Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 29 Mac 2011

Komik Lucah Anwar Ibrahim Pulak!...

Macam-macam hal la dengan politik nih. Apa saja cara sanggup dilakukan demi menjatuhkan lawan masing-masing tak kira dari pihak yang memerintah atau yang membankang.

Terbaru anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai, membuat laporan polis berikutan tersebarnya satu komik lucah yang menggambarkan Anwar Ibrahim melakukan aksi-aski yang kurang sopan.

Berikut adalah berita penuh yang Belalang ambil dari Sinar Harian.

----------------------------------------


Belum pun reda isu skandal seks, timbul pula isu baru apabila komik lucah yang menggambarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan aksi-aksi yang kurang sopan turut diedarkan dikalangan pengundi muda.


Komik tersebut dikatakan mula diterima oleh pengundi kawasan Parlimen Lembah Pantai melalui pos sejak semalam.


Perkara ini didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semasa  sidang media di lobi Parlimen hari ini.


 Pada jam 3.38 petang tadi, satu laporan polis tentang komik lucah tersebut telah dibuat oleh Nurul Izzah di Balai Polis Dang Wangi dalam usaha  menolak politik lucah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

------------------------------------------

Semakin menjadi-jadi pula politik mengaibkan lawan masing-masing sekarang nih. Dah macam trend...

3 comments:

Murni Alfathunnisa berkata... Reply To This Comment

begitu lah kotor nya permainan politik....

Ayie berkata... Reply To This Comment

entah laa.. dunia sekarang.. kita yang setakat rakyat biasa nih pun tak taw sape betul sape salah.. nak kata yang nih, yang tuh pun apa kurangnya.. nak kata yang tuh, yang nih pun lebih kurang rasanya.. so, PRU kali nih, aku undi berdasarkan calon.. bukan parti.. nasib la.. sape dapat mengorat hati aku, dapat la undi aku.. hahaha

dont judge by it's cover.. silap judge, neraka menanti..

Manusia dan haiwan ada satu persamaan, iaitu mempunyai otak.. apa yang membezakan antara haiwan dan manusia adalah akalnya.. renung-renungkan..

Admin berkata... Reply To This Comment

Assalamualaikum...

Saya tak pernah mengundi parti DSAI, tapi beliau ni seorang yang amat konsisten dalam mempertahankan prinsip dan mempunyai kekuatan mental yang tinggi dalam menghadapi ujian...

Jika dilihat pada ahli politik yang lain, jika kena ugut atau ditekan, sudah lama mengalah kerana mereka lemah dalam mempertahankan prinsip kebenaran dan keadilan. Mereka juga tidak ikhlas dalam menggunakan jalan politik untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Jika DSAI seorang yang tamakkan harta dan gilakan kuasa, pastinya beliau tidak menghadapi fitnah seperti sekarang ini. Beliau sudah boleh hidup senang seperti kebanyakkan pemimpin politik Malaysia yang lain. Tetapi beliau memilih untuk memperjuangkan serta mempertahankan prinsip beliau dalam membela nasib rakyat.Sangat jarang negara kita memilikki pemimpin yang konsisten dalam berjuang di arena politik sehingga sanggup dipenjarakan...

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com