Belalang dah lame tak dapat award atau apa-apa tag dari mana-mana blogger. Mungkin sebab Belalang tak begitu glamor atau blogger lain hangin dengan Belalang sebab ade sesetengah tag mereka Belalang tak buat pun. Bukan pasal malas, tapi kadang-kadang terlupa nak buat. Disebabkan sibuk memberi laluan pada entry lain akhirnya langsung tak buat tag sebab lupa.
Bila dah lama tak dapat tag, sekali-sekala bila kena tag jadi rase best la pulak. Hee... Orang yang telah dengan baik hatinya tag Belalang kali ini adalah
Ciktom dan
One2paii. Tag yang diberi
'Mencari Identiti Blogger yang hilang' ini menyebabkan Belalang dengn murah hatinya ingin berkongsi sebanyak 25 rahsia identiti Belalang yang korang-korang sure tak tau. Meh tengok apa kat bawah nih:-
1. Nama sebenar yang tertera di Mykad adalah Belalang Hijau Bin Belalang Kunyit... Hee acah je. Yang pasti Bukan Belalang Hijau.
2. Anak bongsu daripada empat adik-beradik (2 kakak dan 1 abang).
3. Topeng yang ada pada setiap gambar Belalang adalah dari karektor Kamen Rider Black atau dulu siri Bahasa Melayunya berbunyi Kesatria Baja Hitam.
4. Menggunakan topeng untuk menyembunyikan wajah asal Belalang. Tapi sekiranya Belalang tidak bertopeng wajah Belalang akan kelihatan seperti ini...
Hee jangan marah yea Jehan Miskin. Pinjam muka U jap. Tapi yang pasti jauh bebenor muka dia ngan Belalang namun yang pasti tetap sekacak Jehan...Hahaha
5. Terlalu gemar menikmati daging ayam. Masak la hape jenis pun janji berasaskan ayam.
6. Terlalu meminati muzik, pernah mempunyai band tapi dah pencen perform depan orang.
7. Tiada sorang pun kawan-kawan rapat Belalang mengetahui Belalang mempunyai blog.
8. Kalau tiada apa-apa kerja, lebih suka lepak di rumah.
9. Banyak membaca buku-buku seperti Mastika, Infinity dan Al-Islam. Walaupun membaca berkali-kali tapi tetap tak reti nak cerita pada orang apa yang Belalang baca.
10. Berkenalan dengan Mrs. Belalang hanya pasal silap send sms. Terus bercinta dan terus berkahwin dan terus mendapat Belalang Jr. Hee...
11. Seorang yang sangat pendiam di sekolah menengah dahulu (mentah lagi time nih)
12. Seorang yang sangat banyak cakap pada zaman kolej dan IPT dulu (dah rase diri cukup matang)
13. seorang yang tidak terlalu serius pada kenalan rapat. Namun pada yang tidak begitu kenal, Belalang agak serius.
14. Tak reti nak marah orang. Hanya reti dimarah orang.
15. Tak pandai mengarah orang. Hanya reti diarah orang.
16. Sangat-sangat menjaga hati dan perasaan orang lain. Hati dan perasaan sendiri tak terjaga takpe.
17. Tidak suka mengeluarkan kata-kata kesat dengan sengaja atau tidak sengaja, ketika marah atau bergurau.
18. Bukan seorang perokok. Katakan tak nak pada rokok. Hee...
19. Satu-satunya blogger yang Belalang pernah jumpa hanyalah
Padin.
20. Pernah terpilih untuk presentation design pada Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama lagi 5 rakan secara private (bangga giler time tuh).
21. Blog Suara Bawah Tanah mempunyai maksud sendiri. Apakah maskudnya? Cari la sendiri.
22. Belalang bekerja sendiri, memiliki kedai sendiri.
23. Rumah, Kereta, anak, bini semua dah ade. Rasenye dah lengkap dah idup Belalang nih.
24. Ade rezeki nak bagi adik pada Belalang Jr. Cian dia asyik tergedik-gedik sorang diri.
25. Belalang pencinta haiwan. Kucing parsi, ikan dan hamster antara ternakkan Belalang.
Belalang kene tag pada 25 blogger lain. So, kepada sesiapa yang kene tag akan Belalang maklumkan di shoutmix yea.