Untuk post kali ini Belalang nak bawak korang kenal dengan Radhi OAG pulak. Ala, sure satu malaya kenal dengan dia. Tak yah story panjang-panjang pun korang dah kenal. Tapi mau tak mau dan tak dapat di nafikan Radhi adalah antara individu terawal yang memperjuangkan muzik bawah tanah. Sezaman dengan Nice Stupid Playground, Sub-Culture hape sume.
Radhi mula dikenali dengan lagu "Slumber" dari album Radhi 'O' Friendly. Memang menjadi experimen Radhi menerbitkan lagu berbahasa melayu. Sampai kini orang kenal dia.
Tapi mungkin ada yang tidak tahu atau yang tahu tapi dah lupa yang satu masa dulu, sewaktu masih underground, Radhi tidak di gemari oleh segolongan peminat scane ini. Radhi pernah di 'Boo', baling sampah ke arah bandnya ketika perform. Dan satu peristiwa yang Belalang paling ingat ialah pada satu gigs sekitar tahun 2000 kalau tak silap, OAG telah menjadi band terakhir yang perform dalam gigs tuh. Nak tau ape yang jadi apabila band Radhi bermain? crowd semua balik and tinggal 2,3 kerat jer lagi tunggu.
Perkara begitu memang tak patut berlaku. Tak pasti pulak mengapa organiser gigs tuh meletakkan Radhi perform di akhir gigs. mungkin nak menjatuhkan maruah Radhi atau mungkin dia memang tak tahu yang OAG bukan band favourite penonton. Atau mungkin juga sebab lain. Faktor gigs abis lambat and crowd takut takde dah pengankutan awam yang diorang boleh naik. Boleh jadi kan?
Pun begitu Radhi tak pernah patah semangat. Dia sangat gigih membangunkan band OAG walaupun sering bertukar line-up. Dan hasilnya kini nama Radhi dan band OAG dah jadi sebutan orang. Crowd yang tak suka dia dulu pun dalam diam-diam dah suka dia...hee...
Semangat seperti Radhi memang perlu ada pada band-band lain. Lagi-lagi bebudak baru. Memang kene strong kalau nak servive. Jadi happy-happy la selalu seperti juga radhi yang terlalu happy sampai ade masa jadi terlalu happy. Lantak dia la. Janji dia happy (banyak nyer perkataan happy) dengan life dia.
Khamis, 25 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan