berkata 'tinggal lima minit saja lagi perlawanan bola sepak akan berakhir'. Kedua-dua spesies ini tidak mengambil kira masa yang akan digunakan untuk waktu rehat, iklan, ulang tayang, masa kecederaan...

KENAPA ALLAH MEMBERI KESAKITAN DAN PENDERITAAN?




ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''

''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,

'' KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''..KATA BARBER.

''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.

''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!'' KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.

''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN & PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com