Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 5 Februari 2011

Rindu Padanya...

Sudah seminggu Belalang tidak bertemu dengan puteri kesayangan Belalang. Sape lagi kalau bukan Belalang Jr. Start saje cuti sekolah, Belalang terus hantar dia tinggal di kampung Baling. Cuti sekolah macam ni memang Belalang dan Mrs. Belalang sedia maklum yang kedai kami memang tak menang tangan melayan pelanggan.

Memang terasa betul ketiadaan Belalang Jr. di sisi. Paling dirindui adalah perangai nakal dia. Ade je benda yang dia nak buat. Tak boleh duduk diam. Kejap tarik sana, kejap sepah sini. Kejap-kejap dia dengan sengaja mengambil apa-apa barang Belalang yang penting selepas itu dengan sengaja tayang pada Belalang. Bila di hampiri dia akan lari terkedek-kedek sambil ketawa. Memang sengaja nak suruh kejar la tu...

Malam ni selepas tutup kedai Belalang akan ke sana untuk mengambil Belalang Jr. pulang. Tidur di Baling satu malam. Esok pagi baru bertolak balik ke Kulim.

7 comments:

Afiq Bukhari berkata... Reply To This Comment

hehe comel sungguh keletah belalang jr..drive safely belalang :)

JZ Business World berkata... Reply To This Comment

WELCOME HOME BELALANG JUNIOR!!! :)

Nurdiyana Yaccob berkata... Reply To This Comment

belalang org kedah ka?

belalang ada kedai makan ke? kat mana?

p/s: deqdeq ada hajat ni..nk menjemput belalang join contest 5-5-5 deqdeq...ada hadiah menarik untuk 5 pemenang...

mana tau ada rezeki belalang...org buat bisnes mmg patut join contest ni...sbb pendapat anda amat diperlukan

.:padie_eyla:. berkata... Reply To This Comment

huaahh. kompem comel belalang jr.

nuriz berkata... Reply To This Comment

oo rindu kat belalang jr ke hik3, buah hati pengarang jantung

Puan Besar Shag Yahaya berkata... Reply To This Comment

Baling? Kampung Shag kat Kupang! Dekat je tu~ :P Alahai. Tak sabar nak kahwin lepas tu ada anak sendiri. Boleh buat main. kekeke ;D

Entri terbaru Shag : Mengira hari dan terus berdebar

kpah k-poh Sharifahnor berkata... Reply To This Comment

Belalang..ohhh..Kulim kaaaa...tak jauh dr BM lah...

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com