Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 31 Mac 2011

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Belalang telah di tag oleh Azilas yang menakan blognya sebagai Teratak Usang untuk sama-sama menjayakan sebuah projek yang diilhamkan oleh Denai Hati. Projek ini adalah bertujuan untuk membina network blogger yang besar dimana di akhirnya mungkin akan menambah kenalan blog anda.

Tanpa Membuat masa Belalang senaraikan 5 blog yang paling kerap Belalang lawati dan juga 10 lagi blog yang selalu Belalang jenguk...

---------------------------------------

Ariff Shah - Sesiapa yang ingin serius dan mendalami ilmu-ilmu mengenai SEO, ini la orangnya yang patut dijadikan rujukan.

Kujie2.com - Seorang yang sangat santai dalam menyampaikan cerita yang ingin dikongsikan bersama pembacanya. Salah satu blog rujukan Belalang dalam dunia blog.

Tube Lawak - Seorang blogger yang Belalang melihat bagaimana dia mendaki untuk berjaya seperti hari ini. Jenama Tube Lawak sesuatu yang tak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang tau.

Nuriz Space - blogger yang selalu menjadi tempat Belalng bertanya jika ada yang tak faham tentang blog. Banyak berkongsi perkara-perkara yang sedang hot atau akan hot.

Wan Hazel - Pakar edit template blog. Banyak tutorial-tutorial yang berguna dan menarik boleh anda dapat di blog ini.

-----------------------------------

Dibawah ini Belalang senaraikan lagi 10 beberapa blog yang kerap Belalang lawati atau bertandang. Harap nama-nama blog yang Belalang sebut ini akan lakukan perkara yang sama seperti Belalang buat dan tinggalkan link entry anda di blog ruang komen 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011


Ada lagi nama-nama blog yang Belalang tak sebut kerana terlalu banyak. Maaf la ye. Jadi tunggu apa lagi? Jom sama-sama memeriahkan projek ini.

Pageviews Bukan Unique Visitor

Salam Kawan-kawan bawah tanah. Buat pe malam-malam Jumat nih? Buat sesuatu yang berfaedah atau dah siap-siap nak tido? Yela esok kan keje satu hari lagi. Ok takpe kalau korang dah siap-siap nak masuk tido. Tapi sebelum tu meh baca entry Belalang ni dulu. entry santai jer.

Belalang rasa ada sesetengah blogger yang keliru diantara pageviews dan juga unique visitor (uv). Belalang kata macam tu berdasarkan beberapa blog yang Belalang sampai menceritakan tentang visitor dia ribu-ribu, tapi print screen dia menunjukkan itu graf pageviews. Jadi disini mungkin ada kekeliruan yang blogger itu alami.

Pageviews dikira berdasarkan berapa banyak pembaca yang singgah ke blog korang membaca entry-entry korang. Kira macam helaian la, jika Belalang masuk dan baca empat atau lima entry korang, jadi pageviews itu akan meningkat menjadi seberapa banyak yang Belalang lihat. sekiranya korang berkeinginan untuk meninggikan pageviews blog, korang kena bijak link entry terbaru korang dengan entry-entry korang yang lepas dimana dirasakan sesuai atau ada kena mengena dengan tajuk entry tu. Guna widget pun boleh seperti linkwithin atau buat je readmore.

Unique visitor pula jika dilihat pada graf Nuffnang, dikira dari pukul 12 malam hari ini hinggalah 12 malam esok. Jika Belalang dah lawat blog korang sekali untuk hari ini, kedatangan Belalang selepas itu mungkin tidak akan dikira lagi, ini kerana sistem Nuffnang telah merekod i.p address Belalang sudah pernah ke blog korang untuk hari ini.

Jadi kepada yang masih belum faham, mungkin korang boleh Google untuk mencari maklumat yang lebih terperinci mengenai apa yang Belalang terangkan. Pageviews atau uv tetap penting untuk sesebuah blog tapi pastikan korang tau la yang mana satu pageviews dan yang mana satu uv ok.

Budak Setahun Tujuh Bulan Mati Digilis Keretapi

Sedih betul Belalang membaca berita tentang kematian budal lelaki setahun tujuh bulan ini. Hampir sebaya umur dia dengan anak Belalang, Belalang Jr. Budak itu dipercayai mengikut datuknya menyeberangi landasan keretapi untuk ke kebun datuknya yang berada berhampiran.

Korang baca berita dibawah ini-

----------------------------------------


MACHANG - Seorang budak lelaki berusia setahun tujuh bulan mati dirempuh keretapi di Kilometer 457.5 antara Kampung Sungai Bedal dan Temangan, dekat sini pagi tadi.


Ketika kejadian pada 8.50 pagi itu, mangsa Ahmad Mukhriz Mohd Atif dikatakan sedang menyeberangi landasan keretapi kerana mengekori datuknya, yang berada berhampiran landasan tersebut, melihat tanaman tebu yang diusahakan di tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).


Untuk berita penuh, klik sini.

-----------------------------------

Sebagai peringatan untuk semua, sekiranya membawa nak atau budak yang berumur linkungan itu, perhatikanlah mereka elok-elok. Budak sebesar tu bukan tahu apa-apa hanya tahu mengekor orang yang mereka kenal dari belakang.

Malek Noor Mengalami serangan Jantung Ketika Bermain Bola

Beberapa akhbar hari ini telah melaporkan yang bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor telah dikejarkan ke sebuah hospital akibat serangan jantung. Di fahamkan Malek Noor rebah di padang ketika sedang bermain bola sepak.Keadaannya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Harap-harap Malek Noor akan pulih seperti sediakala dan segera sembuh.

Berita lanjut korang baca di bawah ini ye.

----------------------------------------------------

Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor, dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam tadi selepas sesak nafas semasa menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak di sini.


Malek, 54, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.


Malek, yang menjadi penjaga gol, rebah secara tiba-tiba selepas lima minit perlawanan bermula, kata Pengerusi Jawatankuasa Piala Amal Menteri Besar Datuk Azhar Ahmad.


Perlawanan berkenaan menemukan pasukan pilihan Menteri Besar Perak dengan pasukan Lagenda Negara yang dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan seperti K. Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Shahrin Majid, Ahmad Yusof, Shukor Salleh dan Bakri Ibni.

Untuk membaca berita penuh, klik sini.

-----------------------------------------

Sama-sama kita berdoa semoga Malek Noor segera sembuh.


Tarian Poco-poco Haram

Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib.

Barangkali ramai peminat tarian poco-poco di negara ini terkejut apabila mengetahui tarian yang berasal dari negara seberang ini adalah haram. Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.

Namun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011 lalu memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Surat berkenaan ditandatangani Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.

-Sinar Harian

-------------------------------------------

Tak pernah terfikir pula yang gerakan tarian ini mempunyai maksud tertentu. Namun sekiranta majlis Fatwa dan kata haram, kita perlu terima keran hal yang berkaitan keagaan ini bukanlah perkara yang oleh diambil mudah.


Cico Uji Rashid Ikut Jejak Langkah Bob Lokman?


Ronda-ronda dibeberapa blog tadi, Belalang terjumpa dengan satu blog yang memaparkan gambar ini. Yang berjubah coklat gelap tu Bob Lokman, di hadapan Bob Lokman pulak sorang ustaz dari parti Pas, Zulkifli Ahmad. Di antara mereka itu ada lagi sorang lelaki dan dia adalah seorang pelakon, Cico.

Mungkinkah Cico juga akan membuat kenyataan rasmi untuk menyokong parti Pas seperti yang pernah dibuat oleh Bob Lokman? 

Cerita penuh mengenai gambar ini, klik sini.


Rabu, 30 Mac 2011

Belalang Junior Dua Tahun

Hari ni genap umur Belalang Jr. dua tahun. Rasanya macam baru semalam melihat dia di katil wad baby. Dua tahun lalu tepat pukul 12 tengahari Mrs.Belalang selamat melahirkannya setelah sehari ditahan di wad akibat lebih tarikh yang dijangka oleh doktor.

Berdebar-debar sewaktu pertama kali Belalang nak menyentuh zuriat pertama Belalang itu. Belalang perhatikan betul-betul setiap inci tubuh badan Belalang Jr. Periksa kaki dan tangannya selepas itu bilang pula samada cukup setiap bilangan jari-jemarinya. Dan akhirnya Belalang bernafas lega. Segera Belalang panjatkan syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan seorang cahaya mata yang comel dan tiada cacat celanya.

Kehadirannya benar-benar membawa sinar kecerian dalam family Belalang. Kebelakangan ni setiap sebutannya juga sudah dapat kami fahami menjadikan Belalang dan Mrs.Belalang sentiasa saja tersenyum mendengar tutur bicara dan juga nyanyiannya.

Sempena dengan kelahirannya yang kedua ini, Belalang bercadang mahu membawanya keluar bersiar-siar sebentar lagi. Tapi masih belum tahu kemana nak bawak Belalang Jr. pergi. Namun yang pasti Belalang nak bawanya ke satu tempat dimana dia bebas berlari dan bermain dengan sepuas-puasnya.

Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs. Taiwan (Chinese Taipei)



Malaysia bakal bertemu Taiwan (Chinese Taipei) pada pusingan pertama dan pada pusingan kedua pula Malaysia bakal bertemu Singapura. Itu pun sekiranya Malaysia berjaya mengatasi Taiwan. Sekali lagi rasanya kelebihan seperti berpihak kepada Malaysia.

Harap-harap Malaysia mampu beraski di Brazil! Malaysia boleh!

Kelayakan Olimpik 2012: Pusingan Kedua Malaysia vs Lebanon



Malaysia bakal bertemu Lebanon yang menduduki ranking Fifa 169. Jika dilihat Malaysia seperti memiliki sedikit kelebihan, namun begitu diharap Malaysia tidak memandang rendah walaupun siapa lawannya. Semoga Malaysia bakal mencipta satu lagi sejarah.

Siti Nurhaliza Mengandung?

Cerita mengenai kemungkinan Dato' Siti Nurhaliza mengandung ini Belalang perolehi dari blog sahabat Belalang iaitu Assoy dan blog gossip artis Malaysia, Izyan. Siap ada gambar lagi yang menunjukkan seolah-olah ada perubahan fizikal pada bentuk badan Dato' Siti.

Pun begitu berita ini masih belum dapat dipastikan betul atau tidak Dato' Siti memang sah hamil. Namun sekiranya benar akan hal ini, tahniah Belalang ucapkan pada Dato'. Mungkin ini rezeki dari Allah di atas perkahwinan yang telah tercipta.

Korang kalau nak tengok gambar yang Belalang katakan tu, klik sini.

Sah Jackie Chan Masih Hidup

Sape la yang buat cerita tak betul nih. Sepatutnya doakan orang panjang umur bukan pendek umur. Berita tentang kematian Jackie Chan sebelum ini seperti yang dijangkakan hanyalah kabar angin. Nak tau lebih lanjut baca laporan di bawah ini-

------------------------------

Laporan yang menyatakan pelakon terkenal, Jackie Chan telah meninggal dunia adalah tidak benar dan beliau masih hidup dan sihat ketika ini, bertentangan dengan khabar angin yang tersebar di Internet semalam.


Laporan yang menyatakan pelakon seni bela diri terkenal melalui filem “Police Story” itu meninggal dunia akibat serangan jantung menyebabkan ramai peminat setianya terkejut.


Laporan daripada laman web Yahoo!7news dan berita Australia sebelum ini menyatakan pelakon itu meninggal dunia akibat serangan jantung di hospital Los Angeles.


- Agensi



Selasa, 29 Mac 2011

Anwar Ibrahim: Hidup Dan Mati Saya Di Tangan Allah

Ketua Umum Pakatan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan terbaru berkaitan dengan skandal seks terhadap dirinya dan akan terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

Beliau yang turut menyifatkan pendedahan rakaman video seks itu dibuat dengan tujuan untuk
memecahbelahkan keluarganya berkata,  hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

“Kalau nak mati, saya mati bukan mati karier politik. Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . Malah, belum tentu UMNO-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia.

“Ujian ini tidak akan melemahkan semangat saya,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung dakwaan terbabit  Selasa lalu.

Anwar berkata, tuduhan tersebut berlaku kerana Pakatan Rakyat dalam usaha untuk mengambil pemerintahan negara.

“Jadi UMNO-BN sanggup lakukan apa sahaja cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

“Tetapi mereka harus ingat, rakyat yang mahu menuntut Putrajaya, dan PKR memperjuangkan hak itu” katanya semasa Program Solat Hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Beliau turut  menyifatkan Abdul Rahim sebagai “jaguh baru”  UMNO-BN dalam usaha untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

“Dia jaguh baru, tokoh akhlak baru yang ditonjolkan UMNO. Tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik.

Dalam ucapannya, Anwar meminta agar barisan kepimpinan dan jentera Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan terhadap rakaman video seks itu, sebaliknya fokus kepada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.


Sumber: Sinar Harian

Komik Lucah Anwar Ibrahim Pulak!...

Macam-macam hal la dengan politik nih. Apa saja cara sanggup dilakukan demi menjatuhkan lawan masing-masing tak kira dari pihak yang memerintah atau yang membankang.

Terbaru anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai, membuat laporan polis berikutan tersebarnya satu komik lucah yang menggambarkan Anwar Ibrahim melakukan aksi-aski yang kurang sopan.

Berikut adalah berita penuh yang Belalang ambil dari Sinar Harian.

----------------------------------------


Belum pun reda isu skandal seks, timbul pula isu baru apabila komik lucah yang menggambarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan aksi-aksi yang kurang sopan turut diedarkan dikalangan pengundi muda.


Komik tersebut dikatakan mula diterima oleh pengundi kawasan Parlimen Lembah Pantai melalui pos sejak semalam.


Perkara ini didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semasa  sidang media di lobi Parlimen hari ini.


 Pada jam 3.38 petang tadi, satu laporan polis tentang komik lucah tersebut telah dibuat oleh Nurul Izzah di Balai Polis Dang Wangi dalam usaha  menolak politik lucah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

------------------------------------------

Semakin menjadi-jadi pula politik mengaibkan lawan masing-masing sekarang nih. Dah macam trend...

Sabah Bebas Dari Ancaman Radiasi

Penduduk Sabah tidak perlu bimbang mengenai risiko diancam radiasi akibat kerosakan rektor nuklear Jepun di Fukushima, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata, alat yang digunakan untuk mengesan paras radiasi di Kudat dan Kota Marudu, yang dikatakan dicemari radiasi, mencatat bacaan negatif.
"Kami ada enam alat pengawas radiasi alam sekitar - semua bacaan tidak menunjukkan wujud sesuatu yang luar biasa," katanya kepada pemberita di sini sejurus kembali daripada lawatan ke dua daerah itu.
Beliau berkata ujian radiasi itu dijalankan oleh kementerian berkenaan dan badan berkaitan lain, termasuk Agensi Nuklear Malaysia dan Kementerian Kesihatan.

Ongkili juga menyatakan semua penumpang dari Jepun dikenakan pemeriksaan wajib di pintu masuk lapangan terbang di negeri ini.

Beliau berkata, kontena yang mengisi barangan import dari Jepun juga dikenakan pemeriksaan ketat dan semua makanan yang diimport dari negara itu akan dipastikan bebas daripada pencemaran radiasi.

"Kami akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini dua hari sekali," katanya.


BERNAMA

Isnin, 28 Mac 2011

Ciri-ciri Blogger Mahal

Salam Sejahtera kepada rakan-rakan pengunjung bawah tanah sekalian. Amacam cuaca di tempat korang? Area Belalang time nih sedang panas terik biar pun jam telah menunjukkan pukul 5 petang. Tapi cuaca begini tak menentu. Sebelah malam cuaca belum tentu sebegini, mungkin juga hujan akan turun.

Sambil-sambil membaca blog kawan-kawan tadi, tiba-tiba Belalang mendapat idea untuk berkongsi dengan korang perihal 'blogger mahal'. Apa tu blogger mahal? Agak-agak korang ada tak ciri-ciri blogger sebegini? Meh tengok ciri-ciri yang Belalang list kan di bawah ini-


Tak suka blogwalking
Kebiasaannya blogger kategori mahal ni jarang blogwalking. Mungkin ada juga dia lawat blog blogger-blogger lain. Tapi kebiasaannya dia lebih suka menjadi silent reader. Pastu tiba-tiba jer entry. Pun begitu walaupun blogger mahal tak suka blogwalking atau jarang melakukannya, traffik blog blogger mahal tetap mencanak tinggi kerana dia memang seorang yang mahal, orang sentiasa saja mencari sesuatu di blognya.


Jarang komen entry
Blogger mahal memang jarang komen pada entry-entry blogger lain sebarangan. Di shoutmix atau cbox lagi la jangan harap. Kalau dia komen pun hanya pada entry yang perlu dia komen atau lontarkan pendapat. Kebiasaannya apabila blogger mahal sudi komen pada entry kita, sure tuan blog tu kan rasa bangga sangat sebab berjaya membuat blogger mahal bersuara di blognya.


Follow blog tertentu
Blogger mahal jarang main follow-follow blog dengan sebarangan. Dia hanya follow blog yang dia sendiri saja ada alasan mengapa dia follow blog tersebut. Sama seperti di atas, jika berjaya membuat blogger mahal follow blog kita, sure tuan blog bangga ya amat. Hee


Reaksi kita apabila blogger mahal singgah
Kebiasaanya jika kita tau blogger mahal telah sudi datang mencemar duli ke blog kita, perasaan gembira dan hepi kita sukar digambarkan dengan kata-kata atau penulisan. Ada yang siap buat entry kasitau blogger mahal ini telah sudi datang ke blog kita. Itu pun belum mampu menggambarkan sepenuhnya perasaan terharu kita dengan kehadiran blogger mahal ke blog kita.


Ada lagi ciri-ciri blogger mahal tapi cukup la belalang list banyak tu jer. Korang sendiri la pulak tambah di kotak komen. Belalang kategorikan blogger begini sebagai 'blogger mahal' kerana kehadiran mereka ke blog kita sentiasa dinanti-nantikan. Ada juga yang hingga meluahkan perasaan hampa dan kecewa kerana 'blogger mahal' tidak sudi mencemar duli ke blognya. Tengok, betapa mahalnya blogger itu kan? Blogger otai dan 'blogger mahal' berbeza tau. Blogger otai ada juga yang tetap mengamalkan beberapa perbuatan seperti kunjung-mengunjung blogger-blogger lain.

Jadi, korang ada tak ciri-ciri begitu? Korang rasa ciri-ciri itu perlu ke kepada seseorang blogger? Cepat-cepat kasi pendapat. Hee...

Pemain Brazil Neymar Dihina Berbaur Perkauman

LONDON 28 Mac - Penyerang Brazil, Neymar mendakwa dia menerima penghinaan berbaur perkauman oleh segelintir penyokongn sewaktu aksi persahabatan antarabangsa menentang Scotland di Stadium Emirates, semalam.


Neymar muncul hero selepas meledak kedua-dua jaringan untuk menjulang pasukannya melakar kemenangan selesa 2-0.


Selepas tamat perlawanan, dia memberitahu saluran televisyen Brazil, Sportv, yang dia dihina ketika bersiap sedia mahu mengambil sepakan penalti pada minit ke-77.


Saluran itu melaporkan bahawa sebiji pisang dilemparkan ke arah pemain Santos itu yang datangnya dari arah tempat duduk penyokong Brazil pada akhir babak kedua. - Agensi

-------------------------------------

Masih segar diingatan Belalang perbuatan Zidane menanduk dada pemain Itali, Metarrazzi gara-gara membuat provok kepada Zidane dengan melemparkan kata-kata yang berbaur perkauman.

Ahad, 27 Mac 2011

Video Seks Pembangkang: Saranan Supaya Karpal Juga Menonton

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, perlu menyerahkan salinan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada kepimpinan pembangkang yang lain termasuk Presiden DAP Karpal Singh.


Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Karpal Singh dan sekutunya perlu menonton video berkenaan bagi mendapatkan testimoni yang konsisten berhubung perlakuan sumbang pihak yang terlibat dalam rakaman tersebut.


"Kita juga mahu tahu apakah tindakan susulan Karpal (Singh) dan sekutunya selepas menonton video tersebut...adakah dia sebagai peguam Anwar akan tetap mempertahankan Anwar atau sebaliknya jika terbukti Anwar terlibat.


"Dari situ kita boleh menilai tahap moral pemimpin-pemimpin pembangkang ini yang sebelum ini lantang mengkritik perlakuan sumbang pihak lain yang kononnya terlibat dalam perlakuan tidak bermoral," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata, kepimpinan pembangkang juga perlu menerima keputusan jika Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat ketulenan pita rakaman seksual tersebut. - Bernama

Siapa Belalang Hijau Perisik? Hanya Mereka Yang Tahu

Macam-macam jenis blogger yang ada di alam maya ni kan. Ada letak gambar diri dia sebesar-besar alam, mungkin mahu orang mengenali dirinya jika terserempak di luar. Ada juga yang gunakan nama sendiri sebagai URL blog. Senang untuk orang ingat kata mereka.

Belalang pulak lebih selesa dikenali dengan nama timangan Belalang Hijau Perisik dari blog Suara Bawah Tanah [dot] Com. Walaupun agak serabut isi blog ini, namun Belalang terharu juga kerana ada sebahagian blogger yang memang menjadi pengunjung tetap blog ini. Nanti Belalang listkan nama blogger-blogger ini sebagai tanda terima kasih Belalang kepada sokongan mereka.

Sebenarnya di antara blogger yang singgah ke sini, ada beberapa blogger yang pernah bertemu dan bersua muka dengan Belalang. Tak la seramai mana. Korang nak tau tak siapakah blogger-blogger yang pernah bertemu dan mengetahui identiti sebenar Belalang? Meh kita berkenalan dengan mereka...

--------------------------------------

Blog Ilham Nurry enterprise
Blog ini kepunyaan Puan Nurul Huda a.k.a Mrs.Belalang. Ini la blog suri rumah Belalang. Dah nama pun bini Belalang, sure la dia kenal sangat-sangat siapa Belalang. Hee...


Blog Padinno [dot] com
Padin la satu-satunya sahabat alam maya Belalang yang tinggal paling jauh pernah Belalang bersua muka. Padin juga satu-satunya blogger yang bertandang dan menginap di rumah Belalang sebelum Belalang hantar dia berkursus di Jawi.


Blog Saya Salah Ka?
Siapa yang tak kenal dengan Tuan Penasihat (TP) sorang ni kan? Sebelum TP mempunyai blog, Belalang dah memang kenal dia. Ini juga salah satu lagi blogger yang cuba mengetengahkan identiti 'misteri' seperti Belalang. Isi blog ini hampir menyamai blog Belalang dan baru-baru ini Belalang juga berjaya mempengaruhi TP untuk bermain dengan entry-entry yang mesra SEO dan Belalang berjaya mempengaruhinya! Hahaha


Blog Dunia Tanpa Bayangan
Ini blog anak saudara Belalang. Kalau lihat dari susun atur dan template, sure korang boleh agak ni blog budak-budak betul tak? Tepat sekali tekaan korang! Tahun ini dia akan menghadapi peperiksaan UPSR. Harap-harap dia berjaya dengan cemerlang.


Blog Pink Pearl Lady
Pink Pearl Lady (PPL) adalah wife encik TP. Seperti juga TP, PPL pun terlebih dahulu Belalang kenal sebelum ke dunia blog. Blog personal dan juga sedikit tentang hiburan dan dunia artis. Dulu-dulu waktu mula-mula berblog, sangat aktif update entry. Kebelakangan nih macam sunyi sket dengn entry baru. Nape ek?


Blog  Bicara Mak Dara
Ahah, sape yang tak kenal Mak Dara yang sedang hot sekarang nih, bermakna korang memang jarang blogwalking (BW). Kalau korang rajin BW sure korang akan nampak nama Mak Dara. Sebenarnya Belalang dan Mak Dara mempunyai hubungan kekeluargaan. Mak Dara ni memang sorang yang hot tau. Apa yang hot? Sila ke blog dia untuk mengetahuinya ok. Ngee


Blog That Something Abaout Me
Empunya blog ini sepupu Belalang. Rasanya usia blog ini lebih lama jika dibandingkan dengan blog Belalang. Blog Personal yang mengisahkan tentang seorang ibu dan dua orang anaknya yang comel. Baru-baru ini adiknya empunya blog ini telah berjaya memenangi pertandingan untuk menjadi cover girl bagi majalah Cosmopolitan bulan april. Nak berkenalan dengan adik dia? Cantik woo... Kalau nak, korang kena berkenalan dengan kakak dia dulu. Hee...


Blog JZ Business World
Empunya blog ini sangat berminat dengan bisnes. Sebut aje apa jenis bisnes yang mendatangkan untung, sure dia pernah cuba atau mahu cuba. Info-info di blog Jz banyak yang menceritakan tentang bisnes dan juga kesihatan. Namun kadang-kadang terselit juga entry-entry semasa.


Blog Opida
Opida ni kawan Belalang time di kolej dahulu. Ibu kepada sorang puteri ni sangat ramah orangnya. Memang kepala best punya kalau lepak sekali. Blog yang menceritakan personal life hidup Op_ida. Bahasa yang digunakan sangat la santai.


Blog Elle elyssa
Seorang lagi sepupu Belalang yang menerjunkan diri ke dunia blog. Tak silap Belalang blog Elle yang ini adalah blog keempat kepunyaannya. Semenjak tahun 2007 lagi Elle telah berblog, cuma blog yang kali ini kelihatan lebih serius dan selalu di update. Kalau korang nak tau review mengenai filem-filem baru atau yang sedang ditayangkan di pawagam, sila la terjah blog ini.


Blog Sister's Little Diary
Ini kakak angkat Belalang merangkap bekas rakan sekerja Belalang di satu syarikat perumahan satu masa dahulu, Belalang panggil Kak Siti jer. Blog Kak Siti ni best, tapi Belalang tak suka pergi. Tau kenapa? Sebab Kak Siti suka review pasal makanan dan kedai makan. Giler kecur liur bila baca entry Kak Siti. Kak Siti kejam!!! Makan tak ajak Belalang. Pastu main tayang-tayang pulak. Hahaha

--------------------------------------


Sebenarnya ada lagi dua tiga blogger yang Belalang rasa mereka mengenali Belalang cuma yang Belalang review ini blog yang kerap Belalang lawati dan kerap juga mereka lawati blog Belalang. Terima kasih Belalang ucapkan kepada mereka kerana telah sudi menyimpan rahsia siapa Belalang Hijau Perisik. Ceh, bajet cam artis hot lak. Hahaha...

Tunggu apa lagi? Dipersilakan terjah blog-blog yang Belalang list tu. Tak rugi kenal dengan diorang nih sebab ada diantaranya sangat aktif berblog seperti Belalang. Kepada yang selalu bertandang ke sini, Belalang juga akan buat sesuatu kepada korang. Khas kepada korang yang sentiasa menyokong blog ini. Tunggu yea. Terima kasih di atas sokongan korang-korang sekalian.

Copy Entry, Kasi La Backlink...

Entah dah kali keberapa Belalang terperasan akan hal ini. Tapi malas nak pikir panjang-panjang. Dunia blog ni kecik jer, pusing-pusing jumpa orang yang sama jugak. Sori la Belalang membebel sket kat korang. Bukan salah korang pun tapi saja nak suruh korang amik tau. Ngee...

Dah beberapa kali entry Belalang di copy oleh blogger-blogger lain. Setiap kali Belalang terlihat hal itu, akan Belalang tegur blogger itu secara elok. Belalang anggap blogger itu mungkin blogger baru dan masih belum mengetahui apa itu backlink. Belalang tak suka pikir negatif pada orang.

Dan untuk kali ini secara rasminya Belalang nak berpesan kepada mana-mana blogger yang mahu berkongsi entry yang ditulis oleh Belalang, silakan. Tapi tolong la kasi kredit atau backlink kepada Belalang. Belalang pun penat-penat karang ayat sendiri. Kalau korang skroll blog Belalang hingga bawah sekali, korang akan terperasan yang Belalang memang dah tulis akan perkara ini.

Setiap penulisan Belalang adalah hak milik Belalang kecuali entry yang Belalang publish itu juga Belalang cedok dari blogger lain (semestinya dinyatakan dan ada backlink). Tak tahu silalah bertanya. Belalang bukanlah seorang yang kedekut dengan ilmu. Apa yang boleh dikongsikan akan Belalang kongsi.

Harap-harap selepas ini tiada lagi hal-hal sebegini terjadi. Mungkin hari ini Belalang tegur secara berhemah kepada blogger-blogger itu. Tapi jika suatu masa nanti Belalang jumpa blogger yang sama juga masih copy entry Belalang tanpa memberi kredit atau ucapan terima kasih, mungkin tiada lagi teguran sopan dari Belalang kepada anda!

Respect each other!



Sabtu, 26 Mac 2011

Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Etoile FC 26 March 2011

Skuad Malaysia telah bertandang ke Singapura untuk bertemu dengan sebuah kelab Perancis yang bermain untuk liga Singapura iaitu Etoile FC. Walaupun perlawanan ini hanya berstatus persahabatan dan tidak di itiraf (tiada point untuk perlawanan ini), namun kedua-dua pasukan bermain dengan bersungguh-sungguh.

Malaysia terlebih dahulu mendahului perlawanan dengan gol yang dijaringkan oleh Fakri Saarani dengan tandukkan yang cantik menewaskan penjaga gawang Etoile FC. Kekal hingga tamat perlawanan Malaysia kekal mendahului perlawanan.

Babak kedua lebih mencemas dimana masing-masing terus mengasak pintu gol lawan masing. Hasilnya Etoile berjaya menyamakan kedudukan menjadi satu sama. Hingga tamat perlawanan tiada gol yang dapat ditambah oleh kedua-dua pasukan walaupun beberapa percubaan tepat berjaya dihasilkan.

Keseluruhan perlawanan dari mata Belalang, Malaysia bermain baik, cuma short pass mereka kadang-kadang membawa padah. Begitu juga di bahagian pertahanan, pemain Malaysia kerap terlupa untuk marking pemain-pemain lawan. Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. Namun mutu permainan Malaysia tidak la teruk sangat dan masih patut diberi pujian.

Keputusan penuh Malaysia 1 : 1 Etoile FC

Keputusan Bontang PKT vs Pelita Jaya 26/03/2011: Safee Sali Jaringkan Dua Gol

Sebentar tadi baru sahaja berakhir perlawanan ke empat Safee Sali bersama skuad Pelita Jaya yang berakhir dengan kemenangan Pelita Jaya, dua gol berbalas satu. Kedua-dua gol itu dijaringkan oleh Safee Sali. Belalang tak dapat nak ulas panjang mengenai perlawanan itu kerana Belalang tak menontonnya.

Mungkin dengan dua gol jaringan Safee ini, dia akan kembali bersemangat untul memburu gol selepas dua perlawanan terdahulu Safee tidak berjaya mencipta apa-apa jaringan. Dengarnya gol kedua Safee Sali agak cantik dimana dia membuat satu lambungan bola dari luar kotak penalti dan berjaya memperdayakan penjaga gol pihak layan. Cayalah Safee!

Apa-apapun korang jangan lupa untuk memberi semangat kepada game pasukan Malaysia malam nih. Semoga pasukan Malaysia juga akan beraksi mantap dan konsisten seperti kemenangan yang dikecapi sebelum-sebelum ini.

Khamis, 24 Mac 2011

Video Badan Bayi Dijadikan Tempat Sembunyi Dadah

Dah lama rasanya Belalang tak berkongsi video dengan pembaca blog Belalang. Bukan tiada video yang best-best untuk dikongsi. Cuma saja memberi ruang kepada beberapa entry yang menumpukan kepada permainan SEO.

Ok kali ni Belalang nak kongsi satu video yang mungkin menyayat hati bagi yang menontonnya. Video ini Belalang perolehi melalui email. Menurut isi kandungan email tersebut, bayi ini menjadi mangsa penculikan di sempadan Mexico. Kawasan sempadan Mexico memang terkenal dengan aktiviti penyeludupan dadah.

Bayi dalam video ini hanya diculik beberapa jam saja sebelum dijumpai kembali oleh ibunya sendiri yang mencari anaknya disekitar kawasan sempadan itu. Apa yang berlaku kepada bayi wanita itu? Korang tengok sendiri la video dibawah ini.


Segala isi dalaman bayi itu telah dikeluarkan dan penjenayah memasukkan beberapa paket dadah dalam badan bayi tersebut. Sejauh mana benarnya cerita dalam email itu, Belalang tak pasti. Namun video ini memang betul-betul menyayat hati. Jagalah anak-anak anda sebaik mungkin.

Rabu, 23 Mac 2011

Video Seks Ketua Pembangkang: Identiti Datuk T Didedahkan

Tentu ramai yang tertanya-tanya siapakah Individu yang menggelarkan dirinya sebagai Datuk T yang telah mendedahkan video seks yang didakwa sebagai ketua pembangkang baru-baru ini. Bukan saja yang menyokong kerajaan, malah yang berhaluan kiri juga tertanya-tanya akan identiti Datuk T.

Beberapa blog dan juga akhbar online pembangkang telah mengenai pasti siapa sebenarnya Datuk T. Korang klik pada link yang Belalang sertakan dibawah ini ya...




Banjir Di Kedah: 18 Keluarga Dipindahkan

Seramai 75 orang daripada 18 keluarga di Kampung Sungai Tengas, Serdang dekat sini terpaksa berpindah ke Dewan Orang Ramai kampung itu setelah rumah mereka dilanda banjir kilat malam tadi.

Banjir kilat yang berlaku akibat Sungai Tengas dilimpahi air setelah hujan lebat yang turun sejak 6 petang hingga 9 malam tadi menyebabkan kawasan kediaman di kampung berkenaan sekitar Sekolah Kebangsaan Sungai Tengas, dinaiki air antara 0.8 meter sehingga 1.2 meter.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, DSP Helmi Hashim, berkata jalan ke kampung tersebut juga ditenggelami air antara 0.5 hingga 0.8 meter dan tidak boleh digunakan kenderaan ringan.

Jalan raya di KM25 Kulim-Serdang terputus dan tidak dapat digunakan kenderaan kecil akibat Sungai Punti yang menjadi sempadan Daerah Bandar Baharu dan Kulim telah melimpah di sekitar kawasan tersebut

Sementara itu, Wakil Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Helmi Abdul Khan, berkata kerja-kerja untuk memindahkan mangsa banjir tidak dapat dijalankan dengan lancar berikutan bekalan eletrik ke kawasan terbabit terputus sejak 8 malam tadi.

“Bagaimana pihak kami, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang berusaha mengatasi malah itu secepat mungkin,” katanya. - BERNAMA

Keputusan SPM 2010: Terbaik Dalam Empat Tahun

Pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya. 


Daripada jumlah itu, sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada 2009.


Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, sebentar tadi.

-------------------------------------------------

Kepada calon-calon yang memperolehi keputusan cemerlang, tahniah Belalang ucapkan. Dan kepada yang memperolehi keputusan kurang cemerlang, jangan begitu bersedih. SPM adalah titik permulaan dan penentuan perjalanan hidup selepas ini. Pastikan langkah selepas ini diatur dengan lebih sempurna dan bersedia.

Selasa, 22 Mac 2011

Jelajah asia 2011: Liverpool Dan Chelsea Datang Malaysia Julai Ini

Tentu peminat-peminat hardcore Liverpool dan Chelsea teruja dengan perkhabaran gembira ini. Dua pasukan liga perdana Inggeris ini akan singgah ke Malaysia dan berlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia. Baca petikan dibawah supaya korang lebih teruja dan tak sabar menanti. Hee

--------------------------------------------


Kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Chelsea akan mengadakan perlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Julai ini.


Perlawanan persahabatan itu adalah sempena lawatan dua pasukan gergasi itu ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011.


Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya telah mendapat persetujuan daripada kedua kelab tersebut dan tarikh perlawanan akan diumumkan kemudian.


"Kemungkinan besar dalam masa terdekat ini satu lagi kelab terkemuka EPL akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara namum perkara itu masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Azzudin berkata, jadual perlawanan skuad negara bersama kelab Liverpool dan Chelsea mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja.


Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.


Manakala pasukan ‘The Blues’ (Chelsea) pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008. - Bernama

Skuad Bola Sepak Wanita Negara Dibubarkan

Kepada wanita-wanita sekalian yang berminat main bola atau berbakat dalam sukan itu, tunggu apa lagi? Skuad bola sepak wanita yang sediada dah dibubarkan. So kepada yang berminat cepat-cepat la pegi tawarkan diri. Mana la nak tau anda boleh mengharumkan nama negara ini di mata dunia. Hee...

--------------------------------

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk membubar skuad bola sepak wanita kebangsaan bagi meneruskan usaha mencari bakat baru sebelum membentuk pasukan lebih mantap pada masa depan.


Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, ekoran pembubaran itu, pemain lama yang berpengalaman akan dipertimbang untuk menjadi jurulatih pasukan bola sepak wanita negeri.


"Mereka akan membantu FAM mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus kejurulatihan akar umbi bola sepak wanita bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di sini hari ini.


Beliau berkata, sebelum menubuhkan kembali skuad bola sepak wanita, FAM akan memberi tumpuan kepada program berkaitan pembangunan akar umbi di seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai pemain bola sepak daripada golongan tersebut. Program pembangunan itu bermula April tahun lepas, namun hanya membabitkan beberapa sekolah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan. - Bernama

Azraai Khor Sah Jurulatih Negeri sembilan

Persoalan sebelum ini yang Belalang suarakan dalam entry Azraai Khor Jurulatih baru Negeri sembilan? telah terjawab apabila keputusan rasmi telah dicapai. Azraai sah akan membimbing pasukan Negeri Sembilan dalam menghadapi baki saingan liga super musim ini.

--------------------------------------


Tidak sampai tempoh seminggu Wan Jamak Wan Hassan meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, kini tugasnya diambil alih oleh jurulatih berpengalaman, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang berkuat kuasa, semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus Pasukan Negeri Sembilan, Datuk Abd. Halim Abd. Latif bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas jurulatih kelahiran Johor itu menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 17 Mac lalu.

''Keputusan melantik Mohd Azraai sebagai pengendali baru pasukan ini telah dicapai hasil daripada rundingan dan persetujuan antara pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dengannya, baru-baru ini.

''Kita tidak boleh biarkan jawatan ini dibiarkan kosong terlalu lama kerana musim sedang berjalan dan ia juga boleh terus merencatkan prestasi pasukan sekiranya kita tiada pemimpin yang berkaliber," katanya di sini, semalam.

Menurut Abd. Halim, bekas pengendali Harimau Muda A itu akan menjawat jawatan berkenaan berkuat kuasa, semalam melalui ikatan kontrak selama dua tahun.

''Kita memilih Mohd. Azraai kerana dia merupakan calon yang paling sesuai berdasarkan rekod cemerlang beliau membimbing Kedah untuk mendapat gelaran 'Treble' dua tahun berturut-turut pada tahun 2007 dan 2008.


Untuk membaca berita penuh, klik sini.

---------------------------------------------


Belalang ucapkan selamat menjalankan tugas di tempat baru. Apapun keputusan yang diambil Azraai, Belalang yakin itu yang terbaik untuk dirinya.

Isnin, 21 Mac 2011

Download Video Seks Pemimpin Pembangkang

Belum pun habis orang bercakap sana-sini mengenai satu video 'panas' yang semua akhbar sedang laporkan, dah ada yang mula mencari rakaman video itu. Keyword berkaitan download video seks pemimpin pembangkang mula menyinggah ke blog Belalang tidak berapa lama tadi.

Kepada si pencari video itu, korang jangan harap la boleh menonton video 'panas' itu dalam masa terdekat ini. Datuk yang bertanggungjawab mempertontonkan video itu kepada wakil akhbar juga mengakui yang hanya dia memiliki salinan video itu.

Memang panas isu politik kita yang memang sentiasa panas ini dengan bermacam-macam isu 'panas'. Cuma isu yang panas berkaitan dengan hal-hal seperti ini lebih diberi perhatian oleh lapisan masyarakat kita. Hee...


Klik link dibawah untuk membaca entry berkaitan video seks pemimpin pembangkang


Keputusan SPM 2010: 23 March 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di sini.

Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Kenyataan itu menyebut, kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. - Bernama

-----------------------------------


**Ada yang tak lena tido malam ke? Hee...





Video Seks Pemimpin Pembangkang: Satu Lagi Episod Baru Politik Negara

Arena politik di Malaysia sentiasa saja mempunyai kisah-kisah yang memeningkan kepala. Kejap hal itu, kejap hal ini. Kejap lompat parti, kejap rampas kuasa, Kejap kes DNA dan macam-macam lagi la yang sedang berlaku dalam senario politik negara kita.

Terbaru ada seorang Datuk yang telah mendedahkan satu video seks seorang orang yang disifatkan sebagai orang besar dalam pakatan pembangkang. Kononnya beberapa wakil akhbar termasuk dari Harakah dan Malaysiakini turut dijemput menyaksikan video yang panjangnya sekitar 20 minit.

Datuk itu memberi tempoh seminggu untuk pemimpin itu meletak jawatan. sekiranya tidak, video itu akan disebarkan lebih meluas kepada badan-badan bukan kerajaan.


Sumber: korang cari la sendiri...

Jamil Khir: Sah Akad Nikah Dimana-mana

Belalang dah agak tentu akan ada yang salah faham dengan kenyataan Datuk Ahmad Jusoh, salah seorang Majlis Fatwa Perlis berkenaan dengan akad nikah di dalam masjid. Jika ingin membaca entry itu, klik sini.

Kenyataan Datuk Ahmad Jusoh itu telah mendapat respon daripada salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Lihat kenyataan balas Datuk Seri Jamil Khir dibawah ini-

--------------------------------------


Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Beliau berkata tindakan itu sebaliknya memudahkan tugas imam yang terpaksa menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.


"Kalau imam terpaksa menikahkan banyak pasangan pada hari yang sama, lebih mudah ia diadakan setempat seperti di masjid.


"Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi salah satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Untuk membaca berita penuh, klik sini.

---------------------------------------


**Islam tu agama yang memudahkan penganutnya. 





Datuk Ahmad Jusoh: Nikah Di Masjid Tiru Perbuatan Kristian Dan Yahudi?

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

Sumber Berita harian.


--------------------------------------------

Faham betul-betul dengan kenyataan di atas ya. Mnyimpang tidak bermaksud berdosa sekiranya dilakukan. Cuma ia tidak digalakkan oleh Rasulullah.



Ahad, 20 Mac 2011

Azraai Khor Jurulatih Baru Negeri Sembilan?

Siapa yang tidak mengenai Azraai Khor Abdullah bekas jurulatih pasukan Kedah yang pernah membawa pasukan itu memenangi tiga piala dua tahun berturut-turut. Selain itu Azraai juga pernah membimbing pasukan Harimau Muda A menjalani latihan ke Slovakia.

Azraai yang sebelum ini dikaitkan dengan kemungkinan kembali ke pasukan Kedah, kini mempunyai desas-desus yang baru. Terkejut juga dengan khabar angin ini. Sila lihat gambar print screen dibawah-



Nampak tak? Kalau tak seperti biasa la, sila klik pada gambar untuk pembesaran. Kononnya Azraai sedang berunding dengan Negeri sembilan berkemungkinan akan mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Wan Jamak akibat tindakannya yang meletak jawatan secara mengejut berikutan prestasi kurang memberansangkan pasukan Negeri Sembilan itu.

Secara personal, Belalang juga mengharapkan Azraai kembali membimbing pasukan Kedah. Mungkin dia boleh mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Kedah seperti pernah dia lakukan sebelum ini. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan ini. Mungkin ini hanya gosip bola sepak. Macam dunia artis pulak Azraai Khor ni. Hee..

Britain, AS Serang Libya: Apabila Polis Dunia Masuk Campur

Kemelut di Libya menyaksikan Britain dan Amerika Syarikat (AS) campur tangan apabila Britain menghantar pesawat pejuangnya membedil negara itu. Ia sebahagian daripada pelan yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Berikut adalah beberapa laporan berita yang Belalang himpunkan daripada akhbar Berita Harian Online.


---------------------------------



Britain sahkan jet pejuangnya serang Libya


LONDON: Britain mengesahkan pesawat pejuangnya, Tornado melancarkan serangan roket pertama ke atas Libya sebagai sebahagian daripada tindakan yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara bergolak itu. 


“Saya kini boleh mengesahkan Tentera Udara Diraja (RAF) juga melancarkan roket Stormshadow dari beberapa pesawat pejuang jenis Tornado GR4 ke atas Libya," kata jurucakap tentera Britain, Maj Jen John Lorimer.

********************



Serangan ke atas Libya 'diselaras' AS


PARIS: Serangan udara tentera Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat (AS) awal pagi ini ke atas wilayah Libya diseleraskan menerusi ibu pejabat tentera AS di Jerman, menurut pegawai tentera Peranchis kepada AFP. 


“Operasi multilateral ini diseleraskan oleh Tentera Pemerintah Udara AS yang berpangkalan di Eropah di ibu pejabatnya di Stuttgart, Jerman,” kata pegawai itu yang enggan namanya disebut.


Beliau berkata, AS mempunyai peranan strategik dalam membuat penyelarasan seranagn itu dengan memberi arahan terhadap tentera Bersekutu.


Sebahagian pasukan bersekutu itu membabitkan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) yang menawarkan 24 pesawat jenis Mirage 2000-9 and F-16) dan Qatar antara empat dan lima pesawat 2000-5, katanya.


********************


Lebih 110 roket Tomahawk AS, Britain dibedil ke Libya


WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat dan Britain menembak sekurang-kurangnya 110 roket jenis Tomahawk ke arah Libya bagi melumpuhkan pertahanan udara rejim Presiden Muammar Gaddafi. 


Naib Panglima Angkatan Tentera Amerika, William Gortney memberitahu pemberita roket Tomahawk itu dilancarkan oleh kedua-dua kapal perang dan kapal selam milik Amerika dan Britain ke arah 20 sistem penyelarasan pertahanan udara bersama dan kemudahan pertahanan pesisir Libya.


"Roket pertama ditembak jam 1900 GMT diikuti serangan udara yang dilancarkan pesawat pejuang tentera Peranchis," kata Gortney, yang juga pengarah staf bersama tentera Amerika Syarikat.


"Ia adalah fasa pertama daripada pelbagai peringkat operasi serangan," katanya. 


"Oleh kerana ketika itu waktu malam di sana (Libya), ia mengambil masa untuk kita mengetahui lebih lengkap kejayaan serangan ini," katanya.


********************

48 maut, 15 cedera serangan roket di Libya

TRIPOLI: Stesen televisyen Libya memetik tentera negara itu yang mengesahkan setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu, awal pagi tadi. 

Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi.


---------------------------------


Dunia meyaksikan sekali lagi orang-orang yang tidak berdosa akan terkorban akibat pergolakan dan juga campur tangan pihak asing dalam pentakbiran sesebuah negara. Semoga kemelut ini segera berakhir.


Gelak Santai: Pemandu Bangang & Joni Di Neraka

Datuk K dan Datuk M duduk di lobi hotel sambil mengutuk pemandu masing-masing.

"You tau," kata Datuk K, "driver I tu bodoh betul! cuba you tengok ni."

Terus Datuk K panggil pemandunya yang sedang duduk berbual dengan pemandunya Datuk M di luar hotel. Apa lagi, mencicit lelaki itu mendapatkan Datuk K.

"Dol," kata Datuk K, "ini duit 10 ringgit, pergi kedai kereta. Belikan saya Mercedes mata belalang, dua"

"Baik Datuk! sekarang juga saya pergi." Macam lipas kudung Dol berlari ke kedai kereta setengah kilometer dari situ.

KAH! KAH! KAH!

Dua orang Datuk berlagak itu ketawa berdekah-dekah. "Tengok... aku dah cakap. Driver aku tu memang bodoh!" Kata Datuk K sambil menekan-nekan perut kerana terlalu geli hati.

Selepas penat ketawa, Datuk M pula mengutuk pemandunya.

"Pemandu I lagi teruk. Kalau you tak percaya tengok ni." Dia pun memanggil pemandunya, Rambo. Berlarilah RAmbo mendapatkan bosnya itu.

"Rambo," kata Datuk M "pergi ke rumah saya, cuba tengok samada saya ada di rumah atau tidak!"

"Baik Datuk! sekarang juga saya pergi!!" balas Rambo lalu terus cabut ke rumah Datuk M, satu kilometer dari situ.

KAH! KAH! KAH!

Dua-dua Datuk itu ketawa sampai terkencing!

"Nampak apa yang I katakan tadi? Dia langsung tak gunakan otak, mana boleh I ada di dua tempat dalam satu masa. Kah kah kah!" Datuk M ketawa terbahak-bahak. Datuk K pun ketawa macam nak habis nafas.

Nak dijadikan cerita kedua-dua pemandu itu bertembung di pertengahan jalan. Dol menggeleng kepala, cakap pada Rambo "Bos aku tu bodoh betullah. Dia kasi aku 10 ringgit, suruh aku beli Mercedes dua biji. Mana boleh? Kau pun tau sekarangkan hari minggu, semua kedai kereta tutup!"

Rambo angguk lima enam kali. "Betul tu, betul," katanya bersungguh-sungguh.
"Tapi aku rasa bos aku lagi bodoh! Ada ke patut dia suruh aku balik, tengok samada dia ada di rumah atau tidak... padahal diakan boleh check sendiri, telefon jela!"


--------------------------------------------------



Joni yang merupakan seorang kaki perempuan, kaki minum, kaki judi dan segala-gala jenis kaki, telah koma selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah treler. Sewaktu koma itu, Joni tiba-tiba melihat dirinya dibawa ke neraka. Kemudian, kedatangannya ke neraka yang panas berapi itu telah disambut oleh seekor syaitan.

Syaitan: Helo geng, selamat datang ke neraka... Hahaha!!! sekarang bagitau aku kenapa engkau dimasukkan ke neraka?

Joni: Engkau teka sendirilah, engkaukan syaitan. Sekarang aku nak tau nraka ni teruk ke?

Syaitan: Emmm... Okeylah. Kami kaum-kaum syaitan ni memang seronok duduk dalam neraka. Joni, engkau ni kaki minum tak?

Joni: Tentulah! semua jenis arak aku sebat.

Syaitan: Wah, kalau macam tu kau tentu suka hari Ahad. setiap hari Ahad kita orang akan mabuk-mabuk. Wiski, tequila, guinness, wain, todi, samsu... Kita orang minum sampai muntah.

Joni: Wow! hebat tu...

Syaitan: Engkau merokok?

Joni: Memanglah. Satu hari lima kotak. Kenapa?

Syaitan: Bagus! Kalau macam tu kau tentu suka hari Isnin. Setiap Isnin kita akan dapat rokok paling baik di dunia dan kita boleh hisap sepuas-puas hati, hahaha! Kalau kau ada kanser pun tak apa, sebab kau dah mati.

Joni: Best jugak ek neraka ni! Aku dah tak sabar nak hisap rokok...

Syaitan: Tengok pada muka engkau, aku rasa engkau ni mesti kaki judi. Betul tak?

Joni: Tepat sekali, geng. Aku adalah raja judi, hahaha!

Syaitan: Bagus, bagus! Hari Selasa adalah hari kita orang berjudi. Engkau nak main apa... blackjack, roulette, poker, slot, nombor ekor, toto, semua ada. Kalau bankrap pun tak apa, kita kan dah mati.

Joni: Hahaha... Tak sangka neraka ni best jugak, ek?

Syaitan: Okey, last sekali, engkau ni gay ke Joni?

Joni: Gay? Sori ya, aku benci gay! Ada ke patut kena tungging buntut lepas tu !@##$%^^ Bodoh!

Syaitan: (Muka berkerut) Kalau macam tu tentu engkau tak suka hari Khamis, Jumaat dan Sabtu!

(Habis saja adengan itu, Joni terus terjaga dari koma. Mimpi ngeri itu menyebabkan Joni bertaubat.Dengarnya Joni sangat alim sekarang ini... Bagus la macam tu)


Diambil dari blog berdekah

Sabtu, 19 Mac 2011

Keputusan Piala FA 19 March 2011

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan pada malam ini. Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya mara ke separuh akhir.


Felda United (2) 0 - 3 (2) Kelantan
(tamat perlawanan, Kelantan menang agregat 5 - 2)

Terengganu (2) 3 - 1 (3) Perak
(tamat perlawanan, Terengganu menang dengan agregat 5 - 4)

Johor (1) 1 - 3 (3) selangor
(tamat perlawanan, Selangor menang agregat 6 - 2)

----------------------------------------------


Keputusan perlawanan pada 18 March 2011

Pahang (2) 0 - 0 (1) Kuala Lumpur
Pahang layak dengan agregat 2 - 1.


Jumaat, 18 Mac 2011

Raja Lawak Musim Ke-5: Man Juara Raja Lawak Musim 5


Man telah dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Musim ke lima memahatkan namanya sebaris bersama juara-juara Raja Lawak sebelum ini iaitu Yus, Nabil, Kecik dan sepah.. Sementara itu naib juara jatuh kepada R2.


Persaingan ketiga-tiga finalist memang sengit. Carta undian juga kelihatan beberapa kali bersilih ganti bertukar dimana pada awal pembukaan gelanggang akhir kumpulan Balas memiliki undian paling tinggi diikuti R2 dan yang terakhir sekali adalah Man.


Tahniah kepada Man. Anda memang layak dinobatkan sebagai Raja Lawak Musim Kali ini.


Nahas Di Baling: Dua Maut Kereta Terbabas

Dua maut apabila kereta yang dinaiki sembilan sekeluarga terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Baling-Weng, Kampung Seberang Pekan dekat sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu turut menyebabkan tiga lagi cedera manakala yang lain selamat.

Mohd Shaznor Hafiz Azizul, 21 dan Mohd Iqwan Haris, 4, maut di tempat kejadian, manakala yang cedera termasuk pemandu Perodua Alza tersebut Marzuki Abdul Razak, 37.

Identiti yang lain sedang dikenal pasti dan kejadian dipercayai berlaku akibat pemandu mengantuk, kata Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Baling, Cif Insp Mohd Basirul Hapi Ibrahim kepada Bernama.

"Mohd Shaznor yang memangku Mohd Iqwan yang duduk di sebelah pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala kerana terkena besi pembahagi jalan," katanya.

Mohd Basirul berkata, keluarga itu dipercayai dalam perjalanan ke Bandar Baharu, Kulim selepas mandi di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di sini.- Bernama

Sinar Harian.

-----------------------------------------


Tempat kejadian tu dah berhampiran dengan rumah mertua Belalang. Al-fatihah kepada yang terkorban.

Pergolakan Di Yaman: Rakyat Malaysia Dibawa Pulang

Sembilan pelajar bersama seorang bayi tiba di tanah air dengan penerbangan Qatar Air malam tadi melalui misi membawa keluar rakyat Malaysia dari Yemen ekoran pergolakan politik tidak menentu di negara Arab tersebut.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, seramai 23 orang lagi dijadual tiba hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki tiga pesawat dari Dubai iaitu EK408, Ek346 dan EK342, manakala 27 orang lagi dijadual tiba awal pagi esok (Sabtu).

Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia Yemen (Permaya) berkata, keadaan di negara tersebut semakin meruncing dengan bunyi tembakan kedengaran pada waktu malam.

Presidennya, Mohammad Iqbal Abu Yaziz berkata, ada kalangan pelajar Malaysia yang diugut oleh kumpulan tertentu yang bertanya sama ada pelajar itu prokerajaan atau antikerajaan.

Permaya berpendapat, pelajar harus dibawa pulang sekarang sebelum keadaan meruncing hingga menyukarkan proses penghantaran tersebut, katanya dalam satu kenyataan melalui emel hari ini.

Menurutnya, seramai 590 orang terlibat dalam proses penghantaran pulang ke Malaysia. – Bernama


------------------------------------------


Masih belum berakhir gelombang kebangkitan rakyat di neraga-negara Arab. Terima kasih kerana kerajaan telah prihatin dan bertindak awal kali ini.

Khamis, 17 Mac 2011

Ariel Sharon 2011: Apa Yang Telah Menimpanya?

Membaca artikel di Mastika Mac 2008 mengenai Ariel Sharon menyebabkan hati Belalang terdetik untuk mencari info mengenai Sharon. Kepada yang tidak tahu, Ariel Sharon telah jatuh koma pada 4 Januari 2006. Hidup lagikah dia atau telah lama mati? Belalang terus saja Google nama Ariel Sharon dan menemui jawapannya.



Ya, rupanya di tahun 2011 ini Ariel Sharon masih hidup dan pada 27 Febuari 2011 yang lepas genaplah umurnya 83 tahun. Sedar tak sedar telah lima tahun Sharon berada dalam keadaan koma. Mungkinkah ini balasan Allah terhadap kekejaman Sharon yang selama ini begitu mendendami penduduk Palestin? Allah tidak mencabut nyawanya tapi membiarkan Sharon berada di persimpangan diantara hidup dan mati.


Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya sebelum Ariel Sharon jatuh koma, tidur malamnya sering diganggu oleh satu mimpi yang sama. Dalam mimpi itu Sharon telah bermimpi dia ditangkap oleh penduduk GAZA yang begitu marah dan dendam kepada Sharon ekoran tindakannya yang angkuh menyerang bumi Palestin. Didalam mimpi itu Sharon telah diseksa, dirantai tangan dan kakinya kemudian di arak sekeliling bandar GAZA dan di humban kedalam api. Mimpi itu mengganggu Sharon saban malam hinggalah dia jatuh koma.


Tiada siapa yang tahu akan derita Sharon menanggung mimpi-mimpi itu saban malam kecuali seorang iaitu setia usaha peribadi Sharon. Setia usahanyalah yang telah mendedahkan mimpi-mimpi Sharon itu kepada akhbar-akhbar di Israel pada tahun 2008. Akhbar-akhbar di Israel telah menyiarkan berita berkenaan, kemudia dipetik oleh media-media Asia Barat, seterusnya tersebar di internet.


Ada yang kata di internet terdapat gambar Ariel Sharon terkini yang menunjukkan dia begitu kurus kering hanya tinggal kulit yang menyelaputi tulang badannya. Tapi Belalang tak pula jumpa gambar itu. Apakah azab yang sedang dideritai oleh Sharon? Hanya dia dan Allah yang mengetahui.

Gambar Belalang Hijau Perisik Dicuri?

Fuh! macam artis pulak tajuk atas tu. Siap ade yang main curik-curik gambar Belalang. Kalau awek takpe la jugak org nak curi gambar dia pun. Mungkin sebab dia cantik, seksi maka menyebabkan mana-mana lelaki yang melihat pic dia di FaceBook terus amik simpan dalam folder. Nak buat pe? Ntah mane la Belalang tau :-p

Korang ingat lagi tak gambar Belalang yang ini? Belalang ade letak pic nih dalam entry Kena Tag Pulak!. Kemarin time tengah guna FB, sambil-sambil melihat tajuk-tajuk ping entry blogger, Belalang jugak melihat status-status teman-teman FB.

Tiba-tiba seperti tak percaya Belalang lihat gambar Belalang yang di sebelah ni telah digunakan oleh rakan FB untuk dijadikan pic profile FB nya!. Belalang rasa mungkin dia Google gambar itu dan kesilapan Belalang pula ialah tak letak water mark pada gambar itu.

Merasakan si pengguna itu tidak sengaja mengambil gambar itu, Belalang dengan penuh sopan santunnya menghantar email kepadanya meminta supaya di tukar pic profile yang lain. Takut-takut nanti ade pula yang keliru mana satu profile FB Belalang yang sebenar. Nasib baik si pengguna gambar Belalang itu memberikan kerjasama yang baik.

Pas ni gambar apa pun yang akan Belalang upload di internet, Belalang akan pastikan ada water mark. Perkara ini sudah menjadi mengajaran kepada Belalang. Korang pun hati-hati jugak ye...

PEKIDA: Parang Dikepala! - Bhg3

Ini adalah entry sambungan daripada dua entry sebelum ini iaitu PEKIDA: Parang Dikepala! dan PEKIDA: Parang Dikepala! - bhg2. Klik pada tajuk-tajuk itu sekiranya ingin membaca...



"Aku akan mai dengan lima orang lagi kawan aku. Sementara kami nak sampai hang dengan kawan-kawan hang buat la
apa-apa dulu"...



Jam telah menunjukkan pukul 4 petang. Kami baru sahaja menghabiskan kelas terakhir untuk petang itu. Kami telah sepakat untuk pergi mencari senior-senior yang meyerang Wan dan seorang lagi kawan pada sebelah pagi tadi. Tujuannya adalah untuk cuba berbincang kali terakhir. Mungkin dengan cara itu juga kami dapat melengah-lengahkan pergaduhan diantara kami sebelum sampainya geng-geng abang Wan.

Kami seramai sembilan orang yang kesemuanya hanya budak-budak lelaki kelas Belalang tidak termasuk beberapa orang lagi kawan kelas lain yang ingin turut serta menyaksikan perbincangan itu dan memberi support sekiranya keadaan memerlukan, terus menuju ke bangunan kelas senior-senior itu. Sesampainya di sana, rupa-rupanya mereka memang sudah menunggu kami. Tak pasti bagaimana mereka boleh tahu yang kami akan mencari mereka. Wan dan seorang lagi kawan Belalang terus menerangkan apa yang berlaku sewaktu mereka berselisih dengan kumpulan senior perempuan pagi tadi dengan salah seorang dari senior itu yang bernama Jefri. Dialah orang yang cuba mnghayunkan helmet ke kepala Wan pagi tadi dan dia jugalah yang bertindak sebagai ketua dalam serangan itu.

Hasil daripada perbincangan itu telah membuahkan sesuatu yang positif. Nampak seolah-olah Jefri juga telah sedar apa yang berlaku hanyalah salah faham semata-mata. Belalang yang ketika itu berada di belakang Jefri, lega juga mendengar yang Jefri akui dia juga telah tersalah faham. Dan ketika perbincang itu semakin menuju ke jalan damai, muncul satu suara dari belakang Wan...



"Adik, hang tunjuk kat aku sapa dia yang cari pasai dengan hang? takpa hang jangan takut, hang tunjuk cepat celaka mana yang dok buat leceh dengan adik aku ! "...


Hampir terlupa kami akan janji abang Wan. Memang benar mereka datang berenam. Dua berada di belakang abang Wan dan yang lain-lain berada di hujung simpang kiri dan kanan. Nampak seperti kawasan itu telah dikepung oleh mereka. Tergagap-gagap Wan untuk menjawab pertanyaan abangnya itu. Wan juga tidak berani menunding jari kepada Jefri dan kawan-kawannya. Mungkin kerana kata sepakat telah dicapai antara kami. Berkali-kali abang Wan mendesak supaya Wan tunjukkan siapa mereka itu.


"Hang jangan takut, Hang tunjuk kat aku! Biaq aku ajaq depa... Mana dia!!! Sapa yang dok buat celaka dengan.......... !!! "


Tak sempat abang Wan menghabiskan kat-kata itu, Jefri telah meluru dan melepaskan satu tumbukan di muka abang Wan. Serentak dengan itu dengan sekelip mata kawasan perbincangan itu telah bertukar menjadi medan pergaduhan beramai-ramai. Belalang masih lagi berada di posisi Belalang berdiri waktu mula-mula datang. Cuma Belalang terpaksa berundur beberapa langkah kebelakang kerana begitu ramai yang sedang bergaduh di hadapan Belalang hinggakan tak tahu mana satu kawan mana satu lawan.

Di celah-celah keramaian itu Belalang dapat melihat samar-samar yang Jefri masih lagi beradu dengan abang Wan. Kelihatan seperti sama hebat. Sedang asyik Belalang menumpukan perhatian kepada Jefri dan abang Wan, tiba-tiba Belalang terperasan yang beberapa orang yang sedang bertumbuk dengan rancak tadi telah bertempiaran lari. Rupanya di sebelah kiri Belalang hanya beberapa meter dari Belalang, salah seorang kawan abang Wan sedang menghayunkan parang dengan secara membabi-buta! Disebelah kanan pula seorang lagi telah mengeluarkan sesuatu yang panjang seperti kabel elektrik atau ekor ikan pari, melibas ke kiri dan kanan! Memang nasib la siapa yang kena.

Belalang tetap di situ tak berganjak melarikan diri. Ini kerana Belalang khuatir sekiranya Belalang melarikan diri, mungkin kawan abang Wan itu akan menganggap Belalang salah seorang dari geng senior itu. Kang tak pasal-pasal kena libas! Beberapa ketika mata Belalang hanya terpaku kepada si pemegang parang itu. seperti orang kerasukkan dia terus menerus melibas ke kiri dan kanan parangnya itu. Belalang dapat melihat beberapa orang daripada senoir yang menyerang kami pada pagi tadi telah lari lintang pukang.

Kini hanya tinggal Jefri sorang. Memang teruk Jefri di belasah. Dah macam kain buruk jadinya. Dia yang pada mulanya sangat garang menyerang dan begitu lantang bersuara kini hanya mampu menerima tumbukan dan sepakan yang datang dari merata arah. Belalang tak pasti berapa ramai yang sedang memukul Jefri waktu tu tapi memang lebih dari tiga orang.

setelah merasakan sudah cukup habuan yang Jefri terima, abang Wan berhenti menyerang begitu juga dengan beberapa orang yang turut sama memukul Jefri.


"Aku mintak maap... Kami dah settle tadi. Sorry abang sorry..."



Rayu Jefri yang sudah tak mampu untuk berdiri berkali-kali, dia hanya mampu mengesot mengundurkan diri. Abang Wan pula meninggikan suara memberi warning kepada Jefri. Dengan tiba-tiba salah seorang yang memegang parang tadi meluru ke arah Jefri. Terus saja dia mengangkat tangan dan menghayunkan parangnya betul-betul ke kepala Jefri.






ZAPP!!!




Darah memercik!


Belalang melopong melihat...






Namun itu bukanlah darah dari kepala Jefri. Sebaliknya salah seorang daripada mereka berenam itu telah nekad menahan mata parang itu dengan tangannya. Akibatnya beberapa urat tangannya telah putus! sekiranya orang itu tidak tampil menahan mata parang itu, memang melayang la nyawa Jefri.

Dari kejauhan kelihatan sekumpulan lecturer sedang bergegas menuju ke arah kami. Belalang dan yang lain-lain terus beredar dari kawasan itu. Sementara Jefri pula dipapah oleh dua orang rakannya. Entah macam mana dengan tiba-tiba sahaja Belalang start enjin motor Belalang dan terus memanggil salah seorang dari kawan abang Wan yang bajunya mempunyai kesan darah itu naik dengan Belalang. Serta-merta Belalang memecut motor keluar dari kawasan kolej. Tak terfikir pulak perbuatan Belalang itu juga seperti bersubahat. Kalau kena tahan polis, mau merengkok dalam penjara jugak Belalang.


Di atas motor, kawan abang Wan itu tak habis-habis bercerita mengenai geng tiga line...

"Budak tu nasib baik ja tak kena tetak dengan aku... Kami geng tiga line kalau Ayahda cakap bawak balik telinga sebelah, lagi tak dapat lagi tu la kami usaha bagi dapat!!!... bla bla bla...."



Belalang hanya mendengar cerita dia tanpa menyampuk apa-apa. Setelah Belalang drop kawan abang Wan itu di rumah sewa budak kelas Belalang, Belalang berpatah balik menuju ke kolej. sengaja Belalang memilih jalan melalui depan kelas Jefri. Kelihatan budak-budak kelas Jefri sedang mengerumuni dia. Agak teruk juga keadaan Jefri. Menyandar di tiang kaki lima sementara beberapa orang lagi rakannya pula cuba membantu.

Keesokkan harinya kami mendapat tahu yang kemungkinan akan ada serangan balas kepada kami. Geng-geng Jefri memang tak puas hati dengan apa yang terjadi. Sementara Jefri pula telah MC agak lama selepas itu berikutan kecederaan yang diterima. Hingga ke petang dan sewaktu bersiap untuk pulang dari kolej, tiada apa-apa perkara yang tak diingini berlaku kepada kami.


----------------------------------------------------------




Sebenarnya kita masih boleh memilih jalan penyelesaian selain daripada pergaduhan. Contohnya jika Jefri tak melakukan serangan pada pagi tu, tentu dia tidak akan menerima apa yang dia terima pada petang tu. Hampir meragut nyawanya. Sepatutnya dia perlu berbincang seperti yang dia lakukan pada waktu petang itu. Tapi sayangnya semua dah terlambat....

Perkara itu mungkin akan menyebabkan Jefri ingat sampai hari ini. Dan selepas itu juga mungkin Jefri baru sedar yang kata-katanya Langit itu tinggi atau rendah seolah-olah ditujukan kepada dirinya sendiri...




TAMAT


 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com