Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Isnin, 31 Januari 2011

Krisis rusuhan Di Mesir: Lebih Buruk Dari Yang Disangka

Dua tiga hari ni Belalang sering mendengar berita tentang hal yang berlaku di Mesir. Hanya sekadar mendengar tanpa mengambil sikap ingin tahu dengan lebih mendalam. Ini kerana dalam sangkaan Belalang, krisis itu tidak la begitu teruk atau serius.

Namun Apabila membaca blog Kujie dan juga Ariff Shah, baru la belalang sedar yang keadaan di sana lebih buruk dari yang disangkakan. Memang tak terbayang lansung yang segala kemudahan telah di sekat oleh kerajaan di sana hinggakan polis-polis juga sudah tiada untuk mengawal kekacauan yang berlaku.

Dibawah adalah entry yang Belalang copy dari blog Kujie.

----------------------------------------



ni update dari adik saya..


keadaan semakin teruk.. polis kat Alexandria sume dah tak ada.. dan memang tak ade rulez… post balai polis sume dah kene bakar.. n senjata sume orang awam dah curi..dan banduan sume dah kene lepas…


pagi tadi adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die cakap internet sume dah down.. message pun tak boleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die cakap tak boleh charge sbb power tak ada… skarg xsure la ade ke xde…tp kalau xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. kalau phone tak ada battery dan tak boleh  charge or no kredit so dah tak  boleh call..


dan  gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pakai lagi .. tak tau bile diorg nak cut..
so dia orang  hidup dalam kegelapan…
then ATM semua tak boleh pakai .. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat Alexandria dah kene bakar.. thne tak ada duit sbb ATM sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle…
makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..



Boleh ikuti perkembangan terkini melalui facebook Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir atau blog ariffshah.com Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak

----------------------------------------

Anda digalakkan untuk sebarkan post ini ( copy paste dibenarkan )
Mohon untuk tweet post ini

Apakah Gerangan Hal ini?

Belalang kompius la. sejak kebelakangan ni makin kerap pulak komen-komen begini Belalang terima. Nak kata spam bukan. Nak kata komen ikhlas pun bukan. Korang pun selalu ke terima komen-komen macam ni?




Ini bukan spam kan? Kalau spam dah tentu ada dengan link ape semua. Ini dia hanya gunakan nama anon, pastu komen macam copy paste. Selalu jugak perasan ayat yang sama tapi di entry yang berlainan.

Jadi Belalang nak tanya la korang-korang yang ada info tentu hal ini. Apa motif orang (orang ke?) tinggal komen-komen macam ni? Apa kelebihan yang dia dapat? Kalau kita publish ada efek tak pada blog kita? Jawap jap, jawap jap...

Ahad, 30 Januari 2011

Keputusan Rasmi DUN Tenang: BN Menang Majoriti 3,707

Calon Barisan Nasional (BN) Azahar Ibrahim berjaya memenangi pilihanraya kecil DUN Tenang menewaskan Normala Sudirman (PAS) dengan majoriti 3,707. Berikut adalah berita yang diambil dari Sinar Harian.



Seperti dijangka, Barisan Nasional, Azahar Ibrahim berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang. 


Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi, mengatasi calon Pas, Normala Sudirman memperoleh 2,992 undi dengan majority 3,707 undi manakala peratus perbezaan undi sebanyak 38.22 peratus dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di sini, hari ini, demikian diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil itu Md Asri Amir. 


Pengumuman dibuat di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, sebentar tadi. 


Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru. 

Keputusan Pilihanraya DUN Tenang

Ikuti proses pengiraan undi dan juga keputusan siapa yang berjaya di DUN tenang diantara Azahar Ibrahim dan Normala Sudirman disini.





DUN Tenang: Live Secara Lansung



Klik pada link dibawah untuk mengikuti perjalanan pembuangan undi bagi DUN tenang secara lansung hari ini.

Gelak Santai: Teka-teki

Sekali-sekala kita main teka-teki best jugak kan? Meh drop jawapan yang korang rase betoi. Lewat petang atau malam Belalang publish jawapan:

1) Dalam banyak-banyak kain, Kain apa yang paling berat di dunia?

2) Pokok apa bila manusia nampak dia lari?

3) Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyayikannya?

4) pada satu hari seekor singa kelaparan dan keluar untuk mencari mangsanya... tetiba singa tu nampak seekor lembu... si singa tu terus lari... kenapa dia lari erk???

5) Botak depan dia ingat, Botak belakang dia pandai. jadi kalau dia botak dua-dua?

Ha, bijak pandai semua meh jawab... Soalan senang jer nih. Ntah dah ke berapa ratus kali korang dengar soalan teka-teki nih... Hee...

Sabtu, 29 Januari 2011

Keputusan Liga Super 29/01/2011 Dan Piala Sumbangsih

Pahang 3 : 1 Perlis

Kuala Lumpur 1 : 1 Perak

Selangor 0 : 2 Kelantan

Johor FC 0 : 0 Felda United

Kedah 0 : 0 T.Team

Negeri Sembilan 1 : 0 Harimau Muda A

Liga Super 2011: Terengganu Dan Sabah Berkongsi Satu Mata

Perlawanan pembuka liga super 2011 diantara Terengganu dan Sabah menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Malam ini pula akan menyaksikan pertembungan enam lagi perlawanan akan berlangsung termasuk perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah menyaksikan perebutan diantara Selangor menentang Kelantan.

Lain-lain perlawanan liga super antara Kuala Lumpur menentang Perak, Johor FC menentang Kuala Lumpur Felda United, Kedah menentang Terengganu PBDKT T-Team, Negeri sembilan menentang Harimau Muda A dan Pahang menentang Perlis.

Khamis, 27 Januari 2011

Belalang Nak Tukar Kerjaya

Masih kisah berkisarkan tentang balik ke kampung baru-baru ini. Sejak kebelakangan ni ayah mertua Belalang punya la rajin memotong getah. Kalau dulu hanya adik ipar yang selalu menoreh ayah hanya sekali-sekala, sekarang boleh dikatakan hari-hari mereka akan ke kebun bersama-sama.

Manakan tidak, pendapat mereka dari menoreh getah tiga hari boleh mencecah hingga RM600! Banyak tu. Kalau area-area Belalang tinggal nih, dah nak sama dengan gaji kerani Am biasa sebulan. Tapi ini RM600 hanya untuk tiga hari. Agak-agak sebulan banyak mana la income si penoreh nih.

Belalang pun mula la terpikir, kalau la Belakang umah aku yang sekankang kera tu boleh ditanam pokok getah, mau jer Belalang buat. Busuk pun busuk la janji masyuk. Jiran nak bising pun tak heran. Siap Belalang ajak diorang motong sekali. Hahaha...

Tapi apakan daya. Tinggal di kawasan perumahan taman mana la nak ada tanah sangat. Yang ada tu buat tanam pokok cili dengan serai boleh la. So, kepada yang keje menoreh tuh, rajin-rajin la turun menoreh sementara harga getah tengah mahal. Pastu hasil dari jualan tu simpan untuk kegunaan masa depan. Sekarang harga getah tengah mahal. Esok-esok kalau merundum jatuh, sekurang-kurangnya simpanan masa senang aritu ade lagi. Betul tak?

Rabu, 26 Januari 2011

Trafik Dari Matahaw Dan Magik Dari Gnesop

Alhamdulillah, Belalang sudah selamat tiba ke rumah Belalang setelah semalaman berehat di rumah mertua di Baling Kedah. Sejuk dan nyaman jer berada di kawasan yang terpencil itu. Malah time mandi pagi tadi bukan nak cakap tipu la, air kolah punya sejuk sampai rasakan seolah-olah mandi air dari peti sejuk pulak. Hee...

Di rumah mertua Belalang line Celcom 3G tiada. Jadi memang tenet teruk sangat. Belalang hanya buka tenet dan publish komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca-pembaca Belalang. Malah Belalang ada mencuba buka beberapa blog rakan-rakan Belalang, tapi hampeh... Lambat nak mampos.

Belalang terperasan sesuatu perkara iaitu hampir 30% trafik Belalang datangnya dari blog M@T@HaW. Sape M@T@HaW nih? Secara jujurnya Belalang baru saja mengenali M@T@HaW selepas membaca namanya di blog Pendekar Berkuda dan juga Chawi.

Dua hari lepas M@T@HaW datang ke blog Belalang dan menyerahkan friendship award. Selepas Belalang amik dan tempek banner itu di sidebar, bermulalah perkara ganjil yang Belalang katakan. Trafik dari blog M@T@HaW.

Trafik hari ini sebelum pukul 8 malam


Trafik seminggu...


Walaupun baru dua hari berkenalan dengan Matahaw, namun trafik dari blognya sedikit sebanyak membantu blog Belalang. Bagaimana trafik boleh banyak mengalir dari sana? Belalang tiada jawapan. Korang try tanya Matahaw sendiri. Satu lagi kalau korang tengok trafik yang paling banyak ke blog Belalang datangnya dari shoutmix gnesop.com sebanyak 305! Wah, macam ni kene slalu-slalu rajin tinggal jejak di shoutmix Sop la nampaknya.

Walau bagaimanapun Belalang mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua sekali yang sudi datang ke blog Belalang. Tanpa korang tiada la trafik untuk Belalang. Satu lagi sekarang nih Belalang dah jarang membalas jejak di shoutmix kecuali yang betul-betul Belalang kenal. Jadi kepada sape-sape yang baru jer menjejak kaki ke blog Belalang, Belalang cadangkan supaya korang drop komen di entry Belalang je ok. Belalang akan membalas jejak dari situ.

Selasa, 25 Januari 2011

Teknik Menghasilkan Tajuk Entry Yang Mesra SEO

Agak blur untuk membuat entry kebelakangan ini. Taip itu tak kena, taip ini tak kena, akhirnya apa pun takde. Fikir punya fikir punya fikir, Belalang ingat nak kongsi satu hal dengan korang berkaitan dengan tajuk entry yang boleh menjadi keyword dan sekiranya permainan keyword ini mengena,hasil carian di enjin-enjin seperti Google, Yahoo dan Bing boleh memaparkan blog anda pada kedudukan page pertama dan teratas.

Blogger yang mementingkan trafik kebiasaan memang akan memainkan isu-isu yang sedang hot dan terkini bagi memenuhi permintaan para pengguna internet yang mahukan info mengenai berita-berita itu. Namun begitu kadang-kala korang mungkin akan tidak mendapat menarik pengunjung ke blog korang walaupun berita atau isu yang korang tulis tu tersangat la hot dan sedang dicari-cari oleh ramai orang. Mengapa hal ini berlaku akan Belalang ceritakan pada bawah entry ini.

Untuk menghasilkan tajuk yang tepat korang perlu menganggap korang sebagai seorang yang sedang mencari bahan atau berita yang korang ingin tulis itu.Sebagai contoh isu gambar Fasha Sandha berbikini yang baru-baru ini sangat hangat diperkatakan. Sekiranya korang peng'Google', agak-agaknya kata carian yang bagaimana korang akan tulis dalam kotak carian?

a) Gambar Fasha Sandha berbikini, atau

b) Betul ke cerita Fasha Sandha pakai baju bikini je dekat Bali?

Semestinya korang akan taip kata carian seperti (a) Betul tak? Fungsi Enjin carian ialah mencari kata-kata carian yang paling hampir dengan apa yang di taip oleh  si pencari. Belalang beri lagi beberapa contoh dan korang cuba pilih yang manakah tajuk atau kata carian yang betul.



Isu Sosilawati

a) Sosilawati Mati dibunuh dengan kejam

b) Kasihan Sosilawati, tak sangka dia kena bunuh


Isu Bola AFF

a) Malaysia juara piala AFF 2010

b) Tahniah pasukan Malaysia, penantian sekian lama tidak sia-sia


Isu Karam Singh Walia

a) Karam Singh walia Hina Melayu

b) Kurang ajar punya Karam Singh Walia


Macam mana, sudah faham atau tidak? Ok sekarang Belalang akan terangkan mengapa terjadinya tajuk yang ditulis telah betul dan tepat dengan carian orang ramai tapi blog tidak tersenarai pada muka hadapan carian atau berada pada kedudukan yang tidak memberansangkan. Dalam mencari sesuatu isu atau berita, siapa paling pantas dalam mengeluarkan berita itu akan diberi keutamaan oleh enjin-enjin carian. Sekiranya korang lambat, maka sudah tentu susah untuk berada pada kedudukan yang terbaik di page search enjin. Sebab itu la kalau korang lihat blogger banyak yang berlumba-lumba ingin menjadi yang pertama menulis tentang sesuatu perkara yang berlaku.

Faktor kedua pula ialah berkaitan dengan Page Rank (PR) dan juga ranking alexa sesebuah blog. Katakan ada 10 blog yang menulis entry tajuk yang sama, maka enjin carian seperti Google akan memberi keutamaan kepada blog yang mempunyai PR yag lebih baik untuk berada di posisi teratas berbanding yang mempunyai PR rendah atau tiada.

Itu la serba sedikit pengetahuan Belalang mengenai menghasilkan tajuk yang betul dalam penulisan entry. sejujurnya Belalang masih lagi dalam proses pembelajaran tentang hal-hal begini. Namun Belalang rasa penerangan ini masih boleh dijadikan rujukan. Jika ingin menjadi blogger yang berjaya korang perlu rajin membaca blog-blog yang banyak infomarsinya mengenai dunia blog seperti Ariff Shah dan juga Kujie.

Kepada yang memang otai dalam hal-hal macam ni, apa kata korang tambah apa-apa yang kurang pada entry Belalang ini di kotak komen? Boleh juga kita sama-sama berkongsi ilmu tentang dunia blog ni kan. Ok, stop disini dulu. Malam ni mungkin tak online sebab nak balik kampung Mrs.Belalang di Baling.

Isnin, 24 Januari 2011

Review Blog: Zack Entry Follower Ke-1000

Tak abis-abis lagi dengan kisah follwer atau penduduk bawah tanah yang ke-1000 Belalang nih. Sure korang pun naik hangin dah. Hahaha, rilek-rilek. Ini adalah janji Belalang kepada Zack untuk review blognya sebagai hadiah menjadi follower ke-1000.



Perkenalan Belalang dan Zack bermula di forum Facebook Faizal Fredley dimana kami selalu melepak sekali bersama beberapa blogger lagi.  Zack ni selalu saja bernasib baik atau 'ong' dalam apa yang dia buat. Sebelum menjadi follower ke 1000, Zack terlebih dahulu berjaya memenangi satu pertandingan dan mendapat hadiah domain. Huh, jeles Belalang dengan Zack.

Disebabkan karekturnya yang ramah dan mudah mesra, Korang tidak akan terasa seperti baru mengenali Zack. Malah korang akan rasa macam dah lame jer kawan ngan dia. Pengetahuan Zack mengenai blog jugak agak hebat. So, kalau ada apa-apa masalah korang boleh la ngadu atau tanya dia apa-apa yang patut.

Jadi kepada korang yang belum pernah sampai ke blog Zack, apa kata korang terjah dia lepas abis baca entry nih? Korang boleh menambah bilangan kawan korang di alam maya nih. Lagipun yang mesra seperti Zack nih memang patut berbaik-baik dengannya. Mane la nak tau kalau-kalau ada masalah blog pas nih, boleh la mintak bantuan Zack.

Jom, Terjah Zack disini!

Ahad, 23 Januari 2011

Belalang Juri Template Tercantik Oleh Gayah Spears

Baca tajuk atas tu pun korang dah tau yang entry nih nak mengisahkan yang Belalang telah diberi kepercayaan oleh cik Gayah Spears untuk menjadi salah seorang juri bagi pertandingan domain giveaway template tencantik. Fuh! macam tak caye jer... Hee...



Pada mulanya Gayah memilih pemenang berdasarkan undian atau voting dari blogger-blogger sekalian alam.Namun setelah terjadinya beberapa ensiden yang agak kontroversi, maka syarat pemilihan pemenang telah ditukar dengan menggunakan khidmat juri.

Secara jujurnya Belalang anggap ini sebagai satu penghormatan oleh Gayah kepada Belalang. Yela, jika dilihat antara Belalang dan Gayah, semestinya kebanyakan blogger lebih mengenai Gayah berbanding Belalang. Belalang berharap dengan terpilihnya menjadi juri, Belalang dapat berkenalan dengan peserta-peserta pertandingan yang mungkin ada yang masih Belalang belum pernah berkenalan.

Pada korang yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, amat la dialu-alukan. Ini kerana tarikh tutup pertandingan adalah pada 26/01/2011. Jom la kasi meriah. Hadiah domain free woo~ jom cepat jangan terlambat! Klik sini untuk melihat syarat pertandingan.

Perhimpunan 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower Hari Ini

Tadi sedang best-best melayari Facebook sambil jeling-jeling status terkini kawan, tiba-tiba Belalang terlihat satu status pengenai satu perhimpunan yang akan diadakan di Stadium Kelana Jaya beberapa minit saja lagi.




Siap ada atucara majlis lagi nih yang Belalang copy:



Tarikh Perhimpunan: 23 Januari 2011
Tempat: Stadium Kelana Jaya

Atucara

4:15PM:
Lagu Rasmi Negeri Selangor (State Anthem)
Pengenalan Ringkas Tentang Isu SUK & Penjelasan Latarbelakang Berkaitan Perhimpunan
Penjelasan Isu Pelantikan SUK

4.48 PM:  Azan Asar

4:53 PM: Persembahan Muzik Gendang oleh Tugu Drum Circle

5:25 PM:
Seruan RPK Kepada Rakyat Selangor
Ucapan Dr Aziz Bari
Ucapan Pengerusi GMI, Zaid Kamaruddin

5:55 PM: Persembahan Nyanyian

6:05 PM:
Ucapan Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan
Ucapan Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim
Peranan SUK Dalam Rampasan Kuasa Perak, YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin
Ucapan Penutup, Haris Ibrahim
Laungan Slogan Perjuangan Rakyat & Penutup Acara

7:00 PM: Selamat Sejahtera



** Tunggu tengok berita malam ni lah... Sure ada ape-ape yang menarik. Hee...

Dia Bukan Penduduk Bawah Tanah?

Entry Belalang kemarin yang bertajuk seribu orang bangsa bawah tanah ditemui, telah berjaya membuat pembaca tertanya-tanya dan menyangka sesuatu sebelum membaca entrynya. Namun apabila sudah membaca, baru la korang tau yang sebenarnya Belalang nak kasitau yang follower blog bawah tanah telah cukup seribu. Hee...

Hingga ke saat entry ini ditulis, jumlah itu terus meningkat dan meningkat. Memang terharu la melihat perkembangan itu. Bagi korang yang terlebih dahulu melebihi angka 1000, tentu tak rase ape-ape. Yela, sebab antara kawan-kawan blogger yang belalang selalu singgah kebanyakannya follower dah lame mencecah 1000. Ade yang 2xxx dan ade jugak yang sudah 3xxx. Hebat betul kawan-kawan Belalang ni kan.

Pagi tadi Belalang balik ke rumah sekitar pukul 3 pagi. Nape lewat sangat? jawapannya ini kerana ialah Belalang mendapat anak saudara yang baru. Kakak Belalang selamat melahirkan baby gurl pada pukul 2.30 pagi tadi. Ramai dah anak saudara Belalang. Dah tak ingat yang keberapa. Ini adalah cahaya mata yang ketiga bagi keluarga kakak Belalang, kakak yang nombor 2.

Jadi kepada kakak ku, tahniah ye sebab telah selamat bersalin dan meramaikan umat nabi Muhammad S.A.W. Dan kepada korang-korang pulak, selamat bersantai dihari minggu nih.

Sabtu, 22 Januari 2011

GEMPAR!!! Seribu Orang Bangsa Bawah Tanah Ditemui!!!

Berita gempar dan sangat sahih. Baru-baru ini pihak NASA telah mengumumkan yang mereka menjumpai satu kaum yang tinggal di bawah tanah. Di anggarkan mereka semua seramai 1000 orang dan kebanyakannya masih muda. Terdiri dari kaum lelaki dan wanita.

Kaum lelaki wajah mereka bermirip sangat kacak dan bergaya maskulin. Sementara wanita pula kesemuanya ayu-ayu dan jelita ya amat. Setakat ini pihak NASA masih belum mempunyai apa-apa maklumat mengenai mereka ini tapi mereka semua dipercayai tinggal dalam keadaan suasana yang harmoni di kelilingi dengan kehijauan dan kehitaman.

Pihak NASA sedang cuba berusaha untuk berhubung dengan ketua puak ini yang kelihatan sangat misteri dengan mengenakan topeng pada wajahnya. Kedengaran jugak ahli-ahli puaknya yang lain memanggilnya dengan nama BELALANG HIJAU PERISIK!










Dijangka pada masa akan datang kaum-kaum mereka ini akan semakin bercambah dan bertambah dengan pesatnya. sekiranya mempunyai apa-apa maklumat mengenai mereka ini, sila tinggalkan ia dibawah entry ini...


**Sebenarnya ini entry nak ucap terima kasih pada kawan-kawan yang sudi follow blog Belalang. Segala cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Diharap anda jangan percaya dengan kewujudan kaum bawah tanah. Hahaha...

Lirik & Kord Gitar: Pelita - API

C                          Am
Tak pernah sesaat daku meragui
F
apa yang telah daku temui
Fm
selama ini


C                             Am
Tak pernah sesaat daku menyesali
F
apa yang telah aku nikmati
G
apa ku alami


Dm       Em         F       G
selagi hayat di kandung badan



[Chorus]

C                                  G
Takkan ku menyerah kalah

                              Bb
walau mimpi ku musnah

                  F
harapan ku hancur

                  G
sayapku patah

Am                            Em
kan ku pancarkan cahaya

               Bb            
seperti pelita

Am          F
ke serata dunia

                 Fm
yang gelap gelita

Dm               G           F                  G
sehingga hembusan nafas yang terakhir.



C                           Am
tak pernah sesaat ku mencurigai

F
apa yg telah aku kecapi

Fm
setakat ini


C                       Am
tiba saatnya kan ku tangisi

F
pada yang pergi takkan kembali

G
Kembali lagi


Dm       Em        F       G
selagi hayat di kandung badan



[Chorus]



[Bridge]

Dm                        G
Selagi jasadku belum terkubur

Dm                             G
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur

Am              Em                F    G
pantang datuk nenek moyangku berundur



D                    A
Takkan ku menyerah kalah,

C
walau mimpi ku musnah,

G
harapan ku hancur,

A
sayapku patah,


D                 A
Akan ku pancar cahaya
C            
seperti pelita

G
ke seluruh dunia


D                 A
Akan ku pancar cahaya

C            
seperti pelita

G         A
ke serata dunia

C      G       D
seperti cahaya


Lirik & Kord Gitar: Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan, Anna Raffali & Altimet

Lirik : Kalau Berpacaran
Penyanyi : Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet


A      E       Am
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Am    Dm    Am    E   Am
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang



Korus

E    Am    E    Am
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Dm  G  C  F  Dm  E  Am
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

verse: Am

A      E       Am
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Am    Dm    Am    E   Am
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya


(Ulang korus)



F     E     F
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

G    F    G    F    E
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah

E    F    E    F    E
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

E    F    E
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah


(Ulang korus 2x)


Lirik & Kord Gitar: Kotarayaku - Altimet & Noh Hujan

C               Gm
Oh kotarayaku

             Dm
Kisah seribu satu

           F            Fm
Abadi di jalananmu


(PART ALTIMET NYANYI HANYA GUNAKAN KORD: Dm, G)

Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila-sila
Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur


Chorus

C                   Gm
Oh Kuala Lumpur

                  Dm
Kau yang tak pernah tidur
              F                    Fm
Menjaga mimpi yang luntur

C              Gm
Oh kotarayaku

             Dm
Kisah seribu satu

           F              Fm
Abadi di jalananmu


(PART ALTIMET NYANYI HANYA GUNAKAN KORD: Dm, G)

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Di pijak kepala lepas di beri muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura-kura
Bukan main-main tapi tetap selamba
Suasana berubah bila malam melanda
Lihat anak muda yang tak punya
Tujuan berlumba guna kuasa kuda
Jangan salah laku cuba lawan syahdu
Senyala lilin mengejar wap *******
Ramai yang gagal bila di duga
Tapi masih ramai yang berani cuba
Di Kuala Lumpur


(Ulang Chorus)


C
Aku rehat sebentar di kaki lima

Gm
Yang jadi riba melayan minda

Dm
Aku sedar kota sekadar latar

F Fm
Untuk opera hidup yang bermain di layar lara


(Ulang Chorus)



Jumaat, 21 Januari 2011

Lagi-lagi Tukar Header



Amacam dengan header baru Belalang nih? Sebenarnya ini percubaan pertama Belalang menggunakan XARA 3D. Jadi masih banyak kelemahan. Ini pun hanya niat nak experimen. Tapi Mrs.Belalang kata dah ok header nih.

Belalang macam lagi suka dengan header lame. Ape lak pendapat korang? Yang ini elok atau yang dulu? Ke dua-dua header Belalang tak elok? Huh, sampai hati korang cakap dua-dua tak elok. Hee...




Kepada sesiapa yang teringin nak buat tulisan header yang seakan-akan 3D, korang memang patut la download XARA 3D nih. Try la guna. Mane nak tau serasi ngan korang. Kalau tak paham apa-apa sila ke blog Wan Hazel. Belalang pun tengok tutor dari dia. Nak download software nih pun di blog Wan Hazel boleh. Cubalah...

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool

Selamat berhari jumaat pada pembaca-pembaca semua. Tadi seperti biasa selepas publish jer entry Belalang yang pertama, Belalang terus membalas kunjungan kawan-kawan yang datang drop komen atau tinggal jejak di shoutmix.

Tiba-tiba Belalang terpandang satu contest yang cam best jer. Meh-meh korang tengok contest pe. Mane nak tau korang pun berminatkan.





Wah best nih, tak nampak muka punya pasal Belalang nak join contest nih. Nih gambar yang Belalang pertaruhkan...


Pic profile Belalang sendiri yang Belalang gunakan. Amacam, misteri tak? Maskulin tak? Kacak tak? Giler perasan la lu mamat. Hahaha. Ni Belalang tag tiga orang kawan Belalang.


Yang tak kena tag dan nak join jugak silakan. Lagipun tarikh tutup contest lambat lagi. Korang leh tengok syarat-syarat penyertaan dengan klik link bawah banner contest tu atau klik sini. Harap pic nih menepati kehendak penganjur contest la ye.

Dia Adalah Seorang Syuhada

Pada penghujung tahun 2001, seorang pemuda Palestin bernama Muhammad Raihan telah terkorban semasa bertempur dengan tentera Israel. selepas 100 hari kematiannya, 18 Februari 2002, ahli keluarga dan ramai orang menggali kubur pemuda itu serta beberapa kubur lain untuk diperbaiki. Salah seorang yang turut terlibat menggali semula kubur itu ialah abang Muhammad Raihan, iaitu Jaafar.

Sebaik saja membuka kubur adiknya Muhammad, Jaafar dan seluruh tetangga yang berada di kawasan itu terkejut apabila bau yang sangat harum tiba-tiba menyerbu keluar dari pusara berkenaan. Aroma itu melingkari persekitaran kubur tersebut menyebabkan mereka semua terdiam. Bunya sangat harum.

Jenazah Muhammad juga dilihat masih utuh, malah tubuhnya masih lagi hangat seolah-olah darah masih mengalir dan dia sdang tidur dengan nyenyaknya. Jaafar menatap wajah adiknya itu. Dia berasa seperti ingin mengejutkan adiknya yang sedang dbaluti kain kapan itu.

Ketika ditanya oleh orang ramai yang tidak menyertainya menggali kubur Muhammad, Jaafar memberitahu "Saya melihat peluh membasahi dahinya, lantas saya menyapunya dengan tangan saya sambil disaksikan oleh orang ramai yang terkejut dengan kejadian luar biasa iitu."

Lebih daripada itu, mereka juga turut menyaksikan janggut di muka Muhammad lebih panjang berbanding semasa dia dikebumikan 100 hari sebelum itu. Melihatkan keajaiban dan karamah tersebut, mereka semua bertakbir memuji Ilahi.


Artikel ini dipetik dari mjalah Mastika.

Khamis, 20 Januari 2011

Mastika Februari 2011: Segmen Dunia Blogger



Mastika keluaran Februari 2011 telah pun berada di pasaran sejak awal minggu ini lagi. Belalang baru saja mendapatkan kelmarin di Landmark Kulim. Hanya sempat melihat sekali imbas, membaca tajuk sahaja. Kepada sape-sape yang follow blog Belalang tentu tau yang Belalang nih memang peminat Mastika dan Belalang pernah jugak membuat entry yang mengenai Mastika disini. Walaupun entry itu seakan-akan menyoal ketelusan Mastika dalam menyampaikan ceritanya, tapi itu tidak bermaksud Belalang membenci majalah yang Belalang start kumpul dari tahun 1996 ini.

Ok berbalik kepada Mastika bulan ini. dalam pada melihat tajuk-tajuk cerita sekali lalu itu, Belalang tertarik dengan segmen yang Mastika perkenalkan dalam keluaran kali ini iaitu 'DUNIA BLOGGER' dan blogger yang telah di interview itu Budiey Isma dari budiey.com.

Apasal Belalang kata segmen tu menarik? Yela disebabkan Belalang jugak seorang blogger jadi  memang teringin la nak mengetahui bagaimana blogger-blogger hebat ini berjaya. Dan satu lagi sebab ialah Belalang pernah cadangkan di page Facebook Mastika supaya dedahkan dunia blog sebab banyak juga orang yang telah berjaya dengan hanya berblog. Cuma Belalang kurang pasti komen Belalang dipage Mastika itu menggunakan akaun Belalang Hijau Perisik atau akaun Belalang yang lain. Nampaknya impian Belalang itu telah dipenuhi.

Namun begitu tak pasti pulak segmen Dunia Blogger ini akan ada lagi pada keluaran akan datang atau sebaliknya. Mungkinkah nama-nama seperti Red Mummy, Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Ariff Shah dan beberapa nama lagi akan dipaparkan dalam majalah Mastika? Itu korang kena tanya sendiri la dengan Mastika. Belalang pun tak tau. Tapi kalau ada boleh jugak kita jadikan sebagai sumber inspirasi untuk berjaya macam diorang-diorang itu kan? Apa pulak kata korang?

Isu Blogwalking: Kesimpulan Dari Semua Yang Berlaku

Ini mungkin entry terakhir Belalang mengenai isu blogwalking palsu yang meledak beberapa hari ini. Cukup la setakat ini saja Belalang bersuara mengenainya. Selepas ini Belalang hanya akan menjadi silent reader mengenai hal ini dan mungkin hanya membantu menyuarakan pendapat pada kotak komen kawan-kawan blogger yang masih berjuang menentang mereka-mereka ini.

Kesimpulan yang dapat Belalang nyatakan disebalik semua yang berlaku ini, kita semua tidak begitu bersatu hati dalam menentang mereka-mereka yang sentiasa menipu kita saban hari ini. Ada blogger yang secara terang-terangan mengatakan tak kisah pun dengan isu ini. Ada juga yang berkata isu kecil saja ini semua, buang shoutmix abis la cerita.

Untuk pengetahuan pembaca blog Belalang, seandainya Belalang tidak dedahkan hal ini, Belalang masih bisa mendapat trafik hari-hari melalui search enjin sekitar 100 ke 200 unik visitor. Trafik melalui blogwalking hanyalah satu lagi bonus kepada Belalang. Blogger seperti Belalang jika buang shoutmix rasanya tidak mengalami apa-apa masalah dari segi jumlah visitor.

Tapi bagaimana pula dengan blogger baru yang memang 100% masih bergantung dengan trafik dari blogwalking? Mereka ini terpaka berhempas pulas mencari trafik dari satu blog ke satu blog sebelum lahir menjadi blogger yang kuat dan tidak perlu bergantung kepada blogwalking lagi. Sebenarnya nasib blogger seperti ini la yang cuba Belalang pejuangkan. Belalang yakin rakan-rakan Belalang seperti Pendekar dan lain-lain juga memperjuangkan nasib blogger seperti ini.

Kami boleh saja mendiamkan diri dan tidak mengambil apa-apa jalan untuk menyebarkan hal ini kerana kami tidak bergantung pada blogwalking. Kami boleh saja melihat blogger-blogger baru ini dibodohkan oleh orang-orang yang mencari trafik sehala ini. Kami tak rugi apa-apa. Tapi sikap kasihan sesama blogger masih menebal dalam diri Belalang. Tak sanggup rasanya melihat kawan-kawan yang saban hari berkunjung secara jujur ke blog Belalang dibodoh-bodohkan sebegitu.

Andainya tiada penentangan terhadap gejala ini tidak mustahil pada masa akan datang tidak ada satu trafik pun akan kita dapat dari aktiviti blogwalking. Sebabnya? Sebabnya semua mengambil jalan mudah dengan gunakan software itu. Abis mana nak datang trafik?

Komen oleh seorang pembaca di entry sebelum ini


Itu pendapat terakhir Belalang mengenai isu blogwalking yang terjadi kini, Belalang suarakan di blog ini. Belalang yakin korang dengan pendapat korang pulak. Akhir kata semoga dunia blog Malaysia yang meriah ini tidak hilang serinya disebabkan oleh sikap tamak, pentingkan diri dan tidak kisah kita sendiri.


Entry Berkaitan Sebelum ini -


Bagaimana Penipuan Blogwalking Berlaku?


Blogwalking Palsu: Pendekar Masih Berpencak Silat

Rabu, 19 Januari 2011

Blogwalking Palsu: Pendekar Masih Berpencak Silat

Nampaknya dah ramai yang semakin jelas dan tahu bagaimana penipuan blogwalking dilakukan. Bagus. Mulai sekarang kita sudah boleh manjadi blogger yang sedikit bijak dengan perkongsian ilmu yang tak seberapa dari entry Belalang dan Pendekar sebelum ini.

Pendekar masih lagi meneruskan misinya membongkar hal ini hingga ke akar umbi. Belalang sangat-sangat menyokong dengan pendedahan yang dibuat oleh Pendekar. Perkara ini memang perlu ada seorang yang mulakan tentangnya supaya blogger-blogger lain sedar. Supaya kita tidak terus dibodohkan oleh mereka.

Isu yang panas satu masa dulu, kembali sejuk dan seolah-olah dilupakan. Namun apabila orang seperti Pendekar bersuara, barulah hal ini bangkit kembali. Dan tentangan kali ini nampaknya lebih dasyat dari tentangan yang berlaku lama dahulu.

Kepada yang menggunakan software ini dan anda baru tau bagaimana fungsi software itu, Belalang sarankan jangan diguna lagi software itu. Buat la satu permohonan maaf dan penerangan yang jelas supaya anda tidak terus rugi dengan hal ini. Lepas itu biar pembaca yang tentukan samada akan terus mengunjungi blog anda atau sebaliknya. Belalang tau ada blogger-blogger baru yang gunakan software ini tanpa tau bagaimana kesannya kepada blogger lain.

Kepada Pendekar, teruskan usaha mu itu sahabat. Sesuai dengan nama lu bro sebagai Pendekar. Belalang support jer lu sebab Belalang tau lu ada point yang betul dan memang lu di pihak yang benar. Semoga berjaya kawan.



** Kalau korang ada drop komen dan Belalang lambat publish, sori ye. Arini bz sket. Nak kemas umah dan gotong-royong sket. Terima kasih sudi singgah blog Belalang ye.






Entry Sebelum berkaitan -


Isu Blogwalking: Kesimpulan Dari Semua Yang Berlaku

Bagaimana Penipuan Blogwalking Berlaku?

Selasa, 18 Januari 2011

Bagaimana Penipuan Blogwalking Berlaku?

Sebelum ni Belalang dah publish satu entry pasal blogwalking tipu. Klik sini kalau korang nak baca. Dari komen-komen yang Belalang terima banyak jugak yang tak paham apa yang dikatakan tipu tuh? Tipu disini bermaksud trafik satu hala. Blogger ni datang blog kita, kita tak dapat apa-apa trafik. Tapi jika kita membalas kunjungan blogger nih maka blogger itu akan dapat trafik dari kita. Sangat tak elok bukan?

Hal nih sebenarnya pernah menjadi isu satu masa dulu. Mungkin blogger-blogger baru banyak yang tak tau. Ok sini Belalang akan cerita kan sket pasal hal nih. Sebenarnya ada sesetangah blogger yang menggunakan software untuk blogwalking. Name software tu ialah auto blogwalking. Software nih membolehkan si penggunanya meninggalkan jejak di merata-rata shoutmix atau shoutbox tanpa perlu melakukan blogwalking seperti yang biasa kita lakukan. Dengan software nih si pengguna hanya perlu tulis ape-ape komen yang dia nak tulis, lepas tu masukkan list url blog yang nak ditinggal jejak tu, masukkan sebanyak mana pun boleh. Bila dah puas hati klik satu button dan automatik robot software nih akan pegi cari shoutmix dan shoutbox url blog yang telah di listkan oleh pengguna itu.

Salah satu lagi cara ialah seperti yang diterangkan oleh pendekar di blognya. Klik sini kalau korang nak baca satu lagi cara penipuan itu. Pendekar siap buat satu entry khas bagaimana nak atasi masalah itu disini. Pendekar juga ada listkan sebahagian nama-nama blogger yang blogwalking cara tidak jujur itu disini.

Ok sekarang Belalang nak terangkan bagaimana Belalang kesan blogger yang guna software nih. Caranya agak leceh dan makan masa tapi apa nak buat, kita terpaksa juga buat sebab banyak sangat dah blogger yang guna cara mudah untuk cari trafik sekarang nih. Cara yang Belalang maksudkan ialah check i.p address sesiapa yang tinggal jejak di shoutmix/shoutbox/cbox kita.

Korang perlu check i.p itu di shoutmix korang. Pastu dengan gunakan getclicky atau histats, korang check sekali lagi samada i.p itu betul-betul di detect oleh getcliky atau hitstats. Pening ke? Takpe, takpe Belalang dulu pun macam tu jugak. So Belalang sediakan gambar supaya korang boleh lebih cepat paham.


I.P yang ada di shoutmix



Mengesan I.P melalui getclicky


Sepatutnya diantara jejak Datin Ellis dan Ellen perlu ada i.p si transformer 3 tuh. Tapi dimana? So sekarang korang dah pahamkan. Last Belalang nak pesan jadilah blogger yang bijak. Win-win situation lebih bagus daripada hanya nak menang pada diri sendiri saja. Ingat, dunia blog Malaysia bukan besar mana pun. Pusing-pusing akan jumpa orang yang sama jugak... Emmm...

**Kalau korang belum ada getclicky atau histats, klik jer pada nama tu kat atas yang warna ijau tu k...


Entry Berkaitan -


Isu Blogwalking: Kesimpulan Dari Semua Yang Berlaku

Blogwalking Palsu: Pendekar Masih Berpencak Silat

Blog Walking: Mereka Menipu!

Mengapalah Belalang ni terlalu baik hati? Mengapa Belalang tak lakukan perkara ini awal-awal dahulu? Bukannya tak tau macam mana nak detect trafik betul atau tipu. Tapi sikap terlalu mempercayai sesama blogger yang ada dalam diri Belalang telah memakan diri sendiri.

Belalang memang tak sangka yang begitu ramai menggunakan cara kotor dalam mencari trafik mudah. Kemarin Belalang mengambil sedikit masa untuk meneliti setiap jejak yang ditinggalkan di shoutmix Belalang. Hasilnya Belalang berjaya mengesan begitu banyak blogger yang menggunakan cara kotor mencari trafik.

Ada sesetengah blogger tu yang Belalang memang tak sangka langsung dia guna kaedah itu sebab nama blognya memang gah dalam dunia blog sekarang nih. Bila di fikir-fikir balik, malu la dengan entry yang blogger itu pernah buat dimana menunjukkan trafiknya begitu hebat setiap hari.

Mulai hari ini Belalang akan lebih berhati-hati dengan setiap masej yang Belalang terima di shoutmix. Kepada yang tidak jujur ini, hentikanlah mencari trafik begitu. Tak berkat duit iklan yang korang terima dengan lakukan perkara begini. Jangan sampai ke tahap Belalang dedahkan semua nama-nama korang yang menggunakan cara salah dalam blogwalking ini!

Terima kasih pada sahabat Belalang yang menyedarkan Belalang akan berleluasanya perkara ini. Sape kawan Belalang tu? Klik sini untuk ke blog dia.

Isnin, 17 Januari 2011

Antara Malaysia Dan Indonesia Mana Yang Lebih Dikenali Di Mata Dunia?


Proud to be Malaysian


Eh, nape Belalang tiba-tiba nak banding-bandingkan negara kita dengan Indonesia? Nape tak bandingkan dengan negara jiran kita yang lain seperti Singapura atau Thailand?

Jawapanya tiada apa-apa sebab. Sengaja Belalang nak berkongsi satu artikel yang ditulis oleh wartawan Indonesia. Nak tau apa yang dituliskan oleh wartawan itu? Baca sedikit petikkan dari artikel itu yang Belalang sertakan dibawah.


-------------------------------------------------


Sapaan itu hampir selalu muncul setiap beberapa wartawan Indonesia peliput Piala Dunia 2010 memasuki kawasan perdagangan atau pasar. Artinya, "Hai, Malaysia! Mari, silakan membeli sesuatu dan belanjakan uang Anda!"

Demikian pula jika sedang berada di stadion untuk meliput pertandingan, atau berada di tengah temu pers. Orang Indonesia sering disapa Malaysia. Bahkan, polisi Afrika Selatan (Afsel) pun sering mengira orang Indonesia sebagai Malaysia.

Rasanya menjadi sedih. Yang lebih menyedihkan, ketika dijelaskan bahwa kami dari Indonesia, sering kali mereka tak tahu. "Indonesia? Di mana itu?"

Baca artikel penuh disini.


----------------------------------------------------


Kesimpulannya berbanggalah dengan negara kita Malaysia kerana walaupun saiz negara kita lebih kecil dari Indonesia, namun nama kita gah di mata dunia. Walaupun orang-orang Indonesia bekerja hampir disetiap pelosok dunia, tapi dunia lebih mengenali kita, Malaysia.

Bahana Copy Paste Entry

Kelmarin petang Belalang ade buat satu entry mengenai kematian seorang pramugari MAS disini. Agak hot entry itu kerana hampir setengah dari pelawat blog Belalang kelmarin datang dengan keywords kes tuh.

Dipendekkan cerita dalam pukul 1.50 pagi tadi, sekali lagi Belalang berkunjung k Berita Harian Online. Alangkah terkejut beruknya Belalang apabila melihat tajuk ini...



Tajuk mula-mula tadi dah bertukar?


Abis tuh, ape yang Belalang copy kemarin tuh tak betul la? Tak puas hati punya pasal Belalang try Google tajuk tuh sebab time Belalang search semalam, nampak macam ramai jugak yang tulis pasal hal tuh. Agak bernasib baik Belalang sebab Belalang telah bertemu dengan link yang Belalang copy dari Berita Harian. Nak tau apa yang tulis bila Belalang klik? Tengok bawah nih...



Hampeh... Betul la berita tuh dah dibuang oleh Berita Harian


Tak pasal-pasal Belalang dah jadi pembawa khabar angin. Nampak tak begitu tak eloknya copy paste nih. Ingat ke copy dari surat khabar nih sumber yang leh percaya. Last-last diorang pun tak betul dalam menyampai berita. Kalau korang nak baca berita yang dibetulkan tu,klik sini.

Jadi kepada sesiapa yang baca blog Belalang pasal hal tuh, Belalang mintak maap yer. Takde niat langsung nak bawak berita tak betul tuh. Sori ye semua...

Ahad, 16 Januari 2011

Kematian Pramugari MAS Di Amsterdam Akibat Perbuatan Jenayah

Berita Harian online melaporkan kematian pramugari bernama Chin Swee Lin di tempat letak kereta di Amsterdam adalah akibat perbuatan jenayah. Sumber itu diperolehi melaui sumber yang dikeluarkan oleh polis Belanda.

-------------------------------------------

Polis Belanda menyatakan kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam pagi Jumaat lalu adalah akibat perbuatan jenayah.

Jurucakap Wisma Putra berkata hari ini polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin.

Mayat Chin, 34, ditemui pada kira-kira 9 pagi hari berkenaan oleh tetamu hotel dan sebelum itu beliau dipercayai telah diserang dan dicampakkan keluar tingkap dari bilik di tingkat empat hotel tempat beliau menginap.

Biliknya dilaporkan telah dipecah masuk dan digeledah. Beliau dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Januari.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes berkenaan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail. 

Berita Harian Online.

Spam Pulak!

Bangun pagi nih dengan perasaan ceria. Pergi kedapur buat segelas nescafe O panas. On laptop dan terus sign in blog. Macam biasa Belalang akan publishkan komen-komen baru yang masuk sepanjang Belalang off line.

Tiba-tiba mata Belalang tertarik pada bahagian spam dalam komen. Biar betul? Spam yang masuk ke blog Belalang sebanyak 215! Mak aih, sape la yang taruk iklan banyak-banyak dalam satu malam nih?

dengan perasaan yang ingin tau, Belalang pun klik la pada bahagian spam tuh. Ceh! ini komen-komen lame yang Belalang terima. Nape tiba-tiba komen-komen nih semua masuk dalam kotak spam? Hairan jugak Belalang. Pikir punya pikir punya pikir, hanya ada satu alasan saja mengapa semua nih terjadi.

Gambar Dari Carian Google 

DISQUS... Ya, disqus.com. Semalam Belalang ade try-try nak apply disqus untuk digunakan oleh Belalang. Main hentam jer tekan sana, klik sini, pangkah situ, yes sini... Last-last nah amik kau, abis komen-komenku yang bernilai nih jadi spam.

Susah jugak rupanya nak apply guna disqus nih ye. Nak kena cari sorang tok guru jugak nampak gayanya. Sape sini yang guna disqus angkat tangan! tolong drop komen sini jap macam mana nak apply disqus ke blog. Sambil-sambil tuh Belalang nak pindah balik semua komen yang dalam kotak spam tuh. Keje yang membosankan di awal hari minggu... Hahaha...

Sabtu, 15 Januari 2011

Lirik & Kord Gitar: Sungai Lui - Aizat

Aizat - Sungai Lui chords and lyric

[intro] - C Em F 2X

C             Em        F
Pejamkan matamu untuk ku

C               Em          F
Dengarlah dunia berkata-kata

Dm          G      C         F
Usah kau ragu disini tempatmu

Dm          G          Em           F
Walau berubah dimata kita Tetap indah

         G              C
selagi kau masih percaya

C Em F 2X


C           Em         F
Tertawa kecewa terpisah

C             Em               F
Jalan yang lurus yang berhalang

Dm         G          C          F
Adakah semua ini yang ku inginkan

Dm         G            Em              F
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata

            G            C
Ku harap ku masih percaya

C Em F 2X

Dm         G        C            F
Adakah semua ini yang ku inginkan

Dm          G              Em           F
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata

            G
Ku harap ku masih percaya

Dm           G      C            F
Bukalah matamu Biar aku memelukmu

Dm         G         Em             F
Kita bersama masih muda masih mentah

             G            Am
Ku harap kau masih percaya

F G
Selama ini ( 7x )


Em Am G

Lirik & Kord Gitar: Aku Ratapi - As-Sahar

 Dm             G           C
Hadirmu bagai angin berkala

 Dm        G        C
Penyeri cetera mimpi

Dm      Am  E      Am
Gemilangnya kita sejiwa

F                 G
Di bawah pepayung ungu

Dm           G            C
Benakku mula goyah bercita

Dm             G           C
Padamu ku pendam rasa cinta

Dm   Am    E       Am
Aku dibuai khayalan

F                 G     G
Kita dipentas peterana


(verse)

Dm                     G
Bila disinari kerdipan dian

    C                    F
Aku percaya dikau ratnaku

Dm                     G
Masakan aku tiada tertawan

  C              F          G
Pada anggun satu wajah yang menyerlah


(chorus)

    Am             G
Aku ratapi satu nostalgia

      F               E
Kau lemahkan hati saliku ini

    Am               G
Aku ratapi setiap pertemuan

  F            E
Masih lagi aku meradai cinta

         Am
Di pintu hatimu

*(Ulang verse & chorus)
  Dan sambung...


    Am            G
Aku ratapi gelora kau curah

    F                       E
Antara kita dimanakah asmara

    Am               G
Aku ratapi dinginnya hatimu

    F                     E        Am   G
Menutup ruang tiada bisaku menabur raksi

      F   E                     Am
Aku ratapi      takdir kegagalan


Nuffnang: Apa Dah Jadi?

Kemarin tentu korang perasankan yang Nuff ade problem sket. Awal-awal pagi time pukul 4 pagi macam tu laman Nuff tak bolehh masuk. Belalang tak kisah sangat hal tuh sebab tau sure pas tu akan ok jugak. Cuma lambat atau cepat jer.

Bila dah boleh masuk, satu lagi problem lak belum selesai dimana bahagian visitor dipaparkan dalam keadaan kosong. Hal ini pun tak merisaukan Belalang sebab seperti yang Belalang jangkakan, beberapa lama pas tu problem ini pun selesai.

Yang menjadi kerisauan dan tanda tanya pada Belalang hanyalah satu hal. Belalang terperasan yang iklan di blog Belalang dari kemarin tak kuar-kuar. Mulanya Belalang ingat hanya perasaan Belalang jer yang rase begitu. Tapi bila check income BE, jumlahnya tetap tak berubah dari semalam. Ini menunjukkan yang memang iklan tak kuar.

Time entry ni ditulis, Belalang cuba jugak refresh banyak-banyak kali. Setelah beberapa kali refresh baru la kuar satu iklan di sidebar. Lega sket tengok. Tapi yang tak bestnya kemarin Belalang tak dapat ape-ape income pun walaupun trafik maintain cam biasa.

Semoga kejadian yang seperti kelmarin tuh tak berulang lagi. Kalu hari-hari macam nih rugi woo. Buat letih blogwalking jer. Hee...

Jumaat, 14 Januari 2011

Musik Sampai Lupa Diri

ENTRY LAMA YANG DIKITAR SEMULA. ENJOY...


Semalam Belalang lepak dengan kawan-kawan. Memang dah lama tak lepak dangan diorang nih. Semenjak berumah tangga dan dah ada anak nih, memang Belalang jarang bersosial dengan diorang semua. Best je rase. Macam zaman-zaman sebelum kahwin dulu pulak rase.

Bila lama tak jumpa dan lepak sekali, so banyak la cerita kawan-kawan lama (yang memang tak jumpa lansung dah) Belalang tanyakan. pasal mamat tue la, pasal mamat nih la, pasal minah-minah dan macam-macam lagi. Macam-macam cerita ada. Yang tengah planning nak kahwin, yang pegi belayar, pindah dan yang best citer awek mamat nih, mamat sorang lagi dah sapu (potong line la tue).

Tapi dalam banyak-banyak cerita kawan-kawan Belalang, ada satu cerita mengenai dua orang kawan Belalang yang buat Belalang rase sedih dan sampai pagi nih masih lagi memikirkan mereka.

Citer dia macam nih. Al-kisahnye kawan Belalang yang lepak sekali Belalang semalam, Mat (memang name glamour) dah pegi rumah sewa dua orang kawan Belalang gak, Leman dengan Sahak (bukan name sebenar@glamour). Mat saja pegi lepak-lepak tanya kabar diorang. Nak di jadikan cerita Mat masuk je rumah sewa diorang, dia nampak tengkorak kepala kambing atas tv rumah diorang. Kat kepala tengkorak tue plak Leman dengan Sahak letak songkok. Mat nih rase pelik la. Dia pun sound diorang..
.
 "Apsal letak songkok kat kepala kambing tue? tak kan korang sembah benda tue kot?"

Leman dengan selambe jawab...

"Apsal?tak boleh ke?sukati aku la nak sembah apa pun. Selama ni aku sembah Tuhan, tapi aku bukan nampak dia pun"...

Menyirap darah si Mat nih dengar jawapan tue. Lepas hal tue Mat cuba la risik-risik perihal mamat dua orang tue dengan bertanyakan kepada kawan-kawan rapat diorang. Nak tau ape jawapan yang Mat nih dapat?

"Diorang tue dah jadi 'FREE THINKER'... Tak kan Korang tak tau? Kami pun Dah tak Lepak dengan diorang. Takut sesat same macam diorang"...

Sedih betul Belalang. Belalang kenal sangat dua orang nih. Dulu-dulu slalu jamming sekali. Tapi semenjak band diorang dah ade name dan mendapat perhatian dari bebudak bawah tanah (underground), diorang berubah. Mula menampakkan bunga-bunga yang diorang sudah lupa diri. Dan akhirnya diorang betul-betul dah lupa diri dan agama.

Pesan Belalang, 'musik, musik juga... Tapi jangan la sampai buang agama'. Dosa yang sedia ada tak tertanggung. Pulak di tambah dengan dosa yang sangat besar iaitu 'MURTAD'...

Khamis, 13 Januari 2011

Bola Sepak: Ranking Terbaru Pasukan Malaysia

Mungkin sudah ramai yang mengetahui mengenai kedudukan pasukan bola sepak kita yang baru dikeluarkan oleh FIFA kelmarin. Tapi Belalang tetap nak kongsi, mungkin ada yang terlepas pandang atau masih belum tahu kan?...


Malaysia Ranking :
FIFA = 142 (naik 2 anak tangga daripada kedudukan sebelum ini)
Asia   = 23
Asean = 5

Nampaknya kejayaan melakar sebagai juara piala AFF Suzuki dan juga menang di sukan SEA seperti tidak memberi kesan yang besar. Namun begitu diharap ini bakal menjadi langkah pertama pasukan Malaysia untuk terus memperbaiki kedudukan bola sepak kita hingga mampu mengatasi pencapaian terbaik negara pada tahun 1993 iaitu kedudukan ke-75 dalam ranking FIFA.

Projekt A.K: FUNKdeMENTAL Album Out Now!


Latest album dari band Projekt AK, FUNKdeMENTAL telah berada dipasaran. Mengandungi 10 buah lagu yang memang best untuk dilayan...


1. Higher
2. By the Beach
3. Groovin
4. Confusion
5. Tonite
6. Angel
7. Rendesvous In Rhu
8. Shadow Within
9. Inspirasi
10. Alright

Untuk membeli secara online email di projektak@gmail.com atau berhubung terus dengan awek cun nih dibitz.


**Terima kasih kepada dibitz atas perkongsian hal ini ye...

Rabu, 12 Januari 2011

Google Page Rank Update 2011

Jadual Page Rank (PR) akan di update untuk tahun 2011. Ada masa lagi untuk korang repair mana-mana yang patut kalau teringin nak berbaiki ranking blog korang.



First 2011 PageRank (PR) Update - 31 Mac – 3 April 2011


Second 2011 PageRank (PR) Update - 31 Jun – 3 Julai 2011


Third 2011 PageRank (PR) Update - 31 September – 3 Oktober 2011


Fourth 2011 PageRank (PR) Update - 31 Desember – 3 Januari 2012




**Terima kasih kepada Uncle atas kebenaran untuk berkongsi maklumat ini.

Buffered Earnings: Maxis Om Nom Nom Roadtrip

Setelah menanti BE baru dengan sabar, akhirnya Nuffnang berlembut hati jugak untuk menghadiahkan satu BE kepada Belalang. pagi tadi sebaik saja pukul 4 pagi Belalang segera memeriksa akaun Nuff Belalang. Alhamdulillah BE Maxis sudi melekat di blog ijau Belalang nih.



Rasanya tinggi jugak BE nih jika dibandingkan dengan BE dari Era sebelum nih. BE dari Era dahulu melekat dekat dua minggu di blog nih. Tapi income dia, hampeh...

Kepada Nuff dan Maxis, terima kasih ya sudi tempek iklan disini. Harap-harap pas nih ade lagi iklan yang sudi menyinggah sebagai BE disini.

Selasa, 11 Januari 2011

Entry Promosi: Giveaway Jz Business World & Ilham Nurry Entrprise

Belalang dah lama nak buat entry nih. Tapi akibat sikap suka bertangguh, baru hari ni ada kesempatan buat entry nih. Jadi jauhi la perangai suka tangguh sesuatu keje ye. Tak baik untuk kesihatan korang dan juga ketua kampung jiran korang ^_^




create your own banner at mybannermaker.com!


Mungkin korang sudah mengenali atau mendengar nama JZ Business World. Belalang sendiri pernah review mengenai JZ disini. Tapi mungkin korang masih belum mengenali Ilham Nurry kan? JZ dan Ilham Nurry telah sepakat untuk menganjurkan sebuah giveaway(G.A) dimana hadiah-hadiah G.A ditaja oleh Ilham Nurry.

Seperti Biasa setiap G.A sudah semestinya ada syarat-syarat tertentu. Berminat nak join? Meh baca syarat-syarat itu disini atau sini.

Sure korang tertanya-tanya mengapa pulak Belalang tiba-tiba terlibat dan mempromosikan G.A ini? Ya, tidak lain dan bukan sebenarnya Ilham Nurry Enterprise adalah blog kedai barangan pengantin milik Belalang dan Mrs.Belalang.

Jadi dengan penerangan ringkas ini Belalang harap korang-korang semua dapat la support G.A ini. Cepat, tak silap Belalang G.A ini akan tutup pada hujung bulan ini.

Segmen Entry Terbaik

Aritu Belalang ade buat sedikit survey pasal sambutan mengenai sebarang segmen yang Belalang buat kat sini. Nampaknya ada yang menyokong dan memberi semangat. Terima kasih ye kawan-kawan.

Jadi Belalang nak perkenalkan segmen pertama Belalang yang diberi nama 'Segmen Entry Terbaik'. Korang kalau nak join meh tengok apa keperluan yang diperlukan untuk segmen ini.


-Buat satu entry bertajuk 'Segmen Entry Terbaik' dan jangan lupa tempek banner nih di entry korang.


-Pilih satu entry korang yang dirasakan terbaik dan buat huraian ringkas sket pasal entry tu. Contoh nape korang rase entry tue terbaik atau apa-apalah. Nak lebih dari satu entry pun boleh tapi cuba ringkaskan seringkas yg boleh. Takut nanti orang bosan lak baca panjang-panjang.


-Pastu korang tag pulak mane-mane blogger beserta satu entry blogger tu yang korang suka. Minimum dua orang blogger. Maksimum sukati korang la berapa blogger pun korang nak tag.


-Dah abis korang tolong tinggalkan link entry korang dibawah nih yea. Belalang nak jugak tau sejauh mana segmen nih mampu bergerak.

Itu saja syarat-syarat simple segmen nih. Tujuan segmen nih adalah sambil mempromosi entry korang, korang jugak boleh membantu kawan blogger korang meningkatkan pageviews.

Untuk permulaan nih Belalang nak tag dulu la kawan-kawan blogger Belalang. Mereka ialah:-


Pada yang tak moh tunggu kena tag, dipersilakan amik jer terus tag nih. Lagi Belalang suka. Harap korang sudi la support segmen nih yea sebelum Belalang start segmen seterusnya pulak pas nih.

Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia Dan Jose Mourinho Jurulatih Terbaik Dunia

Lionel Messi. Gambar Dari Google


Lionel Messi menerima anugerah Bola Emas FIFA sekaligus dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia 2010. Kejayaan Messi itu menyaksikan dua lagi calon yang juga rakan sepasukannya dalam kelab Barcelona, Xavi Hernandez dan Andres Iniesta telah disingkirkan.

Jose Mourinho. Gambar Dari Google

Sementara itu Jose Mourinho telah diumumkan sebagai jurulatih terbaik dunia 2010 diatas kejayaannya membawa Inter Milan mencipta hatrik termasuk memenangi Liga Juara Juara.

Isnin, 10 Januari 2011

Novel Interlok: Realiti Sosial Negara Kita

BESUT 10 Jan. — Kewujudan kasta yang digambarkan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussein dalam novelnya, Interlok bukan suatu bentuk penghinaan kepada mana-mana kaum malah merupakan realiti pada zaman berkenaan.

Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu, Malaysia-China di Foreign Studies University (BFSU) China Beijing Prof Awang Sariyan berkata golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka.

Beliau berkata Sasterawan Negara itu ialah seorang penulis yang menghasilkan karya berdasarkan fakta dan realiti sosial pada zaman-zaman yang dilalui dan disaksikannya sendiri.


Sumber Utusan Online.

Facebook: Kami Tidak Bersetuju Ana Raffali Menang AJL 25

Gambar dari Facebook Ana Raffali


Seperti yang diduga kemenangan Ana Raffali semalam di AJL, menerima pelbagai reaksi dari peminat muzik tanah air kita. Ada yang menyokong walaupun tidak menduga yang lagu Tolong Ingatkan Aku yang didendangkan Ana Raffali mampu menarik perhatian juri.

Namun disebaliknya ada juga pihak yang mempertikaikan kemenangan anak gadis yang berasal dari Kuala Lumpur itu. Di Facebook page atau group yang diberi nama KAMI TIDAK BERSETUJU ANA RAFFALI MENANG AJL 25 telah mula diwujudkan.

Melalui pemerhatian Belalang, page itu seperti telah ditutup berikutan mendapat tentangan daripada peminat Ana Raffali. Pendapat Belalang tak usah dipertikaikan kemenangan itu kerana sudah jelas bahawa Ana Raffali layak untuk dinobatkan sebagai juara.

Biodata Ana Raffali Juara AJL 25

Gambar Carian Google


Seperti yang korang semua sedia maklum, Ana Raffali muncul sebagai Juara untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 25 musim ini. Lagu Tolong Ingatkan Aku, telah membawa tuah kepada Anna apabila berjaya menewaskan beberapa lagi artis-artis besar tanah air seperti Faizal Tahir dan Yuna.

Tahniah diucapkan atas kejayaan Ana. Pas nih namanya sudah terpahat sebagai antara pemenang AJL. Dibawah adalah sedikit biodata ringkas mengenai Ana Raffali. Sumber dari liriklagumuzik.


NAMA PENUH: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali

NAMA SINGKATAN: Ana Raffali

TARIKH LAHIR: 4 November 1985

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

ADIK-BERADIK: Anak ke sembilan daripada 11 beradik

KARIER: Penyanyi dan penggubah lagu

PENDIDIKAN: Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

MUZIK YANG DIGEMARI: Rock, alternatif, pop & klasik

ALAT MUZIK: Gitar Martin & Co 000-15

IDOLA: M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza

Sabtu, 8 Januari 2011

Jangan Sia-Siakan Bakat Dan Kepandaian Kita

Sure korang herankan nape pulak arini Belalang publish lirik lagu dan kord gitar? Nak tukar jadi blog musik pulak ke hape Belalang nih? Hahaha... Meh-meh Belalang nak cerita sket kat korang.

Macam mana nak start ek?... Korang setuju tak kalau Belalang katakan setiap dari kita nih dilahirkan dengan bakat dan kebolehan yang tertentu? Ya, kita mempunyai kelebihan dan kepandaian yang belum tentu semua orang ada. Kadang-kadang kebolehan itu boleh diasah melalui minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara.

Contoh macam berblog. Korang rase bab-bab coding dan buat blog nih simple jer. Pejam mata pun boleh buat. Tapi bagi orang yang tiada keinginan atau minat dalam hal-hal blog, sure anggap buat blog nih sesuatu yang susah sangat. Boleh muntah darah tengok coding-coding hape semua.

Seorang yang pandai dalam sains tentu boleh ingat setiap unsur, campuran sebatian hape semua tu tanpa rasa susah sket pun. Tapi bagi yang tak minat sains (Belalang le tu) naik berpinau mata dan otak nih nak amik tau hal-hal semua tu.

Gitar Dan Effect Processor Belalang Yang Dah Berabuk Sebab Lame Tak Main 


Apa yang Belalang maksudkan kita semua ada kelebihan dalam sesuatu perkara dan kekurangan dalam perkara-perkara lain pulak. Dipendekkan cerita Belalang tau yang Belalang sangat mahir dalam bab-bab musik atau intrument gitar. Takde la hebat macam Syam Kamikaze atau Steve Vai. Tapi Belalang tau yang Belalang boleh bermain gitar dengan baik.

Jadi untuk tidak mensia-siakan bakat dan kesukaan Belalang dengan gitar, Belalang merancang mahu berkongsi kord-kord gitar dalam blog Belalang. Ini sebahagian rancangan Belalang untuk tahun ini. Korang yang tak minat musik jangan risau kerana Belalang hanya publish kord dan lirik nih seminggu sekali jer. Kepada yang minat musik lak, korang boleh la gunakan kord-kord yang Belalang kasi nih untuk sesi jamming korang.

Jadi, apa pulak bakat dan kemahiran korang yang boleh dikongsi? Cari dan jangan sia-siakannya ye. Cuba-cubalah berkongsi dalam blog anda. Mana nak tau pembaca anda suka. anda happy pembaca anda pun boleh menambah pengetahuan. Hee...
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com