Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Jumaat, 26 Februari 2010

Flyers Gigs lagi

Sekarang nih scenes underground dah makin meriah balik dengan gig-gig yang setiap hujung minggu sure ada. Kali nih Belalang ada 2 flyers yang belalang copy paste dari facebook NeoChronicles Productions. So kepada metallers-metallers sekalian, tunggu hapah lagi. JOM HEAD BANG!!!

Jumaat, 19 Februari 2010

KL Metalcamp III & Kuala Lumpur Rock Vestival

 



-----------------------------------------------------------------

Jom Kita kasi meriah Gigs-gigs nih...Belalang kalau takde terikat dengan keje and family, sure dah turun nih. Tapi takpe lah. Ade rezeki sampai le kot. Kepada fans Metalasia, tunggu apa lagi!!! jom turun support diorang1!!!

Disebalik Campur Tangan Australia

Anwar dan Michael Danby pada bulan Disember


Sebagaimana yang ramai sudah tahu, bantahan 50 MP Australia yang diketahui oleh Michael Danby, ahli Parlimen berbangsa Yahudi yang memperjuangkan hak gay dan lesbian adalah sebahagain dari grand design Anwar untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya gugurkan kes liwatnya.

Anwar membuat kenyataan tadi bahawa campurtangan Australia adalah untuk menegakkan demokrasi. Bodoh sekali katakatanmya itu. Apabila negara lain masuk campur dan menentukan proses kerajaan dan mahkamah dan institusi negara ini bermakna kita tidak lagi demokratik tapi telah dijajah.

Anwar adalah pengkhianat yang membawa masuk penjajah ini. Rangkaian Anwar di Australis diuruskan oleh bekas Pengarah Abrar yang lari ke Australia, Dr Rahim Mohd Ghouse. Rahim Ghouse adalah bekas Ketua Pemuda UMNO PUlau Pinang semasa zaman Zahid Hamidi.

Anwar yang mengarahkan Rahim Ghouse untuk bertemu dengan Michael Danby, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Australia pada Februari 8hb 2010. Tujuannya adalah untuk mendesak mendapatkan sokongan Menteri negara itu untuk menekan kerajaan supaya gugurkan kes liwatnya.

Anwar juga mengarahkan Rahim Ghouse untuk menjadi penyambung maklumat perbicaraan dengan Mark Trowell (kanan) dan Tom Percy (bawah kiri) yang merupakan Australian Queen Council sebagai pemerhati perbicaraan.

Usaha-usaha ini yang telah mendapatkan 50 ahli Parlimen mereka menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Malaysia di Canberra. Yang bodohnya adalah ahli-ahli Parlimen ini menuntut kerajaan mengarahkan Mahkamah Malaysia menghentikan perbicaraan.

Ini mustahil dilakukan kerana kerajaan tidak boleh campurtangan dalam urusan Mahkamah kerana itu dinamakan separation of power. Adalah beranggah dengan prinsip deokrasi untuk eksekutif masuk campur dan tiada hak bagi negara asing masuk campur dalam urusan kerajaan dan urusan Mahkamah negara asing.

Reaksi yang ditunjukkan oleh penunjuk perasaan benar-benar memalukan pihak kerajaan dan pihak High Commission sendiri memperakui Australis tidak boleh masuk campur dalam hal kerajaan dan Mahkamah Malaysia.

Maka John Kerry yang merupakan Pengerusi Foreign Relation di Senate US hanya menuntut proses keadilan dijalan dengan rapidan adil.

Malangnya Anwar telah salahgunakan sikap liberal Mahkamah kepadanya untuk melengah-lengahkan perbicaraan dengan pelbagai alasan remeh (petty) dan mengarut (frivolous). Wisma Putra perlu lakukan sesuatu dan pertingkatkan usaha untuk difahami oleh negara-negara luar. 

Dari The Unspinners

-----------------------------------------------------------------------------

Ape hal pulak orang luar nak masuk campur hal-hal negara kita kan? Diorang tak reti respect undang-undang negara orang lain ke? ke ada kepentingan apa? Lu pikir la sendiri...

Selasa, 16 Februari 2010

Main kucing: Jiran simbah air panas

GEMAS: Sungguh kejam apabila seorang lelaki tergamak menyimbah air panas terhadap seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang bermain dengan anak kucing peliharaannya, di Taman Pasir Besar, dekat sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 itu, mangsa, Mohd Saifudin Azahar, yang melecur pada bahu kiri dan paha kanannya dikejarkan ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan.


Ketika kejadian, kanak-kanak malang itu dikatakan bermain seorang diri dengan seekor anak kucing peliharaan jirannya itu di belakang rumah lelaki terbabit.

Tiba-tiba seorang lelaki berusia 39 tahun itu membuka pintu belakang rumahnya lalu memarahi kanak-kanak itu sebelum dia masuk semula ke dalam rumahnya.


Sejurus kemudian, lelaki itu sekali lagi muncul lalu menyimbah mangsa menggunakan air panas menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan.


Jeritan kanak-kanak itu didengari kakaknya yang berusia sembilan tahun lalu bergegas mendapatkan adiknya yang dalam kesakitan.

Terkejut dengan kejadian menimpa adiknya itu, kakak mangsa memanggil ibunya yang bekerja di sebuah kedai perabot tidak jauh dari rumahnya.


Ibu mangsa, Normawati Mokhtar, 38, berkata dia bergegas balik ke rumah selepas dimaklumkan kejadian yang menimpa anaknya itu.


“Saya terus membawa Mohd Saifudin ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Tampin untuk rawatan susulan.


“Sebelum ini, lelaki terbabit pernah menyiram anak saya dengan air sejuk dan saya tidak sangka disebabkan seekor anak kucing, dia sanggup melakukan perbuatan ini,” katanya, semalam.


Menurutnya, sebelum ini beliau menyangkakan jirannya itu hanya bergurau apabila menyiram anaknya itu dengan air sejuk.


Katanya, disebabkan perbuatan melampau itu dia membuat laporan di Balai Polis Gemas. Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan mengenai kejadian itu.


Menurutnya, lelaki terbabit sudah ditahan di rumahnya malam kelmarin dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.


Sementara itu Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM), Daerah Tampin, Nasrudin Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah mengarahkan seorang pegawai bahagian kanak-kanak untuk menjalankan siasatan.

*Petikan dari Harian metro

Ahad, 14 Februari 2010

Jangan Ulang Kesilapan Di PRU akan Datang


                Sebenarnya dah lame Belalang nak sentuh pasal benda nih. Tapi ntah macam mane Belalang biar je benda tuh berlalu. Macam buat-buat lupa plak. Tapi bila baca artikel di Parpukari tadi, baru Belalang teringat balik. klik sini untuk baca artikel itu…
                Nih kes politik. Belalang adalah pengguna hiway Butterworth Kulim Exspress(BKE) dan Jalan sungai Nyior yang ade tol tuh. Sape tinggal belah-belah sini tau la mane. Tiap-tiap pagi Belalang lalu jalan tuh untuk ke tempat keje Belalang.
                time nak PRU yang sudah, dekat-dekat dengan tol tuh ada ler sepanduk dari pembankang time tuh DAP. Jelas lagi di pikiran Belalang nih tulisan-tulisan kat sepanduk tuh.

“TOL SUNGAI NYIOR CEKIK DARAH!!!”

“HAPUSKAN TOL SUNGAI NYIOR!!!”

                hari-hari Belalang lalu dan baca kata-kata tuh. Sayang Belalang tak simpan gambar kata-kata tuh. Dan sewaktu membaca manifesto mereka time tuh adalah salah satunya berbunyi “JIKA KAMI MENANG, TOL SUNGAI NYIOR AKAN DI HAPUSKAN”.
                Dan ALLAH telah memberi peluang kepada puak-puak ini  untuk menang dan memerintah negeri Pulau Pinang. Tapi janji hanya tinggal janji. Sampai sekarang Tol Sungai Nyior masih wujud dan masih lagi beroperasi. Dan banyak lagi janji-janji mereka dalam manifesto tidak terlaksana.
Belalang tak mau tanya sebab apa tol itu tidak boleh ditutup atau hapah. belalang Cuma nak pesan: berjanji, tengok kepada kepada kemampuan diri kita dulu. Bukan main sedap mulut jer tabur janji.  Tau la lu orang tue orang politik, suka-suka cakap, suka-suka janji jer. Tapi kesian la pada orang yang mengharap pada janji-janji lu orang tuh.
So, pas nih mungkin orang penang dah tau kot yang mana intan and yang mana kaca? sekali lagi PRU buat la pilihan yang betul. silap pilih 4 tahun kita akan menerima padah dari kesilapan kita.

Rabu, 3 Februari 2010

Harimau Muda Di Slovakia


 


                Keputusan FAM untuk membawa juara liga perdana musim lepas, HArimau Muda A beraksi di liga Slovakia memang sesuatu yang tepat dan bagus. Mereka menyertai liga divisyen 1 negara itu. Dasyat tuh. Nasib mereka memang baik setelah FAM membuat keputusan yang agak memeranjatkan peminat bola sepak Malaysia dan Belalang, untuk tidak membenarkan Harimau Muda beraksi pada liga super kita.
                peluang seperti yang dikecapi oleh Harimau muda adalah sesuatu yang jarang berlaku dalam kancah bola sepak Negara. Jadi bebudak nih memang kene gunakan peluang ini sebaik mungkin. Buktikan pada FAM dan fans semua yang mereka mampu bersaing dengan team-team di sana.
                Tapi pada pendapat Belalang, sepatutnya Harimau Muda perlu bermain bersama pasukan liga super kita terlebih dulu. Sekiranya mereka mampu merangkul gelaran juara liga super musim nih, baru la kita bawak mereka ke peringkat tinggi setingkat lagi.
                Rasa-rasanya perlu buat macam tue dulu. Langkah keselamatan. Andai kata Harimau muda tidak mampu menyaingi pasukan-pasukan di Slovakia, sure esok-esok akan ada le suara-suara sumbang yang cakap rugi duit je hantar diorang jauh-jauh. Tapi hasilnya hampeh. Yela, bukan sekupang dua punya perbelanjaan untuk membawa mereka ke sana. Baru-baru nih permulaan perlawanan piala FA menentang Kl Plus, mereka Nampak berhempas-pulas untuk memenangi perlawanan tuh. Nasib baik menang juga 2-1. Kalau tidak sure awal-awal lagi akan di pertikaikan keputusan FAM tuh.
Apa-apa pun itu hanya pandangan peribadi Belalang. Keputusan sudah dibuat. So, kita tunggu dan lihat jela perkembangan skuad pelapis Negara nih. Harapan Belalang semoga mereka mampu melakukan yang terbaik. Lagi pun musim nih mereka berada di bawah bimbingan jurulatih yang bagus bagi Belalang. Sape lagi kalau bukan Azraai Khor. Tabik Harimau Muda!!!
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com