Cerita ini merupakan sambungan diantara blogger-blogger lain. Siri sebelum ini (siri-9) di tulis oleh aretikz. Klik sini untuk untuk membaca semua siri...
Selepas dua minggu aku berada di hospital, akhirnya aku dibenarkan keluar. Bil semua telah pun dibayar, entah siapa, mungkin ayahku. Memang patut mereka bayar pun, desis hati aku tatkala itu.
Sebaik sahaja kaki ini melangkah keluar kat hospital, aku tergamam apabila melihat…….
Ayah sedang menantiku dengan sebuah teksi. Melihat akan kelibatku di muka pintu hospital, ayah dengan tergopoh-gapahnya menghampiriku. Tanganku cuba digapai mungkin untuk memimpinku berjalan agaknya.
“Hei!... Tak faham bahasa ke? Kimie dah tak nak tengok muka ayah tau tak!”… Jerkahku kepada ayah. Cepat-cepat aku menarik tanganku daripada dipimpin ayah.
Ayah terdiam sambil merenung tajam ke arahku. Mungkin tidak menyangka yang aku masih lagi marah pada dirinya.
“Ayah datang ni nak jemput Kimie balik ke rumah. Tu, teksi pun ayah dah carikan untuk kita balik. Mari la nak ayah tolong pimpin tangan Kimie. Kimie bukan sihat sepenuhnya lagi”… Terang ayah dalam suara yang agak bergetar. Mungkin sedih. Mungkin jua takut jika-jika ayatnya membuat ku naik darah lagi.
“Tak payah susah-susah! Aku boleh berjalan sendiri”… Terus saja aku melangkah meninggalkan ayah. Walaupun terhencot-hencot aku berjalan, namun aku gagahi jua berjalan sendiri. Tak hingin aku biar orang tua ni pimpin aku. Nak tunjuk baik la konon. Pun begitu ayah masih jua mengikuti langkah ku dari belakang. Bimbang aku jatuh barang kali.
Sesampainya teksi di laman rumah, ibu terus sahaja meluru kepada ku dari arah pintu dapur. Ayah pula cepat-cepat membuka pintu tempat duduknya kemudian terus meluru membuka pintu tempat duduk ku.
Aku melangkah turun tanpa mempedulikan ayah. Ibu terus sahaja memelukku. Namun aku lansung tidak bersuara apa-apa. Ku leraikan pelukkan ibu dan terus sahaja berjalan menuju ke pintu rumah.
“Bosan aku tinggal di rumah ni. Naik meluat aku melihat muka ayah dan ibu. Habis sekolah ni aku mesti tinggalkan rumah ni. Aku nak cari duit sendiri. Selagi aku tinggal disini, selagi tu la aku tak akan merasa hidup senang. Biar ayah sorang je yang kawan-kawanku panggil beruk. Tak ingin aku ikut jejak langkah dia”…
Di atas katil bujangku, aku menanam tekad. Aku berharap masa itu akan segera tiba.
“Akan aku buktikan pada orang kampung dan Balqis aku juga boleh menjadi kaya-raya. Balqis akan aku salutkan dengan emas. Biar dia melutut menagih kasihku suatu hari nanti”… Senyumku sendiri…
Keputusan SPM telah seminggu di umumkan. Keputusan peperiksaanku hanya biasa-biasa sahaja. Seperti yang pernah ku rancang, aku terus sahaja mengambil keputusan untuk bekerja dan mengumpul kekayaan di Kuala Lumpur. Ayah dan ibu melarangku untuk berhijrah ke sana. Bermacam-macam kata pujukkan yang mereka katakan padaku. Namun…
“Ada aku kesah dengan semua tu? Pergi jahanam la korang. Aku malu tau tak dapat korang sebagai mak bapak aku yang miskin. Dah la miskin, hari-hari dihina. Menyesal tau tak! Menyesal aku dengan korang!”…
Aku hemburkan kata-kata itu pada ibu dan ayah pada suatu malam. Dan lewat paginya aku terus saja lari dari rumah….
--------------------------------------------
Belalang pas tugas ni pada Adik Rainbow Cloudy pula yea. Tak larat nak pikiaq dah nih... Hee...
19 comments:
hahahahah tahniah belalang!!!! like!!! hehe memang jahanam betul la si kimie nih, hehehe
tahniah belalang..memang best cerita ni..makin lama makin best..tak sabar nak tunggu sambungan dari mak pulak..memang ank derhaka la si kimie ni..
padin: tue la.jahat betul kimie nih...belalang pun hangin 1 badan ngan dia...rase nak lempang jer...hee...
cik tom: mak x dpt menyambung cerpen ini.so belalang akan cari org lain lak utk sambung...hee
Uish.. Kimie2.. Makin menjadi2 penderhakaan mu ini.. haha.. Kalau aku jumpa.. aku azankan telinga dia tu kali.. haha..
men sambung-sambung cerpen eh?
menarik :D
pandai belalang mengarang ~
tak sangka ada aktiviti cerpen berantai di kalangan blogger..best2 :D
Aretikz: klu ko jumpa dia,tlg la nasihatkan dia yea.balik la ke pangkal jalan... :-p
Kie-yu: first time tulis benda2 alah nih...abis ilang sisi gelapku...kuikuikui
Tengkorakemas: bro nak test power buat cerpen ke?boleh je klu sudi...hee...
haha keluar jugak bakat sastera Belalang nih, best!!!
tahniah belalang...best citer yang di sambung ni..kalo ellen gerenti tahun dpn pun tak siap2..hehee
padin: pasni susah dah korang nak tgk bellang bersastera mcm nih.bakat mcm ni skali-skala jer kuar...
ellen: tue ayat mcm takut kene pas ngan sape2 lak buat sambungan citer nih. siap g tau tahun depan baru siap...huhuhu...
wow... respect la belalang. ada bakat menulis carpen.. best sambungannya.. makin tak sabar nak baca sambungan-sambungan lepas ni. semoga kimie tu sempat la bertaubat sebelum parents dia menutup mata!
Salam belalang.hehe.zaer xleh nk balas jejak da ni.SB URL LINK zaer kene banned ngn samwan.huhu.xpe2.relaks suda..hehe.;-)Harap maklum..hehe
Salam belalang.hehe.zaer xleh nk balas jejak da ni.SB URL LINK zaer kene banned ngn samwan.huhu.xpe2.relaks suda..hehe.;-)Harap maklum..hehe
tahniah belalang.. best2!
makin berkembang jalan cerita.. mungkin byk cerita lagi bila tiba di KL nanti..
Bila agaknya Kimie nak berubah nih kan? watak Kimie yg derhaka sungguh hidup, sbb ramai yg geram giler.. huhuhu
good job belalang.. mmg berbakat!
anna: besak jer anna.main redah jer tulih nih...hee
zaer: orait bro...jerit jela kat mane je ko suka dlm blog nih...huhuhu
gnesop: terima kasih dgn pujian sop.jln citer sblm nih pun dah ok.belalang cuma tmbh sket lagi je kasi kick...
diana: mak aih emosi sungguh nih...sabar2...watak tiada kene mengena dgn hidup atau yang mati...huhuhu
tahniah!!!
Sangat terbaik untuk diselami... cewah..emosi pulak gayah nih...
manusia mmg bodoh x tau nk menghargai org!!!kurang ajo!!! apesal aku yg lebey2 nih..aku bkn terlibat pon dlm awatk di atas!!! hahahahaha
salam, jga diri,hiasi peribadi :)
memang berbakat nih.. nanti ada la keluar Novel camni nanti.. syabas..
kuman "Pandai..." Entry
Belalang. apa kata anda terbitkan cerpen yg serba menarik ni? Ezao rasa memang dah perfect dah ni!
huih. syok la plak korang mengarang. nak sampai berapa siri ni???
Catat Ulasan