Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Jumaat, 30 Oktober 2009

Ape Aku Nak Story Nih?...

    Bosan tak tahu nak tulis pe. Dah taip sikit, pas tuh padam balik. Tulis sikit, padam balik. Dari kelmarin lagi macam nih. Pikir hapah pun tak tau...

    Takde idea punya pasal so Belalang pun tengok-tengok la blog-blog lain. klik punya klik punya klik punya klik, jumpa satu blog nih. Blog penulisan politik (Belalang suka masuk blog-blog politik nih. Banyak betoi idea diorang buat story). Blog x-pkr.
    Dari pengamatan Belalang, penulis blog nih pandai cari story. kira citer-citer dia buat orang yang kena tuh tak senang duduk gak le gamak nye. Post terbaru penulis blog tuh mengenai Anwar yang sekarang nih tak tau ade mane.

    Dasat gak la statement-statement dia. So, kalau nak tau pe statement dia yang panas tuh, ande pegi la tengok sendiri. Belalang tak moh cakap pe. Click je kat sini terus leh sampai blog tuh. ok lah, Belalang nak sambung keje...



*  Akhirnya ade gak benda aku nak story...huhuhu....

Selasa, 27 Oktober 2009

Malaysia Buat Hal, Indonesia Cari Pasal

     Seperti yang Belalang janka kematian pembantu rumah Indonesia kelmarin, bakal di jadikan isu oleh akhbar negara itu. Kematian Munti Binti Hani, 36, mungkin akan mengembalikan ketegangan yang sudah semakin reda sebelum ini ekoran media di sana yang memainkan isu ciplak budaya oleh kita Malaysia.

    Tinjauan Belalang ke atas akhabar kompas.com, mereka menggesa supaya di hentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia. Mereka beranggapan yang kerajaan Malaysia tidak cekap serta melambat-lambatkan proses penyiasatan sambil merujuk kepada kes kematian pembantu rumah sebelum ini yang masih lagi dalam siasatan hingga kini.

    Belalang sendiri mengutuk perbuatan tidak berperi-kemanusiaan yang di lakukan majikan mendiang. Perkara seperti ini tidak sepatutnya di lakukan oleh umat yang bertamadun. Patut kena rejam je orang tak de hati perut macam tue.

    Takziah Belalang ucap kepada keluarga arwah. Al-Fatihah...   

Awie Sound Akil


(Gambar dari Harian Metro)


    Lawak ada, nak tergelak pun ada. Awie dah naik hangin ngan statement ustaz glamour kita sorang nih. Sape lagi kalau bukan Ustaz Akil Hayy. Tue la, gatal sangat jolok sarang tebuan.

    Awie dah la tengah hangin pasal kes perbicaraan dia yang tengah jalan sekarang nih. Tiba-tiba si Ustaz Akil lak telah buat statement kasi artis panas telinga. Ustaz Akil dah cakap ape ntah Belalang tak sure sangat. Yang Belalang tahu Awie marah sangat apabila Ustaz Akil kata artis Malaysia banyak terpengaruh dengan ajaran sesat.

    Rase-rase memang la ade sorang dua artis kita yang terlibat dengan benda-benda sesat nih. Tapi tak adil juga kalau nak cop semua artis Malaysia begitu. Yang Belalang nak tergelak apabila Awie kata kepada Ustaz Akil yang dia perlu cermin diri dia dulu sebelum nak tarbiah orang lain. Ustaz dendiri pun pernah kontroversi pasal rumah tangga.

    Pikir balik betul juga apa Awie cakap tue. Ustaz Akil boleh nak menegur orang, tapi berpada-padalah apa yang di ucapkan itu. Jangan jadi macam sekarang nih. Dah jadi macam "kata dulang paku serpih, kata orang dia yang pun 2 x 5 juga"
(pandai-pandai buat ayat sendiri...hee)

    Bila dah tersalah tegur nampak macam kena batang hidung sendiri balik. Asal nak buat pandai, tapi last-last memang kena pandai dulu sebelum tegur orang. Bak kata orang sekarang
"Biar pandai tapi jangan memandai-mandai".

Isnin, 26 Oktober 2009

Ahmad Dhani Bikin Statement Poligami


    Siapa tak kenal ngan Ahmad Dhani dari Dewa 19 ini, memang orang itu boleh di kelaskan sebagai tak ikut dunia musik serantau. Tak kan la tak kenal ngan mamat nih yang band mereka agak kontroversi disamping berita-berita mengenai rumah tangga beliau yang bergolak tidak lama dulu.

    Akhbar kompas di Indonesia telah menanyakan Ahmad Dhani soalan mengenai poligami. Ini kerana baru-baru ini di Indonesia kelab poligami telah di tubuhkan. Seperti yang di jangka Ahmad Dhani mesti akan mengeluarkan sesuatu kenyataan yang mengundang kontroversi. Jelas Dhani (panggilan di Indonesia) semua lelaki menginginkan isteri lebih daripada satu keran dalam islam membenarkan hal ini. Tapi kalau sorang lelaki itu berasa cukup dengan satu isteri, itu MUNAFIK.

    Tambah Dhani dalam nada berseloroh, dia mempunyai dua teori karektor lelaki di dunia ini. pertama takut isteri, yang kedua memang yang teringin hendak berpoligami.

    Memang mamat nih suka buat statement-statement yang bunuh diri dia  sendiri. Tapi tak kisah la. Janji dia tak kacau Belalang. Pada Belalang nak poligami boleh, takde masalah. Tapi pikir la dulu sampai hujung-hujung dunia. Jangan ingat best kahwin lebih dari satu. Harus di ingat dosa isteri di atas tanggungan suami nya. So, kalau rasa boleh cover dosa sendiri dengan dosa isteri dan bakal isteri anda, cepat-cepat la cukup kan ruang yang kosong tuh...

hee...

Mesyuarat Khas Pas

Jawatankuasa pusat PAS dengan barisan pesuruhjaya negeri akan bertemu Rabu ini bagi membincangkan isu yang dibangkitkan oleh mursyidul amnya, termasuk satu muktamar khas.

Lebih kurang 60 pemimpin parti itu, termasuk Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang untuk membahaskan isu tersebut.

Dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata beliau tidak pasti sama ada menteri besar itu - yang paling berkeras dengan isu tersebut - akan turut hadir.

Mengulas cadangan mengadakan muktamar khas, kontroversi terbaru yang dilontarkan oleh Nik Aziz minggu lalu, Mustafa berkata perlembagaan PAS membolehkan satu mesyuarat agung luar biasa diadakan apabila:

- ia dipanggil oleh presiden parti,
- satu pertiga daripada 37 anggota jawatankuasa pusat menulis surat memohon mengadakannya, dan
- satu pertiga kawasan-kawasan PAS menulis untuk berbuat demikian.

Menulis di blognya Khamis lepas, Nik Aziz menggesa satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah" kerana masih berpegang kepada idea kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau mengulas analisis politik seorang pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari yang mengaitkan ketewasan teruk PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan kekalutan, yang melibatkan pemimpin parti itu, dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Di sidang media sama, Mustafa turut menafikan kontroversi terbaru itu satu masalah dalaman parti seperti ditanggap pihak luar, antaranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mustafa juga berkata isu kerajaan perpaduan PAS-Umno "sudah ditutup" dalam muktamar lalu dan kini parti itu sedia bekerjasama dengan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat.

* Di petik dari Malaysiakini

Jumaat, 23 Oktober 2009

Bajet 2010 - (PM. Najib)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion yang mengandungi tiga strategi utama iaitu untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Najib dalam bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri yang bertemakan "1Malaysia, Kemakmuran Bersama" memperuntukkan RM138.3 bilion atau 72.2 peratus untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.2 bilion atau 27.8 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.

Peruntukan belanjawan 2010 ini merupakan pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding dengan jumlah peruntukan belanjawan 2009 sebanyak RM215.7 bilion, katanya ketika membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat petang ini.

Najib berkata dalam strategi bagi memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta, mempergiat penyelidikan pembangunan dan pengkomersilan, memanfaatkan sepenuhnya bidang khusus, memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa industri kecil dan sederhana, membangunkan teknologi hijau dan menggalakkan industri kreatif.

Bagi strategi kedua iaitu memastikan pembangunan holistik dan mapan, kerajaan akan meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi, memantapkan sistem perbankan dan kewangan, memerangi rasuah, pembangunan wilayah koridor, dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kerajaan.

Katanya dalam strategi ketiga pula, kerajaan akan berusaha mencegah jenayah, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar serta pedalaman, dan menambahbaik pengangkutan awam.

*Sumber dari Berita Harian

Khamis, 22 Oktober 2009

Nasib Real Madrid




    Entah apa malangnya Real Madrid nie. Barisan pemain kalau kita tengok gerun gile, tapi bila bermain 'luck' jarang sekali bersama diorang. Kalau mereka nie tinggal di Malaysia sure Belalang dah cadangkan supaya di mandi bunga. Bukan pe, cian sangat Belalang ngan nasib diorang. Tapi itu la yang menariknya game bola sepak nih. Team yang beli players kuat belum tentu pasukan akan mantap.

    Walaupun AC Milan telan melepaskan Kaka' kepada Real Madrid, tp AC Milan telah membuktikan yang mereka tidak tempang tanpa Kaka'. Siap Pato' ngan Pirlo lagi yang score.

    Belalang tak tengok game pagi tadi. So tak boleh nak citer la game tue macam mana. Abang Belalang mungkin tengok sebab dia kipas susah mati Real Madrid (Sure sedih tu pasukan kesayangan kalah).

    Apa-apa pun Real Madrid masih lagi pasukan yang kuat dan tak mudah menyerah kalah. Cuma prestasi mereka yang kejap ok kejap ko. Tapi yang paling penting team Belalang menang malam tadi. Team mana? dah tentu Juventus. YEAH ! ! !

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Kumpulan A

Bordeaux 2 (Ciani 27, Planus 40) Bayern Munich 1 (Ciani 6-gol sendiri)

Juventus 1 (Chiellini 47) Maccabi Haifa 0



Kumpulan B

CSKA Moscow (RUS) 0 Manchester United (ENG) 1 (Valencia 86)

VfL Wolfsburg 0 Besiktas 0



Kumpulan C

Real Madrid 2 (Raul Gonzalez 19, Drenthe 76) AC Milan 3 (Pirlo 62, Pato 66, 88)

FC Zurich 0 Marseille 1 (Heinze 69)



Kumpulan D

FC Porto 2 (Hulk 33, 48-pen) APOEL FC 1 (Alvaro Pereira 21-gol sendiri)

Chelsea 4 (Kalou 41, 52, Lampard 69, Perea 90+1-og) Atletico Madrid 0

Rabu, 21 Oktober 2009

Didera, dirogol, diliwat



(Gambar dan petikan berita daripada Akhbar harian Metro)

    Sedih rasa hati nie baca berita kejadian yang menimpa kanak-kanak ini. Apalah dosa dia hingga di seksa seteruk tu. dah la jadi mcm tu, ibu kepada kanak-kanak ini sanggup menipu polis semata-mata mahu menyelamatkan kekasih si negro takde hati perut tuh. ini la masalah wanita melayu kita sekarang. percayakan kekasih terlampau-lampau sampai sanggup serahkan segala benda. Bila dah tersedar diri di tipu baru la terhegeh-hegeh mintak bantuan. time tue baru la buat report polis. kene rogol la hape.

    Berita nie Belalang petik dari Akhbar Metro. Baca dan jadikan pengajaran hidup. Semoga wanita-wanita sekalian terbuka mata.

KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

 Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.

“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.

“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.

Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Isnin, 19 Oktober 2009

Remi Silado (Remy Sylado)



    Mungkin ada yang sudah mengenali Saudara Remy Silado yang ingin Belalang ceritakan ini. pada yang belum kenal, bolehlah menonton klip video beliau di youtube di mana baru-baru ini beliau telah menjelaskan isu-isu mengenai lagu-lagu yang telah di katakan diciplak oleh Malaysia. (http://www.youtube.com/watch?v=dDm60fePIFU)

    Terima kasih diucapkan kepada Saudara Remy Silado kerana telah tampil menjelaskan kekeliruan yang telah di cetuskan oleh akhbar-akhbar di Indonesia.

    Belalang telah meneliti biodata beliau melalui http://id.wikipedia.org. Disini Belalang paste kan maklumat yang diberi agar kita lebih mengetahui siapa Remy Silado



Remy Sylado (lahir di Makassar, Sulawesi Selatan, 12 Juli 1945; umur 64 tahun) adalah salah satu sastrawan Indonesia. Nama sebenarnya adalah Yapi Panda Abdiel Tambayong (ER: Japi Tambajong). Ia menghabiskan masa kecil dan remaja di Semarang dan Solo. Ia memiliki sejumlah nama samaran seperti Dova Zila, Alif Danya Munsyi, Juliana C. Panda, Jubal Anak Perang Imanuel, dsb di balik kegiatannya di bidang musik, seni rupa, teater, film, dsb dan menguasai sejumlah bahasa.

Ia memulai karier sebagai wartawan majalah Tempo (Semarang, 1965), redaktur majalah Aktuil Bandung (sejak 1970), dosen Akademi Sinematografi Bandung (sejak 1971), ketua Teater Yayasan Pusat Kebudayaan Bandung. Dia menulis kritik, puisi, cerpen, novel (sejak usia 18), drama, kolom, esai, sajak, roman populer, juga buku-buku musikologi, dramaturgi, bahasa, dan teologi. Remy terkenal karena sikap beraninya menghadapi pandangan umum melalui pertunjukan-pertunjukan drama yang dipimpinnya. Ia juga salah satu pelopor penulisan puisi mbeling.

Selain menulis banyak novel, ia juga dikenal piawai melukis, drama, dan tahu banyak akan film. Saat ini ia bermukim di Bandung. Remy pernah dianugerahi hadiah Sastra Khatulistiwa 2002 untuk novelnya Kerudung Merah Kirmizi.

Remy juga dikenal sebagai seorang Munsyi, ahli di bidang bahasa. Dalam karya fiksinya, sastrawan ini suka mengenalkan kata-kata Indonesia lama yang sudah jarang dipakai. Hal ini membuat karya sastranya unik dan istimewa, selain kualitas tulisannya yang tidak diragukan lagi. Penulisan novelnya didukung dengan riset yang tidak tanggung-tanggung. Seniman ini rajin ke Perpustakaan Nasional untuk membongkar arsip tua, dan menelusuri pasar buku tua. Pengarang yang masih menulis karyanya dengan mesin ketik ini juga banyak melahirkan karya berlatar budaya di luar budayanya. Di luar kegiatan penulisan kreatif, ia juga kerap diundang berceramah teologi.

Remy Sylado pernah dan masih mengajar di beberapa perguruan di Bandung dan Jakarta, seperti Akademi Sinematografi, Institut Teater dan Film, Sekolah Tinggi Teologi.

19/10/2009

Dah masuk 4 hari anak Belalang sakit. Ada bisul di tulang belakang dia betul-betul tgh di kawasan pinggang. Anak Belalang baru usia 6 bulan. Belalang tinggalkan dia di umah mentua Belalang. Bukan Belalang tak mahu menjaga sendiri. Belalang dah membawa anak Belalang ke klinik. Sengaja Belalang dan isteri beri kepada mentua Belalang kerana mereka orang kampung. Mungkin mereka ada ubat-ubat kampung yang Belalang tak tahu.

Tapi pg tadi mak mentua Belalang call bagitau bisul tak surut-surut lagi. Ni yang merisaukan Belalang. Isteri Belalang terus bersiap-siap untuk pilang ke kampung nak tengok-tengokkan anak. Kampung isteri Belalang jauh jugak. Walaupun negeri yang sama, Kedah, tapi Belalang tinggal di Kulim. Manakala isteri pula orang Baling.

Sempat Belalang pesan pada isteri tadi. Kalau nampak memang x surut lansung, bawak balik sini. Belalang akan bawa ke pakar. Belalang pun dah tak tau nak pikir macam mana. Dugaan dari Allah kecil saja. Tapi Belalang dah gundah perasaan.

So, pada sesiapa yang ada petua atau tips tolong la kongsi dengan Belalang. Mungkin ada petua yang Belalang tidak tahu. Boleh Belalang cuba.

Khamis, 15 Oktober 2009

APA HAL pULAK NI???

Ntah kenapa tiba-tiba Belalang tidak boleh upload gambar dan video di blog Belalang. Masalah apa ini? kepada sesiapa yang tahu macam mana nak setle prob ni, tolong la bagi tau Belalang. Belalang ada 2, 3 video dan gambar yang hendak di kongsi. Tapi jadi macam ni pulak...

Heran betoi....

Khamis, 8 Oktober 2009

Lirik Lagu Slipknot - Snuff



Snuff lyrics

Bury all your secrets in my skin
Come away with innocence and leave me with my sins
The air around me still feels like a cage
And love is just a camouflage for what resembles rage again

So if you love me let me go
And run away before I know
My heart is just too dark to care
I can?t destroy what isn?t there

Deliver me into my fate
If I?m alone I cannot hate
I don?t deserve to have you
Ooh, my smile was taken long ago
If I can change I hope I never know

I still press your letters to my lips
And cherish them in parts of me that savor every kiss
I couldn?t face a life without your lights
But all of that was ripped apart when you refused to fight

So save your breath, I will not care
I think I made it very clear
You couldn?t hate enough to love
Is that supposed to be enough?

I only wish you weren?t my friend
Then I could hurt you in the end
I never claimed to be a saint
Ooh, my own was banished long ago
It took the death of hope to let you go

So break yourself against my stones
And spit your pity in my soul
You never needed any help
You sold me out to save yourself

And I won?t listen to your shame
You ran away, you?re all the same
Angels lie to keep control
Ooh, my love was punished long ago
If you still care don?t ever let me know
If you still care don?t ever let me know



** Rasa Belalang ini lah penghasilan lagu paling berlawanan dengan sifat-sifat slipknot sebelum ini... Lagu ini seolah-olah menceritakan apa yang berlaku kepada band mereka sepanjang tertubuh slipknot...
apa-apa pun layan lagu nih...
Belalang sukaa...


Rabu, 7 Oktober 2009

Isu "berperang" tidak jejas hubungan Malaysia-Indonesia: TPM

PUTRAJAYA: Isu segelintir rakyat Indonesia yang dikatakan mahu "berperang" dengan Malaysia tidak akan menjejaskan hubungan di antara kedua-dua negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Padang selagi diperlukan.


* "Sebelum Indonesia mengayang Malaysia, mereka terlebih dahulu di gayang oleh Allah. Pikir2 la sebelum ambil sebarang tindakan"

Jumaat, 2 Oktober 2009

Keputusan Liga Europa

Keputusan Liga Europa


Kumpulan A

Anderlecht (BEL) 1 (Legear 85) - Ajax (NED) 1 (Rommedahl 72)

FC Timisoara (ROM) 0 - Dinamo Zagreb (CRO) 3 (Badelj 8, Sammir 52, Morales 59)


Kumpulan B

Slavia Prague (CZE) 1 (Belaid 6-pen) - Lille (FRA)5 (Vomacka 47-gs, Frau 71, Gervinho 85, 90+1, Souquet 88)
Valencia (SPA) 3 (Silva 52, Zigic 56, Villa 82-pen) - Genoa (ITA) 2 (Floccari 43, Kharja 64-pen)


Kumpulan C

SV Hamburg (JER) 4 (Berg 5, 12, Elia 40, Ze Roberto 78) Hapoel - Tel-Aviv (ISR) 2 (Shechter 37, Yeboah 62)

Celtic (SCO) 1 (McDonald 21) - Rapid Vienna (AUT) 1 (Jelavic 4)


Kumpulan D

Sporting Lisbon (POR) 1 (Adrian Silva 18) - Hertha Berlin (JER) 0

FK Ventspils (LAT) 0 - SC Heerenveen (BEL) 0


Kumpulan E

AS Roma (ITA) 2 (Okaka Chuka 20, Perrotta 23) - CSKA Sofia (BUL) 0

Fulham (ENG) 1 (Murphy 57) - FC Basel (SUI) 0


Kumpulan F

Dinamo Bucharest (ROM) 0 - Panathinaikos (GRE) 1 (Karagounis 79)

Galatasaray (TUR) 1 (Baros 63) - Sturm Graz (AUT) 1 (Beichler 45+1)


Kumpulan G

Levski Sofia (BUL) 0 - Lazio (ITA) 4 (Matuzalem 22, Zarate 45+1, Meghni 67, Rocchi 73)

FC Salzburg (AUT) 2 (Janko 21, Tchoyis 84) - Villarreal (SAP) 0


Kumpulan H

FC Twente (BEL) 0 - Steaua Bucharest (ROM) 0

FC Sheriff (MDA) 0 - Fenerbahce (TUR) 1 (Alex 53)


Kumpulan I

AEK Athens (GRE) 1 (Majstorovic 43) - Benfica (POR) 0

FC BATE Borisov (BLR) 1 (Likhtarovitch 16) - Everton (ENG) 2 (Fellaini 68, Cahill 77)


Kumpulan J

Toulouse (FRA) 2 (Sissoko 54, Gignac 84) - FC Bruges (BEL) 2 (Akpala 52, De Mets 90+4)

Shakhtar Donetsk (UKR) 4 (Lomic 24-og, Luiz Adriano 38, Jadson 54, Rakytskyy 67) - Partizan Belgrade (SRB) 1 (Ljajic 86)


Kumpulan K

FC Copenhagen (DEN) 1 (N’Doye 25) - Sparta Prague (CZE) 0

PSV Eindhoven (BEL) 1 (Bakkal 9) - CFR Cluj (ROM) 0


Kumpula L

Werder Bremen (JER) 3 (Hunt 18, Naldo 41, Frings 90+4-pen) - Athletic Bilbao (SPA) 1 (Llorente 90+1)

Austria Vienna 1 (Thiago 76) - Nacional Madeira (POR) 1 (Micael 35)
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com