Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 20 Januari 2011

Mastika Februari 2011: Segmen Dunia Blogger



Mastika keluaran Februari 2011 telah pun berada di pasaran sejak awal minggu ini lagi. Belalang baru saja mendapatkan kelmarin di Landmark Kulim. Hanya sempat melihat sekali imbas, membaca tajuk sahaja. Kepada sape-sape yang follow blog Belalang tentu tau yang Belalang nih memang peminat Mastika dan Belalang pernah jugak membuat entry yang mengenai Mastika disini. Walaupun entry itu seakan-akan menyoal ketelusan Mastika dalam menyampaikan ceritanya, tapi itu tidak bermaksud Belalang membenci majalah yang Belalang start kumpul dari tahun 1996 ini.

Ok berbalik kepada Mastika bulan ini. dalam pada melihat tajuk-tajuk cerita sekali lalu itu, Belalang tertarik dengan segmen yang Mastika perkenalkan dalam keluaran kali ini iaitu 'DUNIA BLOGGER' dan blogger yang telah di interview itu Budiey Isma dari budiey.com.

Apasal Belalang kata segmen tu menarik? Yela disebabkan Belalang jugak seorang blogger jadi  memang teringin la nak mengetahui bagaimana blogger-blogger hebat ini berjaya. Dan satu lagi sebab ialah Belalang pernah cadangkan di page Facebook Mastika supaya dedahkan dunia blog sebab banyak juga orang yang telah berjaya dengan hanya berblog. Cuma Belalang kurang pasti komen Belalang dipage Mastika itu menggunakan akaun Belalang Hijau Perisik atau akaun Belalang yang lain. Nampaknya impian Belalang itu telah dipenuhi.

Namun begitu tak pasti pulak segmen Dunia Blogger ini akan ada lagi pada keluaran akan datang atau sebaliknya. Mungkinkah nama-nama seperti Red Mummy, Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Ariff Shah dan beberapa nama lagi akan dipaparkan dalam majalah Mastika? Itu korang kena tanya sendiri la dengan Mastika. Belalang pun tak tau. Tapi kalau ada boleh jugak kita jadikan sebagai sumber inspirasi untuk berjaya macam diorang-diorang itu kan? Apa pulak kata korang?

11 comments:

nuriz berkata... Reply To This Comment

rajin ye belalang duk join dgn mastika ni.

tengkorakemas berkata... Reply To This Comment

bro, mcm mana nanti kalau edisi Mastika akan datang..ada tajuk..

"Menjengah Suara Bawah Tanah" :D

Aretikz berkata... Reply To This Comment

Hehe.. Mastika, datang tengok blog beta.. haha..

eiela berkata... Reply To This Comment

jarang dah baca mastika nih. dulu je time sekolah rajin baca tuh. best jugak kan kalau ada segmen camtu.

Latest Entri :
1) Tak Dapat Komen : Why?
2) Penipuan Blogwalking – Saya Hampir Terjebak

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

nuriz: dah terbiasa la beli mastika. klu x beli dlm 1 bulan tu rase janggal jer...hahaha

TE: sgt la besar rahmat jika mastika sebaik itu...dgr nama suara bawah tanah pun org dah gerun...hahaha

aretikz: Kita blogger picisan a.k.a bawah tanah jer... lmbt lagi la org nak pandang kita. tp klu boleh suggest, belalang akan kasitau blog aretikz best...huhuhu

Hizami Li berkata... Reply To This Comment

wah.
dah maju mastika.
siap ada ruangan blogger lagi.
syabas.
XD

♥ ieRa ♥ berkata... Reply To This Comment

dah semakin maju mastika skrg..tahniah..

kyo_9 berkata... Reply To This Comment

lepas nih nama belalang nyer.. tunggu~~ hehe ;)

nur maisarah berkata... Reply To This Comment

sy suke bace mastikaa :)

RedBoys berkata... Reply To This Comment

baguslah mastika ni. sudah semakin maju. agaknya bila rb nak masuk mastika? ehehe.

firdaus Jamil berkata... Reply To This Comment

erm.. mastika mmang best.. tahniah..

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com