Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 18 Januari 2011

Bagaimana Penipuan Blogwalking Berlaku?

Sebelum ni Belalang dah publish satu entry pasal blogwalking tipu. Klik sini kalau korang nak baca. Dari komen-komen yang Belalang terima banyak jugak yang tak paham apa yang dikatakan tipu tuh? Tipu disini bermaksud trafik satu hala. Blogger ni datang blog kita, kita tak dapat apa-apa trafik. Tapi jika kita membalas kunjungan blogger nih maka blogger itu akan dapat trafik dari kita. Sangat tak elok bukan?

Hal nih sebenarnya pernah menjadi isu satu masa dulu. Mungkin blogger-blogger baru banyak yang tak tau. Ok sini Belalang akan cerita kan sket pasal hal nih. Sebenarnya ada sesetangah blogger yang menggunakan software untuk blogwalking. Name software tu ialah auto blogwalking. Software nih membolehkan si penggunanya meninggalkan jejak di merata-rata shoutmix atau shoutbox tanpa perlu melakukan blogwalking seperti yang biasa kita lakukan. Dengan software nih si pengguna hanya perlu tulis ape-ape komen yang dia nak tulis, lepas tu masukkan list url blog yang nak ditinggal jejak tu, masukkan sebanyak mana pun boleh. Bila dah puas hati klik satu button dan automatik robot software nih akan pegi cari shoutmix dan shoutbox url blog yang telah di listkan oleh pengguna itu.

Salah satu lagi cara ialah seperti yang diterangkan oleh pendekar di blognya. Klik sini kalau korang nak baca satu lagi cara penipuan itu. Pendekar siap buat satu entry khas bagaimana nak atasi masalah itu disini. Pendekar juga ada listkan sebahagian nama-nama blogger yang blogwalking cara tidak jujur itu disini.

Ok sekarang Belalang nak terangkan bagaimana Belalang kesan blogger yang guna software nih. Caranya agak leceh dan makan masa tapi apa nak buat, kita terpaksa juga buat sebab banyak sangat dah blogger yang guna cara mudah untuk cari trafik sekarang nih. Cara yang Belalang maksudkan ialah check i.p address sesiapa yang tinggal jejak di shoutmix/shoutbox/cbox kita.

Korang perlu check i.p itu di shoutmix korang. Pastu dengan gunakan getclicky atau histats, korang check sekali lagi samada i.p itu betul-betul di detect oleh getcliky atau hitstats. Pening ke? Takpe, takpe Belalang dulu pun macam tu jugak. So Belalang sediakan gambar supaya korang boleh lebih cepat paham.


I.P yang ada di shoutmix



Mengesan I.P melalui getclicky


Sepatutnya diantara jejak Datin Ellis dan Ellen perlu ada i.p si transformer 3 tuh. Tapi dimana? So sekarang korang dah pahamkan. Last Belalang nak pesan jadilah blogger yang bijak. Win-win situation lebih bagus daripada hanya nak menang pada diri sendiri saja. Ingat, dunia blog Malaysia bukan besar mana pun. Pusing-pusing akan jumpa orang yang sama jugak... Emmm...

**Kalau korang belum ada getclicky atau histats, klik jer pada nama tu kat atas yang warna ijau tu k...


Entry Berkaitan -


Isu Blogwalking: Kesimpulan Dari Semua Yang Berlaku

Blogwalking Palsu: Pendekar Masih Berpencak Silat

52 comments:

aZIEra itu aKu.... berkata... Reply To This Comment

ohhh teknologi...ada gak rupa nie...ketinggalannye ziera...hu

aDfeez berkata... Reply To This Comment

patutlah.. kekadang tu... nama org tu.. tp bila click pg kt blog len....
mcm nama 3 orang kt shoutmix..
ellen, bllg n ciktom..
tp bila aD click sumenya pg kt blog yg sama... pelik!!!

najihah sahami berkata... Reply To This Comment

waa...macam tu ea? hehe..kalo Mish memang dah tak balas kalau yang datang shoutmacam tu. padan muka. memang tak kan pernah klik pun. hehe.kejam tak?

nazirulhazwan~ berkata... Reply To This Comment

sengal la org2 yang cmni, derm, gua nak ulas gak nati isu ni, fisshy

mizayusof berkata... Reply To This Comment

thanks belalng. sekarang dah faham. miza nak cuba. sebelum ni klik dekat nama yang sama tapi ke blog yang berbeza. hairan jugak.

Mama JnJnJ@Sue@Anang berkata... Reply To This Comment

tak pernah guna autobw ni, tak tahu pun apa kebaikannya huhu..
saya bw spt biasa saja..

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata... Reply To This Comment

huh..semua fikir jalan mudah je..

Unknown berkata... Reply To This Comment

ada banyak lagi caranya belalang... bukan macam ni je nak detect.... huhu..

Nurdiyana Yaccob berkata... Reply To This Comment

oooo....mcm ni ke...DeQdEq tak pernah tau pun pasal ni...tima kasih sbb share..

Pink Pearl Lady berkata... Reply To This Comment

ooooo
macamtue ka,tu sbb ppl la nie tengok statik ramai jer yg masuk blog ppl tp check cliky hampeh jerrrr

FaraCuna berkata... Reply To This Comment

ohohoho..gitu plak ye..ceh.. techno techno..

sarah-najwan berkata... Reply To This Comment

ada gak blogger camni..
xpe belalang..nati akn wujud keadilannya..

tq krn info nih..

Cikgu Jaja™ berkata... Reply To This Comment

owh..(angguk2 tanda faham)
bagus belalang selOngkar hal ini :)

Tuan Penasihat berkata... Reply To This Comment

dah buat satu entri mengenai kes ni dan dah link ke sini.
tq banyak banyak.

Admin berkata... Reply To This Comment

nice info belalang...pestime dengar getlicky ni...kne reg dulu la ni eh?

tomatokering berkata... Reply To This Comment

baguih2 info nie belalang ! :D

FARHANA berkata... Reply To This Comment

ok belalang..skang br faham..ish teknologi canggih buat kite jd penipu kan?

CHEGU ALONG berkata... Reply To This Comment

thanks belalang 4 da info.sy dtg btl2 nie..bkn tipu2.. :P

kyo_9 berkata... Reply To This Comment

mudah sungguh penerangan ko bro..
thanks!

♥cikmOt♥ berkata... Reply To This Comment

mekasih...satu info yang menarik...saya mohon nak kongsi dan link kan ke blog ni ye...sebab nak terangkan pepanjang, tak berapa nak pandai....

harap diberi kelulusan....

Illiana Hidayah berkata... Reply To This Comment

tq belalang..memang kat shout out mix saya pun ada..ohhh~tertipu!

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

terima kasih kerana korang membaca entry ini. kepada yang nak copy entry nih, amik la. sebarkan hal ini. mungkin masih ramai yg tidak tahu akan hal ini...

iniialahaku berkata... Reply To This Comment

TQ 4 dis info...slama ni da syak beberapa shout yg gni..mg xptutla dorg wat cmni..haish..

p/s: ni komen ori yer..bukan software ke apa...hehehe

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

TE semakin faham dgn modus operandi mereka..mujur tiada chatbox..

BUNGA berkata... Reply To This Comment

oo.. mcm tu rupanya.. tipah tertipulah selama ni..

De Mois berkata... Reply To This Comment

Mak aih..tak tau pula ada software ni. Kalau x, dah lama pakai. Haha..takdele, macam ni punya manusia pun ada. Pemalas..tapi nak untung. Iskh3..salam perkenalan.

Terbaru di SuaraSendiri
Utama : Perihal ubat nyamuk

Afifah Azmi berkata... Reply To This Comment

now I know.. thanks belalang for the useful info. :)

kaizen shinobi berkata... Reply To This Comment

dah tak berbw... ramai sangat yang buat.... ngeh3...

nak bw, tak tinggal jejak kat smix dah. tinggal komen or just like the post dah.

selalunye tinggal komen.. hoho

Bee berkata... Reply To This Comment

renyah sikit lah kan..lg banyak kerja lah...menyusah kan org jer!

mila berkata... Reply To This Comment

org baru mcm sy ni mmg sll kena bodoh2 la huhu...

hyazz berkata... Reply To This Comment

oooo...camtu rupa nyer... baru lah paham sikit.. seb bek ler aku ni buta sikit bab2 nak chek gitu...klu tak aku sdiri pon naik hangin cam korang gak... huhuhu...
anyway dah masuk ke sini...jgn lupa fllow me balik ek... kita tuka link...aiii dh fllow u dah...

hyazz berkata... Reply To This Comment

oppsss...lupa nak bg link...
ni yer ku punya

http://hyazz.blogspot.com/

Datin Ellis Suriyani berkata... Reply To This Comment

ish..camni punye kes pon ade ke...tapi ellis x tipo eh.. :D

farhana sahri berkata... Reply To This Comment

ip address 3 transformer??cne 2??huhu...tau ip address je...

Padin berkata... Reply To This Comment

aku memang suka getclicky ekekee.. boleh trace apa saja,

Afiq Bukhari berkata... Reply To This Comment

nice info belalang :)

faraa halim berkata... Reply To This Comment

owh, trime kaseh sbb bgi info ;))

Anies Anessa berkata... Reply To This Comment

tanx utk info nie...
saya link kat belog nie ya...

Alinkiwi berkata... Reply To This Comment

bgos la dh dpt detect...sy pon xtahu...huhu...

Gayahspears berkata... Reply To This Comment

bagus jugak camni.. baru kita tahu sape yg suke maki hamun.. yg nyamar2.. hahaha.. check IPD address.. cayalah belalang.. info yg berguna...

Seri Bahasa berkata... Reply To This Comment

tahun 2009 kes seperti ini pernah terjadi kat indonesia tapi semua blogger bersatu. autoblogwalk tu hilang begitu saja.

di malaysia ni lain pula, ada blogger yang sokong mengunakan kaedah ni. tak nak bersatu boikot, sebab tu susah nak dihapuskan.

JZ Business World berkata... Reply To This Comment

JZ sharekan di sini
http://www.jzbusinessworld.com/2011/01/penipuan-blogwalking-dan-senarai-mereka.html
tq!

Madd berkata... Reply To This Comment

macam2 la...
thnks 4 ur info...
kene try gak ni...

atie berkata... Reply To This Comment

nice one..so people bleh nampak la apa sbnr ye berlaku..baru la org faham~

Yanyan berkata... Reply To This Comment

eiiiissshh!
geramnya yanyan. ada 2,3 nama yg salu singgah blog yanyan.
huh! tak patot !
terima kasih beritahu :)

ozzy berkata... Reply To This Comment

salam...

Semoga ramai lagi yang turut serta untuk dedahkan maklumat ini

" KEMPEN PERANGI BLOGGER PENIPU "

RALAT berkata... Reply To This Comment

OK TUAN RUMAH. TEKNIK YG BAGUS. TAPI SEBENARNYA CARA INI TIDAK TERLALU TEPAT. KENAPA? SEBAB SCRIPT ANALYTIC YG DIGUNAKAN PADA GET CLICKY, HISTAT, NUFFNANG, MAHUPUN GOOGLE ANALYTIC BOLEH DI BLOCK MENGGUNAKAN SRCIPT BLOCKER, EDIT HOST FILE DAN BEBERAPA TEKNIK LAIN. BERMAKNA, KUJUNGAN YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA YANG BERBUAT DEMIKIAN TIDAK DAPAT DIJEJAKI. JADI MUNGKIN BERLAKU SEDIKIT RALAT.

Kumbang Jingga berkata... Reply To This Comment

Oh tidakkkkkk..kumbang pun kena tipu gak huhuhuh

ArryCode berkata... Reply To This Comment

Macam ni punya trend pun ader juga yer...

imaza93 berkata... Reply To This Comment

ohh, baru bertambah faham , haish , kena berjaga-jaga ni...

SyafzMagz.com berkata... Reply To This Comment

tenkiu belalang hijau...yen baru tahu...ingatkan diorang komen kat shoutbox selama ni tu, semuanya yang datang singgah blog, rupe-rupenyer tak.... ish!!! diorang bukan blogger sejati!!!

yen ni baru je dalam dunia blogging...harap bagi tunjuk ajar kalau ada salah dan silap... :)

miSs Zie berkata... Reply To This Comment

walaupun ni entri lama tapi sy baru taw wujud isu ni =,=
btw sy ada link buat entri pasal benda ni & sy link kn entri kamu ni sekali. Sila lah dtg tgk. kalau x suka blh gtaw nnt saya edit post tu ;)

http://zieluvista.blogspot.com/2011/04/blogwalking-tipu.html

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com