Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 31 Disember 2009

Before 2010




                Kejap lagi 2009 akan meninggalkan kita dan 2010 menggantikan 2009 yang telah selesai menjalankan tugasnya selaku pelengkap hari, minggu dan tahun. Banyak kenangan yang Belalang tempuhi sepanjang dari awal tahun hinggalah hujung-hujung tahun nih.


                Tahun 2009 telah mengubah  hidup Belalang dan isteri. Jika sebelum nih kami menjalani hidup berdua, tapi dengan kehadiran Puteri sulong Belalang yang comel tuh, terasa lengkap dan menjadikan Belalang lebih gigih berusaha dalam mencari rezeki untuk keuarga.

                Belalang juga telah berjinak dengan dunia blog pada tahun 2009. Walaupun masih banyak kekurangan dan tak tau nak tulis apa (kadang-kadang), tapi Belalang enjoy menulis di ruangan milik Belalang ini.

                Selain itu banyak lagi cerita sedih dan gembira telah Belalang kutip sepanjang 2009. Ada yang telah dikongsi bersama di sini dan ada juga yang agak peribadi untuk dikongsi bersama sesiapa pun.



                Kepada anda semua yang pernah melayari blog SUARA BAWAH TANAH, terima kasih Belalang ucapkan. Belalang doakan semoga kita sama-sama akan memperolehi sinar kebahagiaan dan kuat untuk menempuhi kehidupan kita di tahun 2010. Sekali lagi diucapkan SELAMAT  TAHUN BARU

Ahad, 20 Disember 2009

Broadband aku


                Baru-baru nih internet broadband Belalang buat hal lak. Masuk je internet, tak sampai 5 minit dia kuar sendiri. masuk je kuar, masuk, kuar, masuk, kuar. Hangin satu badan betul.
                Belalang nih punya la banyak story nak kongsi. Abis ilang macam tue jer. Tapi sekarang dah ok. Dah hantar repair. So, Insyaallah pas nih leh la tulis balik pe-pe story.
                Hope pas nih ade la story yang cam best untuk kita kongsi bersama hendaknyer… Kalau takde pun Belalang bagi ade gak macam Belalang tulis sekarang nih. Sebenarnya tengah takkde story nih. Tue yang melalut semacam jer. hee, sorry yer. Terimalah blog nih seadanya.

Rabu, 16 Disember 2009

Sudah Tukar??? - Kata Tun

* Petikan asal dari blog chedet.cc
 
1. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjanji akan tukar (change) dasar-dasar Amerika Syarikat.

2. Tetapi jauh daripada menukar Obama sudah tambah tentera Amerika di Iraq dan Afghanistan. Kem tahanan Guantanamo pun masih diteruskan.

3. Tetapi kita sudah tukar. Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat. Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran.

4. Kononnya kerana Iran hendak membuat senjata nuklear. Kononnya dunia akan diancam oleh Iran dengan perang nuklear. Setakat kita tahu yang mengancam ialah Amerika Syarikat dan Israel. Dan Iran menjadi sasaran mereka.

5. Amerika Syarikat mempunyai 10,000 nuclear warhead. Israel mempunyai beratus senjata nuklear.

6. Yang sudah guna senjata nuklear ialah Amerika Syarikat dan Israel bukan sahaja di Hiroshima tetapi di perang Teluk dan di Gaza. Mereka guna "depleted uranium" daripada bahan nuklear. Kita relakan. Secara rasmi kita tidak protes.

7. India punyai senjata nuklear. Begitu juga Pakistan.

8. Kenapa Iran tidak boleh? Gilakah Iran hendak lancar perang nuklear dengan dua biji bom nuklear? Amerika Syarikat, Rusia dan Israel sudah tentu akan balas serangan Iran dengan 25,000 bom dan roket nuklear yang dimiliki mereka. Iran akan hancur dan hilang daripada muka bumi ini.

9. Jika India, Pakistan, China, Peranchis, Britain, Amerika Syarikat dan Israel boleh memiliki senjata nuklear kenapa Iran tidak boleh?

10. Sekatan sanction sudahpun dikenakan keatas Iran. Kita tidak membantah. Tetapi kita tidak pernah sokong sanction.

11. Tetapi sekarang duta kita dipanggil balik untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika.

12. Dasar-dasar lama memang patut dihapuskan. Tetapi inikah dasar baru kita?

Sabtu, 12 Disember 2009

Jodoh Memang dah Ada, Cuma...



Gambar dari Akhbar Berita Harian

                Pertemuan, jodoh sudah ada. Cuma masa untuk bersama hanya kurang daripada 4 jam. Setelah sah bergelar isteri kepada Mohd Ariff Ab Kadir pada pukul 10 pagi, 1 tengah hari adalah detik perpisahan selama-lamanya dengan suami tercinta.
                Memang Teh Affifah Shahirah Abd Hamid menyayangi Mohd Arif. Tapi apakan daya, ALLAH lebih menyayangi insan bernama Mohd Ariff.
                Semoga Affifah tabah melalui hari-hari yang mendatang. Jangan bersedih. Memang ALLAH telah memberikan peluang kepada anda berdua untuk bergelar suami  isteri. Atas sebab itu janganlah di tangisi atas jodoh yang singkat ini. Al-Fatihah kepada semua yang terkorban.

Klik disini untuk membaca berita ini di Berita Harian.

Jumaat, 11 Disember 2009

Skuad Bola Sepak Negara - Cayalah ! ! !



               
                Tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia kerana Berjaya mengatasi pasukan yang bukan calang hebatnya, Thailand.
                Walaupun Belalang masih belum menyaksikan ulangan perlawanan itu, tetapi Belalang rasa mereka telah melakukan yang terbaik. Walaupun orang berkata Thailand bermain di bawah keupayaan sebenar, itu bukan sesuatu untuk menafikan kemenangan Malaysia.
                Dah dapat peluang terbaik macam nih, Belalang harap skuad bola sepak Malaysia akan berusaha lebih gigih di separuh akhir nanti apabila lawan yang perlu di tentang adalah Laos. Thailand pulak bakal menentang Singapura.
                Harap-harap aka nada lagi kejutan oleh skuad Malaysia (macam Belalang pernah cakap, Malaysia memang suka buat kejutan kan,kan,kan…)

Rabu, 9 Disember 2009

Khalifah-Khalifah Akan Kembali

    Nampaknya KHALIFAH ALAM MAYA KITA akan kembali reunion bersama line-up asal. Sape? Cuba teka....Bukan band Khalifah tau. Khalifah Alam Maya judul first band nih. Tapi kalau Belalang kasi clue satu nih, sure suma angkat tangan jawab tau. Album kedua band nih berjudul SILANTRA : BERMULA SEBUAH EPIK... Ha, tengok dah ade yang angkat tangan nak jawab. Tak salah lagi band metal yang mempunyai gitaris maha hebat, METALASIA...



Gambar album pertama : Khlifah Alam Maya


    Metalasia akan kembali bergabung untuk dengan line-up asal mereka di mana CDNaz atau CD khanzab kembali sebagai vokalis band ini. Sumber ini Belalang dapat dari Cd sendiri menerusi laman sembang FACEBOOK. Menurut Cd, Metalasia akan merekam rilisan terbaru mereka tetapi mengambil masa sedikit kerana kesibukan tugas masing-masing.

    Teringat Belalang time-time baru berjinak dengan gitar. Ritz dan King Shah antara gitaris yang telah membakar semangat Belalang untuk bermain gitar. Dasyat gandingan mereka berdua. Part harmony mereka yang paling Belalang kagumi (time tue mereka guna gitar ESP. Giler smart siot)...

    Apa-apa pun hope come back mereka kali nih menjadi. Ramai gak fans Metalasia yang rindukan gabungan asal mereka. Kepada mat-mat metal, nantikan kemunculan kembali band metal maha dasyat nih, METALASIA...

Selasa, 8 Disember 2009

Main Game???... Bestnye...












    sape sini suka main game angkat TANGAN???... Belalang minat giler main game. Dulu time sekolah, balik je sekolah terus ngadap game. Malam pukul 2-3 pagi baru tido. Esok tuh kat sekolah memang lebam-lebam bijik mata nih...hahaha.

    Saje je post kali nih nak citer pasal game. Kalau korang nih yang jenis giler game gak, sure memahami macam mane feel bila ngadap game nih. Sampai tak makan tak mandi pun takpe.

    Dalam banyak-banyak game yang Belalang main, dua game yang betul-betul Belalang suka sampai ulang 2-3 kali main game tuh. Menang pastu main lagi. Menang, main lagi... Ulang punya ulang sampai naik cacat dah dok ngadap tv...hee. Dulu time mula-mula beli play station (ps), Belalang minat giler game RESIDENT EVIL(RE). Dari yang RE1, RE2, sampai RE3 semua Belalang dah main. Dah abis main, ulang balik dari mula. Entah la pehal minat sangat dengan game yang mcm nih. RE mengisahkan sebuah pekan bernama Racoon City yang ade virus. Virus ni lak dicipta oleh sebuah syarikat bernama UMBRELLA. Sape yang kene virus nih, terus jadi zombie. Keje nak makan je. Bukan nak makan nasi, tapi makan orang... Game ni telah di adaptasi ke filem. Kalau korang pernah tengok filem dia, jalan game dia pun lebih kurang sama. Cuma jalan citer game dia lagi best.


Organisasi yang buat virus kat pekan Racoon City

 
Antara scene-scene dalam Resident Evil


    Selang 2-3 tahun macam tuh, keluar pulak satu lagi game yang hampir sama macam resident evil tapi lagi meremang bulu roma bila main. SILENT HILL(SH). Ya, sape yang tak kenal game nih kan. Game ni pun telah di adaptasi ke filem. Tak silap 3 tahun sudah. Dari mula main game nih, sampai ke penhujung, memang membawa kita ke pekan Silen Hill. Suram je pekan dia. Siap ade dua alam lagi. Satu alam hantu tak berapa banyak. yang satu lagi alam hantu dia banyak dan ganas nak mampuih. Muzik serta bunyi effect yang mengiringi game nih pun dah cukup bagi tegak bulu roma. Paling Belalang tak lupa time Belalang tengah search satu bilik dalam satu rumah lama. Dalam bilik tuh ade sangkar burung, tapi takde burung. Yang peliknye sangkar yang kosong tue ade bunyi burung. Dan dalam bilik yang kosong takde orang tuh, ade suara orang ketawa. Seolah-olah mengekori langkah kita. Game ni memang bagi pemain jadi saiko. Dia punya puzzle memang pening sikit pasal clue yang diberi dalam bentuk poem. Tapi tak mematahkan semangat Belalang untuk berusaha main sampai menang gak. Last game SH yang Belalang main ialah SH : ORIGINS. yang ni pun Belalang Ulang sampai 3 kali (kalau tak silap).

Jalan ke Silent Hill. Katanya mamang wujud pekan nih



Antara tempat-tempat seram dalam Silent Hill
 

Giler semak. Kotor Giler




    Memang best dong ah ngadap game-game macam ni. Mencabar minda. Tapi tue semua sebelum kehadiran anak Belalang. Sekarang nih tak sempat lansung nak main game. Lagi pun PS2 Belalang rosak...huwaa... Kepada korang yang nak rase saiko yang macam Belalang cakap tuh, try la cari cd-cd game nih. Belalang jamin memang best. Bukan Belalang je cakap, kebanyakkan gamers semua kata yang sama.

    Satu lagi pastikan anda bukan sorang yang lemah semangat. Kadang-kadang membawa kesan gak audio ngan grafik game-game seram macam. Enjoy...

Isnin, 7 Disember 2009

Halal Ke Tidak???...


    Belalang dapat story nih dari e-mail. Kalau ikut dari kata pengirim e-mail ni, E110 merujuk kepada PIG FAT atau LEMAK BABI. Pengirim nih siap lampirkan sekali gambar bungkusan keropok ROTA (rase-rase macam pernah makan jugak...ALAMAK ! ....) dan pada bahagian ingredients (ramuan) terdapat kod E110.

    Tak mahu terus percaya, Belalang search mencari makna kod E110. Mana la tahu kot-kot pengirim e-mail nih tersalah dan E110 tue merujuk kepada bahan lain.

    Belalang terus ke laman web JAKIM sebab memang JAKIM je yang bertanggungjawab mengenai halal sesuatu produk di Malaysia. Tapi jawapan yang di berikan agak was-was juga bila baca.

    Menurut JAKIM mereka juga masih mengkaji kod-kod itu (banyak lagi tau kod yang meragukan selalu ade kat bungkusan makanan yang kita beli). cerita lanjut klik sini.

    Tapi tarikh soalan dan jawapan tue sekitar tahun 2007. So tak kan la sampai sekrang masih tak tahu kan kod tuh untuk bahan ape. Jadi pada sape-sape yang ade info mengenai kod-kod, kongsi la dengan Belalang kat sini. Tapi pastikan yang sahih tau. Jawapan yang confirm. Bukan pe, tak nak la ade was-was dalam hati nie.

Skuad Negara - Kan Dah Cakap...

    Kan dah cakap, skuad bola sepak Malaysia nih tak stabil. Hari ni menang, esok kalah. Hari ni kalah, esok kalah lagi.hee...

    Entah mane la silap pasukan kita, suka sangat bagi jadi benda yang senang jadi susah. Tapi Belalang rase sebenarnye pasukan kita boleh Menang lawan Vietnam tuh. Tapi skuad kita tak mau menang sebab saje nak bagi jadi susah sikit perjalanan mereka. Kata orang baru la mencabar, tak gitu?...

    Pas nih jumpa Thailand pulak. So try la congak atau atur hape-hape strategik cepat. 90% Belalang rase kalah (tak lawan lagi pun dah leh agak result). Hanya keajaiban je yang mungkin leh selamatkan pasukan kita.

Khamis, 3 Disember 2009

Skuad Negara - Tahniah Tapi .......

    Tahniah di ucapkan kepada skuad bola sepak Malaysia kerana telah bermula garang pada saingan sukan sea yang menyaksikan perlawanan pertama skuad negara, telah meratah Timor Leste dengan 11-0. Pasukan Thailand and Vietnam lak seri 1-1.

    Permulaan yang baik la bagi Belalang. Ini boleh bagi suntikkan moral pada pemain. Tapi satu je yang Belalang nak pesan pada skuad negara, Jangan rasa selesa dengan kemenangan itu. Pasukan kita beruntung kerana telah di undi bersama Timor Leste. Kita pun sedia maklum yang skuad Timor Leste baru lagi 'merangkak'.

    Betul-betul yang akan menguji kekentalan skuad Malaysia adalah Thailand dan Vietnam. Kedudukan Fifa terbaru Malaysia 132, Vietnam 130, Thailand 107 dan Timor Leste 200.

    So, jangan berbangga sangat dengan kemenangan semalam. Tumpukan perhatian pada next perlawanan. Rata-rata peminat bola tanah air masih menyimpan harap untuk melihat pasukan kita menyinar kembali seperti suatu masa dulu (walaupun selalu kutuk termasuk Belalang, tapi tue kutuk sayang...hee).

    Belalang doakan semoga luck akan bersama dengan skuad kita pada temasya kali nih. Sekiranya skuad kita berjaya, Belalang la org pertama yang akan berbangga dengan mereka. Tapi kalau kecundang, macam besak arr, Kutuk habis-habisan...

hee...
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com