Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 28 Februari 2011

Video Interlok Song For Umno & Malay Goverment: Kerana Mulut...

Setiap orang ada cara ia meluahkan ketidak puasan hatinya samada dalam bentuk tindakan atau kata-kata. Namun didalam zaman yang serba moden dan perhubungan internet yang semakin hebat (line jer yang teruk), kebanyakan individu lebih gemar meluahkannya melalui medium ini samada blog, youtube atau Facebook. senang beb cara macam nih. Boleh baling batu pastu sembunyi tangan.

Berkaitan dengan satu video yang dikatakan menghina melayu dan Islam yang bertajuk Interlok Song For Umno & Malay Goverment, Belalang percaya ia di upload oleh golongan yang cuba mewujudkan ketengangan di dalam negara kita. Tak sepatutnya pihak berwajib membiarkan sahaja video-video sebegini diwujudkan dan tiada tindakan dikenakan.

Sangat jelas yang pembuat video ini telah menghina bangsa melayu dan agama Islam dengan menghemburkan kata-kata kesat dalam video ini. Hina melayu mungkin masih boleh dimaafkan jika si pembuat video ini memohon maaf. Tapi bila dia menghina Islam, Belalang memang betul-betul marah. Islam dipermain-mainkan oleh agama lain disebabkan kita sendiri yang tak bersatu. Sebelum ini Namawee yang begitu kurang ajar membuat video-video begini. Selepas ini tak mustahil akan lebih banyak video-video begini akan di upload di internet disebabkan tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan kepada mereka-mereka yang dengan sengaja mempermainkan sensitiviti agama di negara ini.

Selepas ini Belalang berharap kerajaan tolonglah bertindak dengan lebih tegas. Rasanya sekiranya orang melayu yang membuat video begini, tentu awal-awal dah dikenakan tindakan. Tapi jika bangsa lain kenapa macam lambat sangat ye?

Bukan Susah Nak Cari Musuh

Seperti yang dijangka kehilangan Belalang beberapa hari ini, tentu ada beberapa cerita menarik yang Belalang terlepas pandang. Bermula selepas jer publish entry Belalang yang ini (kilk) tadi, Belalang terus pusing-pusing mencari apakah perkara yang terlah berlaku sepanjang kehilangan Belalang ini dan akhirnya Belalang telah temui sesuatu.

Tak moh la masuk campur dengan apa yang terjadi. Tak perlu curahkan minyak pada api yang sedang marak. Cuma Belalang nak pesan satu benda jer. Ntah la Belalang pernah tulis ke tak benda nih. Tapi Belalang yakin korang pun pernah dengar kiasan atau kata-kata ni.


"1000 kebaikan yang kita lakukan
orang belum tentu dapat mengingatinya
berbanding dengan 1 kesilapan yang kita lakukan"


Begitu juga dengan dunia blogging nih. Katakan sebelum ini korang dah menghasilkan 1000 entry yang bermanfaat kepada pembaca, tapi disebabkan 1 kesilapan korang menghasilkan entry yang teruk contoh mengaibkan orang, Belalang jamin pembaca korang akan lebih mengingati 1 entry buruk korang tu brbanding dengan 1000 entry sebelum itu.

Jadi buat la seperti selalu Belalang katakan. Berhati-hati apabila ingin menulis sesuatu perkara itu. Pikir baik buruk entry itu sebelum korang publish kepada umum. Berkongsilah dengan pembaca blog korang akan hal-hal yang berguna dan baik.

Kembali Lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabatku sekalian. Rindu kat Belalang tak? Soklan tak malu... Wakaka. Alhamdulillah setelah mengharungi beberapa hari yang perlu bergerak dengan pantas, akhirnya siap juga keje-keje penting Belalang.

Dari mula bertolak ke KL sampai la Belalang tiba kelmarin di Kulim, Kedah, hari ini baru Belalang rasa betul-betul free untuk melihat blog ijau yang dirindui ini. semenjak Belalang aktif berblog, ini la jangka waktu paling lama Belalang tinggalkan blog. Dua hari jer tapi terasa betul-betul lama. Macam dua tahun. Hee...

Belalang agak terharu melihat visitor blog Belalang masih maintain seperti biasa walaupun tak online. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi datang melawat blog Belalang. Kepada yang wish Belalang selamat pergi dan pulang juga Belalang ucapkan terima kasih.

Kejap-kejap lagi Belalang nak jenjalan membaca blog kawan-kawan. Dua hari ilang sure ade macam-macam story baru. Nantikan kedatangan Belalang Hijau Perisik ke blog anda!

Jumaat, 25 Februari 2011

Berangkat Ke K.Lumpur

Entry pantas ini hanya untuk memberi tahu yang Belalang tengah ready-ready untuk ke Kuala Lumpur atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.

Belalang akan bertolak sekejap lagi dan pulang ke Kulim pada malam Sabtu. Mungkin blog hanya akan update pada hari Ahad. Tapi sekiranya di KL nanti Belalang berkesempatan untuk update blog, akan Belalang lakukan.

Doakan semoga perjalan Belalang ini berjalan dengan mudah dan selamat ye. Jangan nakai-nakai tau... Tata titi tutu...

Khamis, 24 Februari 2011

Tips Mencari Idea Tulis Blog

Ape yang korang tenung screen komputer tu lame-lame? Dah la tak bergerak-gerak, mata pun tak berkelip-kelip dari tadi? Oh, takde idea nak tulis entry rupanya. Ingat ke mati celik tadi. Hahaha Cian korang. Meh sini Belalang nak share beberapa tips yang boleh korang amalkan untuk menulis entry setiap hari.




Tulis idea tersebut
Ini Belalang pernah terbaca dalam satu blog. Bila pikir-pikir balik betul jugak kita perlu catit idea yang datang tu sesegera yang boleh. Idea pulak kalau datang tak mengira tempat dan masa. Jadi seeloknya korang tulis jer kat mana-mana idea menarik korang tu. rasenyer tulis dalam henpon paling senang.


Banyakan membaca
Membaca memang dapat membantu korang untuk mencari bahan-bahan yang menarik untuk dikongsikan di dalam blog. Jadi carilah beberapa banyak bahan bacaan yang kena dengan konsep blog korang. Contohnya kalau blog korang berkaitan info gadget, baca la majalah-majalah yang banyak memberi info tentang gadget.

Search internet
Ini pun lebih kurang sama dengan yang atas cuma bezanya korang mencari info itu hanya melalui internet. Dah jumpa info yang korang cari tu jangan lupa bookmark atau copy simpan dalam pc korang. Kalau korang mencari berita terkini dan hot, selalu-selalu la jengah akhbar-akhbar online di internet.


Peka dengan sekeliling
Time korang keluar bersia-siar atau ada apa-apa urusan, cuba-cuba la perhatikan sekeliling korang. Mana nak tau ada perkara yang boleh dijadikan isi entry korang. Nak lagi best apa-apa kejadian yang korang saksikan tu, tangkap sekali gambar untuk dimasukan dalam entry.


Email
Kadang-kadang ada jugak email yang best-best telah korang terima dari kawan-kawan office atau sape-sape. Apa salahnya email itu korang pastekan di blog. Boleh juga berkongsi dengan pembaca korang.


Video
Ini yang paling dan paling selalu Belalang buat. Abis kuat takde idea sangat, korang try la godek-godek youtube. Untung-untung ada video baru yang masih belum ramai orang tonton.




Itu saja tips yang dapat Belalang kongsikan. Selalunya Belalang memang buat begitu dalam mencari idea menulis entry. sekiranya korang mempunyai apa-apa idea lagi, macam biasa drop di ruang komen ok...

Rabu, 23 Februari 2011

Keputusan Bola Sepak Kelayakan Olimpik: Malaysia Lwn Pakistan

Tahniah pasukan Malaysia! Sangat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukan oleh anak-anak buah Ong Kim Swee ini.

Dari bermulanya sepak mula pertama, Malaysia telah bermula dengan garang. Nampak begitu ketara yang Harimau Malaya begitu dahagakan kemenangan. Hasilnya dua gol berjaya diperolehi pada babak pertama.

Masuk babak kedua permainan menjadi lebih pantas dimana begitu banyak sekali serangan yang hampir menghasilkan gol dapat Malaysia lakukan. Namun nasib tidak begitu menyebelahi Malaysia.

Sekali lagi tahniah Malaysia. Semoga rentak kemenangan ini dapat dikekalkan. Keputusan penuh dan lain-lain keputusan.

Malaysia 2:0 Pakistan
Indonesia 1:3 Turmenistan
Hong Kong 4:0 Maldives
Iran 1:0 Kyrgyzstan
Thailand 1:0 Palestin
India 2:1 Myanmar

Zizan Dan Dira Sah Pengacara Melodi Yang Baru

Desas-desus yang mengatakan Zizan Raja Lawak dan Dira bakal menggantikan Fara dan Wahid bagi mengacarakan rancangan Melodi akhirnya terjawab apabila TV3 telah mengesahkan yang memang Zizan dan Dira akan mengacara rancangan itu bermula awal Mac 2011 ini.

Untuk berita lanjut bacab entry di bawah ini yang Belalang petik di izyan.com

-----------------------------------------------


Tahniah kepada Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar kerana bakal mengantikan Wahid dan Fara Fauzana dan sekaligus pengacara bagi rancangan hiburan, Melodi TV3 pada awal Mac 2011. Memang tekaan yang dibuat selama ini dimana desas desus yang bertiup kencang akhirnya di sahkan oleh pihak TV3 baru-baru ini. Zizan dan Dira merupakan artis baru yang diberi kepercayaan penuh untuk mengendalikan program itu, memandangkan kedua-duanya mempunyai potensi dan peminat yang ramai, masih fresh gitue.

Wahid dan Fara yang sudah 6 tahun bersama Melodi akhirnya mengundurkan diri. Biasalah adat kan, mestilah ganti-ganti. Bagi peluang kat orang lain pula. Rezeki ada dimana-mana, Fara dan Wahid selepas ini masih lagi ada orang/pihak yang nak punya lah, jangan risau punya la. 

Selasa, 22 Februari 2011

Kes Rais Saman Blogger: Berhati-hati Ketika Menulis

Belalang tak begitu sihat arini. Dah lama Belalang tak demam dan batuk-batuk dengan teruk. Dari pagi tadi hanya berbaring di katil. Walaupun tak tidur tapi sengaja Belalang pejamkan jugak mata. Nak gerak ke kedai pun rasa malas dan tak bermaya.

Berbalik kepada tajuk di atas, korang tau kan yang ada sorang blogger telah disaman oleh Datuk Seri Dr.Rais Yatim? Saman itu dikeluarkan ekoran entry blogger itu yang kononnya telah memfitnah Rais Yatim. Ala, yang heboh aritu pasal kes #####. Korang pegi la Google sendiri isu apa yang hangat diperkatakan oleh blogger tidak berapa lama dahulu.

Belalang bukan nak sebelah mana-mana pihak. Cuma Belalang nak ingatkan rakan-rakan blogger supaya lebih berhati-hati dengan setiap penulisan atau entry copy paste yang kita amik dari mana-mana sumber. Kita mungkin benar dalam menyatakan apa-apa hal. Siap ada bukti lagi. Tapi bersediakah kita untuk dibawa lebih jauh penulisan kita itu?

Contoh sekiranya disaman disebabkan penulisan kita, bersediakah kita untuk naik turun makhamah dan fight untuk kebenaran kita? Perlu di ingatkan yang setiap kes yang berjalan di makhamah bukannya memakan masa hanya dua atau tiga hari. Ada yang memakan hingga bertahun-tahun.

Jadi nasihat Belalang sekiranya korang tidak bersedia, pertimbang dahulu baik buruk entry yang akan korang publish. Sekiranya dirasakan isu itu terlalu sensitif, elok la dielakkan. Namun sekiranya korang dah memang bersedia untuk menerima sebarang risiko, teruskan la niat korang untuk membongkar hal-hal sensitif itu.

Untuk membaca berita tentang kes saman itu, klik sini.

Isnin, 21 Februari 2011

Celcom Broadband: 1 hari 500MB, 1 Minggu 1GB

Sedih betul dengan masej yang Belalang terima dari Celcom malam semalam dimana selepas ini pengguna prepaid broadband tidak lagi mendapat keistimewaan unlimited usage. Mulai 18 Febuari Celcom telah meletakan limit usage dimana jika topup sehari, hanya 500MB limit usage disediakan dan untuk seminggu hanya 1GB.

Belalang kebiasaanya akan topup internet Belalang secara minggu-minggu. Setiap kali topup memang Belalang akan gunakan internet Belalang sebaik mungkin seperti download movie, download mp3, layan youtube, blogwalking dan macam-macam lagi la tanpa sebarang perasaan bimbang, kini nampaknya Belalang perlu menggunakan dengan lebih berhemah line internet Belalang.

Mungkin pas nih movie pun dah akan kurang download (mungkin tak download lansung), blogwalking juga akan dikurangkan dan yang paling penting laptop nih akan punyai masa rehat yang lebih. Sebelum ni kebiasaan bila Belalang tido, Belalang akan tinggalkan laptop ni download movie sampai pagi. Selepas ni mungkin tidak lagi.

Harap Celcom akan pertimbang balik untuk kasi keistimewaan pada pengguna prepaid celcom broadband seperti sebelum ini (macam ye Celcom nak kasi). Hee...

Ahad, 20 Februari 2011

Kami Benci Blogger!

Baru Belalang terperasan yang di Facebook ade group yang menggelarkan diri mereka sebagai KAMI BENCI BLOGGER... Apakah itu semua? Tak dapat difahami oleh Belalang yang berhati suci murni ini.

Adakah yang membangunkan group ini adalah orang yang menggunakan platform wordpress? dan yang menyokong group ini juga adalah mereka yang menggunakan wordpress? Atau pun da sebab-sebab lain? Mungkin juga group ini ditubuhkan hanya suka-suka? Tak mungkin sebab suka-suka.

Melihat pada yang like group ini tidak la seramai mana. Patut ke buat macam tu? Blogger ade buat ape-ape salah kot dengan pengasas group tu? Ntah, hanya pengasas group dan yang like group tu boleh menjawab soalan ini. Peace No War!!! ^_^

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


Abang Ben nak join! aritu nak join yang blog follower 1000-1500 tu... Tapi apakan daya, kesibukan membatasi ku. Ni kali ni tak moh lepas lagi. Aktif ke Belalang? Ntah. Rase macam aktif jugak. Korang jela yang nilai aktif ke tak Belalang.

Namun seaktif mana pun diri ini, masih belum dapat setanding dengan aktifnya Ben Ashaari. Hahaha...

 Meh sapa nak join klik sini.

Video Apabila Minyak Naik Harga

Setiap kali kerajaan mengumumkan minyak naik, rakyat seperti kita pasti mengeluh. Ada yang hanya menggeleng kepala dan ada juga yang melatah dengan agak extreme sambil menyumpah-nyumpah yang diri ini nekad nak tukar kerajaan.

Minyak bukan saja penting kepada penduduk di Malaysia. Malah satu dia amat-amat memerlukannya. Hinggakan US sanggup berperang gara-gara berebut dan mencari stok minyak bagi negara mereka.

Seandainya harga minyak terus melambung tinggi pada masa akan datang, Belalang bercadang nak buat seperti apa yang dipaparkan dalam video di bawah ini. Selain jimat, Belalang juga dapat menjaga kehijauan alam sekitar kerana kurangnya pelepasan asap. Korang juga boleh lakukan perkara ini. Jom ramai-ramai kita gunakan cara ini pulak.


Amacam? Agak-agak boleh selesaikan masalah harga minyak naik tak? Selamat mencuba... Hee...

Sabtu, 19 Februari 2011

Mereka Pergi Dan Mungkin Kembali?

Semenjak dua menjak ni peningkatan blogger baru amat ketara. Bukan Belalang yang kata tapi kebanyakan blogger berkata begitu. Tapi jika diperhatikan, rasanya memang betul pun. Kalau time blogwalking tu selalu saja Belalang akan sampai ke blog yang belum pernah Belalang sampai. Ramai betul blogger Malaysia ni ye.

Namun begitu walaupun setiap hari ramai blogger-blogger baru yang datang, kehilangan beberapa rakan-rakan blogger lama juga amat ketara. Kalau dahulu Belalang selalu bertandang ke blog mereka kerana suka membaca penulisan mereka, tapi kini blog itu ditinggalkan begitu saja. Ada yang sudah hampir setahun menghilangkan diri dan membiarkan blog tidak di update.

Mereka-mereka ini juga ada yang terdiri daripada pengomen hardcore blog Belalang. Asal ada entry jer, sure ade muka diorang drop komen-komen yang bernas. Kami juga selalu berborak di shoutmix. Kehilangan mereka amat dirasai oleh Belalang. Nasib masih ada yang sudi singgah dan drop komen di blog buruk Belalang ni. Sape lagi, korang yang sedang baca entry Belalang nih la... Hee...

Apa-apapun, walau dimana mereka berada, apa jua pekerjaan yang mereka lakukan, Belalang doakan semoga mereka berjaya dalam hidup. Mungkin suatu masa nanti mereka akan kembali aktif berblog dan masih sudi bertandang ke sini. 

Berniaga Di Medan Citarasa Kulim

Dalam perniagaan kita tak boleh ramal untung atau rugi sesuatu perniagaan yang akan kita jalankan itu kecuali kita mencuba. Kita cuma boleh mencongak dan mengagak bagaimana pulangan perniagaan itu pada masa hadapan. Sebaik-baiknya kita perlu mencuba.

Mukadimah kat atas tu, sebenarnya Belalang nak kasitau korang yang Belalang mungkin akan bertambah sibuk mulai hari ni. Kalau sebelum-sebelum ni Belalang selalu cakap Belalang sibuk, kali ni mungkin akan double sibuk. Sebabnya Belalang baru saja menyewa sebuah tapak bersaiz 10' x 10' betul-betul tengah Bandar Kulim.

Seronok juga Belalang untuk mencuba sesuatu yang baru. Kalau sebelum ini Belalang hanya pernah sertai expo yang berjalan sehari suntuk, rasanya Belalang tiada masalah untuk menyesuaikan diri. Cuma mungkin akan sedikit letih sebab terpaksa membahagi masa antara kedai Belalang dan juga gerai ini.

Kalau nak dikira, jauh juga lokasi kedai Belalang dan tapak gerai Belalang sewa ni. Tapi mana nak tau mungkin ini akan lebih memurahkan rezeki Belalang. Tak cuba tak tau kan?

Cadangnya di gerai ini nanti Belalang akan letakan gubahan perkahwinan seperti manisan dan sedikit aksessori  seperti dulang dan bakul untuk disewa. Mungkin juga akan ada dua tiga item lagi yang akan Belalang jual. Semuanya masih dalam perancangan.

Jadi kalau korang ade area-area Kulim, sudi-sudi la datang lawat gerai Belalang ye di Medan Citarasa Kulim. Macam-macam lagi barangan yang dijual disini seperti bundle, cenderahati dan lain-lain. Yang berminat untuk menyewa tapak juga boleh terus datang ke sini. Banyak lagi tapak kosong untuk disewa. Mai jangan tak mai!

Semakan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Ke-2

Semakan keputusan pengambilan kedua kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh dibuat pada 21 Feb ini menerusi laman web www.mara.gov.my

Pengambilan ini adalah bagi mengisi 1,370 tempat atau 13.7 peratus kekosongan iaitu 1,250 tempat bagi Tingkatan 1 dan 120 tempat untuk Tingkatan 4.

Kumpulan pelajar pengambilan kedua ini akan mendaftar serentak pada 1 Mac ini.

Sejumlah 25,244 permohonan direkodkan bagi Tingkatan 1 dan 15,873 tempat bagi Tingkatan 4 bagi sesi 2011. 

Daripada jumlah itu, MARA menawarkan 10,000 tempat iaitu 6,500 tempat untuk Tingkatan 1 dan 3,500 tempat untuk Tingkatan 4. 

Pelajar bagi sesi 2011 mendaftar pada 7 Februari lepas di 46 MRSM di seluruh negara manakala MRSM Mukah, Sarawak, mendaftar pada 7 Mac ini

Jumaat, 18 Februari 2011

Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran akan membuka permohonan untuk mengemas kini borang program matrikulasi sesi 2011/2012 mulai 21 Februari hingga 6 Mac ini.

Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2010 yang sudah mengisi borang permohonan melalui internet atau borang manual boleh mengemaskini borang itu bagi maklumat tambahan di http://apps.moe.gov.my/permohonan_matrikulasi/semakan

Atau pelajar-pelajar juga boleh menghubungi Talian bantuan Bahagian Matrikulasi
03-8884 4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

Orang Minyak: Antiklimaks!

Pagi tadi dalam pukul 2 pagi macam tu, Astro Prima ada menayangkan cerita orang minyak lakonan Firz Fairuz, Fauzi Nawawi dan beberapa pelakon lagi. Kalau tak silap Belalang filem tu ditayangkan di pawagam dalam sekitar tahun 2007.

Belalang memang pernah tengok filem ni pun. Tapi pagi tadi layan lagi sebab malas nak layan movie omputih. Tengok movie melayu ni rilek sket tak payah pening-pening nak pikir plot jalan citer. lagi-lagi movie yang dah pernah tengok.

Dipendekan cerita filem tu habis pukul 4 pagi. Dah alang-alang Belalang tertengok filem ni, elok je Belalang layan sampai abis. Belalang pun tengok la filem tu dengan Mrs.Belalang. Dalam 15 minit sebelum filem tu nak habis ada pulak iklan. Belalang pun amik kesempatan tengok-tengok channel lain. Bila buka balik Astro Prima, Belalang tengok filem orang minyak tu dah ulang balik babak sebelum iklan tu. Pelik jugak Belalang nape jadi macam tu.

Tapi disebabkan Belalang dah memang bersemangat nak tengok filem ni sampai abis, Belalang tunggu jugak. Pastu sampai part yang mula-mula tadi stop masuk iklan tu pun same. Jadi Belalang pikir sure lepas iklan ni akan sambung part last filem nih.

Tapi apa yang Belalang harapkan menjadi sebaliknya. Astro terus sambung dengan rancangan dalam list lepas tu iaitu Raja Lawak. Belalang yang mula-mula tadi dah memang teruja nak nengok ending filem tu, terus jadi frust giler. Hampeh betul Astro nih. Kalau tau macam ni awal-awal tadi masuk tido pun takpe.

Sambil jalan nak tutup tv tu, dalam hati ni punya mencarut-carut kat Astro berbakul-bakul. Memang antiklimaks!

Umpama Mandi Lima Kali Sehari

Jabir r.a menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Lima kali solat setiap hari itu umpama sebuah anak sungai mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi didalamnya lima kali sehari."

Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bertanya pada sahabatnya: "Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seseorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?".

Jawab para sahabat: "Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya".

Sabda rasulullah: "Begitulah umpama kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. dengan limpah rahmat Allah ia menghapuskan segala dosa".

Bank Ditipu RM19 Juta: Rasa Macam Nak Sepak...

Apa punya bank nih sampai boleh kena tipu juta-juta punya duit? Bukan kecik-kecik jumlah yang kena tipu, RM19 juta bro! Memang hangin giler baca. Nampak sangat bank tu buat keje sambil lewa jer.

Korang sure pelik nape Belalang lak hangin baca benda ni. Mau tak hangin. Kalau orang macam kita, contoh peniaga kecil macam Belalang, syarat bukan main lagi bank mau. dengan kertas kerja, dengan gambar premis, ada setengah tu nak cop ADUN la dan bla, bla, bla lagi.

Tak cukup dengan tu, bila dah serah kertas kerja pinjaman tu, pegawai bank tempat kita apply loan tu sure datang tengok untuk pastikan premis yang apply loan tu benar-benar wujud. Itu pun belum tentu loan boleh lulus senang-senang. Kadang-kadang lepas pegawai bank datang lawat kedai pun, loan bolej juga tidak diluluskan dengan alasan tempat tak strategik dan lain-lain lagi.

Berbalik pada tajuk di atas, sampaikan syarikat yang buat pinjaman loan tu bank tak dapat cari. Memang Belalang cakap bank tu dah jalankan kerja dengan sambil-lewa.

Cukup la Belalang membebel takat ni. Kalau korang blur lagi apa yang Belalang merepek ni, nah berita dari utusan online pasal kes ni Belalang paste.

--------------------------------------


Sebuah bank tempatan rugi RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang kononnya mahu membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Sumber berkata, dua syarikat terbabit sebelum ini mengemukakan permohonan pinjaman korporat kepada bank itu dan pihak bank tiada masalah meluluskan pinjaman setelah yakin dengan maklumat dan dokumen yang ditunjukkan oleh syarikat berkenaan.


Katanya, setelah melalui beberapa proses, wang pinjaman berjumlah RM19 juta diserahkan kepada syarikat tersebut.


Pihak bank menyedari ditipu apabila pemeriksaan di premis yang didakwa pejabat syarikat terbabit sebenarnya tidak wujud. Malah mereka juga gagal mengesan atau menghubungi individu yang berurusan membuat pinjaman.

Khamis, 17 Februari 2011

Cadangan Tempoh Perkhimatan PM Hanya Lapan Tahun?

Apa pendapat korang apabila ada yang mencadangkan tempoh untuk seseorang PM berkuasa hanya lapan tahun? Cadangan itu telah dibangkitkan oleh Ahli  Parlimen Pasir Mas iaitu Datuk Ibrahim Ali.

Pada pendapat Belalang ada baik dan buruknya dengan cadangan had masa itu. Mungkin juga ia bergantung dengan corak pimpinan yang rakyat terima. Dan sekiranya pemimpin itu berjaya memenangi hati semua bangsa dan lapisan rakyat, tiada salahnya tempoh lapan tahun itu boleh dipanjangkan lagi.

Tapi risau jugak kalau-kalau terlalu cepat bertukar-tukar PM, akan merencatkan projek serta cadangan masa panjang sesebuah negara. Port folio menteri-mentri pun mungkin akan selalu bertukar-tukar. Mungkin saja itu semua.

Ini hanya pandangan Belalang yang sangat cetek pengetahuan didalam dunia politik. Mungkin korang ada pendapat korang pulak berkaitan cadangan ini? So, korang bersetuju atau tidak dengan cadangan itu? Sila jangan malu-malu untuk berkongsi pendapat ye...

**Tun. Mahathir juga ada memberi respon dengan cadangan ini. Klik sini untuk membaca padangan Tun.M

Semakan Keputusan STPM 2010 Online Dan SMS

Keputusan STPM 2010 yang akan diumumkan pada 21 Februari 2011, calon-calon boleh mendapatkan keputusan dengan dua cara-


Semak melalui SMS mulai jam 12:00 tengah hari, 21 Februari 2011: 
taip STPM<> No. K/P hantar ke 36363 atau taip STPM<> RESULT<>No.K/P hantar ke 15888

atau

Lawati laman web www.mpm.edu.my
mulai jam 12:00 tengah hari, 21 Februari 2011

Rabu, 16 Februari 2011

Cerpen Aku Anak Derhaka Kembali Lagi?

Entry ni Belalang buat khas untuk sahabat alam maya Belalang iaitu saudara Sop. Belalang nak mintak maap sebab selepas saja Belalang menulis siri ke-10, siri ni tergantung begitu saja.

Sape-sape yang tak paham apa yang Belalang cakap klik sini atau sini. Sebenarnya sebelum ni Sop ada membuat satu cerpen berantai diantara blogger-blogger. Siri pertama sudah semestinya Sop yang mulakan dulu sebelum dia menyerahkan kepada blogger lain dan blogger itu pula melakukan perkara yang sama menulis sambungan siri itu kemudian diberi kepada blogger lain untuk menyambung cerita itu.

Malangnya sampai kepada Belalang siri ke-10, siri itu termati di situ dek kerana tiada blogger yang sanggup menyambung cerita itu. Dalam pada mencari-cari siapakah yang sanggup untuk meneruskan projek ini, tiba-tiba si pelangi a.k.a cik Rainbow cloudy menyatakan yang dia sanggup untuk menyambung siri ke-11. Siri itu telah pun siap dan tak salah Belalang Rain mungkin akan publish entry itu esok.

Sekali lagi Belalang ucapkan maaf kepada Sop. Dan kepada korang yang belum pernah membaca siri ini, sila terjah ke blog Sop kerana disana Sop telah himpunkan kesemua siri yang ditulis oleh blogger-blogger sebelum ini termasuk Belalang.

Menghentikan Email Notification Dari Facebook

Korang ada join apa-apa group di Facebook tak? Sure adakan. Kalau tak ada, baik korang pegi sertai mana-mana group komuniti blogger di Facebook sekarang. Selain dari mudah mempromosi blog korang, disitu juga korang dapat berkenalan dan bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Namun ada jugak sesetangah komuniti blogger telah unfollow group yang dia sertai kerana tak tahan dengan email notification yang saban hari memenuhi inbox email. Asal ade orang ping entry baru jer, email pun sampai. Kadang-kadang dalam satu hari sampai 20 atau 30 email begini masuk. Kalau jarang-jarang buka email, sekali buka memang hangin satu badan, nak buang email-email notification nih.

Ok sini ada satu cara untuk menghentikan email-email notification ni. Tak perlu korang unfollow satu-satu group tu hanya sebab masalah sekecil tu. Korang ikut langkah mudah di bawah ini-


1) Perhatikan pada sebelah kanan bahagian atas Facebook anda, ada button 'edit setting' bukan? Klik pada button itu.


2) buang tick pada dua kotak yang terdapat disitu dan save perubahan anda itu.


Selepas itu hidup anda akan aman tanpa email-email notification yang boleh menyebabkan darah tinggi anda naik dengan mendadak. Seperti Belalang nyatakan pada mula entry ini, bagus sebenarnya join group-group di Facebook nih. Belalang juga ada join dan selalu lepak di Sembang Faizal Fredley Dot Com. Satu lagu group yang Belalang ada jugak join tapi jarang sket berchatting di situ ialah Port Blogger.

Selamat mencuba!

Selasa, 15 Februari 2011

Keputusan Liga Super 15/02/2011



Harimau Muda 2 -1 Perlis

Kedah 0 - 0 Perak

Kuala Lumpur 0 - 2 Kelantan

Negeri Sembilan 0 - 1 Felda United

Pahang 1 - 0 T-Team

Selangor 3 -2 Terengganu

Sabah 0 - 1 Johor FC

519 Sedang Online, Belalang Dah Glamour...






Sebenarnya Belalang memang tak pernah menyangka yang blog Belalang betul-betul berguna bagi sesetangah orang untuk mencari maklumat. Belalang banyak juga bermain dengan keyword dan alhamdulillah hingga ke hari ini trafik dari engine carian seperti Google, Yahoo dan Bing banyak membantu perkembangan blog ini.

Lihat pencapaian terbaru blog Belalang, semakin hari semakin meningkat pengguna yang sedang online pada satu-satu masa. Dan ini adalah yang paling tinggi pernah Belalang perasan, 519 orang sedang online. Terus saja Belalang print screen fenomena yang Belalang rasakan sangat bersejarah bagi blog Belalang.

Seronok betul Belalang tengok. Kalau boleh Belalang sangat inginkan saat-saat begini berterusan sampai bila-bila. Tapi Belalang sedar, masih terlalu jauh perjalanan. Masih terlalu beza jika nak disama tarafkan Belalang dan Ben Ashaari, Red Mummy serta beberapa nama besar lagi.

Kalau la benar seramai itu yang sedang online, tiap-tiap hari Belalang tido sambil senyum. Namun apakan daya, itu hanyalah error yang sedang berlaku pada stats counter itu. Hakikatnya yang sedang online takde la seramai tu. Harap-harap satu masa nanti stats counter itu akan memaparkan jumlah 519 yang kali ni betul-betul punya. Bukan sekadar error lagi... Hee...

Pemberian Seorang Sahabat

Nampak header di atas tu? Ya, Belalang bertukar header lagi. Tapi kali ni bukan Belalang yang design header tu. Ia pemberian seorang sahabat kepada Belalang dan juga peserta-peserta contest blognya. Belalang memang tak tau pun yang sesiapa yang masuk contest dia anjurkan akan mendapat header free! kelas gitu...

Sudah la free, dia siap pesan lagi sekiranya ada kekurangan sila bagitau dia balik. Dia sanggup repair dan ubah suai dengan free jugak. Memang hebat! Tapi bagi Belalang, bukan elok atau cantik yang Belalang kesahkan dengan header tu. Yang paling penting adalah kesanggupan dia untuk memberi dan design dengan percuma kepada peserta-peserta contestnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Kepada dia, Belalang ucapkan terima kasih sangat-sangat. Jujur cakap bagi Belalang dah nice header tu. Sebagai tanda menghargai apa yang telah orang beri kepada Belalang, header itu akan Belalang gunakan sampai la Belalang rasa boring dan nak tukar lagi. Hahaha...

Korang nak berkenalan tak dengan dia? Tak rugi kenal tau. Sudah la friendly, happy, paling best entry dia memang kreatif. Belalang suka membaca entry-entry yang dia hasilkan. Jadi kalau korang nak berkenalan dengan dia yang Belalang maksudkan di atas, jangan malu jangan segan, klik sini.

Tanam Anak Belakang Rumah: Sah Dibunuh!

Entry Belalang kelmarin yang bertajuk tanam anak belakang rumah: kes bunuh?, rupanya memang betul. Bayi itu meninggal akibat kecederaan serius pada bahagian kepala dipercayai dipukul oleh bapanya sendiri. Apa punya bapa ini? Tergamak memukul anak yang baru 10 hari usianya.

Berita asal kes itu yang Belalang ambil dari Harian Metro, dan lanjutan berita itu juga hasil laporan dari akhbar yang sama yang bertajuk Kepala bayi cedera parah akibat dipukul. Sedih Belalang membaca berita itu. Sudah la mereka membunuh, menanam mayat bayi itu, rupanya pasangan itu juga tidak pernah berkahwin secara sah!

Semoga pasangan ini akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan melampau dan dosa-dosa mereka.

Isnin, 14 Februari 2011

Konsert Mohsen Namjoo Dibatalkan: Kuasa Blogger!

Alhamdulillah. Berkat tentangan yang pernah dinyatakan secara terang-terangan oleh beberapa blogger, kerajaan mengambil langkah untuk menarik balik permit korsert Mohsen Namjoo Jumaat ini.

Mohsen yang dikatakan berpegang kepada ajaran Syiah ini meyampaikan lagu-lagu yang liriknya menghina Nabi Muhammad SAW dan juga Al-Quran. Belalangg juga ada menyampaikan tentangan itu pada entry Belalang disini.

Terima kasih kepada semua yang telah menyampaikan tentang anda kepada Mohsen Namjoo. Terima kasih juga kepada kerajaan kerana mendengar suara blogger-blogger seperti kita.

Berita penuh mengenai penarikan balik permit konsert itu, korang boleh baca disini.

Raikan Valentine? Sila Baca Fakta Ini

Entry lama yang diberi nafas baru dan sedikit penambahbaikan





* Petikan asal dari Harian metro

HARI Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.



  • ASAL-USUL Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah, perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine.
    Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.





  • PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTAN Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan ‘Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam’.
    Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: ‘Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam’.





  • KONSEP KASIH SAYANG ISLAM Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam. Manusia sanggup melakukan apa saja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkanIslam.









  • Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan Allah.



  • CIRI PASANGAN SESUAI BERCINTA Ia dibahagikan kepada empat iaitu niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa; mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama dengantindakan yang menjerumus ke arah zina.
    Perkara ketiga ialah Istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan berusaha menjadi Muslim yang sebenar; dan terakhir, sentiasa menjaga batasan aurat.





  • CINTA SEBELUM PERKAHWINAN Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Mereka melanggar hukum Yang Esa kerana khayal di alam percintaan tanpa berpandukan syarak.





  • PERATURAN HUBUNGAN CINTA MANUSIA Peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia itu didasarkan juga kepada cintakan Allah dan hendaklah kita pastikan ketika menjalin hubungan, tiada hukum-Nya yang dilanggar.





  • CARA KEKAL CINTA SESAMA MANUSIA Letakkan asas cinta kepada cintakan Allah SWT. “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” (az-Zariyat, 51: 56) 






  • CINTA SEBELUM KAHWIN Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampiri zina.




  • TEGAHAN SAMBUTAN Islam melarang perayaan ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat seperti pergaulan bebas, zina dan hamil tanpa nikah. Paling menyedihkan, ia berlaku kepada masyarakat Melayu, khususnya yang beragama Islam.



  • Tanam Anak Belakang Rumah: Kes Bunuh?

    Hairan betul dengan dunia sekarang nih. Bukan saja yang tak berkahwin dan terlanjur yang mengambil jalan singkat dengan menanam bayi yang mereka tak inginkan, pasangan yang berkahwin juga sanggup melakukan perkara yang sama.

    Tak dapat dipastikan pula mengapa pasangan suami isteri ini tergamak menanam bayi mereka yang kelima ini. Mungkin sesuatu telah mereka lakukan ke atas bayi itu hingga ia hilang nyawa?

    Di bawah ini petikan berita yang Belalang salin dari Harian Metro.

    ---------------------------------


    Sepasang suami isteri ditahan selepas cuba menanam anak kelima yang meninggal dunia selepas 10 hari dilahirkan di dalam lubang di belakang rumah mereka di kawasan setinggan di Jinjang Utara, di sini, tengah hari semalam.


    Kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu disedari seorang jiran pasangan terbabit selepas bapa bayi berkenaan datang meminjam cangkul dengan alasan untuk menanam uri bayinya yang baru dilahirkan.




    Jiran pasangan itu, Mohd Ashaari Ulong, 56, berkata dia mengesyaki sesuatu dengan tindakan jirannya itu kerana tiba-tiba ingin meminjam cangkul dan menanam uri sedangkan bayinya lahir sejak 10 hari lalu.


    “Pada masa sama, dia tidak pernah mendengar tangisan bayi dari rumah jirannya itu walaupun tahu isteri jirannya sudah melahirkan anak,” katanya ketika ditemui, semalam.




    Katanya, berikutan rasa was-was itu, dia enggan meminjamkan cangkul.




    “Saya meminta anak buah saya meninjau kawasan rumah lelaki itu sebelum dimaklumkan ada kesan timbusan tanah di belakang rumah terbabit.


    Lagi berita penuh disini.

    Ahad, 13 Februari 2011

    Ciri-ciri Blogger Sejati

    Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

    Jawatan Kosong Kerajaan 2011, 2012

    Himpunan jawatan kosong kerajaan sepenuh masa, kontrak dan juga badan berkanun seluruh Malaysia. Sila klik link dibawah ini untuk melihat jawatan kosong kerajaan yang terkini.




    Sabtu, 12 Februari 2011

    Keputusan Liga Super 12/02/2011

    Felda United 2 - 1 Pahang

    Kelantan 4 - 1 Johor FC

    T-Team 1 - 3 Harimau Muda

    Perak 2 - 0 Negeri Sembilan

    Selangor 1 - 1 Kuala Lumpur

    Sabah 1 - 0 Kedah




    (Perlawan kelmarin)
    Perlis 1 - 3 Terengganu

    ADUN Kerdau Meninggal Dunia

    Al-Fatihah kepada Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang meinggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada petang. Memetik berita di Utusan Online, Allahyarham di khabarkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau.

    Semoga Allahyarham di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    Klik tajuk pada bawah ini untuk membaca berita penuh.



    Aziz Che Wah Penipu: Siapakah Dia?


    Tiba-tiba pagi tadi Belalang terperasan ada satu kata kunci 'Aziz Che Wah Penipu' singgah diblog Belalang. Pelik jugak sebab tak pernah pulak Belalang tulis orang nama sebegini. Sape Aziz Che Wah nih? Nape tiba-tiba ade orang Google nama dia? Mungkin dia seorang yang terkenal, atau kenalan lama orang yang mencari tu. Tapi kenapa pada keyword tu perlu ada perkataan PENIPU?

    Atas sebab ingin tahu maka Belalang pun try la cari info mengenai siapakah Aziz Che Wah ini. Nama pun Belalang Hijau Perisik, so kena la buat keje-keje risikan sket. Betul tak? Hee...












    Inikah Aziz Che Wah yang dicari?


    Mula-mula Belalang bertemu dengan profile Facebook yang bernama Aziz ini. Adakah ini orang yang si pengGoogle itu cari? Kalau betul orang ini, memang nampak macam hebat Aziz Che Wah ni. Patut pun orang cari. Belalang agak Aziz ini seorang yang aktif berMLM berikutan di profile Facebooknya ada link ke satu web bisnes. Tapi apabila di klik, seolah-olah dah expired jer web tuh.

    Tak puas hati punya pasal, Belalang Google dan cari lagi sapekah gerangan Aziz nih. Hasil carian di Google, Belalang menemui tiga link yang ada tertera nama Aziz Che Wah dan nama ini ada kaitan dengan beberapa nama bisnes MLM seperti yes2biz.com, Ads4Buck dan Fastrack-inc.com.

    Tapi satu perkara lagi yang Belalang musykil adalah nombor telefon yang tertera. Walaupun nama yang sama, tapi nombor telefon bagi setiap bisnes berbeza-beza. Adakah ini menunjukkan yang memang terdapat beberapa orang nama Aziz Che Wah aktif berMLM ataupun itu tetap orang yang sama? Belalang Blur dan tiada jawapan.

    Kesimpulan yang dapat Belalang buat ialah Aziz Che Wah ini mungkin telah melakukan sesuatu kepada orang-orang disekelilingnya hinggakan ada yang mencarinya di internet. Siap tambah perkataan PENIPU lagi pada keyword. Korang yang baca entry Belalang ni kenal ke sape Aziz nih? Belalang masih berminat nak tahu siapakah gerangan orang ini. Kalau ada apa-apa info jangan segan untuk drop di bahagian komen ye.

    Dadah: Adik Pelakon Komedi Kena Cekup?

    Agak sape la adik pelakon yang kena tangkap ni ye? Siap pernah memenangi beberapa anugerah lagi. Ayat yang tak berapa pasti. Abang dia atau adik pelakon tu yang menang banyak anugerah?

    Korang layan sendiri jela petikan berita dari Harian Metro kat bawah nih-

    ----------------------------------------------


    AMPANG: Adik pelakon komedi terkenal yang pernah memenangi beberapa anugerah ditahan bersama 12 orang ketika serbuan dijalankan dalam satu operasi dadah oleh Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di Lorong Bukit B2, Cheras Baru, kelmarin.


    Dalam serbuan kira-kira jam 7 malam itu, lelaki berusia 27 tahun dipercayai adik pelakon dan pelawak terkenal itu ditahan bersama rakan-rakannya yang sedang khayal di bawah pengaruh dadah. 
    Difahamkan, polis yang melihat wajah lelaki terbabit mirip pelakon komedi itu kemudian didesak sebelum mengaku dia adalah adik kepada pelawak terbabit. 


    Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, adik pelawak terbabit kini ditahan polis selepas hasil pemeriksaan mendapati dia positif dadah jenis ganja. Bagaimanapun, polis tidak menjumpai sebarang dadah bersamanya.

    Hosni Mubarak Letak Jawatan: Perjuangan Rakyat Yang Tak Sia-sia

    Akhirnya Presiden Mesir Hosni Mubarak melepaskan jawatannya setelah beliau enggan berbuat begitu sebelum ini dari mula desakan itu dibuat.

    Akhirnya sekali lagi dunia menyaksikan suara rakyat lebih hebat dalam menentukan hala tuju sesebuah negara. Dibawah adalah artikel berita yang Belalang ambil dari Utusan On-line

    -----------------------------------------


     Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya apabila meletakkan jawatan yang diumumkan oleh naib presidennya, Omar Suleiman dalam televisyen negara itu malam tadi.


    “Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar ketika mengumumkannya dalam televisyen.


    Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan diseluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.


    Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.


    Di Tunis, rakyat Tunisia turut berpesta meraikan perletakkan jawatan Mubarak selepas empat minggu mereka menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali dari tampuk pemerintahan dengan menari dan membunyikan hon kenderaan sepanjang jalan.


    Sebelum itu, satu sumber memberitahu AFP, setiausaha agung parti pemerintah Mesir, Parti Demokratik yang baru dilantik oleh Mubarak, Hossam Badrawi meletakkan jawatan

    Lirik & Kord Gitar: Situasi - Bunkface

    A#m    Fm        F#      G#
    dkrisminasi menjatuhkan aku

    A#m    Fm      F#       G#
    reputasi kini menjadi bisu

    A#m Fm   F#
    dan      aku

    G#  C#
    ku layu

    G#  F#   G#
    di situ

    F#                      A#m
    mengharapkan sesuatu yang baru

    F#          G#
    itulah impian aku

    C#                 G#
    dan bila kau menghilang

    A#m
    musnahlah,musnah impian

    F#
    untuk mengampai bintang

    G#         C#
    terangi hidupku

    G#
    ku mahu kau tahu

    A#m
    engkaulah destinasi ku..

    F# G#
    dalam ingatan ku

    (kord sama seperti di atas)
    kerna diri ini tak daya lagi

    menempuh hidup yang ku temui

    dan aku

    ku tunggu

    di situ

    mengharapkan sesuatu yang baru

    itulah impian aku

    C#                   G#
    dan bila kau menghilang

    A#m
    musnahlah,musnah impian

    F#
    untuk mengampai bintang

    G#       C#
    terangi hidupku

    G#
    ku mahu kau tahu

    A#m
    engkaulah destinasi ku..

    F#
    dalam ingatan ku

    (solo)
    F# G# F# G# C#

    Lirik & Kord Gitar: Pagi Yang Gelap - Hujan

    D/A              DM7/A

    Lebih tua dari ku harap sabar menunggu

    D7/A               G

    Kepulangan mu ku tunggu

    D/A

    Bukan maksud ku mendiam

    DM7/A

    Tiada niat menyimpan dendam

    D7/A                    G

    Hakikat nya rindu yg mendalam



    Gm        C/G       D/A

    Jalan inikan membantu

    Gm        C/G       D/A

    Hari esok siapa yg tahu

    Bm/F#              E

    Kata ibu dengar sahaja

    G                     A

    Cerita hanya kita berdua





    chorus

            Em                  A*

    Pagi yg gelap kini sudah terang

            D

    Aku adik mu

                D

    Dan engkau abang

    Em         F#m    Bm/F#

    Ku amat merindui kan mu

            Em                  A*

    Pagi yg gelap kini sudah terang

            D

    Aku adik mu

                D

    Dan engkau abang

    Em         F#m          Bm/F#

    Ingin ku ulang kemasa dulu



    Slide

    Bm/F#, Cm/G, C#m/G#, Asus4#5



    verse



    D/A          

    Tak akan putus

    DM7/A

    Hubungan kita

    D7/A                   G

    Tarik nafas lega kerna aku tak apa apa



    Gm        C/G       D/A

    Jalan inikan membantu

    Gm        C/G       D/A

    Hari esok siapa yg tahu

    Bm/F#              E

    Kata ibu dengar sahaja

    G                     A

    Cerita hanya kita berdua



    slide

    Bm/F#, Cm/G, C#m/G#, Asus4#5, A#sus4#5, Bsus4#5, Csus4#5



    chorus

            Em                  A*

    Pagi yg gelap kini sudah terang

            D

    Aku adik mu

                D

    Dan engkau abang

    Em         F#m    Bm/F#

    Ku amat merindui kan mu

             Em                  A*

    Pagi yg gelap kini sudah terang

            D

    Aku adik mu

                D

    Dan engkau abang

    Em         F#m    Bm/F#

    Ingin ku ulang ke masa dulu

             Em                  A*

    Pagi yg gelap kini sudah terang

            D

    Aku adik mu

                D

    Dan engkau abang

    Em         F#m    Bm/F#

    Ku amat merindui kan mu

             Em              

    Pagi yg gelap..............

    A*     D       D      

    oooouuuuuuuuuuuuu

    Em         F#m    Bm/F#

    Ingin ku ulang ke masa dulu

    Jumaat, 11 Februari 2011

    Akhirnya Ia Kembali Seperti Sediakala

    Tiada lagi yang extra, tiada lagi yang menjadi misteri dan tiada lagi yang datang tanpa putus-putus setiap saat seperti sebelum ini. Apa yang takde tu? Apa yang hilang? Apa lagi kalau bukan extra trafik.

    Kini trafik blog Belalang kembali seperti sediakala. Biarlah trafik ini hanya seciput janji Belalang puas hati dan Belalang tau dari mana datangnya pengunjung-pengunjung blog ini. Stats Nuff, Getclicky dan Google Analytics juga menunjukan jumlah penjung yang hampir sama. Bermakna tiada lagi trafik misteri. Hee...

    Berblog dengan cara sihat lebih memberi kepuasan daripada hanya duduk dan menggunakan cara auto. Tak gitu teman-teman? Lain orang lain pendapatnya. Tak kisah la macam mana pun. Janji kita happy dengan cara kita. Tak perlu terikut-ikut dengan orang-orang di sekeliling...

    Khamis, 10 Februari 2011

    Aku Nak Follow Kamu, Tapi...

    Semakin hari semakin meningkat bilangan follower blog Belalang. Tapi ada jugak Belalang terperasan arini meningkat, tapi esok pulak kurang balik. Aik, marah sebab Belalang tak follow balik ye? Hee...

    Sini Belalang nak kasitau satu perkara yang agak penting bagi mereka yang follow blog orang dan mengharapkan blogger itu kembali follow anda. Apa yang penting tu? selain daripada meninggalkan pesan di shoutbox atau shoumix, satu perkara yang sangat-sangat penting lagi ialah pastikan pada status follow korang tu ade link. Tak paham? Ha, nah tengok pic kat bawah ni-

    Ada link(pautan) untuk kembali ke blog kita

    Tiada link(pautan) untuk ke blog kita

    Belalang ni jenis yang kalau nak memfollow orang bukannya serta merta selepas korang follow blog Belalang akan follow balik. Belalang akan amik masa sket. Tengok macam arini, tengah mood nak follow korang balik, ade yang tiada link.

    Jadi pasni cepat-cepat kemaskini korang punya status google tu ye. Kang tak pasal-pasal jer terlepas 2 3 orang follower.

    924 Guru Besar Terima Insentif RM7,500

    Ini berita baik ni untuk guru besar seluruh negara. Kerajaan telah menyinarai pendek nama-nama guru besar untuk menerima insentif berjumlah RM7,500 berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing. Berita gembira ini disampaikan oleh Tan Sri Muyiddin Yassin.

    Dibawah adalah berita penuh tentang perkara itu-

    ------------------------------------------


    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan seramai 924 guru besar dari seluruh negara disenarai pendek untuk menerima insentif sebanyak RM7,500 seorang, sebagai ganjaran kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai'ah).


    Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan, yang merupakan pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal sebanyak dua peratus.


    Katanya senarai pengetua dan guru-guru sekolah menengah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru akan diumumkan pada pertengahan tahun ini, dengan kemungkinan awal selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. 


    "Jemaah Nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi 924 guru besar yang disenarai pendek. InsyaAllah saya akan umumkan senarai guru-guru besar yang layak dalam masa terdekat," katanya.


    Sumber: Sinar Harian

    Aku Baru Tersedar

    Dua tiga hari ni Belalang agak tertarik membaca entry-entry berkaitan dengan iframe. Ape tu iframe? Korang boleh membacanya di blog Cikgu Dahlia. Sebelum tu Belalang dah terbaca tentang hal ni di blog Daus Pozi.

    Terus terang Belalang cakap yang Belalang memang tak tau lansung pasal benda-benda ni hinggalah ade yang buat entry kasitau perkara ini. No wonder la trafik agak tinggi dua tiga menjak nih. Rupanya memang ada something.

    sebelum ni ada jugak tak sedap hati pasal trafik Belalang yang tinggi giler. Yang boleh pelik sebab bila check di stats Nuff, get clicky dan google analytics memang beza banyak sangat. Nak selidik pun tak tau hujung pangkal macam mana.

    Kepada yang telah menyedarkan Belalang tu, terima kasih banyak-banyak Belalang ucapkan. Perkongsian ilmu begitu sangat berguna bagi seorang blogger yang masih baru bertatih seperti Belalang. Korang kalau nak tau apa yang Belalang merepek nih, sila klik nama dua blogger di atas itu ye.

    Rabu, 9 Februari 2011

    Tips Buang Banner G.A Dan Contest

    Tips? Hahaha... Saje je guna ayat tips pada mula tajuk tu. Kasi korang hairan bin ajaib dan terus berada dalam keadaan misteri dengan tajuk tuh.

    Sebenarnya Belalang nak tegur sket jer pada korang yang selalu atau suka sangat join G.A dan contest. Pantang nampak G.A nak join. Pantang nampak contest nak join. Bukan Belalang kata salah join. Bagus perbuatan korang tu. Disamping mencuba nasib, korang jugak telah dengan baik hati memeriahkan G.A dan contest si penganjur tu. Bagus niat korang tu.

    Tapi yang tak bagusnya ialah bila contest tu dah abis, korang still biar jer banner contest tu tertempek di sidebar korang. Setakat satu banner contest ok la boleh ditertima. Ni yang Belalang agak pelik sampai penuh sidebar dengan banner contest yang dah tamat. Pulak tu ade tadi Belalang tengok di satu blog ni, contest tu dah abis pertengahan tahun sudah lagi. Siap pemenang pun dah dapat hadiah contest tu.

    Jadi pasni sape-sape kat sidebar ade banner contest atau G.A yang dah tamat tempoh tu, seelok-eloknya korang buang la sebab memberatkan blog korang jer. Jangan malas sangat. Cepat! cepat! susunatur balik blog korang. Arahan rasmi dari Belalang Hijau Perisik. Hahaha...

    Ibu Campak Anak Dari Tingkat Enam?

    Hebat betul zaman sekarang nih. Bunuh diri atau membunuh ni macam perkara yang normal jer. Nyawa semakin tiada nilai sekarang nih.

    Membaca berita mengenai ibu merajuk campak anak dalam Harian Metro hari ini, memang menyedihkan. Pasal merajuk dengan suami jer si isteri sanggup bunuh anak dan diri sendiri.

    Ini antara berita yang Belalang petik dari akhbar itu.

    -----------------------------------------

    Merajuk dengan suaminya, seorang wanita tergamak mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum dia sendiri nekad terjun dari tingkat 10 blok berasingan di pangsapuri Seri Alam, di sini, semalam.

    Akibat kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, dua beranak terbabit mati dalam keadaan mengerikan selepas cedera teruk di kepala dan badan.

    Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.

    Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan.

    Baca berita penuh disini.

    -----------------------------------------

    Dalam hal ini, Belalang bersimpati dengan nasib si anak. Menjadi mangsa keadaan.

    Selasa, 8 Februari 2011

    Belalang Junior Tak Sihat

    Pagi tadi sekitar pukul 5 Belalang Jr. merengek-rengek tak tentu pasal. Semenjak balik dari Baling, ini adalah kali kedua perkara ini terjadi. Dua malam berturut-turut Belalang Jr. merengek pada waktu yang sama.

    "Akit! Akit!" Kata Belalang Jr. sambil menunjukkan perutnya.

    Apabila diperiksa memang terasa peserti sedikit kembung perutnya. Mulanya Belalang sangka tiada apa-apa. Tapi disebabkan dua malam berturut-turut dia buat hal macam ni, nampaknya Belalang nak kena pandang serius sket hal nih.

    Boleh dikatakan dari pukul 5 pagi sampai ke cerah dia nangis sambil mata tertutup. Nampak sangat dia ngantuk tapi dalam masa yang sama tak tahan sakit. Kejap lagi nak bawak dia pergi amik ubat. Rasanya ini berkaitan dengan masalah cacing. Tapi Belalang Jr belum cukup umur dua tahun. Doktor tak benarkan amik ubat cacing.

    Sape kat sini yang ade ape-ape petua untuk tangani masalah begini? Harap sudi berkongsi dengan Belalang. Pagi tadi memang blur tak tau nak buat ape. Hanya sapukan minyak diperut Belalang Jr.

    Isnin, 7 Februari 2011

    Contest Birthday Rainbow Cloudy

    Belalang tak pasti samada hari ni hari terakhir atau sudah berakhir contest ini. Bukan niat sengaja nak melambat-lambatkan penyertaan ini. Sudah la sibuk, line internet pulak tersangat la membuatkan hatiku kecil ku hangin satu badan.



    Syarat-syarat contest ini ialah:-

    Komen positif mengenai blog Rainbow Cloudy-
    Rain baru tukar template dengan headerkan... Belalang takde nak komen pe. Sebenarnya dalam berblog ada dua perkara yang kita perlu tahu dan sedar. First, jika blog kita memang kita katakan blog peribadi, maka kita tak perlu pun nak dengar kritikan-kritikan orang mengenai blog kita. Biar je. Dah name pun personal blog, so ape masalahnya? Buat la blog tu seperti apa yang kita inginkan. Tak perlu jadi seperti dia, dia atau dia cakap. Kedua blog untuk cari duit. Yang ini memang korang perlu mengambil kira semua aspek keselesaan pengunjung blog korang sebab dah memang niat korang nak cari duit melalui blog kan?

    Komen negatif-
    Rasenyer tiada apa-apa sebab rasenyer jawapannya tetap sama macam yang Belalang nyatakan di atas.

    Nyatakan tarikh birthday-
    Err...besday Belalang ke? 30 nov 1983. So pas ni takde alasan tak boleh kasi hadiah ye sebab dah tau tarikh lahir Belalang. Huhuhu...

    Kenangan manis atau pahit di hari kelahiran-
    Tiada yang pahit semuanya manis-manis belaka.... Tapi nak citer pun tak ingat ape dia... Hahaha

    ----------------------------------------------

    Sebenarnya bukan hadiah yang Belalang kejarkan dalam contest ini. Yang Belalang nak Rain tau ialah Belalang nak ucap selamat hari lahir. semoga Rain akan terus ceria, panjang umo, murah rezeki dan berjaya mendapat apa sahaja yang Rain usahakan.

    Semoga pelangi akan terus menyinar dengan sinar keceriaan

    Mudah.my, Mudah Ke?

    Salam sahabat-sahabat sekalian. Apa Kabar? Harap semua sihat dan encem dan ayu-ayu belaka. Petang kelmarin Belalang selamat sampai ke rumah bersama Belalang Jr. dengan keadaan perjalanan dari Baling ke Kulim menyaksikan jalan tersangat la sesak dengan kenderaan yang kebanyakan mahu pulang ke bandar setelah cuti  raya Cina habis.

    Lupakan hal di atas, Belalang nak bertanya mengenai membeli barang di internet lagi-lagi yang melibatkan mudah.my. Korang selalu tak gunakan mudah untuk membeli apa-apa barang? Belalang juga selalu beriklan disitu.

    Dari tadi Belalang sedang lihat-lihat iklan mengenai menjual tv di sana. Belalang berhasrat nak angkat satu tv sebab tv kat umah nih dah nazak sgt dah. Dah survey tv-tv area Kulim nih. Saje je tiba-tiba teringat nak try guna kemudahan mudah.my. Tapi Belalang tiada pengalaman membeli barang-barang elektrik melalui mudah.

    Jadi Belalang nak tanya pendapat korang-korang yang singgah blog Belalang nih. Ok ke membeli di mudah.my? Ada sape-sape ade pengalaman tak kena tipu ke atau korang sendiri yang selalu beriklan disana. Meh drop komen kat bawah nih. Kita share cerita sket...

    Ahad, 6 Februari 2011

    Gelak Santai: Lawak Budak-budak

    Tabika 1

    Cikgu:  Amri, awak ada berapa beradik?
    Amri:    tiga, cikgu
    Cikgu:  awak yg paling tua?
    Amri:    tak, atuk saya....

    -------------------------------

    Tabika 2


    di sebuah kelas tabika.

    Cikgu:  Zaki, awak dah kenal nombor?
    Zaki:     dah, cikgu. abang saya ajar
    Cikgu:  bagus. nombor apa selepas tiga?
    Zaki:     empat
    Cikgu:  selepas tujuh?
    Zaki:     lapan.
    Cikgu:  lebih besar dari sepuluh?
    Zaki:     Jack!!!

    -------------------------------

    100% Markah

    "Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya. "

    Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.

    "Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%." 

    -------------------------------

    Pos Surat

    Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.

    Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

    " Atok buat apa tu?"

    " Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. "

    Cucunya bertanya lagi

     "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?" 

    Sabtu, 5 Februari 2011

    Rindu Padanya...

    Sudah seminggu Belalang tidak bertemu dengan puteri kesayangan Belalang. Sape lagi kalau bukan Belalang Jr. Start saje cuti sekolah, Belalang terus hantar dia tinggal di kampung Baling. Cuti sekolah macam ni memang Belalang dan Mrs. Belalang sedia maklum yang kedai kami memang tak menang tangan melayan pelanggan.

    Memang terasa betul ketiadaan Belalang Jr. di sisi. Paling dirindui adalah perangai nakal dia. Ade je benda yang dia nak buat. Tak boleh duduk diam. Kejap tarik sana, kejap sepah sini. Kejap-kejap dia dengan sengaja mengambil apa-apa barang Belalang yang penting selepas itu dengan sengaja tayang pada Belalang. Bila di hampiri dia akan lari terkedek-kedek sambil ketawa. Memang sengaja nak suruh kejar la tu...

    Malam ni selepas tutup kedai Belalang akan ke sana untuk mengambil Belalang Jr. pulang. Tidur di Baling satu malam. Esok pagi baru bertolak balik ke Kulim.

    Kerajaan wajib Halang Konsert Mohsen Namjoo - Siapa Mohsen Namjoo?

    Pertama kali Belalang mendengar nama Mohsen Namjoo adalah di entry abang Ben. Lepas tu Belalang terperasan lagi dua tiga blog menceritakan perkara yang sama.

    Siapa Mohsen Namjoo ini? Mengapa segelintir blogger meminta supaya kerajaan mengharamkan konsert beliau yang bakal berlansung di KLCC Convention Center pada 18 haribulan ini? Jawapannya ada dibawah ini...

    ----------------------------------------------

    Diharapkan agar saudara seagama dan setanah airku dapat menyebarkan info yang maha penting ini demi menjaga kesucian agama yang kita anuti selama ini. Apalah guna punya ulama, andai ulama kurang peka dengan hal seperti ini. Selamatkan akidah anak-anak muda kita dari terus dibuai irama lagu berlirikkan hinaan kepada Baginda Nabi s.a.w. Sekali lagi aku katakan, apalah guna punya negara yang mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya andai tiada tindakan dibuat bagi menghalang kemaraan musuh yang mulai menyusup masuk, dan mungkin telah lama berada di negara kita yang tercinta. Sila sebarkan info ini sebelum konsert dimulakan pada tarikh yang ada dalam gambar di atas. Sekian...


    Dari blog PuisiKabur

    ----------------------------------------------

    Belalang telah cuba mencari beberapa info mengenai Mohsen ini. Namun agak hampa kerana tiada apa-apa info yang dapat Belalang tambahkan untuk menguatkan hujah di atas.

    Namun sekiranya benar bagai dikata, kerajaan memang wajib menghalang orang ini daripada membuat konsert di Malaysia. Tak kira apa cara sekalipun...

    Krisis Rusuhan Di Mesir: Pejabat Al Jazeera Dibakar

    Nampak keadaan tidak terkawal di Mesir seperti masih berlanjutan dan tiada tanda-tanda akan pulih dalam jangka waktu terdekat ini.

    Terbaru Stesen Televisyen Al Jazeera telah dibakar oleh pihak yang masih belum dipastikan samada penunjuk perasaan atau kerajaan Mesir yang tidak menyukai rangkaian televisyen itu membuat liputan ke sana.

    Baca petikan dibawah yang Belalang ambil dari Utusan online.

    ---------------------------------------------------


    Stesen televisyen Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar mendakwa pejabatnya di Kaherah telah dibakar dan dimusnahkan oleh 'kumpulan samseng'.


    Saluran berita itu yang diarah menghentikan operasinya awal minggu ini di Mesir, menuduh pihak berkuasa Mesir atau kumpulan penyokongnya cuba menghalang rangkaian itu daripada membuat liputan mengenai pergolakan politik di negara tersebut.


    "Rangkaian Al Jazeera telah melaporkan bahawa pejabat mereka di Kaherah telah diserang oleh kumpulan samseng. Pejabat itu dibakar bersama-sama dengan kelengkapan di dalamnya," katanya dalam satu kenyataan

    Jumaat, 4 Februari 2011

    Isu Tak Nak Blog Walking Pulak!

    Kalau sebelum ni isu mengenai beberapa kerat rakan blogger kita ber blog walk secara auto, kali ni Belalang tertarik untuk memberi pandangan mengenai isu blogger tak nak blog walking pulak.

    Mula-mula sekali Belalang tertarik untuk membaca hal ini apabila blog Saya Salah Ka? menulis entry bertajuk Ramai Blogger Dah Malas BW???. Selepas itu dengan tidak semena-mena si Pendekar Berkuda menghunuskan kerisnya lalu bertanya Siapa Blogger Tak Percaya Pada Blogwalking Itu??? Bawa Ke sini~!. Alamak, takutnya dengar. Kang tak pasal-pasal ade yang kena tikam ngan si Pendekar. Hahaha...

    Bagi menjawab dua entry itu (walaupun entry tu tak kata pada sape-sape) Belalang mengakui yang sejak kebelakangan ini Belalang memang terlalu jarang melakukan aktiviti rutin harian Belalang di dunia maya ini iaitu blog walking.  Bukan saja tak BW, malah Belalang publish entry pun dah kurang. Terlampau la kurang. Hal ini mungkin berlaku kerana beberapa sebab.

    Hal yang pertama ialah kebelakangan ni masa untuk mengadap laptop agak terhad akibat sibuk dengan beberapa perkara. Tambahan pula dua tiga hari ni Belalang giler download movie seperti yang belalang tulis disini, maka Belalang memang akan biar laptop Belalang download movie sampai habis tanpa Belalang mengganggu kelancarannya. Takut sangkut time tengah download. Leceh nak kena start Balik.

    Hal yang satu lagi ni pulak ialah akibat Belalang banyak menghabiskan masa Belalang dengan membaca entry-entry ke semua blog yang Belalang singgah. Pastu kalau perlu drop komen akan Belalang lakukan. Bayangkan semua blog yang Belalang singgah akan Belalang baca dulu pastu drop komen. Sudah la masa yang ada sangat terhad. Disebabkan itu maka terjadilah dalam satu hari hanya beberapa blog yang Belalang berjaya singgah dan baca.

    Itu la sedikit sebanyak sebab mengapa Belalang tak BW. Bukan pasal merajuk atau fobia dengan isu auto BW (ade jugak sket-sket sebenarnya). Tapi arini rase macam ade semangat pulak nak BW dan update entry. Penutup dari Belalang, nak tanya korang pulak la. Korang terkesan ke dengan kes ABW dulu? Ke korang jugak kesuntukkan masa seperti Belalang? Drop komen sket...

    Akhir kata dari Belalang jom-jom kita memeriahkan balik aktiviti blog walking yang kalau dilihat memang seperti hilang meriahnya kebelakangan ini. Dan kepada yang masih takut-takut atau fobia, korang memang patut baca entry Tuan Penasihat (Saya Salah Ka?) dan Pendekar Berkuda supaya korang bersemangat balik untuk BW. Hee

    Yahudi

        Sebut yahudi, first thing yang lalu kat kepala sudah mesti bintang 6 bucu atau negara Israel. Manakan tidak. Ini la satu-satunya negara yahudi terbesar yang ada kat muka bumi nih walaupun negara mereka tidak pernah di itiraf sebagai sebuah negara yang sah.

        Kita juga sedia maklum yang mereka memperolehi tanah dengan merampas tanah penduduk Pelastin. Patut la Hitler pernah cakap jangan bagi wujud bangsa yahudi nih kat muka bumi. Bukan saja Hitler, Al-Quran juga sudah mengkhabarkan bahwa orang yahudi laknat takde dah kat muka bumi nih.

        Post Belalang nih bukan la artikel tentang kupasan kekejaman rejim yahudi nih. Belalang post mengenai agama yahudi dan kepercayaan mereka. yela selama nih kita selalu sebut yahudi-yahudi tapi ape benda yahudi tue pun kita tak tau. Lagi pun tak salah kan sekadar amik tahu dan menambah pengetahuan kita.


    Agama Yahudi

        Teras kepercayaan penganut agama Yahudi ialah wujudnya Yahwe yang Esa, pencipta dunia yang menyelamatkan bani Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang-undang Yahwe (Torah) kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sejagat.

        Penganut Yahudi percaya Yahwe telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi berkat sekiranya mereka kekal beriman kepada Yahwe. Perjanjian ini kemudiannya diulangi oleh nabi-nabi Ishak dan Yakub. Oleh sebab nabi-nabi Ishak dan Yakub ialah dari bangsa Yahudi, mereka percaya merekalah bangsa pilihan (Chosen One). Penganut Yahudi dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab khas, seperti mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dan berkhidmat kepada Tuhan. Sebagai balasan mereka akan menerima kecintaan serta perlindungan Yahwe. Yahwe kemudiannya menganugerahkan mereka sepuluh perintah yang sekarang dikenali sebagai Sepuluh Perintah Yahwe (Ten Commandments) melalui ketua mereka Nabi Musa, yang mereka anggap sebagai seorang Putera.

        "Sinagog" merupakan pusat masyarakat serta keagamaan yang utama dalam agama Yahudi, manakala Rabbi ialah mereka yang pakar dalam hal-hal keagamaan.

        Keluarga merupakan unit yang utama dalam agama ini dan penganutnya yang setia akan melakukan sembahyang setiap hari dan hari Sabtu merupakan hari utama yang dipanggil hari Sabbath (band black Sabbath amik nama band mereka sempena nama ni ler). Antara waktu senja Jumaat sehingga senja hari Sabtu mereka akan menyalakan lilin dan memakan wain serta roti (yang tidak beragi - unlaven) yang telah diberkati. Selain hari Sabtu, hari keraian lain termasuk Rosh Hashanah (Tahun Baru) dan Yom Kippur (Hari Penerimaan Taubat).perayaan-perayaan lain dalam agama yahudi ialah pesach-passover(perayaan musim panas), sabauth (hati turun kitab taurat). perayaan kecil seperti hanukkah dan purim iaitu hari memperingati pahlawan-pahlawan yahudi.

        Kitab Hebrew dipanggil Tanakh terdiri dari 24 buku yang dihimpun kepada 3 kumpulan:

        * Torah atau Taurat (Undang-undang)
        * Nevi’im (Para Nabi)
        * Ketubim (Tulisan)

        Selain itu terdapat juga Talmud yang merupakan terjemahan serta komentar mengenai Torah dari para rabbi dan cendikiawan undang-undang Ini termasuklah Mishnah dan Halakah (kod undang-undang masyarakat utama penganut agama Yahudi), Gemara, Midrash dan Aggadah (legenda dan kisah2 lama).

    Kabbalah pula ialah teks lama yang berunsur mistik. Menceritakan zat-zat Tuhan Yahwe.


    Adat-adat dan undang-undang penganut Yahudi

        Kebanyakan penganut Yahudi mengikuti undang-undang pemakanan yang termaktub di dalam Torah yang melarang campuran susu dengan daging. Daging babi juga adalah terlarang dalam agama Yahudi. Makanan yang disediakan menurut undang-undang tersebut serta daging yang disembelih oleh pihak Rabbi dipanggil Kosher. Budak-budak lelaki juga disunat (biasanya sewaktu bayi lagi) selaras dengan perjanjian Nabi Abraham dengan Yahwe mereka. Dan apabila seorang budak lelaki mencapai kematangan dia akan diraikan kerana menjadi ahli masyarakat Yahudi dalam upacara dipanggil Bar Mitzvah. Selepas kematian, mereka akan berkabung selama seminggu di mana mereka akan membacakan Kaddish. Agama dan perkauman saling kait mengait dalam masyarakat Yahudi. Misalnya pengambilan riba adalah berdosa sesama kaum Yahudi tetapi adalah dibenarkan dengan mereka yang bukan Yahudi (macam bangang je amalan nih).

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

       Tue la serba sedikit mengenai agama yahudi yang Belalang nak kongsi. Sebenarnya ade lagi budaya-budaya x elok diorang nih yang Belalang tak tulis. Kalau nak tau cari la sendiri.
     
    Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com