Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Jumaat, 30 April 2010

apabila Wanita Bermain Bola Sepak

Korang pernah tengok gurl main bola sepak tak? sure pernahkan. Negara kita Malaysia pun ade pasukan bola sepak wanita. Tapi selalu jer jadi lauk di peringkat antarabangsa. Jangan salahkan pasukan negara kita dengan kekalahan-kekalahan yang besar giler perbezaan gol nyer... Dah name pun wanita melayu sopan santun, so memang tak sesuai ler main sukan yang agak lasak macm tuh...

Dah melalut jauh pulak Belalang nih. Sebenarnya nak ajak korang enjoy video nih. Player yang akan korang tengok nih, memang antara player yang agak terkenal di peringkat international. Tapi sorry ler Belalang tak tau name dia. Bukan layan sangat pun gurl football. Tapi video nih agak menarik untuk korang tengok sebab macam tajuk entry Belalang kat atas tuh bunyi, apabila wanita bermain bola sepak rasenye sepak bola tue sikit2 jer. Lawan tarik rambut lagi banyak kot. Kan ke diorang nih emosi agak kuatkan... Kuikuikui...

Korang tengok sendiri le video nih. Pas tuh buat kesimpulan sendiri. Sesuai ke tak gurl main bola? Enjoy!

Khamis, 29 April 2010

Kena Tag Pulak!

First time kene tag. Insan yang telah memilih Belalang sebagai the chosen one itu adalah eskremgoreng. Tima kasih ler susah-susah je tag Belalang (sebenarnya memang susah pun...cis!). Tag tuh berbunyi macam nih:


1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same.



Ni gambar yang dapat kalau ikut turutan yang syarat tag tuh (Memang jujur ikut turutan tau):


(Muka still tutup...kuikuikui)


Mula-mula risau gak Belalang nak publish pic nih sebab identiti Belalang nih ala-ala misteri gitu (walaupun tak berapa misteri sebenarnya). Pikir-pikir macam mana nak sembunyikan muka Belalang sebab Photoshop Belalang tak leh pakai pulak sekarang.


Seb baik Belalang ade Corel Draw... Walaupun tak cekap guna (tengok cara crop pun dah tau), tapi boleh le sembunyikan jugak muka Belalang yang terlampau encem tuh... Kuikuikui...


Pic nih di ambil sebelum puasa tahun sudah. Lokasi di sebuah bilik jammin' area Seberang Jaya, Chain Leng Park (Ntah betul ke idak ejaan tempat tuh). Dulu zaman aktif bermusik memang situ la tempat slalu praktis. Sekarang nih masing-masing dah ade haluan sendiri. Rindu saat-saat best tuh.


Ok, dah abih tag untuk Belalang. So sekarang nak kene cari 8 orang kawan pulak... rase-rase diorang ni jela:


1) ice
2) aNissuzi
3) sya Yusof
4) Baby Busyuk
5) Nuak
6) Nisa
7) Call T


Semoga Anda membuat tag ini dengan gumbira dan penuh dengan tawa...
Huawawa...

Pekerja Jusco Perda Biadap!

Semalam Belalang satu family dengan sorang adik ipar Belalang jenjalan di Jusco Perda, Bukit Mertajam. Belalang selalu jugak datang sana. Biasanya just jalan-jalan window shopping jer.

Sesampai je dalam Jusco, wife dengan adik ipar Belalang terus le ke bahagian wanita. Belalang pulak jaga anak Belalang sambil ikut wife Belalang dari belakang.

Sampai ke satu part ada jualan tudung murah. Wife dengan adik ipar Belalang amik le sorang satu tudung yang diorang rase kene dengan taste diorang and bawak ke kaunter pembayaran. Sampai je kat kaunter ade satu prob pasal tudung tuh takde harga untuk cashier tue scan. So dia mintak la wife Belalang pegi amik satu tudung yang ada harga bawak datang ke kaunter untuk di scan.

Bila wife Belalang patah balik untuk amik tudung yang ada harga, kene satu lagi problem. Harga yang ade di tudung lain tuh, tak same harga dengan harga sales yang diorang tulis walaupun tudung yang mahal tuh sama pattern dengan tudung wife Belalang pegang.

Di pendekkan cerita sebab kekeliruan yang berlaku, cashier tuh panggil sorang kawan dia untuk sah kan harga tudung tuh. Lepas kami tunggu dalam 15 minit, sampai le member cashier tuh, mamat lelaki (ntah pangkat pe). Lepas sembang-sembang dalam 5 minit, Belalang tengok still tak boleh decided harga mana betul. Sebab rase lambat and buang masa Belalang ajak wife Belalang blah je. Tak yah beli.

Ni ler part kurang ajar yang jadi - Elok je wife dengan adik ipar Belalang blah dari counter, Belalang yang jalan agak perlahan sket kebelakang, dapat dengar dengan jelas mamat tuh cakap pe. First dia sound macam nih:

"Nie nak settle kan masalah ke, nak cari gaduh?"

Tersentap jugak Belalang dengar dia sound macam tuh. Walaupun berdesing telinga nih tapi sebagai encik Belalang yang cool, Belalang jalan buat-buat macam tak dengar.

Ingat dah habih. Rupa-rupanya dia sound satu lagi ayat. Kali nih betul-betul buat darah Belalang menyirap naik!

"Hoi! Tudung RM10 pun tak mampu nak beli ke?"

Belalang terus berhenti jalan, terus toleh tengok mamat tuh. Nak tau jugak sejauh mana hebat dan beraninye mamat biadap tuh. Kalau tak puas hati, jom settle face to face. bukan mengata kot belakang. Tapi tue la lumrah laki-laki yang konon macho depan perempuan nih. Dia langsung tak moh bertentang mata dengan Belalang. Walaupun pekerja-pekerja lain yang sumanyer gurl kat situ, nampak yang Belalang tengah ushar dia. Dalam hati nih jangan cakap la punya hangin macam mana.

Celaka betul mamat tuh! Belakang berani sound orang. Tapi bila nak face to face pengecut pulak. Baik gurl-gurl kat situ lagi berani dari dia sebab leh tengok Belalang yang memang macam nak makan orang time tuh. Kalau time Belalang tengok dia tuh dia still sound, memang cari nahas mamat tuh!

Sepatutnya kami yang kena marah kat diorang sebab bagi pelanggan keliru dengan dua harga. Ini tidak dia pulak yang sound kami! langsung takde adap! Nasib baik Belalang tak perasan tag name dia. Kalau tak memang niat nak bawak jauh lagi kes pekerja macam tuh. Biar dia tau sket hormat orang pada masa depan! Sampai harinie still rase hangin dengan mamat tuh!

Rabu, 28 April 2010

Top 10 Football Injuries

Ngeri siot tengok... Sesape yang pernah main bola and ada pengalaman diterjah hingga cedera, sure leh terasa lagi sakit tuh bila tengok video nih.

Ni bukan main bola dah nih...dah jadi macam lawan tomoi pulak...

Ape-ape hal pun enjoy this video and play safe in football!

Selasa, 27 April 2010

Pelik Ke Biasa?

Masih lagi story sekitar kampung Belalang. Aritu singgah le pekan Baling jap tengok-tengok barang ape yang leh beli. Barangan di Baling nih still murah-murah tau. Try ler meh jenjalan area sini. Sampai kat satu supermarket tuh, Belalang rase malas nak turun. Biar wife Belalang turun beli sorang je. Lagipun anak Belalang tengah tido.

Tinggal Belalang sorang dalam keta tuh, mata ni meliar la tengok keadaan di sekeliling. Cuci mata sambil otak nih pikir-pikir pasal pembangunan di sini (macam YB pulak pikir pasal pembangunan rakyat).

Dari satu kedai, ke satu kedai mata Belalang singgah sambil memikir taraf hidup tuan kedai tuh. Tapi dalam banyak-banyak kedai tuh, ada satu kedai yang buat Belalang tertarik sikit untuk tengok and pikir pasal keadaan dia. Korang try tengok pic kat bawah nih:

(Kedai yang di tengah tuh)

Sorry le gambar tak cantik, tangkap guna handphone jer. Korang pikir tak ape Belalang pikir? mungkin pemandangan korang tak sejelas Belalang yang tengok live nih. tapi ape yang Belalang ada beberapa benda yang  patut tokey kedai tuh amik tau. Benda-benda yang Belalang pikir adalah:

- Kedai kat atas tuh kedai emas, tokey kedai tuh tak pasang safety bar yang macam korang buleh tengok di kedai emas yang lain.


- Kedai tuh hanya di jaga oleh seorang ibu dan ank dia yang umur dalam lingkungan 7 tahun. Dasyat.


- Takde security guard pun kat kedai tuh.


-CCTV? kompom takde..

Mungkin pemilik kedai anggap barangan emas yang di pamerkan di kedainya tak begitu banyak and nilai dia tak begitu tinggi. Tapi dia mau tau sekarang nih orang rompak, dia tak cakap banyak dah. Tembak dulu sape-sape yang dia nampak dalam kedai tuh (terutama kakitangan kedai), kaut ape yang ade. Sikit ke banyak hasil rompakan belakang citer...

Lepas tengok kedai tuh, Belalang lalu pulak depan satu kedai emas milik tokey cina (on the way balik umah). Kedai tuh buruk tahap nak menyembah bumi dah, tapi lengkap semua ciri-ciri keselamatan yang Belalang sebut kat atas. Belalang pun terpikir la satu benda... "Tokey kedai tuh nak save duit atau takde bajet?"

Sampai balik umah tak dapat jawapan lagi... Misteri betul...

Isnin, 26 April 2010

Nuffnang Ku Merajuk!

Rugi betul...dah dua hari Nuffnang Belalang tak bertambah-tambah pun nilai yang sediada... Tak tahu la mane yang tak kene. Selalu tiap-tiap ujung minggu kalau check Nuffnang, sure ade le naik 2-3 hengget. Tapi dari dua minggu sudah sampai kemarin dia tak moh naik pun.

Kepada anda yang tak tahu, Nuffnang biasanya akan update akaun kita 1 minggu sekali (betulkan Belalang kalau fakta tuh salah). So tak perlu la kita check hari-hari. Belalang tak begitu mengharapkan orang klik Nuffnang Belalang (lagi-lagi lepas Nuffnang marah aritu). So Belalang just target unique visitor.

Rase-rase mungkin Belalang tak berjaya untuk kekalkan jumlah kunjungan pelawat ke blog Belalang. Hari nie ramai melawat, sok la takde yang melawat. Mungkin sebab tuh kot? Ke ade sebab lain?

Korang tau tak? Mungkin ade benda yang Belalang terlepas pandang? Tulun Belalang! Help!

Lemang Di Hari Tak Raya

Dah lame Belalang tak turun balik kampung mertua Belalang. Last balik awal bulan sudah (lame la kan???). Kesibukan tugas and beberapa keje penting yang perlu d selesaikan membuatkan Belalang tak balik jenguk mak dan ayah mertua Belalang yang baik hati (ayat bodek dari sorang menantu mithali).

Yang bestnye balik kali nih ayah mertua Belalang buat lemang utk Belalang ngan isteri. Aiseh rase macam raye la pulak. Lemang ayah Belalang memang best dan tip top di area sini (sekali lagi ayat bodek). Kalau nak hari raye je, sure ade orang yang tempah soh ayah Belalang buat.

Untuk ayah, Belalang ucap tima kasih yer... Susah-susah je pegi tebang buluh, buat pulut, bakar pa suma untuk Belalang sekeluarga. Tapi sure ayah puas hati punya sebab Belalang memang hentam tak hengat dunia punya. Siap tapau bawak balik umah lagi.

Korang nak ke? tunggu raye la ye. Pegi beli di tepi-tepi jalan nanti... Sini tak leh kongsi. Kongsi cerita boleh le dengan korang.... Huhuhu...

Sabtu, 24 April 2010

Sanggup Kasi Orang Makan Sampah!

Sape sini tengok TV3 malam khamis aritu angkat tangan? Rancangan 999 ke 360 Belalang pun tak pasti sebab Belalang pun tak amik port sangat ape benda yang tengah tayang di tv umah Belalang. Sibuk buat keje.

Tapi bila sampai satu bab dalam rancangan tuh tangan Belalang terus berenti menaip dan mata terus melekat di tv. Kata-kata dan visual pasal peniaga haram di sekitar Pasar Borong Selayang menarik minat Belalang untuk mengikuti kupasan yang sedang dijalankan oleh krew TV3.

"Mereka mengambil sayur-sayuran yang telah dibuang oleh peniaga pasar borong, lalu mereka menjual kembali kepada peniaga-peniaga kedai makan di sekitar Selayang"... Terjojol kejap bijik mata Belalang dengar pengakuan sorang makcik yang diorang interview. Sayur yang dah di buang kedalam tong sampah, diorang amik jual bagi orang makan balik? Wekk!!... Nak termuntah dengar! Krew TV3 siap dapat rakam lagi kelibat 2 orang makcik tengah amik sayur dalam tong sampah. EEeeiii...

Macam tuh punya orang pun ada kat dunia nih. Takde hati perut langsung. Nak cari duit buat la cara betul. Yang peniaga kedai makan pun satu. Korang nak cari makan dengan berniaga, jadi niaga la dengan jujur. Bukan dengan cara nak untung cepat. Konon beli sayur murah, korang leh untung banyak la korang pikir.

Pic hiasan Jer... Takde kene mengena dengan story nih

Kalau ikut dari segi agama pun dah jatuh haram sebab takut memudaratkan kesihatan. Apa yang Belalang dengar tuh Betul-betul memberi kesan pada Belalang. Sekarang nih rase was-was dah nak makan luar pun. Kita tengah sedap-sedap makan sampai jilat bibir, sekali rupa-rupanya sayur dari tong sampah tuan kedai tuh kasi kita makan!

Mintak simpang la tak kene kat Belalang benda-benda macam tuh. Kita pengguna tak tahu apa yang kedai tue letak dalam masakkan kita. Jadi kita percayakan kedai makan tue meletakkan kandungan makanan yang halal untuk kita. Tapi kalau berlaku sebaliknya, memang kita tak leh cakap pe sebab kita tak tau pe pun. So kalau ade kedai makan yang buat begitu, korang tunggu jela karma korang datang. Tak dibalas disini, disana korang kene...

Rabu, 21 April 2010

Global Positionning System

Sambil buat keje sambil bercuti. Sangat-sangat gumbira kehidupan sebegitu. Takde la rase stress sangat dengan keje. Nikmatnya bagi mereka yang selalu keje outstation.

sebenarnya badan still letih nih lepas holiday dengan happy nyer. Otak pun x leh nak pikir nak tulis pe. Cuma nak kongsi satu benda je iaitu bestnya guna GPS.

Belalang tak pernah guna GPS sebelum nih. Tapi bila Belalang guna time lalu jalan KL, memang terasa senang sangat guna GPS. Langsung tak silap jalan. Belalang memang tak tahu lansung jalan-jalan di KL. Maklum la budak kampung. Kalau korang tinggal Belalang sorang-sorang di tengah kesibukkan kota KL, tobat Belalang hanya meraung sambil buat muka simpati supaya ade yang cian. Hee...

GPS macam ni ler Belalang pakai. Proton punya

Jadi pas nih Belalang nak dapatkan satu GPS untuk Belalang sendiri. Yang aritu pakai GPS abang ipar punya. Pinjam jap. Kepada korang yang suka travel pun, memang patut guna benda alah tuh. Lengkap panduan yang di beri. Cakap je nak cari pe, suma dia tau mane tempat tuh. Pandai dia...

Ahad, 18 April 2010

Peminat Bola Sepak, Anda Perlu tahu Hal Ini

Bz ya amat Belalang kelmarin sampai tak sempat nak update blog and jalan-jalan ke blog kawan-kawan lain. Hari ini kalau sempat nak g jalan-jalan ke blog kawan-kawan lain lah. Nikmatnya kacau orang seperti yang dilakukan oleh Padin. Hahaha.... Sorry Padin. Tiba-tiba nama ko naik...

Pagi tadi balik umah, Belalang ngadap pc. buka Facebook and masuk ke hijaukuning.com, cari result game kedah (menang wo 2-0). Ade sorang kawan tuh kasi link satu blog. So belalang pun g la tengok. Rupanya penulis blog tuh citer pasal konspirasi bola sepak yang konon-konon ada kaitan dengan Freemason dan mind control. Korang patut baca sebab agak bernas pendedahan tuan blog nih yang menamakan diri dia Free Our Mind (FOM). Klik sini untuk baca artikel tuh.

Sekarang Belalang nak citer pulak apa yang Belalang buat lepas abis baca entry FOM. Belalang toleh la kiri dan kanan sebab menurut FOM dan beberapa majalah lain seperti Mastika yang pernah dedahkan pasal Free Manson, lambang atau kata-kata kumpulan Free Manson nih boleh jumpa di mana-mana saja. Kononya apa yang terjadi hari ini telah ada skripnya contoh seperti ketidak stabilan politik, ekonomi dan apa-apa saja adalah hasil daripada perancangan Free Manson yang telah lama bertapak di dunia ini (sorry tak ingat tarikh).

Belalang toleh sikit je ke sebelah kiri Belalang dan Belalang telah ternampak sesuatu. Korang tengok la sendiri pic kat bawah nih:



Nape di buku resit yang Belalang guna nih boleh ade lambang ni yang dikenali sebagai the one eye of Ra, the Sun God (the all-seeing eye)? Mungkin ada maksud tersirat atau kebetulan? Sebelum nih memang Belalang tak perasan langsung kewujudan lambang nih di buku resit Belalang. Rase seram pun ade sebab bila terlihat benda nih, terus Belalang teringat setiap kata-kata di video Suatu Kedatangan (tengok di Youtube).

Mungkin kita perlu lebih berhati-hati sekarang nih sebab kewujudan mereka hanyalah untuk menhancurkan islam dan membentuk satu kuasa tunggal di dunia nih. Korang pun try la tengok benda-benda korang. Ntah-ntah ade gak benda macam nih.

Khamis, 15 April 2010

Terbalik!...

Kelmarin satu hari Belalang jenjalan dengan family Belalang. Dari main bowling, sampai ler ronda-ronda ke beberapa buah pasaraya. Kuar umah pukul 12 lebih, balik pukul 11 malam. Macam nak tercabut kepala lutut nih jalan.

Tapi kelmarin ade beberapa ensiden yang terjadi lain-lain tempat dan keadaan, tapi situasinya benda yang same. Apa yang dah jadi? meh Belalang nak kasitau…Hee…

Ensiden 1:
Jenjalan kelmarin, Belalang bawak sekali sorang anak kakak Belalang yang baru berusia 6 tahun. Time Belalang tengah main bowling dengan isteri and mama Belalang, kami terperasan yang seluar anak kakak belalang pakai tuh terbalik. Bahagian belakang seluar dia pakai di depan, yang depan pulak dia pakai ke belakang. Jadi Nampak pelik sikit sebab tempat nak zip seluar ada kat belakang. Yang depan lak jadi kembung sikit. Kami semua tak tolong betulkan pun sampai la balik umah…

Ensiden 2:
Isterii Belalang memilih beberapa helai baju untuk dibeli. Kesemua baju yang di pilih telah dicuba oleh isteri Belalang di fitting room. Dah abis isteri Belalang cuba dia pun kuar dari fitting room bawak baju-baju yang dia dah cuba. Sekali baru Belalang perasan yang baju isteri Belalang terbalik! bahagian dalam baju berada di luar. So Nampak la tulang-tulang jahitan baju tuh. Seb baik Belalang sempat tegur sebelum dia pegi bayar. Kalau tidak…keh keh leh…

Gambar contoh: Macam tue la terbalik baju wife dengan abah Belalang

Ensiden 3:
Sesudah sampai di rumah, Belalang, isteri dan mama lepak-lepak di ruang tamu sambil bercerita dengan abah Belalang pasal kami jalan-jalan tadi. Pas tuh Kami pun citer la sekali pasal dua kes kat atas tadi tuh kat abah. Rupa-rupanya abah Belalang pun buat perkara yang sama siang tadi. Abah kuar naik motor, pegi beli barang, lepak makan tengahari dengan kawan dia dengan pakai baju terbalik juga! same macam kes isteri Belalang. Abah hanya perasan time dah sampai umah nak salin baju lain! kwang,kwang,kwang!

Itu la tiga perkara yang berlaku di lain-lain tempat dan waktu tapi perkataan dia sama, ‘TERBALIK’. Orang dulu-dulu cakap, kalau pakai pakaian terbalik tanda nak dapat duit. So pas nih kaya le family Belalang sebab bukan sorang pakai baju terbalik, tapi sampai tiga orang sekali! kaya,kaya,kaya…Hahaha…

Rabu, 14 April 2010

Broadband Yang Suka Membuli

Bosan betul Belalang dengan line broadband nih. Memang line nih kasi orang hangin je. Dah la tengah best nak update blog. Yang si broadband ni lak slambe katak dia jer jap ade signal kejap takde.


Ikut hati nak je lempar dalam tong sampah. Tapi disebabkan benda alah nih agak boleh tahan harga diri dia maka terpaksa le Belalang melayan jugak karenah dia seperti Belalang melayan karenah anak Belalang yang tak moh tido malam.

Mau tak hangin satu badan. Arini letak dia kat sini coverage penuh bar. Sok pagi duduk di tempat yang same gak tapi lansung takde line. Magik betul.

Hai la broadband. Nasib baik la ko nih ade gak la sikit-sikit jasa dengan Belalang. Kalau tak dah lame ko jadi arwah broadband. Nak tak nak sabar jela dengan pe’el ko….

Errrmmmm……..

Isnin, 12 April 2010

Kemalangan Maut: Ajal Datang Pelbagai Cara

Ajal datang tanpa kita duga. Kadang-kadang tak terpikir pun akan mati dengan cara tuh. Sape nak sangka tengah naik motosikal elok-elok alih-alih pokok jatuh hempap kita pulak!

Mukadimah Belalang tadi nih nak cerita pasal satu kemalangan dekat depan kedai Belalang semalam. Sorang penunggang motosikal maut serta-merta apabila satu dahan pokok yang mati menimpa dia. Memang tragis Belalang tengok. Mangsa sorang wanita bangsa cina mati di tempat kejadian bila dahan yang jatuh tuh betul-betul jatuh atas kepala dia.

Sorang lagi penunggang motosikal bangsa melayu dibawak ke hospital sebab cedera agak teruk. Dia terjatuh motosikal bila motosikal yang dia bawak tak sempat mengelak dari melanggar motosikal perempuan cina tadi.

Ni ada sikit gambar yang Belalang rakam. Tapi tak begitu jelas. Selalunya kalau kemalangan maut, polis tak bagi orang yang tengok kat tepi-tepi jalan tuh rakam. Belalang pun curi-curi rakam je.

Mangsa yang tak dapat di selamatkan ditutup dengan surat khabar


Dahan dari pokok ni ler yang patah tuh. Pokok yang belakang

Beringat-ingat la selalu. Kita cuma alert kepada lori, bas, motor atau kereta yang bersaing sama-sama dengan kita. Tapi kita terlepas pandang pada 2 atau 3 sebab lain yang boleh menyebabkan kemalangan. Hati-hati time memandu ye.

Ahad, 11 April 2010

Award From Blogger Yang Baik Hati


Oh... Blog S.B.T dapat award? baik betul hati pemberi award nih. Tapi award nih terlambat hantar untuk Belalang. Sepatutnya kena sampai time anugerah ABPH aritu. hee... 

Gurau je ye cik Saeidah yang baik hati. Semoga dengan award nih, Belalang akan lebih semangat untuk berblogging. Dan semoga award nih mengeratkan lagi kita sesama blogger.

Tuan blog yang baik hati nih datang dari blog saiedahsyamielah.blogspot.com so korang boleh la pegi buat lawatan beramai-ramai ke blog nih. Simple but nice blog (pandai je cakap blog org simple,blog sendiri buruk nak mampuih tak sedar).

Pas nih kalau ade ape-ape award lagi jangan malu-malu pas kat saye ye (ayat orang tak malu).

Piala FA: Siaran Tertunda From S.B.T














Game Kedah ngan Negeri Sembilan semalam dah lame abis, dah lame orang komen dan dah nak basi pun. Tapi Belalang baru nak ulas. kuikuikui... Takpelah. Ini ulasan versi S.B.T(suara bawah tanah). Agak frust jugak sebab Kedah tak berjaya bawak balik piala FA ke Kedah. Musim sudah Kedah kasi Selangor pinjam (jangan mare orang Selangor).


Game semalam not bad tapi semangat juang kedua-dua pasukan patut di puji. Kredit patut diberi kepada keeper Kedah, Helmi Eliza Alias (walaupun dia tendang x masuk). Banyak selamatkan gawang Kedah dari percubaan N9. Thiru jangan cakap la. Belalang memang minat dengan cara dia main. Bukan saje game semalam, kalau ,mana-mana game pun dia akan lari tak henti-henti. Sempoi mamat nih...

N9 lak tak nampak yang betul-betul menonjol. Tapi rasanya Aidil kot yang best. Stamina dasyat betul. Heran gak tengok tak letih-letih lari naik turun padang. Kejap kiri, kejap kana padang dia lari. Huih seram tengok...

Tentang mutu pengadilan pulak, adela dua, tiga keputusan dia yang agak hampeh. Ntah dia tak nampak ensiden itu atau saja buat-buat tak nampak. Tapi rasenye masih boleh dimaapkan keputusan yang dia buat sebab nampak takde la teruk sangat.

Nak merepek panjang-panjang pun tak guna dah. Benda dah jadi. Kijang pun dah lompat happy sangat, Kenari patah sayap lagi. Tapi Kedah jangan sedih sangat sebab masih ade dua piala untuk dikejar. Tumpukan perhatian pada perlawan-perlawanan akan datang. Skuad Kedah sure boleh!

Jumaat, 9 April 2010

Al-Quran: Membongkar Asal Besi?



Ye kawan-kawan, arini kita nak belajar mengenai sains sedikit ye. Walaupun Belalang fail SPM tapi tetap nak buat pandai dan ajar korang semua. Hee...
Kelmarin jalan-jalan dengan isteri dan anak Belalang. Beli barang dapur skit. Biasa ler wife Belalang yang terlampau rajin memasak nih nak beli stok barang dapur. Sambil tunggu wife beli barang, Belalang jenguk-jenguk le kedai buku dulu dan nampak majalah Infiniti bulan April dah kuar. Belalang yang tak pernah miss beli buku nih and Mastika pun terus beli.

Belalang nak kongsi pasal satu artikel dalam nih mengenai perihal BESI yang konon nyer besi nih asalnya berasal dari angkasa. Ape yang best dalam artikel tuh mengenai pandangan Prof. Madya Dr. Arip Kasmo yang memetik sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi:

"... Dan kami turunkan (anzalna) besi yang di dalamnya mempunyai kekuatan yang amat dasyat dan memberi manfaat untuk manusia..." (Al-Hadid, ayat 25)

Kata Prof. tuh, surah Al-Hadid mungkin ade maksud tersirat (part nih yang best nih).

"Surah ini merupakan surah ke-57 di dalam Al-Quran. Jika dilihat dari sudut kimia, besi atau ferum adalah adalah unsur dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Fe. Unsur-unsur di dalam jadual berkala ini disusun mengikut struktur elektron yang terdapat padanya. Fe-57 adalah salah satu isotop besi yang stabil. Susunan ini dilihat mempunyai persamaan dengan surah besi Al-Hadid".

"Manakala Jumlah dalam ayat ini ialah 25 ayat. Sekiranya ditambah dengan lafaz bismillah, jumlah ayatnya akan jadi 26-sama dengan nombor atom atau besi dalam jadual berkala. Adakah ini semua kebetulan?".

Perh... Hebatkan. Insaf kejap baca huraian Prof tuh. Pendapat Belalang ini mungkin bukan kebetulan. Al-Quran sesuatu rujukan yang lengkap untuk panduan hidup kita. Korang pulak sependapat dengan Belalang tak?

Rabu, 7 April 2010

Abis La Ko Benjy


Semalam tengok berita tv3 pasal kes Benjy. Pagi ni pun baca akhbar online pasal kes Benjy. Sure tak leh nak buat pe dah kes mamat nih. Cian jugak kat dia. Tapi dah sendiri cari pasal, Sendiri tanggung la. Tak kan jiran dia pulak yg nak tanggung. Hee...

Baca story kes Benjy membuatkan Belalang teringat cerita American Gangster. Mane la dia terpikir nak download cara-cara proses dadah dari internet. Korang pernah search cari gak ke cara nak buat 'benda' tuh? Jangan tau. Makan tak abis nanti bro.

Kalau ikut undang-undang negara kita, hukuman kepada pengedar sure gantung sampai mati. Tapi ntah la kes Benjy macam mana. Mane la nak tau selebriti ade sket keistimewaan dalam kes-kes macam nih.

Nak story panjang-panjang pun, tak tau nak kata pe. Sebab Benjy sorang yang berbakat jugak dalam lakonan. hope Benjy terima jela dengan hati yang tabah. Benda dah jadi. Nyesal pun tak guna dah. Klik sini untuk baca cerita Benjy.

Selasa, 6 April 2010

Resident Evil Afterlife : 3D Pertama Dari RE

Yeah! Akhirnyal Resident Evil yang telah buat Belalang jadi giler babeng dah kuar sambungan dia!! Best nih. Belalang memang penggemar siri Resident Evil (RE) nih. Dari game sampai ke movie dia suma Belalang giler dong ah sama RE. Kalau korang sorang gamers, tipu la kalau kata tak tau pasal RE. Dan kepada korang yang still lagi blur and kurang tau pasal RE, korang le klik sini baca tulisan Belalang sebelum-sebelum nih. Belalang perna tulis dulu. Klik sini.


Khabar yang Belalang dengar RE Afterlife akan kuar pada bulan September 2010 nih. Masih menggunakan Milla Jovovich (sempoi gak lakonan mina nih) sebagai watak Allice. Watak-watak lain yang ade sebelum nih pun ade dalam sequel kali nih Claire Redfield, Chris Redfield dan Albert Wesker. Ni ade sikit promo yang Belalang paste sini.


Enjoy!!!




Ahad, 4 April 2010

SETIA LA SANGAT!

Aiyak...Pukul 12 tengahari baru nak belek surat khabar. Semua penangan tido lambat la nih. Tapi selalu pun memang bangun agak lewat. Macam tue arr orang keje sendiri.

Sambil baca paper sambil tengok tv3, Nona. Tengok Ct Nurhaliza bagi tips jaga kecantikkan. Mak aih, cantik betul la... Bukan Ct. Dia memang dah cantik. Tak yah puji semua orang dah tau. Yang Belalang puji nih, mahligai Ct dengan Datuk K. Geram tengok. Bila la boleh tinggal kat umah macam tuh. Huh, jeles betul...

Selak punya selak surat khabar kosmo tuh, sekali Belalang terpandang satu tajuk, "Setia Isteri Soi Lek, penyayang dan sabar".

Belalang tak baca pun isi artikel tuh. Just tengok gambar jer. Ade satu pic tuh isteri Soi lek kiss pipi Soi lek. Kira lovely la diorang nih. Tapikan rase geli pun ade gak. Dah husband main kayu 3 simpan pompuan lain pun dia leh lagi macam tuh punya baik. Dah sampai 1Malaysia kenal Soi Lek. Rasenye bukan sebab glemer dalam politik sangat. Tapi pasal benda lain yang teleh mengglemerkan dia. Hahaha malas la nak sebut.

Tapi Belalang still respek isteri dia sebab leh terima lagi husband macam tuh. Kalau orang lain atau Belalang, abis berperang sakan. Kalau tak berperang laki bini, sure mak bapak mentua yang akan masuk campur serang. Hee, tak sanggup bayangkan serammm...

Apa-apapun ini bukan entry politik yea. Saje je tulis ape yang Belalang rase. Lagipun benda tuh memang bukan isu politik sebenarnya. Tapi isu kesetiaan pada pasangan. Kalau pasangan korang pernah buat macam tuh and korang maafkan juga, korang pun termasuk dalam orang-orang yang Belalang respek! Cayalah korang!

Sabtu, 3 April 2010

PIALA F.A : KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA SEPARUH AKHIR

Akhirnya Kedah akan bertemu Negeri Sembilan pada final piala F.A nanti. Belalang tengok dua-dua game tadi. Kejap tekan tv sana. kejap tekan tv sini. Kejap game Kedah, kejap Negeri Sembilan, kejap-kejap tukar tengok M.U (eh??)...

Tapi game tadi, Kedah agak slow mungkin sebab tau dah menang kot. Lepas-lepas dapat gol kedua Kedah terus main rilek jer. Cam confident gile menang.

Game Selangor pulak agak best dengan Selangor sedaya-upaya nak menang. Tapi rezeki takde. Jadi sekarang Kedah dengan Negeri sembilan akan bertemu untuk tentukan siapa yang bakal layak bawak balik piala F.A tahun nih...

Belalang harap tahun nih Kedah boleh bawak balik piala F.A ke sini. Setelah mengalami  kekecewaan musim sudah.

Pulun Kedah! Pulun!...

Piala F.A : Separuh Akhir Pusingan Ke-2




Pusingan kedua piala F.A malam ini Kedah, Terengganu, Selangor and Negeri Sembilan. Mana satu pilihan anda? Yang pasti kesemua pasukan Belalang sebut tadi memang kuat-kuat dan memiliki kelebihan masing-masing.

Selangor walaupun ketinggalan 1-2 dengan Negeri Sembilan, tetapi jangan di pandang rendah keupayaan mereka. Yang pasti Amri Yahyah selaku mastermind Selangor akan cuba sedaya mungkin untuk memastikan mereka layak ke final. Tetapi sudah tentu skuad Seladang tak akan biar senang-senang untuk Selangor mara. Lagi-lagi sebelah kaki diorang dah ke final.

Sementara Kedah juga tidak boleh dikatakan selesa lagi atas sebab beberapa faktor. Perlawanan malam ini akan berlansung di stadium Darul Aman. Dan liga musim ini menunjukkan yang pasukan Kedah lebih banyak mengutip mata di gelanggang lawan berbanding gelanggang sendiri. Kedah juga sedang di belenggu masalah ketiadaan pemain senior seperti Kyrill Muhaimim, Victor andrag dan beberapa pemain yang hebat. Jangan lupa yang Terengganu mampu bangkit dari ketinggalan 1-4 pada T-Team dan mencipta kemenangan.

Memang tak sabar rasanya nak tunggu game-game malam nih. Walaupun jadual malam nih bertembung dengan game M.U lwn Chelsea, tapi rasenye Belalang tengok game tempatan kot. Support barangan buatan Malaysia J

Jumaat, 2 April 2010

Din Tersenyum Dalam Kubur





Tiada apa yang Belalang nak story mengenai arwah din beramboi sebab rata-rata blogger dan banyak buat entry mengenai arwah.

Belalang Cuma menjengah ke facebook profile kawan-kawan arwah din yang pernah bersama-sama berjuang dalam industri hiburan kita.

Mula-mula Belalang ke profile Aznil. Tiada apa yang di katakana Aznil. Hanya perjalanan masa solat jenazah dan masa arwah akan di kebumikan.

Kemudian Belalang ke profile Afdlin Shauki pulak :
“Din tersenyum dalam kubur. Muka dia tenang. Ramai yang sayang kat din, Selamat jalan…Semoga semuanya berjalan lancar”.

Dan Zizan pulak kata :
“Hanya org2 yang istimewa shj yg pergi di hari jumaat…semoga roh Allahyarham Din Beramboi di tempatkan dgn org2 beriman..Al Fatihah…

Semoga arwah tenang di sana…

Khamis, 1 April 2010

1,000,000 Peoples Hates Akademi Fantasia

(screen short pada pukul 8.30mlm. klik pada gambar untuk view lebih besar)

Dasyat! Baru wujud di facebook pada 14 march 2010 tapi profile 1,000,000 Peoples Hates Akademi Fantasia sudah mengumpul peminat seramai 41,649!

Hahaha sure Maestro panas punggung jugak nih klu sampai 1 juta yang benci akademi fantasia.

Adakah anda juga salah sorang yang tak suka drama akademi fantasia? Konon realiti tapi sebetoinya drama jer. 

TRIBUTE TO HEROES-bhg4





Mp3 Belalang tengah mainkan lagu “Mati hidup kembali” dari BUTTERFINGERS. Antara band yang menjadi inspirasi Belalang dengan kawan-kawan band Belalang satu masa dulu (sekarang pun still minat tapi kureng sket dah)

Butterfingers mula dikenali oleh penduduk bumi Malaysia pada awal 2000-an (macam betul ayat) dengan kemunculan album "Transcendence" yang memang sempoi abih (cover album macam pembesar dulu-dulu).

Jika kita imbas balik sebelum album Transcendence, mereka sudah memiliki 2 album iaitu 1.2 miligram dan Butter worth pushful. Album 1.2 miligram adalah sebuah album terbaik Butterfingers pada pendapat Belalang. Pada waktu itu bau Nirvana memang kuat dekat diorang. Gigs time-time tue pun diorang akan main satu atau dua lagu cover dari Nirvana.

Tapi mereka enggan orang melabel mereka sebagai Nirvana Malaysia. Bermula dengan Transcendence, mereka mula mengubah sedikit demi sedikit edentiti, style dan sound muzik mereka. Hasilnya terlahirlah seperti Butterfingers yang kita kenali hari ini. Membawa muzik mereka sendiri yang mereka namakan sebagai Butter sound.

Sesetengah orang lama underground mengatakan Butterfingers dah tak umph macam mula-mula dulu. Tapi Belalang percaya bagi pengikut setia Butterfingers, Emmet, Loque, Kadak, Loko and kalai still pahlawan muzik Malaysia yang hebat di mata mereka.
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com