Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 31 Mac 2010

FACEBOOK SUCK!!!

Memetik kata-kata seorang sahabat di profile facebook dia “FACEBOOK SUCK!!!”. Ape yang suck takde pulak dia tulis dengan jelas.

Tapi hairan jugak la Belalang dengan dia. Kata suck facebook, tapi ade account dengan facebook. Adoiya…




Tak tau le pehal. Mungkin ade sebab kot dia tak suka facebook. Atau sebab kawan-kawan dia yang lain cakap “Gua suck facebook”, so dia pun ikut same macam kawan-kawan dia tanpa tau nape diorang tak suka facebook.

Ape-ape pun mybe korang jugak ade yang berpendapat same dengan kawan Belalang kot. Mungkin korang tau nape dia cakap macam tuh?...

Selasa, 30 Mac 2010

KUALA LUMPUR ROCK FESTIVAL 2010 - 3 hari yang gile metal

(klik gambar untuk view lebih besar)

Serius cakap kalau mat-mat metal kat luar sana tak pegi festival nih, memang rugi. Tengok jela sape yang perform. Semua band yang boleh buat mamat metal sekalian headbang sampai patah tengkuk.

Yang tak tahan tuh IRON MAIDENS pun ade. Ini adalah kunjungan kedua mereka ke negara kita Jangan miss festival nih mat-mat metal sekalian. Belalang ulang sekali lagi rugi kalau tak pegi.

PERNAHKAH KAU MERASA???

hari nie genap setahun usia puteri bongsu Belalang. Kejap je rase masa berjalan. Pejam celik pejam celik dah setahun Belalang ade anak (perasan muda...hee). Cadangnye nak buat kenduri sikit untuk anak Belalang. Tapi atas sebab-sebab yang tak leh nak elak, Belalang tunda la dulu. Nanti-nanti lewat sikit Belalang dengan wife buat untuk dia.

Baru-baru nih life Belalang agak tensen sebab banyak terkena masalah birokrasi. Sebut birokrasi tentu la korang semua dah tau kan dekat mana kita selalu berjumpa dengan masalah begini.

Malas le nak pikir sangat. Buat sakit otak jer. Dah la lenguh kaki naik turun tangga ngadap diorang. Sesuka hati dia jer jap nak ini jap nak itu. adeGeget tengkuk baru dia tau...

Dari pikir muka mamat yang menyebabkan hangin satu badan Belalang naik, baik Belalang blogwalking jap. Melawat blog lain. Kurang-kurang leh gak ilang tensen nih baca entry orang lain.

Khamis, 25 Mac 2010

TRIBUTE TO HEROES-Bhg3

Untuk post kali ini Belalang nak bawak korang kenal dengan Radhi OAG pulak. Ala, sure satu malaya kenal dengan dia. Tak yah story panjang-panjang pun korang dah kenal. Tapi mau tak mau dan tak dapat di nafikan Radhi adalah antara individu terawal yang memperjuangkan muzik bawah tanah. Sezaman dengan Nice Stupid Playground, Sub-Culture hape sume.

Radhi mula dikenali dengan lagu "Slumber" dari album Radhi 'O' Friendly. Memang menjadi experimen Radhi menerbitkan lagu berbahasa melayu. Sampai kini orang kenal dia.

Tapi mungkin ada yang tidak tahu atau yang tahu tapi dah lupa yang satu masa dulu, sewaktu masih underground, Radhi tidak di gemari oleh segolongan peminat scane ini. Radhi pernah di 'Boo', baling sampah ke arah bandnya ketika perform. Dan satu peristiwa yang Belalang paling ingat ialah pada satu gigs sekitar tahun 2000 kalau tak silap, OAG telah menjadi band terakhir yang perform dalam gigs tuh. Nak tau ape yang jadi apabila band Radhi bermain? crowd semua balik and tinggal 2,3 kerat jer lagi tunggu.

Perkara begitu memang tak patut berlaku. Tak pasti pulak mengapa organiser gigs tuh meletakkan Radhi perform di akhir gigs. mungkin nak menjatuhkan maruah Radhi atau mungkin dia memang tak tahu yang OAG bukan band favourite penonton. Atau mungkin juga sebab lain. Faktor gigs abis lambat and crowd takut takde dah pengankutan awam yang diorang boleh naik. Boleh jadi kan?




Pun begitu Radhi tak pernah patah semangat. Dia sangat gigih membangunkan band OAG walaupun sering bertukar line-up. Dan hasilnya kini nama Radhi dan band OAG dah jadi sebutan orang. Crowd yang tak suka dia dulu pun dalam diam-diam dah suka dia...hee...

Semangat seperti Radhi memang perlu ada pada band-band lain. Lagi-lagi bebudak baru. Memang kene strong kalau nak servive. Jadi happy-happy la selalu seperti juga radhi yang terlalu happy sampai ade masa jadi terlalu happy. Lantak dia la. Janji dia happy (banyak nyer perkataan happy) dengan life dia.

Isnin, 22 Mac 2010

SIFAT 20 ALLAH SWT DIREKA OLEH GREEK DAN YUNANI? BIAR BETUL...

Sebelum anda-anda semua marah kepada Belalang sebab letak entry nih, Belalang nak jelaskan yang bukan Belalang yang bangkitkan tajuk nih. Tetapi seorang penulis blog yang post entry nih. Klik sini untuk baca.

Bukan taraf Belalang untuk cakap hal berkaitan agama. Belalang sedar dan tahu tahap pengetahuan Belalang mengenai agama yang kita cintai sampai mana. Tetapi Belalang tidak la terlalu jahil.

Cuma kadang-kadang kita perlu mengkaji dengan tekun hasil sesuatu perkara yang kita perolehi samada benar atau rekaan pihak tertentu. Lagi-lagi yang berkaitan agama Islam. Jangan main ikut membabi-buta jer.

Berbalik mengenai tajuk Belalang di atas (tajuk tue pun copy dari blog tuh), kita boleh suarakan pendapat kita tetapi hati-hati kerana setiap pendapat kita ada yang membaca dan mungkin menjadikan panduan hidup si pembaca. Apa lagi jika kenyataan itu keluar dari mulut seorang tok guru. Lagi ler orang akan terima bulat-bulat jer.

Apa-apa pun Tuhan dah kasi otak kat kita, so pikir la sendiri yang mana baik dan buruk. Tak nak cakap panjang-panjang lagi. Takut lain pulak jadinya....

Daa...

WHAT HAPPEN TO GENGBLOGGER?

Belalang mengenali gengblogger.com baru 2 minggu dan sepanjang bersama gengblogger nampak yang positif mengenai gengblogger dalam mengeratkan hubungan sesama blogger.

Tapi selama 2 minggu itu juga Belalang perasan yang sudah dua kali gengblogger mengalami masalah. first yang Belalang ingat web tak boleh buka. Dan problem hari ini pulak ada password ngan username di minta.

Tak salah Belalang gengblogger juga baru di bangunkan. So tak kisah sangat la kalau ade problem sikit-sikit macam nih. Pas nih lama-lama perfect la web tuh. Tapi yang Belalang tak boleh terima kalau benda-benda yang terjadi nih hasil kianat pihak tertentu. Mungkin ade yang dengki melihat gengblogger berkembang dengan hebat kebelakangan ini. sape tahu kan?

Ape-apepun gengblogger memang terbaik. Dan kepada yang dengki tuh, sudah-sudah lah. Takde faedah pun dengki-dengki sesama kita. Patutnya beri sokongan, bukan buat macam nih. Hope gengblogger cepat sembuh and kuar spital :-)

Jumaat, 19 Mac 2010

TRIBUTE TO HEROES-Bhg2

Cadangnye nak post story nih esok. Tapi di sebabkan esok Belalang nak picnic dengan family di Pantai Merdeka, maka terpaksa ler Belalang post malam (pagi kot?) nih.

Kalau post yang lepas belalang dah story pasal Bakri yang sangat rajin Menyumbang tenaga terhadap band-band underground (klik sini kalau belum baca), kali nih Belalang nak citer pasal sorang lagi individu nih. Dia bersama band pimpinannya adalah pencetus budaya skinhead di Malaysia. Mungkin sebelum mereka telah ada budaya skinhead di Malaysia. Tapi mereka telah meng'havoc'kan scene skinhead pada waktu itu hingga kini.


Megat (depan sekali)

Megat A.C.A.B atau mag skins bukan la kecil-kecil nama di kalangan pengikutnya. Sehingga kini masih aktif dalam industri muzik. Cuma penampilan Megat sangat-sangat berubah kini. Kejap lagi Belalang cerita perubahan bagaimana yang berlaku terhadap Megat.

Bermula dengan album 'Eastern Oii', Megat bersama bandnya terus menjadi perhatian. Selain daripada kelantangan vokal Megat, Kekuatan Megat dan A.C.A.B terletak pada lagu-lagu mereka yang catchy dan sedap telinga mendengar. Sesuai dengan konsep oi yang di ketengahkan. Penulisan lirik pula banyak berkisar tentang perjuangan, brotherhood dan isu semasa. Lagu seperti 'Fight For Your Right', Where Have All The Boots Boys Gone?', sehingga kini menjadi siulan dan dimainkan di jamming.

Berbalik tentang perubahan diri Megat, sewaktu perform di satu gigs pada pertengahan tahun sudah (rasa-rasanya), Megat telah mengejutkan pengikutnya dan juga followers underground lain apabila tampil perform dengan mengenakan jubah dan serban! Ramai yang tertanya-tanya adakah itu gimik Megat? Jika itu suatu gimik, memang tak patut la jugak. Tapi apabila majalah Mastika interview Megat, barulah sahih segalanya. Ya, Megat telah berubah menjadi alim (cakap pakai ana-ana lagi. Macam Akil la pulak). Banyak perkara-perkara yang pernah dilakukan dahulu telah di tinggalkan, tetapi mengakui yang mana perkara positif di dalam skinheads masih di amalkan dia.




Alhamdulillah sebab Megat talah mendapat hidayah ketika dia masih mampu untuk melakukan sesuatu terhadap dirinya sendiri. Semoga Megat lebih tenang apabila dirinya semakin dekat dengan pencipta-Nya.

Rabu, 17 Mac 2010

TRIBUTE TO HEROES-1





              Mungkin anda selalu melihat muka mamat nih, tapi tak begitu mengenali dia. Cuba anda perhatikan drummer (pemain drum) Azlan & the Typerwritter siapa? Kemudian lihat drummer Gerhana Ska Cinta siapa? Tak lain tak bukan orang yang sama. Dia adalah Bakri.
                Nama Bakri di arena bawah tanah (undergeound) sudah tidak asing lagi di kalangan pengikut scene ini. Bakri telah banyak membantu band-band yang kekurangan pemain drum. Bermula dengan Flop Poppy (Belalang rase nie band first yang menaikkan dia), kemudian dia mula bermain dengan Koffin Kanser, Republic Of Brickfields, Gerhana Ska Cinta dan yang baru Belalang perasan dengan  Azlan & The Typewritter Bakri ada jugak. Mungkin ada lagi band yang di anggotai oleh Bakri. Belalang sekadar menyebut beberapa nama band yang terlintas di fikiran
                Agak-agak kenapa Bakri aktif bermain dengan semua band-band di atas? Mungkin semangat tolong-menolong sesame kawan begitu kuat dalam diri Bakri. Atau pun dia memang seorang yang berbakat sehingga menyebabkan semua band terasa Bakri paling sesuai mengisi jawatan kaki pukul band meraka.
                Apapun reason yang di fikir, kehadiran Bakri memang di perlukan didalam perkambangan industri muzik kita. Tak kira la underground ke mainstream. Lagi pun sekarang nih sempadan antara underground Nampak seakan sudah tiada (rasanya memang dah tiada). mungkin Bakri ingin menimba pengalaman dengan bermain macam-macam style muzik. Tapi dalam masa yang sama dia telah merancak dan memantapkan band-band yang telah menggunakan khidmatnya.

Akan datang siapa pulakk???

TRIBUTE TO HEROES

Mulai pertengahan bulan nih dan bulan-bulan akan datang, belalang akan meng'story'kan life atau info mengenai individu-individu dan band yang Belalang rasakan telah menyumbang terhadap perkembangan muzik bawah tanah di Malaysia.

Saja je ambil topik begini sebab Belalang pernah mengagumi beberapa nama besar dalam arena underground Malaysia. Mereka nih antara penyebab Belalang bermain muzik secara serius dan belajar mendalami instrument alat muzik.

Jadi enjoy dengan penulisan Belalang nih ye. Yang tak minat dengan muzik underground, jangan risau sebab kebanyakkan band atau individu yang Belalang expose nih dan tak berapa underground dah perjuangan dan life style mereka.

Belalang mulakan individu pertama dengan...

Isnin, 15 Mac 2010

Raining Day


                Alhamdulillah, masuk ni dah 2 hari berturut-turut hujan  turun di tempat Belalang. Pagi tadi bangun tido pun rase nyaman je, sejuk. Dah lame sebenarnya tak rase perasaan macam tuh. Semenjak panas melampau-lampau melanda kita. Tinggal di tengah-tengah hutan batu nih, rase berkuap je bilik tido.
                Mungkin penghujung musim panas dah tiba kot. And cuaca kita dah back to normal. Dugaan dah abis. Belalang bukan ape. Cian tengok berita pasal petani-petani di negeri Kelantan. Sampai kering kontang tanah sawah jadinya. Dugaan dari yang maha Esa.
                Hope hujan nih melarat la sampai malam. Best sikit nak tido macam semalam. Tak payah dan nak berebut kipas dengan wife. Tapi kalau berebut jugak, Belalang beralah jer. Sape tak sayang bini oii

Ahad, 14 Mac 2010

TANGKAP SEMBELIH....

          Berita tv3 baru je report kes gitaris rock era 90an kena tangkap time nak pecah masuk rumah jiran dia. Kes yang lepas-lepas sorang band rock jugak curi dekat kereta dengan barang-barang dalam rumah yang di tumpangnya. Sebelum itu sorang mamat band rock jugak kene tangkap pasal mengedar dadah. Nakpaknya band-band rock kita sekarang dalam bahaya kerana masyarakat tentu memandang serong kepada.

          Media pulak seperti biasa akan mensensasikan benda yang dirasakan boleh menjadi duit. Cuba kita imbas apa yang pernah berlaku kepada scane underground dan bebudak band sekitar awl tahun 2000. Waktu tue mana-mana akhbar pun akan cuba mencari cerita pasal budak minum darah kambing la, tak boleh mengucap la, sembah pentagram, buat ritual dan ntah hape-hape lagi suma ada.

          Entah macam mana selepas itu perkara itu semakin dilupakan dan scene yang dulunya kecil tiba-tiba berkembang dengan lebih pesat dan meriah. Lebih meriah daripada sebelum kes itu meletup. Belalang juga pernah rasa tempias dan sengsaranya scene time tuh. Tapi sekarang Belalang bangga melihat perkembangan positif industri muzik kita especially bebudak D.I.Y.

          Tapi apa yang dilaporkan oleh media kebelakangan ini, agak meresahkan Belalang. Belalang takut apa yang pernah berlaku berulang semula. Mungkin skrip kali ini berbeza tapi hukuman yang diterima sama seperti waktu itu.

          So, kepada pejuang muzik sekalian tak kira la metal ke, heavy atau ska dan reggae, hati-hati dengan attitude yang kita tonjolkan. Jaga tingkah laku kita pejuang muzik yang jujur. Jangan sampai ruang yang masyarakat berikan kepada kita hari ini, di sekat kembali oleh mereka.

RASAKAN, BARU TAU BEST KE TAK


                Kemarin berita tv3 pukul 8 malam ada tunjuk pasal kes budak pompuan lari ikut boyfriend ke Lambok.  Nak termuntah Belalang dengar yang dia merayu supaya di bawak pulang ke Malaysia. Siap mintak kat family rm2000. Ewah, ewah… Lari pandai, nak balik tak reti.  Nyusahkan mak bapak lari sana dah satu hal. Mintak duit sampai ribu-ribu lagi satu hal. Nak sangat ikut boyfriend ke sana, rasa la sengsara tinggal sana.

 Map Lambok

                Kepada gurl-gurl yang ada niat nak ikut boyfriend mat indon balik ke Negara diorang, Belalang sarankan fikir dulu abis-abis. Jangan main redah ikut rasa hati je. Konon cinta sejati, bila mertua sana suruh kerjakan bendang dan buat rumah, baru tau sengsaranya tinggal di sana.
                Negara kita 18 ratus kali ganda baguih daripada tinggal sana. Terus terang cakap sana bukan ada hapah pun. Diorang sibuk-sibuk lari ke sini. Yang kita lak sibuk-sibuk nak lari pergi sana. Sekampung-kampung kehidupan orang kampung kita di sini, kampung diorang masih bawah taraf lagi dari kampung kita. Bukan menghina tapi memang realiti kehidupan sana taraf hidup diorang terlalu la mundur dari sini. 

 Gambar mangsa yang pernah lari ke Lambok

               Bila dah pergi sana dan tengok dengan mata kepala sendiri baru tau macam mana. Menyesal pun tak guna dah time. Abis tuh nak buat macam mana? Nak buat macam mana lagi, mintak tolong kerajaan kita yang baik hati ni la. Ingat kerajaan takde keje lain ke. Asyik-asyik nak kena tolong bawak balik gurl-gurl yang dah tak tahan hidup di sana. Nak cinta pasangan kita dengan sepenuh hati pun, berpada-pada la sama. Nampak bangang ke gurl-gurl yang macam nih. Abis rosak nama gurl-gurl negara kita yang lain.
               Belalang ade satu idea untuk gurl yang teringin nak lari ke Lambok dengan boyfriend. Apa kata sebelum lari ke sana, korang cuba try test tinggal dalam hutan dalam 3 bulan. Try tengok cari makan and hidup dalam hutan tuh sendiri. Kalau 3 bulan pas tuh still hidup and tabah hati, korang lulus untuk ikut kemahuan hati korang ke Lambok. Lantak kau la. Malas nak fikir...
               

Jumaat, 12 Mac 2010

SORI...BUKAN NIAT NAK JATUHKAN SESIAPA...

Di bahagian bawah gambar ini tertulis SESAT!!!! So Belalang grap pic nih and letak kat blog Belalang. Just nak tanya pendapat korang. Panas giler tengok komen rakan-rakan Facebook pasal pic nih...

Pada korang yang singgah ke blog Belalang, rase-rase korang boleh ke buat begini? Kalau orang-orang dalam gambar tuh jenis serabut macam Belalang it's ok la. But Mat Sabu and Nizar yang memperjuangkan ajaran islam pun ada tuh???

Korang rase???

Jumaat, 5 Mac 2010

Siksa Kubur Live At J.B

Pada sesiapa followers band death metal dari Indonesia SIKSA KUBUR, khabarnya mereka akan bermain di Gig's Southern Metal Assult pada bulan Jun nanti.


 klik pada gambar untuk view lebih besar


Memandangkan Jun lambat lagi akan tiba, so harap gig's ini akan jadi la. Rasanya ini fisrt time Siksa Kubur sampai ke sini. Para metallers sekalian, tunggu apa lagi. Doakan supaya perkhabaran gembira ini menjadi nyata.

Bagi yang belum mengenali Siksa Kubur, klik link ini http://www.myspace.com/siksakubur
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com