Khamis, 20 Januari 2011
Mastika Februari 2011: Segmen Dunia Blogger
Mastika keluaran Februari 2011 telah pun berada di pasaran sejak awal minggu ini lagi. Belalang baru saja mendapatkan kelmarin di Landmark Kulim. Hanya sempat melihat sekali imbas, membaca tajuk sahaja. Kepada sape-sape yang follow blog Belalang tentu tau yang Belalang nih memang peminat Mastika dan Belalang pernah jugak membuat entry yang mengenai Mastika disini. Walaupun entry itu seakan-akan menyoal ketelusan Mastika dalam menyampaikan ceritanya, tapi itu tidak bermaksud Belalang membenci majalah yang Belalang start kumpul dari tahun 1996 ini.
Ok berbalik kepada Mastika bulan ini. dalam pada melihat tajuk-tajuk cerita sekali lalu itu, Belalang tertarik dengan segmen yang Mastika perkenalkan dalam keluaran kali ini iaitu 'DUNIA BLOGGER' dan blogger yang telah di interview itu Budiey Isma dari budiey.com.
Apasal Belalang kata segmen tu menarik? Yela disebabkan Belalang jugak seorang blogger jadi memang teringin la nak mengetahui bagaimana blogger-blogger hebat ini berjaya. Dan satu lagi sebab ialah Belalang pernah cadangkan di page Facebook Mastika supaya dedahkan dunia blog sebab banyak juga orang yang telah berjaya dengan hanya berblog. Cuma Belalang kurang pasti komen Belalang dipage Mastika itu menggunakan akaun Belalang Hijau Perisik atau akaun Belalang yang lain. Nampaknya impian Belalang itu telah dipenuhi.
Namun begitu tak pasti pulak segmen Dunia Blogger ini akan ada lagi pada keluaran akan datang atau sebaliknya. Mungkinkah nama-nama seperti Red Mummy, Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Ariff Shah dan beberapa nama lagi akan dipaparkan dalam majalah Mastika? Itu korang kena tanya sendiri la dengan Mastika. Belalang pun tak tau. Tapi kalau ada boleh jugak kita jadikan sebagai sumber inspirasi untuk berjaya macam diorang-diorang itu kan? Apa pulak kata korang?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 comments:
rajin ye belalang duk join dgn mastika ni.
bro, mcm mana nanti kalau edisi Mastika akan datang..ada tajuk..
"Menjengah Suara Bawah Tanah" :D
Hehe.. Mastika, datang tengok blog beta.. haha..
jarang dah baca mastika nih. dulu je time sekolah rajin baca tuh. best jugak kan kalau ada segmen camtu.
Latest Entri :
1) Tak Dapat Komen : Why?
2) Penipuan Blogwalking – Saya Hampir Terjebak
nuriz: dah terbiasa la beli mastika. klu x beli dlm 1 bulan tu rase janggal jer...hahaha
TE: sgt la besar rahmat jika mastika sebaik itu...dgr nama suara bawah tanah pun org dah gerun...hahaha
aretikz: Kita blogger picisan a.k.a bawah tanah jer... lmbt lagi la org nak pandang kita. tp klu boleh suggest, belalang akan kasitau blog aretikz best...huhuhu
wah.
dah maju mastika.
siap ada ruangan blogger lagi.
syabas.
XD
dah semakin maju mastika skrg..tahniah..
lepas nih nama belalang nyer.. tunggu~~ hehe ;)
sy suke bace mastikaa :)
baguslah mastika ni. sudah semakin maju. agaknya bila rb nak masuk mastika? ehehe.
erm.. mastika mmang best.. tahniah..
Catat Ulasan