Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 28 Januari 2010

Bukan Salah Hidung Itu

                Perh…Dulu Belalang pernah dengar kes orang kene gigit telinga. Itu kes Mike Tyson punya angkara. Tapi itu dulu, dah lame dah. Tapi bila buka Harian Metro online tadi, terkejut kambing Belalang bila baca ada pulak orang kene gigit hidung. Kat Malaysia pulak tuh kejadian nih. Dasat orang kita nih. Setanding Mike Tyson.
                Ni perikan berita yang Belalang copy dari Harian Metro. Baca le sendiri. Malas nak story panjang-panjang. Enjoy

Sikap baik seorang lelaki membantu rakan wanitanya berpindah rumah disalah tafsir teman lelaki wanita terbabit hingga sanggup memukul lelaki itu di kepala selain turut digigit hidung dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai di Bandar Baru Ampang, dekat sini, Ahad lalu.
Mangsa yang berusia 28 tahun itu pada mulanya pergi ke rumah seorang rakan wanitanya untuk membantunya berpindah ke rumah baru, kira-kira jam 10 malam. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, teman lelaki wanita terbabit datang sebelum dia tanpa banyak soal menendang serta membelasah mangsa. Menurut sumber, mangsa yang langsung tidak mengetahui apa-apa terjatuh terkena tendangan berkenaan sebelum dia dibelasah tanpa belas kasihan. “Tidak puas membelasah, lelaki berkenaan secara tiba-tiba mengetuk kepala mangsa dengan objek yang dipercayai telefon bimbit menyebabkan kepala mangsa berdarah. “Mangsa hanya mampu meraung dan meminta lelaki itu berhenti daripada terus memukulnya sambil mempertahankan diri kerana dia mengalami kesakitan di kepala akibat hentakan itu,” katanya. Menurut sumber, rayuan mangsa bukan saja tidak diendahkan, malah lelaki berkenaan bertindak luar batasan apabila menggigit hidungnya. “Akibat gigitan itu, hidung mangsa berdarah dan dia sekali lagi menjerit meminta lelaki itu menghentikan perbuatan berkenaan kerana tidak tahan dengan kecederaan dialami. “Mangsa yang kesakitan kemudian bergelut dengan lelaki terbabit sebelum melarikan diri,” katanya.

Sumber itu berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan perasaan cemburu lelaki terbabit apabila melihat mangsa dalam rumah teman wanitanya. “Lelaki berkenaan yang tiba di rumah teman wanitanya terus menyerang mangsa tanpa sempat mangsa menjelaskan perkara sebenar. “Akibat kejadian itu, mangsa cedera di kepala, beberapa bahagian badan dan juga hidungnya kerana digigit lelaki berkenaan,” katanya.

Sabtu, 16 Januari 2010

Ape Yang Penting!..DUIT...

                Dalam hidup nih benda alah bernama DUIT terlalu la penting. nak eja D.U.I.T senang and pendek jer. Tapi makna duit dalam hidup kita panjang dia berjela-jela…

                Saja jer mukadimah pasal duit nih. Bukan pe, teruk sangat kewangan Belalang sekarang nih. Tapi Belalang percaya bukan Belalang sorang je ada problem duit nih. Tua, muda, miskin, hatta kaya sekali pun tak terlepas dengan masalah duit. Orang miskin masalah dengan cara dia nak makan hapah semua.  Orang kaya lak masalah dengan cara dia, tido malam takut duit ilang la macam-macam lagi.

                Tapi alangkah indah hidup Belalang jika segala mak nenek benda yang Belalang mau dalam hidup nih, semuanya ada. Tapi nak buat macam mana. Belalang  nih orang sederhana. Kais pagi makan pagi, kais petang makan untuk esok..hee..

                Apapun Belalang syukur dengan kehidupan Belalang sebab Belalang ada family and wife yang sangat sempurna pada pandangan Belalang. Mereka ini lebih bermakna dari segunung berlian atau sekolam duit. So, kepada anda yang selalu jugak runsing macam Belalang nih cuba renungkan sedikit kehidupan anda. Semua yang terjadi atas kehendak Allah. Mungkin kita rasa duit satu masalah kepada kita. Tapi jika kita toleh sedikit ke bahagian lain, mungkin kita akan terlihat sesuatu kurniaan tuhan kepada kita yang tak ternilai dengan wang ke hapah ke.

                Jadi sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita ada di dunia nih. Dan ingat satu lagi nih, DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA.

Rabu, 6 Januari 2010

Betul Kita Semakin Kejam

                Ntah apa nak jadi Negara kita sekarang nih. bunuh orang dah jadi macam benda biasa je. Lebih kurang macam bunuh kucing je. Terbaru satu keluarga imam mati dibunuh dengan kejam. Empat orang mangsa pembunuhan itu termasuk seorang imam. Malaslah nak story pasal kes nih. Kalau nak tau klik di sini.
                Undang-undang Negara kita tak cukup menakutkan ke untuk orang-orang kejam macam ni ke? Apa yang orang-orang kejam nih pikir waktu mengambil keputusan untuk mencabut nyawa orang?
                Belalang salah sorang yang begitu meminati majalah MASTIKA. Dalam keluaran yang lepas-lepas Mastika buat satu kolum/segmen bertajuk KENAPA KITA SEMAKIN KEJAM? tiap-tiap bulan ada menceritakan kekejaman yang telah orang kita lakukan. MacAm tak caya je baca kes-kes tuh. Tapi tue la hakikatnya.
                Nampaknya benda nih bukan lagi persoalan. Tapi memang sesuatu yang benar. BENAR KITA DAH SEMAKIN KEJAM.

Jumaat, 1 Januari 2010

TOK MAT

Berita tentang pemergian Tan Sri Mohamed Rahmat atau lebih mesra dengan panggilan TOK MAT ke rahmatullah agak mengejutkan kita semua. Belalang dengar arwah meninggal pagi tadi ketika sedang tidur.

Jika di imbas kembali, nama Tok Mat begitu sinonim dengan kita ketika arwah menjadi menteri penerangan di era pemerintahan Tun Dr.Mahathir. Mat-mat rock sekalian sure ingat lagi time larangan lelaki berambut panjang naik tv. Belalang kecik lagi time tuh. Belalang masih rambut Awie dan band Wings, Tok Mat sendiri yang potong. Memang seram mat-mat rock time tuh.

Tapi semua tue hanya tinggal kenangan. Ketegasan arwah dalam mendidik anak bangsa sendiri untuk menjadi disiplin akan terus kita ingat sampai bila-bila. Begitu juga sumbangan arwah terhadap kerajaan. Al-Fatihah…
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com