Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 22 Julai 2010

Majalah Mastika Menipu?

Siapa yang tidak kenal dengan majalah Mastika? Majalah yang begitu lama bertahan di Malaysia dengan kupasan isu kemasyarakatan yang menular di negara kita serta isu-isu momok yang menegakkan bulu roma.

Belalang juga telah lama menjadi pembaca tetap majalah itu semenjak tahun 1996 lagi hinggalah sekarang. Bagi Belalang Mastika telah berjaya memberi impak kepada isu-isu yang diketengahkan oleh mereka seperti isu black metal, gay dan nyah serta beberapa lagi isu yang begitu sensitif termasuklah isu mengenai freemanson.

Tidak malu jika Belalang katakan yang Belalang memang addict dengan Masika hinggakan setiap bulan terasa tidak sabar-sabar menanti keluarannya dan seolah-olah biar Belalang orang yang pertama membaca setiap keluaran terbaru mereka. Betul, Belalang memang meminati cara wartawan Mastikan mengolah cerita. Membacanya terasa tidak jemu dan Belalang boleh membaca sesuatu artikel berulang-ulang kali.

Semalam seperti biasa Belalang online Facebook untuk check segala pesanan dan membalas komen dari kawan-kawan Belalang. Sedang asyik membaca status kawan-kawan yang tertera, tiba-tiba Belalang tertarik dengan status dari Mastika yang menceritakan keluaran terbaru mereka akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Setiap komen yang ditinggalkan oleh pembaca pada status Mastika Belalang baca satu persatu. Kebanyakkan komen memuji-muji Mastika dan memberi kata-kata semangat serta pendapat mereka. Namun begitu Belalang tertarik dengan komen yang di tinggalkan oleh seorang pembaca yang menghentam Mastika dengan mengatakan wartawan Mastika telah menokok tambah cerita mengenai dirinya dalam keluaran Mastika Julai 2010.


Klik pada gambar untuk view yang lebih jelas

Dan ketika sedang menulis entry ini, pihak Mastika telah membalas jawab kepada dakwaan pembaca itu.

Klik pada gambar untuk view yang lebih jelas

Belalang masih lagi menunggu jawab balas dari pembaca yang mendakwa Mastika menipu itu. Kata-kata itu sedikit sebanyak membuat pembaca setia Mastika mulai meragui dengan penulisan-penulisan Mastika. Belalang sendiri juga tertanya-tanya adakah benar seperti yang didakwa? Namun mungkin benar seperti yang dijawab oleh Mastika berlaku salah faham dimana yang menceritakan maksudkan lain, wartawan pula faham lain.

Bagaimana pula pendapat anda? Siapa tipu siapa sekarang?

15 comments:

Mohd Ridhwan berkata... Reply To This Comment

dlu ja baca Mastika,skang dh jarang...dh xmenarik mcm dlu..

nuriz berkata... Reply To This Comment

saya cuma baca kalau saya terjumpa majalah tu atau kat klinik masa nak tunggu turn jumpa doc heheh

Affan Ruslan berkata... Reply To This Comment

hhee. mungkin gak ada tokok tambah. lagi2 cite2 hantu, dulu aku baca gak org punya, beli sndri tak pernah lagi kot.
skg dah tak baca langsung. hehe

Affan Ruslan berkata... Reply To This Comment

hhee. mungkin gak ada tokok tambah. lagi2 cite2 hantu, dulu aku baca gak org punya, beli sndri tak pernah lagi kot.
skg dah tak baca langsung. hehe

baby_busyuk berkata... Reply To This Comment

ada wartawan mastika yang tak tulis cerita dengan apa yang di wawancarakan~~~memang betol terjadi..

HaN WarreN berkata... Reply To This Comment

huhu sokong2 mastika dah x mcm dulu...dah stop beli 2 tahun lepas...

asked berkata... Reply To This Comment

dulu memg gua minat gak ar layan mastika ni..
tapi skang..
gua layan surat kaba lama je..
ntah ar..
dlu leh tahan gak mastika ni..
tapi makin lama makin karut bro..
orang2 yang tak kuat aqidah..macam gua ni..kadang2 leh goyang kot..
papepun..if ade cite yang gempak2 gua layan je..

mastika..keep it up bebeh~
haha..

gua suka bace part2 gro+pondan2 time dulu2..
wakakaka

RerameUngu berkata... Reply To This Comment

dah lm tak baca mastika sbb dah tak kick mcm dulu22..
skarang ni pun kalau ada baca bila balik umah mak..sbb mak peminat mastika..every month mesti beli..kt umah tu dah bleh bt koleksi

nabilah_2908 berkata... Reply To This Comment

mmg dh lama tk baca mastika.....ada tkde pun..mjlh lama2..

Dakjaat berkata... Reply To This Comment

dunia ni sebenarnya sunyi.... jadi, manusia diberikan akal fikiran utk menghiasi kesunyian itu. lantas manusia diberikan bakat mengolah cerita.. cerita yg menjadikan dunia tidak bosan... :) korang still akan beli mastika kerana korang minat. benar atau tidak benar, korang tetap akan baca. kebanyakan cerita di dalam mastika bukannya nak condemnkan orang. cerita bercanggahan sikit, tak perlu la nak bising. wartawan bukannya robot boleh mencatatkan sepantas kilat apa yg diberitahu.. mahupun direkod dengan recorder sekali pun bukannya jelas... :D hahaha hal2 sebegini, aku rasa si alif tu saje cari publisiti. kalau dia berani, meh berdebat ngn aku. ntah2 cerita dia jumpe mahkluk bertaring ke berjaring tu pun kelentong jugak.

Kie-yu berkata... Reply To This Comment

same la
dah lame bce mastika ni
tp sekadar hiburan je la
nk percaya smpai 100% tu xde kot

ashraf berkata... Reply To This Comment

jgn baca la mastika.ngarut je

miss ice berkata... Reply To This Comment

da lame xbace mastika..huhu..bace skdr utk hiburan..xpcaye sangat..

wfhsln berkata... Reply To This Comment

mastika tu majalah yang bagus. Kalau korang rasa mengarut, tak payahlah baca..

Awanama berkata... Reply To This Comment

Assalamualaikum, saudara perlu baca habis kisah ini...kerana Alif Sue hanya membaca sepintas lalu sahaja kisah Mahasiswi Dicintai Makhluk Bertaring. Malah Alif Sue tidak menjelaskan percanggahan tersebut lantaran dia sendiri tidak membaca detail. Tidak adil menuduh Mastika tanpa usul periksa di depan public.

Inilah sambungan komen Alif Sue:
kuburkan mastika? Jgn buat tuduhan melulu.Jgn lupa saya dah kumpul & baca Mastika sejak tahun 97. Mslhnya nak beritahu apa yg bercanggah pun susah. Sy ni study di Kedah. Rumah di K.L. Mastika bulan Julai tu di K.L. Di kedah ni sudah tidak a...da kedai yang jual Mastika Julai. Ade sesiapa org Kedah (area alor star, jitra, changlun) yg boleh bg pinjam Mastika Julai pada sy? Sy tak boleh nak ingat sgt apa yg di tulis ttg cerita sy dan pasangan di Mastika Julai sbb sy baca hanya satu kali jer. Pasangan saya hanya baca m/s yg pertama (tentang cerita kami) sbb lepas tu dia dah sakit hati nak baca lagi dan terus tak baca dah.

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com