Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 28 Julai 2010

Video Bergaduh Tengah High way



Video nih dah lame kat Youtube. Belalang jer yang baru tau kewujudan video nih. Saje je kongsi dengan korang kat sini. Cuba korang tengok betul-betul. Rakyat Malaysia nih memang sempoi betul. Boleh lalu jer tengok orang gaduh. Seb bek takde yang mati. Mungkin takut kene katok ngan kayu tuh gak kot...hee...

Selasa, 27 Julai 2010

Blog Under Construction

Salam semua... Dah 2, 3 hari Belalang tak update blog. Sibuk giler mengemas barang kedai. Ibarat pindah rumah jugak. Sampai sekarang pun masih belum abis lagi menyusun barang. Sudah la kedai 2 tingkat. Yang buat keje hanya Belalang, Mrs. Belalang dan sorang pekerja Belalang.

Letih jangan cakap la. Macam malas je nak buat. Tapi apakan daya. Perniagaan harus diteruskan juga. Kalau tidak rugi la Belalang.

Tapi dalam sibuk-sibuk tuh, sempat jugak Belalang tukar template. Niat nak tukar template memang dah lame ade, cuma masa yang tidak mengizinkan. Ini pun Belalang belum abis lagi susun blog Belalang betul-betul. sementara Belalang biarkan macam nih dulu.

ah terlanjur tulis nih, Belalang nak tanya la pendapat korang mengenai tenplate baru Belalang nih ok ke tidak. Kalau blog lame Belalang dulu cukup ramai yang cakap takut, yang ini macam mana? Pas nih jangan takut-takut dah tau datang blog Belalang. Hee...

Ahad, 25 Julai 2010

Pindah Kedai

Salam semua... Sihat? Bagus la kalau sihat. Belalang je tak berapa nak ok. Dari hari Jumaat sampai ke hari ni Belalang sibuk berpindah ke kedai baru. Walaupun dekat dengan kedai lama Belalang, tapi tetap letih mengusung barang dan menyusun.

Pada yang belum tahu, Belalang seorang peniaga sepenuh masa. Niaga biasa-biasa sahaja.

Harapan Belalang semoga rezeki Belalang akan bertambah murah berniaga di sini. Korang-korang pun sama la doakan Belalang murah rezeki yea. Terbaik la korang!

Sabtu, 24 Julai 2010

Peminta Sedekah: Wajar Atau Tidak Menderma Kepada Mereka?

pernah tak terjadi dalam hidup korang, sedang korang bersantai-santai bersama sahabat atau keluarga di kedai makan atau pasaraya tiba-tiba datang seseorang meminta sumbangan atau derma dari anda. Koramg pun tanpa fikir panjang terus derma kerana mungkin korang ikhlas mahu menderma ataupun terkaget kerana tiba-tiba orang datang minta duit. Ke esokan harinya korang bertemu lagi dengan si peminta sedekah ini masih lagi meminta sumbangan dan derma dari orang ramai.

Sure pernahkan? Aci kerat jari la kebanyakkan kita pernah tiba-tiba disapa oleh peminta sedekah yang mahukan sedikit sumbangan dari kita. Apa yang Belalang nak cerita nih mungkin agak memeranjatkan anda kerana Belalang telah mengalami situasi di atas. Dan lebih dasyat lagi peminta sedekah yang sama ini telah berulang-ulang kali datang meminta sumbangan dari Belalang. Konon nak membangunkan sebuah rumah anak yatim.

pada mulanya Belalang tidak begitu ambil kisah mengeluarkan sedikit duit Belalang untuk di dermakan kepada peminta sedekah itu. Memang Belalang ikhlas memberi sumbangan. Namun apabila hampir setiap hari orang yang sama datang dan meminta derma dari Belalang, Belalang mulai berasa ragu-ragu. Dan Belalang mengambil keputusan untuk tidak lagi menderma kepada orang itu.

Klik pada gambar untuk view yang lebih jelas

Gambar di dalam bulatan itulah orang yang Belalang maksudkan. Baru-baru ini Belalang terserempak dengan dia di sebuah kedai makan. Masih lagi membawa surat yang sama (konon sumbangan ihklas untuk membangunkan rumah anak-anak yatim) dan masih lagi dengan selamba meminta simpati dari orang ramai. Apa yang memusyilkan Belalang ialah perkara berikut:-

a) Belalang mula menderma sekitar bulan satu, sekarang bulan tujuh dan orang itu masih lagi meminta derma.


b) Andai kata satu hari dia boleh mengutip sebanyak RM100 atau RM200, darab dengan tujuh bulan jumlah kutipan orang itu mencecah RM20,000 atau RM40,000!!!

Itu hanya kiraan kasar Belalang tetapi Belalang yakin mengutip derma ini mampu mendapat lebih tinggi kutipan  setiap hari. Yela, orang kita memang terkenal dengan sifat pemurahkan? Tertanya-tanya juga Belalang masih belum cukupkah jumlah kutipan dia hinggakan ke hari ini masih terus mengutip derma?

Korang rasa wajar ke Belalang bersifat ragu-ragu dengan orang seperti ini? Atau hanya Belalang yang berfikiran negatif?

Khamis, 22 Julai 2010

Inception: Review Dari Kaca Mata Belalang


Kelmarin Belalang berkesempatan untuk menyaksikan filem Inception yang di bintangi Leonardo Dicaprio bersama Mrs.Belalang. Pada awalnya Belalang nak tengok Mantra sebab tengok iklan dan review macam hebat jer citer nih. Tapi disebabkan masa tayangan yang agak lambat sekitar pukul 4ptg (time tue pukul 3ptg), so Belalang pun beli la tiket Inception yang bermula masa tayangan pada pukul 3.15ptg.

Jalan cerita Inception memang agak memeningkan. Kalau nak tengok anda kene bersedia la untuk berpikir dengan cara watak pelakon tuh pikir sebab dia bercampur antara mimpi dan nyata. Yang lagi bestnya mimpi tue ade lagi mimpi dalamnya. Pastu mimpi dalam mimpi tuh ade lagi satu mimpi. Berlapis-lapis mimpi sampai dah macam kuih lapis. Hee...

Tapi Belalang suka dengan cerita nih sebab cara pengolahan jalan cerita. walaupun pening sedikit, namun masih lagi menarik dan mampu difahami jika anda betul-betul mengikuti jalan cerita dari mula hingga habis.

sedikit sipnosis dan review dari laman aryacell.com


Inception mengisahkan seorang CEO muda nan tampan bernama Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) yang berniat mencuri rahasia negara dengan cara yang tak biasa. Yaitu, memanipulasi pikiran orang lain melalui mimpi.
Dia lantas membentuk tim untuk melancarkan misinya tersebut. Cobb menggandeng Ariadne, Arthur, dan Eames. Ariadne adalah mahasiswi yang bertugas membangun dunia mimpi, Arthur bertanggung jawab dalam pencarian asal usul target, sedangkan Eames ditugasi menghipnotis dan memalsu data fisik dari si target.
Cobb dan timnya menemukan sebuah teknologi yang mampu menembus mimpi orang lain dan memanipulasi pikiran mereka di alam bawah sadar. Jadilah mereka beraksi untuk mengatur mimpi orang lain sesuai yang Cobb kehendaki. Salah satu targetnya adalah Robert Fischer Jr., pewaris kerajaan bisnis.
Mencuri mimpi adalah “senjata” yang paling berbahaya. Namun, kemampuan khusus itu harus dibayar mahal. Cobb menjadi buron internasional hingga kehilangan semua hal yang dicintainya.
Sang istri, Mallorie, bunuh diri saat berada di alam mimpi. Cobb pun dituduh bertanggung jawab atas kematian istrinya. Yang menyebarkan tudingan itu adalah musuh Cobb, Saito (Ken Watanabe).
Untuk mengembalikan kehidupannya, Cobb mendapat tugas yang berkebalikan dengan apa yang dia kerjakan sebelumnya. Dia harus menanamkan pikiran dan ide-ide. Jika dia berhasil, itu akan menjadi proyek yang spektakuler.
Genre: Sci-Fi/drama
Produser : Christopher Nolan, Emma Thomas
Produksi : Warner Bros. Pictures
Durasi : 148 menit
Pemain : Leonardo Dicaprio, Ken Watanabe, Joseph Gordon-Levitt, Marion Cotillard ,
Ellen Page, Tom Hardy, Cillian Murphy
Penulis : Christopher Nolan
Sutradara : Christopher Nolan
____________________

Majalah Mastika Menipu?

Siapa yang tidak kenal dengan majalah Mastika? Majalah yang begitu lama bertahan di Malaysia dengan kupasan isu kemasyarakatan yang menular di negara kita serta isu-isu momok yang menegakkan bulu roma.

Belalang juga telah lama menjadi pembaca tetap majalah itu semenjak tahun 1996 lagi hinggalah sekarang. Bagi Belalang Mastika telah berjaya memberi impak kepada isu-isu yang diketengahkan oleh mereka seperti isu black metal, gay dan nyah serta beberapa lagi isu yang begitu sensitif termasuklah isu mengenai freemanson.

Tidak malu jika Belalang katakan yang Belalang memang addict dengan Masika hinggakan setiap bulan terasa tidak sabar-sabar menanti keluarannya dan seolah-olah biar Belalang orang yang pertama membaca setiap keluaran terbaru mereka. Betul, Belalang memang meminati cara wartawan Mastikan mengolah cerita. Membacanya terasa tidak jemu dan Belalang boleh membaca sesuatu artikel berulang-ulang kali.

Semalam seperti biasa Belalang online Facebook untuk check segala pesanan dan membalas komen dari kawan-kawan Belalang. Sedang asyik membaca status kawan-kawan yang tertera, tiba-tiba Belalang tertarik dengan status dari Mastika yang menceritakan keluaran terbaru mereka akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Setiap komen yang ditinggalkan oleh pembaca pada status Mastika Belalang baca satu persatu. Kebanyakkan komen memuji-muji Mastika dan memberi kata-kata semangat serta pendapat mereka. Namun begitu Belalang tertarik dengan komen yang di tinggalkan oleh seorang pembaca yang menghentam Mastika dengan mengatakan wartawan Mastika telah menokok tambah cerita mengenai dirinya dalam keluaran Mastika Julai 2010.


Klik pada gambar untuk view yang lebih jelas

Dan ketika sedang menulis entry ini, pihak Mastika telah membalas jawab kepada dakwaan pembaca itu.

Klik pada gambar untuk view yang lebih jelas

Belalang masih lagi menunggu jawab balas dari pembaca yang mendakwa Mastika menipu itu. Kata-kata itu sedikit sebanyak membuat pembaca setia Mastika mulai meragui dengan penulisan-penulisan Mastika. Belalang sendiri juga tertanya-tanya adakah benar seperti yang didakwa? Namun mungkin benar seperti yang dijawab oleh Mastika berlaku salah faham dimana yang menceritakan maksudkan lain, wartawan pula faham lain.

Bagaimana pula pendapat anda? Siapa tipu siapa sekarang?

Selasa, 20 Julai 2010

GEMPAR!!! EON CREDIT & HONG LEONG ADALAH ALONG?

Mungkin ada yang akan kata tidak mungkin. Mana mungkin kedua-dua badan dan bank yang begitu banyak membantu orang yang kurang berkemampuan ini adalah along?

Kini anda harus percaya yang mereka sebenarnya adalah along. Belalang ada bukti yang jelas untuk anda. Tak percaya? Lihat gambar di bawah:

-
-
-
-
-
-
-
-


Sekarang percaya? Kan dah cakap mereka tu along! Memang betul pun along. Yang bukan along ialah HONG LEONG BANK dan EON BANK CREDIT. Tapi yang di atas tu HONG LEONG CREDIT dan EON CREDIT.

Pandai kan puak-puak nih. Kalau pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang tak tahu sure memang ingat ini pinjaman dari bank. Jadi hati-hati yea. pastikan anda meminjam dari mereka yang memang layak memberi pinjaman.

Ahad, 18 Julai 2010

Apabila Isnin Tiba

Isnin datang lagi? ala, nape lak tak setiap hari adelah hari minggu? Malasnya nak bangun siap untuk pergi kerja. Tapi dah memang hakikat hidup kena kerja. Tak kerja takde duit.

Pada anda-anda semua, Belalang ucap selamat bekerja yea. Kuatkan semangat untuk menempuhi satu lagi hari bekerja sampai le tiba pulak hari minggu lagi. Kerja la kita selagi terdaya bekerja. Dan ini satu video untuk anda Belalang sediakan...

Enjoy!

Kerja Saya Merbahaya Pakcik.. Siang Malam Asek Berjaga2....

gosok gigi harimau pun gaji basic RM1700 + OT = RM2100...................Byk tuuu.............  Ingatkan Pendekar Bujang Lapok saje je buat citer.. rupanya mmg ada jawatan tu.... hehehehe 

klik pada gambar untuk view yang lebih jelas

Sabtu, 17 Julai 2010

Minyak naik? Kesah Ke Tak Kesah?

Gambar hasil carian di Google

Selamat berhari Sabtu semua. Apa program hari ni? Balik kampung? Shopping? Dating?... Apepun program anda harini, pastikan ia mengembirakan anda setelah penat bekerja sepanjang minggu. Bagi yang masih bekerja harini haft day atau full day, teruskan berusaha dan sabar menanti untuk punch card balik umah... Hee..

Belalang pulak rasenye tiada apa-apa perkara penting akan dilakukan harini. Sementara mood untuk berblog ok semenjak dua menjak nih, elok rasanya di abiskan dengan blog Belalang. Esok-esok bila mood down pulak, malas pulak nak berblog.

kenapa tajuk Belalang tulis minyak naik? bahagian mana dalam entry Belalang yang tulis pasal minyak naik? Hahaha sebenarnya setuju atau tidak kenaikkan minyak tetap akan beri kesan kepada kehidupan kita walaupun kenaikkan itu hanya 5 sen. Kalau bukan pasal terpaksa membayar lebih isian minyak yang akan buat kita tertekan, pasti ada perkara lain seperti kenaikkan harga barang lain. Alasannya cukup mudah. Minyak naik jadi terpaksa naikkan harga lain-lain barangan.

Tapi itu hanya pendapat peribadi Belalang. Setakat sekarang selepas minyak naik, Belalang masih lagi tak terasa apa-apa kesan seperti yang Belalang sebutkan di atas. Jadi Belalang nak tanya pendapat korang pulak korang ade terasa ape-ape efek ke dengan kenaikkan harga minyak? Kalau ade ape dia? Kesan pe?

Jumaat, 16 Julai 2010

Siapakah Kita?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil
 berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 


Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. 


Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. 


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah meng
gunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka. 

Rabu, 14 Julai 2010

Edit Video Dan Gambar

Sebelum mengenali dunia blog, Belalang cukup suka edit video. Tak kira la video sape-sape pun. Kalau bukan video Belalang sendiri, Belalang akan tolong edit video kakak, abang atau sanak-saudara yang lain.

Selain itu Belalang juga cukup gemar edit gambar. Walaupun pengetahuan Belalang dalam Photoshop sangat la basic, tapi ia tetap memberi satu kepuasan apabila siap di edit...

Tapi semenjak addict dengan blog, Belalang dah cukup jarang edit video atau gambar. Kalau edit pun yang ringkas-ringkas je. Terlalu asyik dengan blog sampai benda lain pun tak jadi...Hahaha

Ni bawah nih ada satu video yang Belalang buat dalam pertengahan tahun sudah. Pelakon utama tuh anak kakak Belalang yang sulong. Saje je buat video untuk budak dua orang nih... Suka sangat mereka bila Belalang buat video nih. Siap simpan dalam hand phone bawak pegi kelas lagi show off kat member-member diorang.

Hope enjoy la dengan hasil keje yang ntah ape-ape ni yea...


Selasa, 13 Julai 2010

Perasaan

Manusia dilahirkan dengan memiliki perasaan. Perasaan itulah yang menzahirkan tindakan seperti marah, menangis, ketawa dan sebagainya. Kerap kali apabila kita bertembung dengan sesuatu situasi contoh perkara sedih, anak kucing kena langgar kereta misalnya kita akan merasa terkejut dan sedih. Tapi jika orang di sebelah kita boleh lihat dengan selamber je kucing tu mati depan dia tanpa menunjukkan apa-apa reaksi, sure kita cakap "Takde perasaan ke hape kawan nih?"

Kita mahu orang lain menghargai perasaan kita, tapi adakah kita menghargai perasaan orang lain? Bila bercakap ikut sedap mulut jer. Rase macam takde salah je cakap itu ini pasal orang lain. Tapi bila orang mengata tentang diri kita, tahu pulak nak marah, kecik hati.

sedar la yang sekiranya kita tak mahu orang menyakiti hati kita, kita juga jangan menyakiti hati orang-orang di sekeliling kita. Ibarat kita membuat mimik muka di hadapan cermin. Senyuman dibalas senyuman. Muka masam dibalas muka masam.

Entry ini bukan menyatakan ketidak puasan hati Belalang kepada mana-mana pihak. Hanya pendapat kosong dari Belalang yang sering bertemu situasi begini.

Ahad, 11 Julai 2010

Teguran Kepada Kakitangan Kerajaan

Letih betul Belalang. Kebelakangan nih selalu sangat berulang alik ke Hospital Besar P.Pinang melihat perkembangan sahabat baik Belalang dimana dah dianggap seperti saudara kandung sendiri. memang menyedihkan jika dilihat keadaan kawan Belalang. Kemungkinan untuk hidup tipis dan sekiranya hidup, dia mungkin akan strok dan hilang penglihatan selamanya. Lagi menyedihkan hari berlakunya kemalangan itu, baru genap 20 hari kawan Belalang itu berumah tangga!

Punca kemalangan dipercayai remaja yang merempuh sahabat Belalang itu menunggang motosikal dengan laju dan tiada lesen memandu. Dan berkemungkinan juga motosikal yang ditunggangi remaja itu tiada lampu depan.

Belalang tak nak detailkan pasal hal kemalangan tuh. Tapi Belalang nak story pasal bagaimana layanan time nak buat report polis dan pengurusan hospital.



Selepas saja kemalangan berlaku, abang kepada kawan Belalang pergi ke balai polis Kulim untuk buat report. Tapi masalah report tak boleh buat pasal kena tunggu kawan Belalang sendiri yang datang buat report. Ok, fine... Kawan Belalang sendiri yang kena datang buat report mungkin itu memang prosedur polis. Tapi yang agak terkilan sebab polis tak terangkan dengan terperinci bagaimana nak buat pulak kalau kawan Belalang tuh tetap tak boleh datang sendiri buat report. sebenarnya jika keadaan orang yang nak buat report tue teruk, doktor yang merawat boleh mengeluarkan satu surat yang memberi tahu keadaan mangsa. Jadi dia boleh wakilkan ahli keluarga dia yang lain.



Yang kedua

selepas sahaja doktor mengeluarkan tempurung kepala kawan Belalang yang rosak tuh, sorang nurse telah menyerahkan tempurung kepala itu kepada salah seorang ahli keluarga kawan Belalang itu. Mereka mengambil tempurung itu dan terus menanamnya berhampiran dengan pusara arwah ayah kawan Belalang. selang dua hari pastu ada sorang doktor yang menanyakan tentang tempurung yang pernah nurse serahkan itu. Kata doktor tempurung itu masih boleh digunakan. Terkejut keluarga kawan Belalang itu sebab sebelum nih takde pulak nurse itu pesan apa-apa.

Moral of the story kat sini ialah jangan anggap orang awam paham dan tau dengan bidang tugas anda. Jangan ingat makcik-makcik atau pakcik-pakcik tahu dengan prosedur kerja anda. Professional sket. Ambil masa untuk terangkan sket apa yang perlu dibuat oleh mereka orang biasa sebab kami orang-orang awam bukan tau langsung pasal tugasan anda.

Isnin, 5 Julai 2010

Blog Tidak Diupdate

Maaf kerana Belalang tidak akan update blog untuk sementara waktu ini. Belalang sibuk berulang-alik ke hospital melihat perkembangan sahabat baik Belalang yang kini sedang bertarung nyawa di unit ICU, Hospital Penang selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di mana seorang remaja membawa motor telah melanggar sahabat Belalang yang sedang berjalan di bahu jalan.

Harap anda-anda semua bersama-sama berdoa supaya sahabat baik Belalang itu di panjangkan umur dan masih mampu meneruskan hidup ini walaupun doktor telah mengatakan harapan untuk sahabat Belalang hidup begitu tipis.

Sabtu, 3 Julai 2010

BlogWalking Lebih Mudah Dengan Wawwi Matrix

Wawwi Matrix BlogWalking adalah widget yang akan memaparkanURL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx15 dan juga merupakan sistem Autospillover.

Matrik nx15

Sebagai contoh jika status akaun anda ialah 
Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah
Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 
3905 Blogger

Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 
5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalkingsehari, anda sudah berpeluang mendapat 19 525 trafik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.

Anda pasti teruja menggunakan sistem ini dengan kedalaman sehingga level 15.
Autospillover

Apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.


Sistem yang digunakan:MATRIK (nx15) + Autospillover
Sistem Mata (Point)

Fungsi mata ini adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget 
Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.

Anda diberi 
10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata (jika upline melihat blog anda) dan dari 5 mata hingga ke15 mata (jika downline melihat blog anda).

Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 
20 senarai blogdengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:
Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda 
LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda 
ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 
5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 
10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 
15 Mata


Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 
3905 blogger dengan purata klik ialah10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata. Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda dapat mata tambahan.
Jumlah Mata Sehari
3905 blogger x 10 blog dilawati =
39050 mata
Walaubagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama.
Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.

Sponsor secara langsung = 
20 mata
Downline level 1 = 
15 mata
Downline level 2 = 
14 mata
Downline level 3 = 
13 mata
Downline level 4 = 
12 mata
Downline level 5 = 
11 mata
Downline level 6 = 
10 mata
Downline level 7 = 
9 mata
Downline level 8 = 
8 mata
Downline level 9 = 
7 mata
Downline level 10 = 
6 mata
Downline level 11 = 
5 mata
Downline level 12 = 
4 mata
Downline level 13 = 
3 mata
Downline level 14 = 
2 mata
Downline level 15 = 
1 mata
Potensi Nilai Mata Referral

Lv 1: 5 x 15 = 
75 mata
Lv 2: 25 x14 = 
350 mata
Lv 3: 125 x 13 = 
1625 mata
Lv 4: 625 x 12 = 
7500 mata
Lv 5: 3125 x 11 = 
34375 mata 

Jumlah keseluruhan:
43924 mata

Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan tinggi kelak.

Pendapatan Sambilan

Sambil blogwalking dengan
Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata sebanyak mungkin kerana fungsi di masa-masa akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.
Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog.

Sila naiktaraf status akaun anda untuk menikmati trafik yang lebih berganda lagi.

Jumaat, 2 Julai 2010

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak (5) Kali...

Hanya Ingin Mengingatkan ....


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali .....
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya 

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .... 
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 
" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu : 
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR 

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh               : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor                 : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar                   : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib             : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak                  : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya 

 

Khamis, 1 Julai 2010

Apabila Belalang Junior Buat Perangai

Dulu satu masa dulu Padin dari padinno.blogspot.com pernah mintak nak tengok gambar puteri kesayangan Belalang. Yang kerap buat perangai time malam. Nak tau ape perangai pelik dia buat bila malam? jap lagi Belalang story. Sekarang meh kita tatap dahulu foto puteri Belalang.



Amacam Padin? tergoda tak? Kecik lagi Belalang Jr. nih Padin. Kalau nak hantar pinangan kene tunggu dia besar sket. Sanggup tunggu Padin? hahaha...

Ok ok berbalik kepada perangai pelik Belalang Jr. Kalau korang yang kaki tidur lewat, sure akan perasan Belalang pukul 3, 4 pagi still online. Sebenarnya Belalang tengah temankan Belalang Jr. yang memang payah untuk tidur malam. Ada jela benda yang dia nak buat. Tak pun dia akan suruh Belalang atau Mrs.Belalang garu tempat-tempat tertentu di badan dia. Kadang-kadang sampai berjam-jam garu tapi tak tidur-tidur jugak.

Last skali kalau semua cara seperti pujuk, kasi susu, tepuk atau garu badan dia tak menjadi, maka Belalang terpaksa buat plan terakhir. Nak tau ape? Bawak Belalang Jr. kuar naik kereta. Pusing 2, 3 round sampai dia tidur dalam kereta.

Hahaha memang banyak ragam betul budak kecik tuh. Tapi kalau dia takde contoh tidur di kampung selama seminggu, memang rase sunyi sangat. Tapi yang hairanya di kampung boleh pulak tidur awal. Pukul 10 atau 11 malam dah tidur...

Mungkin sebab Belalang dan Mrs.Belalang bagi muka sangat pada dia kot. Korang rase macam mane? Susahkan layan karenah anak... Hee...
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com