Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 1 April 2010

TRIBUTE TO HEROES-bhg4





Mp3 Belalang tengah mainkan lagu “Mati hidup kembali” dari BUTTERFINGERS. Antara band yang menjadi inspirasi Belalang dengan kawan-kawan band Belalang satu masa dulu (sekarang pun still minat tapi kureng sket dah)

Butterfingers mula dikenali oleh penduduk bumi Malaysia pada awal 2000-an (macam betul ayat) dengan kemunculan album "Transcendence" yang memang sempoi abih (cover album macam pembesar dulu-dulu).

Jika kita imbas balik sebelum album Transcendence, mereka sudah memiliki 2 album iaitu 1.2 miligram dan Butter worth pushful. Album 1.2 miligram adalah sebuah album terbaik Butterfingers pada pendapat Belalang. Pada waktu itu bau Nirvana memang kuat dekat diorang. Gigs time-time tue pun diorang akan main satu atau dua lagu cover dari Nirvana.

Tapi mereka enggan orang melabel mereka sebagai Nirvana Malaysia. Bermula dengan Transcendence, mereka mula mengubah sedikit demi sedikit edentiti, style dan sound muzik mereka. Hasilnya terlahirlah seperti Butterfingers yang kita kenali hari ini. Membawa muzik mereka sendiri yang mereka namakan sebagai Butter sound.

Sesetengah orang lama underground mengatakan Butterfingers dah tak umph macam mula-mula dulu. Tapi Belalang percaya bagi pengikut setia Butterfingers, Emmet, Loque, Kadak, Loko and kalai still pahlawan muzik Malaysia yang hebat di mata mereka.

1 comments:

Wan Suhail berkata... Reply To This Comment

butter late than never!!

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com