Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 20 Ogos 2009

KEPADA SEMUA PENULIS BLOG

Nampaknya kerajaan telah bercadang untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana blog yang di dapati menerbitkan kenyataan palsu, berbau hasutan dan mempersendakan agama, dengan cara "menyekat capaian kepada blog dan laman web" .

Menurut kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kerajaan akan memantau secara serius penerbitan di Internet termasuk mengambil tindakan melalui undang-undang sedia ada.

"Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Dalam soal ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap pihak atau individu tidak harus menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat, tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini."

Tegasnya, demokrasi harus turut mempunyai batasan yang perlu dipatuhi.

Nampaknya blogger-blogger sekalian kena lebih berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu berita. Belalang rasa elok juga tindakan ini di ambil kerana kadang-kadang belalang juga hairan dan tertanya-tanya dengan cerita/berita yang Belalang baca. So tindakan ini secara peribadi Belalang rasa memang wajar.

Khamis, 13 Ogos 2009

Hina Raja Kena Lucut Kerakyatan?

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.

“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau.

Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Site Map


Jumaat, 7 Ogos 2009

7 WASIAT RAJA MELAYU

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
*Adakah ini memuaskan hati orang-orang melayu?

Selasa, 4 Ogos 2009

MANSUH I.S.A

Perhimpunan mansuhkan ISA baru-baru ini tidak ler seteruk yang belalang sangkakan.sebelum hari perhimpunan bermula belalang jangkakan mesti havoc punyalah kes nih… asalnya tiada niat pun nak sentuh isu ini. Tapi selepas belalang singgah dan baca artikel serta komen pembaca dalam satu forum blog, tiba-tiba datang idea nak tulis.
Terus-terang belalang cakap yang belalang bukanlah sorang yang pandai sangat bab-bab politik nih. apa yang belalang tulis berdasarkan apa yang belalang lihat dan ambil tahu dari orang-orang sekeliling. Mengenai perhimpunan ISA, belalang nak tanya apa motif sebenar perhimpunan itu? Ya, orang yang menganjurkan perhimpunan itu hendak mengajak rakyat beramai-ramai bagi tahu kat satu Malaysia yang mereka tidak mahu akta ISA dan mansuhkan akta itu secepat mungkin. Mereka juga mahu beramai-ramai menghantar memorandum kepada yang mulia raja kita.
Soalan belalang berjayakah perhimpunan itu? sampaikah bantahan mereka itu kepada raja? Atau hanya Berjaya membuat kecoh di tempat awam?. Nak hantar bantahan pun perlu bawak sampai sekampung. Pada hal kalau sampai istana pun, bukan semua boleh masuk.
Senang cakap macam ni la, sekiranya ada yang merasa kerajaan hari ini kejam, korup, dan macam-macam lagi, tunggu la sampai PRU13 nanti. Guna saluran yang betul. Bukannya dengan cara macam itu. Ajak satu kampung turun pun takde ape-ape matlamat yang tercapai. Belalang rasa sekiranya kerajaan sekarang terlalu zalim, tentu pembangkang tidak dapat bolot lima negeri. Sebab pa? Sebab kerajaan control SPR. Tapi yang terjadi sebaliknya bukan. Kerajaan menerima kekalahan mereka di negeri-negeri itu. Jadi ini menunjukkan SPR masih boleh menjadi harapan terakhir pada rakyat semua.
Kesimpulannya fikirlah sendiri. Tiada guna terburu-buru mengejar sesuatu perkara kerana masanya akan sampai juga. Apa yang perlu di lakukan hanyalah bersabar. Bukan buat sesuatu yang menampakkan kita bodoh di mata orang.

Isnin, 3 Ogos 2009

PIALA SELANGOR 2009 & AWANG IMPORT


Bola sepak memang sukan yang best untuk di kongsi cerita. Lagi-lagi bola sepak dalam negeri iaitu piala Malaysia. Tapi apa yang Belalang nak kongsi bukan piala Malaysia. Belalang nak kongsi cerita mengenai perlawanan Selangor menentang kelab Persib Bandung dari Indonesia. Perlawanan berkesudahan dengan Selangor menang dengan kelebihan jaringan 2-0. Gol-gol Selangor semuanya di jaringkan oleh bekas pemain import mereka, Bambang Pamungkas. Huh? semuanya dijaringkan oleh pemain import?
temuramah dengan jurulatih Selangor, mengatakan kegagalan pemain Selangor menjaringkan gol tidak bermaksud anak didiknya berada pada prestasi mengecewakan.
“Bola sepak adalah sukan perpasukan. Kalau pemain kita tidak melakukan hantaran kepada Bambang, mungkin dia tidak dapat menjaringkan gol”
Benar bola sepak adalah permainan berpasukan.Tapi apa rasionalnya membawa masuk Bambang dan Ellie Aiboy pada perlawanan itu? Sudahlah 2 pasukan saja yang bermain untuk piala itu (selangor dan Persib Bandung). Tempat pertama dapat piala dan duit. tempat kedua tetap dapat duit. Macam saja-saja je nak kasi duit. Rasanya piala yang di tawarkan tidak membawa apa-apa makna. Lebih baik bermain atas nama perlawanan persahabatan. Jika pasukan Selangor merasakan mereka berada pada tahap terbaik musim ini, mengapa tidak di turunkan kesebelasan utama mereka? Adakah kerana inginkan penjualan tiket yang tinggi pada perlawanan itu? Jawapannya senang. Kerana apabila kita bermain dengan kelab dari luar, mahu atau tidak kita memang memerlukan pemain import. Selain sebagai penarik kepada pasukan itu untuk menarik penonton ke stadium, mereka memiliki pengalaman dan skill yang tinggi. Memang tidak dapat di sangkal pengalaman mereka pada peringkat antarabangsa itulah yang di perlukan oleh kita untuk membentuk sebuah pasukan yang hebat.
Apa-apa pun Belalang tetap mengucapkan syabas kepada pasukan Selangor dan semoga luck pasukan Selangor akan tetap ada. Kita tengoklah bagaimana Selangor mengharungi afc nanti tanpa import. Kedah dan Johor fc telah merasai betapa peritnya mengharungi afc tanpa pemain import. Harap mereka bukan sekadar jaguh kampung.
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com