Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 28 September 2010

Lanjutan Dari Terima Kasih Tuhan Kerana Memanjangkan Usiaku

Pagi tadi Belalang telah menemui doktor untuk mengetahui kesan terkena bilah kipas pada tengkuk Belalang nih ade memberi kesan lain atau tidak. Setelah diperiksa oleh doktor (tak sampai seminit doktor tengok), dia cakap jangan risau sebab tiada tanda-tanda yang luka ini serius. Syukur.

Pada yang meninggalkan komen pada Belalang kelmarin, Belalang ucapkan terima kasih sangat-sangat. Sayang jugak korang kat Belalang yea. Huhuhu...

Ni gambar yang Belalang tak dapat nak upload dari kelmarin. Tadi masa Belalang cuba upload dari blog terus pun masih tak boleh. Terpaksa Belalang upload ke picasa web album terlebih dulu. Pastu baru link kan ke sini.




**Serius cakap, Belalang sendiri pun rasa ngeri semacam bila pikir balik masa kejadian tuh.

Isnin, 27 September 2010

Terima Kasih Tuhan Kerana Memanjangkan Usiaku


Sebenarnya Belalang baru saja menghuni rumah Belalang ini pada raya ke-2 aritu. Banyak lagi perkakas dan hiasan yang kurang. Dipendekkan cerita, pada malam Ahad yang lepas Belalang telah memasang langsir dan cermin di ruang tamu rumah. Sebagai langkah berjaga-jaga, setiap kali Belalang menaiki tangga untuk menebuk lubang pada dinding atau apa-apapun Belalang akan mamatikan terlebih dahulu kipas siling.

Selang beberapa minit, Belalang siap memasang langsir pada ruang tamu. Kini tiba pula masa untuk Belalang menggantung cermin. Besar cermin tue lebih kurang 3'x6'. Kali pertama menaiki tangga untuk menebuk lubang pada dinding, macam biasa Belalang mematikan terlebih dahulu kipas siling.

Namun, pada kali kedua Belalang menaiki tangga untuk meletakkan cermin dan skru, ketika inilah Belalang telah terlupa sesuatu dan hampir meragut nyawa Belalang. Sebaik sahaja Belalang tiba di atas tangga, sebaik Belalang mengdongak ke atas, tiba-tiba Belalang terasa sesuatu telah melanggar Belakang tengkuk Belalang dengan kuatnya. Hentaman itu sebanyak 2 kali. Hampir-hampir Belalang terjatuh tangga.

Serentak dengan itu, serta-merta satu perasaan seperti loya, sakit tengkuk teramat sangat telah Belalang rasakan. Rupanya Belalang telah lupa untuk menutup suis kipas siling! Kipas di rumah Belalang tidak mempunyai pelarasan kelajuan. Kelajuan kipas itu sudah tersedia pada level 5, paling laju.



Akibat dari insiden itu, Belakang tengkuk Belalang terdapat kesan seperti dilibas/ditetak sesuatu. Nasib baik tidak berdarah. Berapa minit selepas perkara itu, tidak semena-mena perasaan sebak menguasai Belalang. Hampir sahaja perkara itu meragut nyawa Belalang. Namun mungkin Allah masih mahu Belalang meneruskan hidup Belalang. serta-merta Belalang memanjatkan syukur kepada Nya.

Perkara itu telah menyebabkan Belalang berfikir. Nyawa kita boleh ditarik balik dalam sekelip mata tanpa kita sedari. Sapa nak sangka. Tengah seronok bergelak ketawa, tiba-tiba sahaja malaikat telah menjemput kita. Tak dapat Belalang bayangkan bagaimana sekiranya malam itu Belalang kehilangan nyawa. Syukur pada mu ya Allah. Terima kasih kerana masih memanjangkan usiaku.

--------------------------------------------------------

Semalam blogger Padinno telah datang bertandang ke rumah Belalang. Walaupun baru pertama kali bertemu namun kami tidak kekok untuk berbual. Terasa macam dah lama je kenal. Belalang Jr. yang pada mulanya menangis melihat Padin (terkejut agaknya bangun-bangun tido tengok ade orang lain dalam umah), selepas itu dia pulak yang beria-ria menarik perhatian Padin. Terima kasih Padin kerana sudi menyinggah ke teratak buruk Belalang nih.

Jumaat, 24 September 2010

Isu Perkauman: Hentikan Tindakan Bodoh!

Baru-baru ini di sekitar kawasan tempat tinggal Belalang, Kulim, begitu banyak sekatan jalanraya dilakukan oleh pihak polis. Sekatan dijalankan 24 jam dan seolah-olah ada operasi besar.

Tertanya-tanya juga Belalang pada mulanya apa kes yang hebat sangat sampai hampir setiap jalan ada sekatan jalanraya? Berkaitan dengan kes Sosilawati kah? Manalah nak tahu yang polis dapat apa-apa sumber yang memberi tahu kawasan Kulim ada kaitan dengan pembunuhan kejam itu.

Setelah bertemu biras Belalang seorang pegawai polis 2, 3 hari sudah, barulah Belalang tahu apa yang terjadi sebenarnya. Rupanya telah tercetus pergaduhan di antara sekumpulan orang melayu dan india (yang dipercayai samseng india). Kejadian pertama yang diterima oleh pihak polis Kulim ialah pergaduhan di Paya Besar, Lunas.

Mengenai apa pergaduhan itu Belalang kurang pasti. Tapi kabarnya pemuda-pemuda india sekitar itu telah membaling bom koktail ke arah rumah orang melayu. Dan ada juga kes dimana seorang penunggang motosikal melayu telah memberhentikan motornya pada lampu merah. Tidak semena-mena datang motorsikal yang dipercayai ditunggangi oleh dua remaja india telah menetak leher mangsa dengan tidak semena-mena.

lanjutan dari pergaduhan yang tercetus di Paya Besar itu, kabarnya di kawasan Sg. Petani pihak polis di sana telah menerima laporan mengenai pergaduhan melayu dan india. Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak polis menahan kereta atau motor yang dipandu oleh kaum india untuk diperiksa. Kuatir mereka membawa apa-apa senjata.

Belalang harap ini bukanlah permulaan pada pergaduhan antara kaum. Kita patut menjaga keharmonian yang kita kecapi hari ini. Jangan terlalu emosi atau terpengaruh dengan berita yang kita terima kebelakangan ini baik   mengenai politik semasa atau apa-apa berita perkauman yang cuba dicetuskan oleh sesetengah pihak tidak bertanggung-jawab.

Dalam perkara ini, Belalang memuji orang-orang melayu sekitar sini kerana tidak membalas tindakan yang dilakukan oleh kaum india dengan tindakan bodoh. Akhir kata dari Belalang, Kaum india jangan terlalu emosi dan suka mengambil jalan singkat. Bertolak ansurlah dalam negara yang berbilang kaum ini.

Isnin, 20 September 2010

Pasal Lembu Pun Boleh Jadi Lagu

Sebenarnya agak kekeringan idea Belalang kebelakangan nih. Tak sempat nak pikir ape-ape story yang menarik pun memandangkan masih ade keje-keje Belalang yang belum dibereskan lagi. Bayangkan keje yang Belalang terima pada hari pertama kita menjalani ibadah puasa, sampai ke hari ini belum dapat Belalang selesaikan. Mau hangin satu badan client Belalang tuh. Hee...

Disebabkan kepala agak serabut, badan pun letih, Belalang stop jap buat keje dan layan video-video santai supaya tak terasa tekanan keje sangat. Jom tengok video bawah nih. Walaupun Belalang yakin ramai yang dah tengok video nih, tapi ape salahnye sekali-sekala tengok lagi daripada biar badan stress dengan keje.

Enjoy yea dengan video nih...

Sabtu, 18 September 2010

Belalang Ke dunia Harry Potter?

Sebelum Belalang bercerita dengan lebih lanjut mengenai pengembaraan Belalang ke dunia Hogwart, Belalang mengucapkan takziah kepada keluarga arwah M.Rajoli atas pemergiannya semalam (10.45mlm) akibat sesak nafas. Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang yang begitu berbakat.

Berbalik kepada tajuk di atas, baru-baru nih Belalang berpeluang berdampingan dengan seorang ahli sihir muda yang begitu terkenal di dunia black magic iaitu Harry Potter. Hampir setiap malam Belalang bertemu Harry dan kawan-kawannya di sekolah magic mereka Hogwart. Pagi tadi hingga pukul 2 pagi Belalang lepak dengar cerita Harry pasal Vedermort.

Sebenarnya Belalang baru membeli DVD compilation cerita Harry Potter dari siri mula, Sorcerer's Stone, sampai yang terakhir di tayangkan di pawagam, The Half-blood Prince. Belalang tengah amik feel dunia magic Harry Potter sebab cadangnya last episode citer nih nanti  Belalang nak pegi tonton di pawagam.

Jalan citer Harry Potter menarik kerana ia tidak begitu susah untuk difahami dan suasana persekitaran di dunia magic mereka tersangat la mengagumkan. Khabarnya siri terakhir Harry Potter yang bertajuk The Deadly Hallows akan ditayangkan pada November 2010.

Belalang linkkan trailer citer tue disini. Kepada yang minat citer Harry Potter (terutama yang minat pelakon Emma watson, macam Belalang gak...Hee) Jangan lupa untuk menonton siri terakhir ini bulan november nanti ya!

Jumaat, 17 September 2010

MEMBUKA PINTU REZEKI







Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris...... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita 
cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah

Allahu Akbar !

Isnin, 13 September 2010

Kes bunuh Sosilawati: Transaksi jutaan ringgit

Berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu.


Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.


“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan daripada mana sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.


Menurutnya, polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan melampau.


Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.


Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat.


“Ada kemungkinan faktor itu menyebabkan suspek ‘gelap mata’ dan merancang untuk menyapu semua wang terbabit dengan membunuh mangsa bersama tiga yang lain,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang ditemui berkata, polis menemui sejumlah wang dalam jumlah amat ‘besar’ di dalam akaun milik suspek utama berkenaan.


Beliau yang ditemui di Banting, semalam, berkata, berdasarkan siasatan berlaku pemindahan wang ke dalam akaun bank milik suspek dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan dari mana sumber wang itu diperoleh.


“Polis akan siasat secara rapi adakah wang terbabit diperoleh secara haram atau melalui pemerasan jenayah terhadap ramai mangsa lain sebelum ini,” katanya.


Selain itu, maklumat polis turut mendakwa Sosilawati berkemungkinan ditahan dan dibunuh suspek utama yang berang selepas mangsa enggan membawa wang tunai seperti dijanjikan pada 30 Ogos lalu.


Wang yang sepatutnya dibawa seperti dipersetujui antara kedua-dua belah pihak turut menjadi punca semua mangsa ditahan sebelum dibawa ke ladang maut terbabit.


Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek dianggap popular di kalangan penduduk sekitar Banting di sini, selain turut dikenali polis berikutan pejabat guamannya yang terletak tidak jauh dari Balai Polis Banting.


“Bagaimanapun, polis sedang menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dengan aktiviti gangterism selain menggunakan kaedah bakar mayat untuk menghilangkan bukit,” katanya.

**Sumber Harian Metro.

Ahad, 12 September 2010

Sosilawati Dibunuh: Mayatnya Bersama Tiga Yang Lain Dibakar

Sah! Apa yang Belalang tulis semalam rupanya berita benar. Sosilawati bersama tiga yang lain dibunuh dan dibakar. Tak tahu apa nak cakap. Cuba Belalang harap kesemua suspek yang ditangkap hukumlah mereka dengan seadil-adilnya.

Suspek yang melakukan perkara ini bukan calang-calang orang. Peguam bergelar datuk pun terlibat! Nama saja belajar undang-undang. Tapi mengambil tindakan sendiri seolah-olah undang-undang ada ditangannya...


** Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah untuk kesemua arwah...

Sosilawati Mati Dibunuh Dengan Kejam?

Berita Niteline TV3 (12 a.m) melaporkan Sosilawati dan tiga yang lain berkemungkinan mati dibunuh dengan kejam dimana mayat mereka telah dibakar!

Benarkah berita itu? Belalang sendiri tidak menonton siaran berita niteline sebentar tadi. Namun ada beberapa blog yang sudah menulis tentang perkara ini. Kalau tak silap di Twetter juga sudah ada yang memperkatakan perkara ini. Korang boleh merujuk berita itu dengan klik sini dan sini.

Sekiranya benar, Belalang benar-benar berasa sedih. Ini kerana setiap yang mengikuti berita kehilangan Sosilawati, semestinya mengharapkan yang beliau akan ditemui dalam keadaan selamat. Namun perkara sebaliknya pula berlaku. Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, keluarga mangsa terpaksa menerima berita yang menyedihkan ini.

Jangan dibiarkan manusia berhati iblis seperti ini terlepas! Bawa dan hadapkan ia kemuka pengadilan...

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya


Kepada Yang baru mahu memulakan perjalanan pada hari ini,
berhati-hati di jalanraya. Patuhi segala peraturan di jalan...

Kepada yang sudah selamat tiba ke destinasi,
selamat bercuti dan bergembira disamping orang tersayang...

Rabu, 8 September 2010

Kad Raya Untuk Belalang

Sepatutnya Belalang nak tulis pasal nih kelmarin. Tapi memandangkan masa yang ada terlalu terhad, jadi Belalang tulis entry nih time dah abis semua keje pukul 3.30 pagi.

Cuba korang tengok picture kat bawah nih:-


Apakah benda itu? Hee dah tajuk entry pun kad rayakan, jadi mesti la citer pasal kat raya. Yeah Belalang telah menerima kad raya daripada sahabat blogger yang tak jemu-jemu menyokong blog Belalang. Sape lagi kalau bukan cik Kie-yu dari rumah4tingkat. Walaupun Kie-yu tinggal di rumah 4 tingkat, tapi dia tak pernah memandang hina pada Belalang yang tinggal bawah tanah.

Memang terharu betul bila tengok abang posmen datang menyerahkan surat yang bertulis name Belalang Hijau. Jika kelapangan Belalang memang teringin nak membalas kad Kie-yu. Terima kasih sesangat yea Kie-yu. Susah payah hantar kad raya nih pada Belalang. Walaupun kita hanya mengenali melalui blog, tapi itu tidak menghalang kita untuk menjadi sahabatkan?

Memandangkan hanya ini jela kad raya nyata yang Belalang terima untuk tahun ini, maka kad raya nih akan Belalang gantung di rumah baru Belalang. Saje nak show-off sket kat orang-orang yang tengok. Huhuhu

Korang-korang nih, ade ke dapat kad raya jugak? (baca ayat tue dengan nada belagak yea)
huhuhu...

Selasa, 7 September 2010

Berpada-pada Bergurau

Kadang-kadang kita berniat untuk bergurau dengan sahabat baik kita. Tanpa kita sedar gurauan kita itu sebenarnya gurauan yang melampau. Sampai boleh mendatangkan bahaya kepada kawan baik kita itu.

Video ini katanya kejadian sebenar yang dirakam. Jika benar, maka sangat malang untuk diri mangsa terjadi perkara sebegitu ke atas dirinya.

Kepada kita semua, jadikan video ini satu peringatan dalam mencari joke untuk kawan kita.



**Jangan la kejutkan kawan anda sebegini. Cian betul...

Ahad, 5 September 2010

Orang Dah Cakap Jangan Main Elektrik!!!

Orang dah pesan jangan main elektrik...
Tapi ko buat derk jer...
Orang cakap bahaya buat macam tue...
Ko degil...
Orang suruh turun...
Ko tak nak!!!

Sekarang rasekan...tue la tak nak dengar cakap orang tua...


(Ayat di atas sengaja ditambah supaya video nih jadi lagi sedap)
hee...

Sabtu, 4 September 2010

Balik Kampung

Jap lagi beberapa minit lagi Belalang akan bertolak ke kampung Mrs.Belalang di Baling, Kedah. Balik jap je. esok malam mungkin Belalang dah online balik macam biasa. Sana line tenet terlalu slow. Tue Sebab Belalang blogwalking agak awal tadi.

Tujuan balik ke sana untuk menghantar Belalang Jr. tinggal di sana sampai la raya nanti. Belalang lak akan balik sekali lagi ke sana pada malam raya nanti.

Beraya di sana memang best. Suasana kampung la katakan. Meriah sangat-sangat. Ketupat, lemang, ape je suma ade. Tiap-tiap umah buat sendiri lemang dan ketupat. Belalang paling gemar adelah lemang yang dibuat oleh ayah mertua Belalang. sedap siot.

Ok belalang stop sini dulu. Malam ni Belalang cuba online dari sana. Tapi kalau line teruk jugak, esok malam je kita jumpa lagi yea. Jaga diri baik-baik semua...

Jumaat, 3 September 2010

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan
nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu
ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. __._,_.___ & ..

__,_._,___
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com