Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 30 November 2010

Terima Kasih

Salam semua... Amacam sihat ke? Hope sihat dan ceria-ceria la hendaknya yea. Belalang dari petang kelmarin sampai ke petang tak berkesempatan untuk online. Ada beberapa sebab yang membuatkan Belalang tinggalkan kejap dunia blog dan internet.

Dan bila dan rasa kelapangan sket Belalang pun online balik pukul 5 petang tadi. Belalang melihat begitu banyak ucapan selamat hari lahir yang rakan-rakan blogger lain ucapkan pada Belalang baik di blog mahupun facebook. Agak terharu kerana tak menyangka yang Belalang akan menerima begitu banyak ucapan hari lahir.

Kawan baik Belalang Ellen pula dengan baik hatinya telah buat satu entry khas untuk Belalang. Siap dengan hadiah sekali Ellen kasi. Kepada Ellen, hanya ucapan terima kasih dapat Belalang ucapkan. Tak lupa juga kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir kepada Belalang. Belalang doakan semoga korang juga dimurahkan rezeki dan tenang menempuhi hidup.

**Band Jamrud pun ade buat ucapan khas hari lahir untuk Belalang. Tak caye? Tengok video kat bawah nih...


Isnin, 29 November 2010

Video Pengasuh Kejam Mandikan Budak


Pertama kali lihat klip video ni dua hari sudah  di Facebook, terasa sedih bercampur geram. Belalang jugak mempunyai anak yang rasanya hampir sebaya dengan kana-kanak didalam video itu. video nih telah di upload oleh oh! media.

Memang takde hati perut langsung pengasuh budak tuh. Rase macam nak lempang jer kalau jumpa. Kepada korang yang dah tengok klip nih, Belalang nak tanya apa perasaan korang? dan kepada yang belum tengok sila klik sini. Dah abis tengok tolong datang kasi pendapat sket pasal video tue.

Ahad, 28 November 2010

Suka ketawa?

Hai kawan-kawan, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, pak long-pak long dan mak long-mak long sekalian. Apa kabar? harap sihat dan ceria dan encem dan kacak dan segak seperti selalu yea. Pembuka kali nih lain sket dari cara kebiasaan Belalang lakukan. Sebab Belalang baca blog mane ntah dia cakap kalau nak bagi pembaca selesa dengan korang, korang kene mulakan dengan kata-kata aluan. Tue yang Belalang start macam tue... Hahaha...

Tak nak merapu panjang-panjang, Belalang terus ke soalan. Korang pernah jumpa blog Berdekah? Mungkin tak pernah sebab blog tue masih terlalu baru. Rasenyer baru seminggu. Sebenarnya Berdekah adalah salah satu blog Belalang juga. Tapi isi blog Berdekah berbeza jika dibandingkan dengan SBT kerana Berdekah hanya menampilkan cerita-cerita lawak pendek, gambar-gambar lawak dan gambar-gambar aneh. Berbeza dengan SBT yang hanya memuatkan cerita lawak pendek hanya sekali dalam seminggu.

Jadi dengan penerangan nih harap korang jangan hairan pulak jika setiap komen korang diblog itu akan tetap dibalas oleh Belalang Hijau. Dan jika di shoutmix naik nick ketawa, itu juga adalah Belalang yea. Hee..

Aku Selalu Komen Entry Kau... Tapi Kenapa Kau Tak Pernah Komen Entry Aku? - Bhg 2

Ini adalah entry sambungan daripada "Aku Selalu Komen Entry Kau... Tapi Kenapa Kau Tak Pernah Komen Entry Aku?" bahagian satu kelmarin. sebelum Belalang melalut lebih jauh, Belalang nak mintak maap dulu dengan sape-sape yang terasa dengan entry Belalang kelmarin tue... Err... Ade ke yang terasa? Hee...

Sebenarnya Belalang takde sentap or terasa dengan sape-sape. Belalang enjoy sangat berblog. Belalang enjoy tulis entry, Belalang enjoy blogwalking dan Belalang enjoy sangat membaca entry dari blogger-blogger lain dan yang paling penting Belalang tinggalkan komen dengan seikhlas hati tanpa mengharap apa-apa. Bagi Belalang korang semua hebat dan ade kekuatan tersendiri dalam setiap entry yang dihasilkan. Bukan senang untuk menarik minat pembaca kita untuk membaca setiap patah perkataan kita hingga tamat. Perlu ada sedikit 'aura' pada penulisan kita untuk membuat pembaca membaca hingga tamat entry.

Entry kelmarin tue sebenarnya bukanlah luahan perasaan seperti yang korang bayangkan (walaupun awal berblog dulu pernah sentap dengan seseorang). Tujuan sebenarnya ialah Belalang nak tengok apa komen korang mengenai isu 'komen dibalas komen' sebab pada pemerhatian Belalang isu itu macam tak pernah abis dalam dunia blog. Dalam banyak-banyak komen yang diterima, Belalang tertarik dengan satu komen nih:-

-------------------------------

hish2 marah ni?
tapi dulu mase i mula2 ade belog..i komen la punye pnjang kat entry die..tp..tp..die reply komen2 org lain..xreply komen saya..
so i thot die terlepas pndang..then i komen2 jugak entry2 die elpas tu..then die xreply jugaak..
so i try nk tgok camne die kn..i byak2 la tingal my link..nk tgok apa reaksi die..ternyata..hampa doh..die xkomen my entry..xbg respon..mentang2 mase tu..follower i dlm 4 org..die dh beriban2.kecik ati kn..


so now..i pon xnk readers i rasa camtu gak..so sebolehny2 i try tuk reply komen2 diorang..kalu xreply..i akn ckp kat bwah entry tu thanks pada yag komen.kalu ade mase..i reply semua kat entry..
mklumlah..kekangan masa nk pergi ucap2 thanks kat semua kt blog diorang xsempat kn..


yg penting..dlm blog..hati ikhlas..xde blog xbagus n xde belog otai..kn?betul x?


Nurulbadiah Lai

-------------------------------

Ya, inilah masej yang Belalang cuba sampaikan. Hargai pembaca blog kita sebelum mereka meluat dengan kita. Belalang paham ada sesetengah blog tue visitor untuk satu hari terlalu la banyak. Dan komen yang diterima jugak banyak bebenor. Selain dari membalas komen diblog korang sendiri, cuba la pikir cara lain untuk menghargai pembaca anda. Macam mana? Guna la kreativiti sendiri. Contoh macam cari reader yang paling banyak komen di blog korang setiap bulan. Pastu buat la sedikit review mengenai blogger tue. Sekurang-kurangnya dia terasa dihargai walaupun korang tiada masa nak jenguk blog dia.

Masej kedua pula, seboleh-bolehnya korang tinggalkan komen di satu-satu entry tue dengan ikhlas. Maksudnya tak mengharap yang blogger itu juga akan membalas komen di entry korang. Hal ini untuk mengelakkan korang dari rasa tertekan sebab pikirkan hal-hal remeh begitu. Bila dah tertekan mula la kuar entry macam Belalang tulis kelmarin. Hee...

Dan yang terakhir perlu korang tau ialah tak semua orang enjoy atau minat dengan entry yang kita tulis. Maksudnya kalau tiada komen di entry, mesti ada something wrong. Cuba repair balik mane-mane bahagian yang korang rase kurang. Lama-kelamaan tentu ada jugak yang akan drop komen. Belalang jugak jarang drop komen pada entry yang terlalu personal contoh macm "harini aku kuar makan rojak buah dengan S sambil menikmati sepinggan laksa penang di Sea Gate. Sungguh indah saat itu. kami tertawa dan bla bla bla"... Sumpah Belalang tak tinggal komen atau baca sampai abis sebab tak tau nak komen pe.

Dan yang paling penting adalah enjoy dengan dunia blog. Tak nak sentap-sentap ok.

Gelak Santai- Tiga Nenek, Konsep 'Kita' & Krisis Rumah Tangga



Cerita Nenek-nenek

Ada 3 orang nenek kat Rumah Orang Tua-Tua....depa nie dok sembang dalam satu
bilik. Depa dok sembang pasal depa yg dah nyanyok.

Nenek 1 : Aku nie teruk betul la...kalau aku letak satu barang tu...aku dah
tak ingat kat mana aku letak....

Nenek 2 : Itu kira okey ler....aku lagi teruk..kalau aku turun ke naik ke
tangga...then kalau aku stop...aku dah tak ingat...aku turun ke naik.....

Nenek 3 : Apa la hang pa semua nie......aku yg tua dari korangpun stillokey
lagi (ketawa sambil tangan mengetuk-ngetuk meja)

Pastu...nenek 3 terdiam sebentar......

Nenek 3 : Oit....sapa pulak yg ketuk
pintu tu......???

----------------------------------------------------

Konsep 'Kita'

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...

Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik abang aje...

Suami: La...abis ayang nak cakap macam mana...

Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita... bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama...

Suami: Ahhh..iya lah...iyalah...

Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...

Suami: Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???

Isteri: %#@**^&%#@

----------------------------------------------

krisis rumahtangga

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis... tidak kira siang atau malam mereka akan bertengkar.. Setiap pertengkaran itu pastinya menganggu jirang
tetangga...

"Kalau aku mati...aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah didepanku untuk keluar mencekik engkau.." terdengar pekikan si Wahid...

Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya...

Beberapa hari berlalu.... Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari...
Walaupun benci, tapi sebagai isteri... Minah telah
menguruskan pengebumian suaminya dengan baik..

Seminggu selepas itu.. Jiran tetangga amat kehairanan
melihat Minah yang langsung tidak merasa takut
dengan ugutan suaminya dahulu.

"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?"
tanya jirannya.

"Tidak !" jawab Minah. "Biarkan saja dia mengorek
tanah....
Aku dah tanam dia mengadap kebawah..!!!"

Sabtu, 27 November 2010

Aku Selalu Komen Entry Kau... Tapi Kenapa Kau Tak Pernah Komen Entry Aku? - Bhg 1


Aku bengang gile la dengan kau... Aku tau la kau blogger glemer. Semua orang berebut-rebut nak terjah dan tinggalkan komen pada setiap entry yang kau tulis. Aku jugak seperti mereka-mereka itu. Setiap tulisan engkau aku baca dari mula sampai habis. walaupun kadang entry kau tue macam sampah, tapi aku tetap setia membaca dan seperti biasa selepas habis baca, aku akan tinggal komen pada entry kau.

Aku mengharapkan kau juga akan selalu datang dan melakukan seperti yang aku lakukan pada kau walaupun aku tak pernah menyatakan dengan jelas disebalik setiap komen yang aku tinggal. Namun hatiku hampa... Kau tak pernah menghargai aku. segala komen aku dan kehadiran aku kau buat-buat tak nampak jer. Ntah-ntah kau langsung tak pernah amik kisah tentang kunjungan aku ke blog kau. Yela, visitor blog kau satu hari sampai riban-riban.

Atau mungkin sebenarnya kau memang tak suka aku tinggal komen atau lawat blog kau? Kalau betul macam tue kau berterus terang la dengan aku. Takde la nampak aku nih macam terhegeh-hegeh kat kau!

Last yang aku nak cakap, biarlah hanya aku seorang saje yang terasa begini dengan sikap kau. Jangan kau buat perangai begitu pada semua pengunjunga kau. Aku takut hari yang mendatang sampai takde sape dah nak sudi baca atau singgah blog kau dek kerana terasa dengan sikap kau yang macam belagak jer. Cubalah belajar menghargai orang-orang yang pernah menyanjungi kau yea... Babai...

Cerita diatas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan blogger otai, blogger picisan, blogger bawah tanah dan lain-lain blogger. Nak tau cerita diatas tue pasal pe? Tunggu sambungan dia yea...

Jumaat, 26 November 2010

S.B.T Tercalon Dalam Blog Pilihan?

Kelmarin sedang Belalang melakukan rutin harian Belalang iaitu menyemak shoutmix kawan-kawan blogger, Belalang telah 'ter'jejak ke satu blog bernama blog pilihan malaysia. Rupanya ada satu undian yang bakal dijalankan untuk memilih blog-blog dari Malaysia yang kira hot la. Macam Oscar award lak tapi takde award rasenye. Nak tau lebih lanjut klik sini.


Dipendekkan cerita rupanya blog SBT jugak tercalon untuk kategori blog lawak pilihan. Terkejut juga Belalang bila tengok blog nama blog BST ada dalam senarai. Kelmarin Belalang terperasan yang blogger yang mencalonkan Belalang adalah kembar Belalang jugak. Tak tau la kot-kot ada sape-sape lagi calonkan blog SBT.


Kepada kembarku, Belalang ucap bebanyak terima kasih sebab calonkan blog yang tak seberapa nih. Tapi blog lu pun ade jugak dalam kategori nih kan. Hahaha... Kalau tengok pada senarai nama-nama blog yang tercalon, memang bukan calang-calang blog. Kira bangga jugak la boleh berdiri sebaris dengan blog-blog yang hebat itu walaupun blog nih tak hebat. Lawak ke bog nih? Menakutkan adela... Hee...

So, pada korang yang belum tahu akan projek nih dan baru jer tau (sebab Belalang kasitau), Belalang harap korang support la usaha yang telah dicetuskan oleh saudara Azman Roslan. Kalau boleh pukul 10 malam nih korang pegi la buat undian blog mane yang korang suka dan rase hebat. Undian akan bermula malam ini sampai pukul 8 pagi 30 November. Undian ini untuk saringan ke peringkat kedua dimana hanya 5 blog dengan undian paling tinggi akan layak.

Magik Pisah Badan

Semalam Belalang dah upload satu video magik keluarkan jantung dari David Blaine. Kali ni Belalang nak kongsi satu lagi video silap mata. Tapi kali nih bukan dari David Blaine. Magik nih dibuat oleh David Copperfield, bapak pada segala magik yang pelik-pelik.

Kita biasa tengok orang buat magik pisah badan dengan cara orang itu masuk dalam satu kotak yang sama panjang dengan badan dia. Pastu dengan menggunakan pisau atau apa-apa alat tajam potong bahagian tengah badan dia. Tapi yang david Copperfield buat nih lain sket dari yang biasa kita lihat. Lain yang macam mana? Ha, korang tengok sendiri la video di bawah ok.

Khamis, 25 November 2010

Video Magik Keluarkan Jantung

Siapa tak kenal David Blaine angkat tangan! Takde pun yang angkat tangan makna semua kenal la kan. Ala mamat yang suka buat sesuatu magik yang meremang bulu tengkuk bila tengok. Dia pernah tinggal dalam ais, berdiri atas tiang yang tinggi dan tanam diri dia hidup-hidup.

Belalang bukan nak cerita pasal dia lebih-lebih pun kat sini. Belalang hanya nak kongsi satu video talk show yang menampilkan David Blaine sebagai tetamu. Kemunculan awal David Blaine ke rancangan itulah permulaan sebelum dia dikenali seperti hari ini.


Psst... Korang percaya ke ini magik? Macam hardcore sangat je. Ke sihir nih?

Rabu, 24 November 2010

Risau Seorang Ayah

Membaca penulisan Mazidul Akmal diblog miliknya pagi tadi mengenai tingkah-laku remaja perempuan hari ini yang terlalu banyak kes lari dari rumah atau hilang, sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dihati Belalang. Sebagai seorang bapa, Belalang mula terfikir bagaimanakah agaknya nanti budaya atau trend semasa anak-anak muda kita dalam 10 tahun akan datang?

Gambar dari Google

Boleh dikatakan saban hari kita membaca tentang kes kehilangan orang. Ada yang berjaya ditemui semula dan sebahagian besarnya tidak ditemui semula. Entahkan hidup atau sebaliknya hanya Allah yang tahu. Sebahagian besar kes orang hilang di negara ini melibatkan wanita atas anak gadis yang berumur 14 hingga 17 tahun.

Bagaimana cara untuk membendung masalah ini? Belalang rasa tiada cara yang benar-benar berkesan untuk menyekat masalah kes-kes begini daripada terus berlaku dan meningkat saban hari. Generasi tahun 2000 bukan lagi generasi yang boleh diajar dengan rotan atau kata-kata nasihat yang berbunyi begini "jangan buat begitu nak", "Hah, kalau berani buatlah" dan "Kalau sayang mak ayah jangan macam tu ye..."

Mendengar pada perkataan 'jangan' itu pun sudah cukup untuk membuat mereka lagi la ingin mencuba. Ditambah pula dengan pergaulan bebas mereka samada di laman sosial ataupun rakan-rakan sebaya di sekolah. Jangan kata perkara ini tak mungkin berlaku dalam hidup korang. jangan kata background keluarga korang semua dari kalangan orang baik-baik jadi korang percaya anak-anak korang nanti pun tak akan terjebak dengan masalah begini. Itu bukan tiket untuk korang menarik nafas lega.

Kalau diperhatikan laporan-laporan mengenai mereka yang hilang ini kononnya sorang yang sopan, hormat keluarga, sembahyang tak tinggal dan bla bla bla lagi. Habis kalau sungguh tingkah-lakunya sebaik itu mengapa masih berlaku hal sebegitu? Perlukah kita menyalahkan kerajaan dalam hal begini? Ataupun didikkan keluarga?

Maaf jika topik Belalang kali nih agak berat. Tapi Belalang tak dapat berhenti dari berfikir hal sebegini. sebagai ibu bapa kita mungkin rasa kita telah melakukan sedaya-upaya kita dalam membimbing anak kita dalam proses kedewasaannya. Namun kita tidak dapat mengawal atau menentukan apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Kita hanya mampu merancang.

Apa yang dapat kita ibu bapa lakukan hanyalah berdoa dan teruskan membimbing anak-anak kita tanpa rasa jemu dan putus asa. Selebihnya kita berdoalah semoga segala tunjuk ajar dan didikkan kita dapat membantu anak-anak kita pada masa depan untuk memilih baik buruk hidupnya.

Selasa, 23 November 2010

Harry Potter And The Deathly Hollows Part 1: Review Dari Kaca Mata Belalang


Hahaha semalam dapat jugak Belalang menyaksikan siri seterusnya dan yang terakhir Harry Potter bahagian pertama. Walaupun pada awalnya terasa macam tiada harapan untuk pergi menonton HR7 nih. Nasib baik program yang dirancang pada sebelah malam telah pun dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Belalang pun terus saja arah Mrs.Belalang supaya siap-siap untuk pergi menonton HR7 sebab kalau tak menonton semalam, pas nih belum tentu lagi Belalang akan ada masa terluang.

HR7: The Deathly Hollows kali ini agak berbeza dengan siri-siri HR sebelum ini. Dengan watak-watak utama yang telah dewasa, plot lebih banyak berkisarkan tentang pencarian mereka untuk memusnahkan Horcrux bagi melemahkan Voldemort dan juga permainan emosi ketiga-tiga watak utama.


Bagi Belalang HR7 kali ini agak perlahan jalan ceritanya berbanding siri sebelum-sebelum ini. Babak bercerita melebihi daripada aksi-aksi pertarungan magik dan lain-lain. Mungkin kerana pengarah filem ini David Yates tidak mahu cerita ini kelihatan tergesa-gesa ataupun memang part-part yang menarik akan ditonjolkan pada sambungan deathly hollows bahagian kedua. Walaupun begitu HR7 tidak la begitu mengecewakan atau membosankan juga dengan dialog-dialog spontan dari Ron (lawak jugak mamat nih) dan juga aksi mereka bertiga dikejar oleh orang-orang Voldemort.

Sambungan HR7 nanti Belalang mesti pergi tengok jugak sebab rasanya dah dapat dijangka yang bahagian kedua nanti tentu ceritanya tersangat menarik. Korang-korang bila lagi nak tengok? Kalau dah tengok pendapat korang lak macam mana?

Isnin, 22 November 2010

Sedikit Info Mengenai Contest meneka Gambar S.B.T

Gambar tiada kene mengena dengan entry nih

Agak sibuk Belalang pada hari nih. Dari pagi tadi sudah bergerak ke merata tempat membereskan beberapa perkara penting. Lepas maghrib ni pun mungkin nak keluar lagi. Cadang nak pegi nonton Harry Potter. Tapi masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Macam mana nih? Nak tengok Emma Watson... Sob, sob, sob...

Takpe, tinggalkan kejap kesedihan tuh. Meh Belalang nak story sket pasal perkara yang berkaitan dengan contest meneka gambar SBT. Sehingga ke hari ini (22 Nov 2010) penyertaan yang Belalang terima dari peserta hampir mencecah ke 40 orang! Satu jumlah penyertaan yang agak besar bagi Belalang. Sebelum ni Belalang menjangkakan hanya sekitar 20 penyertaan.

Terharu Betul Belalang dengan sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan blogger. Terima kasih tidak terhingga Belalang ucapkan kepada semua yang sudi menyertai. Macam nih boleh buat lagi nih pada masa akan datang. Hee... Tergerak hati Belalang untuk menyingkatkan masa contest yang Belalang beri sebelum ini dari 6 Dec tukar ke 30 Nov. Namun atas nasihat Mrs. Belalang yang meminta supaya Belalang tutup contest nih pada 6 Dec jugak, Belalang ikut jela. Tapi masih lagi dalam pertimbangan nih nak ubah atau tidak tarikh tutup.

Mengenai jawapan yang diberikan oleh peserta-peserta contest, rata-ratanya memberikan jawapan yang hampir sama dan boleh diterima pakai. Namun yang memberi jawapan yang betul tidak la seramai mana. Ops, tak nak membebel pasal hal nih. Takut-takut terlepas cakap lak. Hahaha...

Satu perkara yang Belalang tekankan ialah korang ikut la betul-betul syarat yang Belalang sertakan tue yea. Ini untuk mengelakkan daripada penyertaan anda Belalang tolak. Seperti yang Belalang nyatakan sebelum nih jika lebih daripada seorang memberikan jawapan yang tepat, Belalang akan memutuskan dengan cara cabutan. Dan selain daripada jawapan yang betul, keutamaan akan diberi kepada mereka yang betul jawapan dan lengkap syarat penyertaannya.

Sekali lagi Belalang ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi memeriahkan contest meneka gambar SBT ini. Dan kepada anda yang teringin untuk mencuba nasib, boleh la klik disini. Mana nak tau jawapan yang anda kasi betul. Lepas tue kena pulak luck anda time Belalang buat cabutan nanti. Senang-senang jer dapat RM50. Mudah sangat. Jadi tunggu apa lagi? Meh join cepat!

Ahad, 21 November 2010

Gelak Santai: Lawak Telur, Guru & Aisyah



Telurnya mana?

Amin telah diminta oleh ibunya untuk ke kedai membeli telur. Dalam perjalan Amin ke kedai dia telah melihat satu kemalangan yang dasyat. Amin segera berlari pulang ke rumah dan mengceritakan kemalangan dasyat yang telah dia lihat. Amin terlupa yang tujuan asalnya adalah untuk membeli telur untuk ibunya.

Amin: Dasyat bu kemalangan tadi. Pemandu kereta tu tercampak ke kiri, tangan kanannya putus ke kanan dan...

Ibu: Telurnya mana Amin( celah ibu amin menanyakan telur yang dipesan)

Amin: Err... Tak perasan pula Amin telur orang tu tercampak ke mana.

------------------------------------

Guru

Seorang guru telah dibicarakan di makhamah atas sebab melanggar lampu merah.

Hakim: Awak seorang guru ya?

Guru: Ya yang arif.

Hakim: Sudah lama saya menantikan saat ini.  sekarang awak ambil sebatang pen dan kertas. Tulis "saya tidak akan melanggar lampu isyarat lagi" sebanyak seribu kali sekarang!

Guru: ???

-----------------------------------------

Aisyah

Seorang pencuri telah mengikat sepasang suami isteri untuk dibunuh selepas menyamun rumah mereka.

Pencuri: Sebelum aku bunuh kamu, aku ingin bertanya nama kamu berdua. Ini kerana aku akan menyimpan nama-nama orang yang pernah menjadi mangsaku. Kamu mula dulu! Cakap namamu!

Aisyah: Namaku Aisyah...

Pencuri: Aisyah? Nama itu sama dengan nama ibuku. Jadi aku tidak akan membunuh kamu. Hah! Kamu pula. Cepat beritahu namamu!

Yusoff: Namaku Yu...Yusoff...Tapi semua orang memanggilku dengan nama Aisyah juga...

Pencuri: !!!!

Sabtu, 20 November 2010

Aku Ratapi

Banyak betul kenduri hari nih. Kalau nak dikira kesemua jemputan sebanyak enam kenduri yang Belalang perlu penuhi. Tapi memandangkan kedai Belalang tiada pekerja buat masa sekarang, jadi Belalang hanya sempat penuhi satu jemputan kenduri.

Awal pagi tadi pukul 5 baru Belalang sampai ke rumah bersama Mrs. Belalang selepas selesai menyiapkan meja makan pengantin dan pelamin. Time cuti sekolah macam ni la nak buat duit lebih sikit. Letih badan tapi berbaloi.

Mesti korang kata blog macam ganas tapi rupanya 'pak andam' Belalang nih.... Hahaha... Nak buat macam mana. Mat metal pun kene cari makan jugak ye tak. Lagi-lagi dah berkeluarga lagi la nak kena kerja kuat cari duit. Buat la keje apa pun janji halal dan sumber yang diredhai.

Lagi pun mat-mat metal macam Belalang nih sebenarnya ada jugak kelembutan dia. Tak caya korang dengar lagu kat bawah nih. Dengar lirik yang puitis dan muzik yang mendayu-dayu dari As-Sahar nih, memang terbukti yang mat metal juga ada jiwa sentimental (macam Belalang...hee)




Aku Ratapi

hadirmu bagai awan berkala
yeri cetera mimpi
gemilangnya kita sejiwa
di bawah pepayung ungu
benakku mula goyah bercinta
padamu ku curah rasa cinta
aku di buai khayalan
kita di pentas peterana....
bila disinari kerdipan dian
aku percaya dikau ratna ku
masakan hatiku tiada tertawan
pada anggun satu wajah
yang menyerlah.....
aku ratapi satu nostalgia
kau lemaskan hati saliku ini
aku ratapi setiap pertemuan
masih lagi ku merasai cinta(dipintu hatimu)....
aku ratapi gelora kau curah
antara kita dimanakah asmara
aku ratapi dinginnya hatimu
menutup ruang tiada bisaku menabur raksi......
aku ratapi takdir kegagalan...........

Jumaat, 19 November 2010

Iklan Jawatan Kosong

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan gred A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Anda tidak perlu bawa sebarang surat sokongan jawatan



Sila bawa dokumen asal iaitu :

Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.



PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.



ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :
Hadis diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:


"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".



Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.



cepat sebelum tawaran ini datang kepada anda...


waspada.....

Khamis, 18 November 2010

Blog Review: Terima Kasih gnesop.com

Setelah lama menanti giliran blog Belalang untuk diulas oleh saudara Sop, akhirnya pagi tiba giliran blog SBT untuk di review/ulas telah pun tiba. Belalang mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas kesudian Sop memberi pandangan kepada blog SBT. Pandangan orang-orang seperti Sop penting bagi memperbaiki lagi imej, edentiti dan persembahan SBT untuk masa-masa akan datang.

Print Screen dari gnesop.com

Komen yang ditinggalkan oleh Sop

Tujuan Belalang menyertai program review blog dari Sop atas satu sebab. Belalang dapat mengesan yang blog Belalang pernah disinggah oleh blogger-blogger otai lama. Belalang tak pasti pulak mereka hanya datang sekali atau sudah beberapa kali. Namun begitu mereka tidak meninggalkan jejak persinggahan mereka diblog ini samada komen entry,follower atau kotak jerit(mane ade blogger lama yang tinggal massage di shoutmix?)

Hal ini telah menyebabkan Belalang tertanya-tanya mungkin blog Belalang mempunyai apa-apa masalah atau mungkin juga blog SBT bukan taste blogger-blogger lama nih suka? Ntah la. Namun Belalang tetap mengucapkan terima kasih kepada blogger-blogger lama (mereka ini ada antaranya menjadi inspirasi Belalang dalam berblog) yang sudi singgah blog Belalang. Mungkin juga mereka hanya ingin menjadi silent reader.

Berbalik pada program review Sop, ini sedikit ulasan dari Sop yang Belalang copy/paste:-



Pada pendapat Sop, kebanyakkan blogger telah mengenali blog SBT ini kerana pemilik blog ini yang dikenali sebagai 'belalang' adalah seorang yang aktif dalam dunia blogging. Malah, peraduan pertama beliau telah disertai oleh ramai bloggers. Ingin sertai peraduan SBT? Sila rujuk di sini.

Blog SBT yang bermula sejak Julai 2009 mempunyai traffic yang mantap. Sehingga kini, Alexa Traffic Rank ialah ke 263,708 dan Traffic Rank di Malaysia ialah ke 849. Jumlah follower sehingga hari ini ialah 600 orang. Tahniah diucapkan kepada Belalang.

Review penuh mengenai blog SBT klik sini.

Belalang tak pasti lak yang Sop masih lagi menerima peserta baru atau tidak untuk program review nih. Tapi sekiranya korang berminat untuk mendapatkan pandangan Sop mengenai persembahan blog korang, boleh la korang try join program nih. Bagi Belalang, padangan Sop mengenai blog ini kebanyakkan adalah tepat dan memang perlu Belalang beri perhatian kepada beberapa teguran Sop.

Akhir kata dari Belalang semoga Saudara Sop akan terus maju dan semakin hebat dengan blognya yang bertag line Riwayat Hariku.

Rabu, 17 November 2010

Lawak Raya Qurban

Selamat hari raya semua. Macam mana dengan perjalanan raya korang? Adakah darah tinggi dah naik sebab makan daging banyak sangat? Atau  korang dah sental pulut tak ingat dunia punya? Hahaha... Apa-apa pun pandai-pandai korang la seimbangkan pemakanan korang di hari raya ni.

Belalang berada di kampung mrs.Belalang, Baling Kedah. Line tenet sini terlampau la tenat. Nak blogwalking tak boleh. Jadi Belalang buat satu entry merapu pasal satu lawak yang Belalang pernah dengar. Ini cerita rekaan jer tau. Tiada kena mengena dengan orang hidup atau mati ataupun lembu-lembu yang terkorban.


Kisahnya berbunyi macam nih. Ada tiga ekor lembu sedang meragut rumput di sebuah padang. Dua ekor lembu ni makan dengan lahapnya seperti tak pernah jumpa rumput. Padahal tiap-tiap minit mulut tue asyik kunyah rumput jer. 
Dalam sedang mereka asyik menikmati kelazatan rumput yang dimakan tue, baru mereka perasan yang sekor lagi lembu tak makan langsung rumput-rumput yang segar di padang itu. Berasa hairan, mereka pun menanyakan hal itu.

"Eh, nape ko tak makan rumput nih? Takde selera ke?" tanya salah sekor lembu yang perut gemuk macam nak meletup sambil mulut yang tak berhenti kunyah.

"A'ah la... Ko ade masalah ke bro? Kalau yea jangan segan nak kongsi dengan kami" Celah sekor lagi yang same perut gemuk macam nak pecah...

"Keh keh keh... Itu la korang. Bodoh macam lembu! Korang tak tau ke yang raya haji dah nak dekat? Esok bila tuan kita nak pilih antara kita bertiga untuk dibuat korban sudah tentu dia akan pilih yang gemuk-gemuk macam korang. Aku akan terselamat sebab aku tak nak makan. Biar badan aku kurus kering" Terang lembu yang badan tak berapa besar tue kepada kawan-kawannya.

Maka berpandanganlah dua ekor lembu ni sesama mereka. Dalam hati berkata "Betul juga ya". Namun dua ekor lagi nih malas nak pikir sangat pasal korban-korban nih. Bagi diorang kalau dah ajal sampai, macam mana pun akan mati jugak (pandai lembu nih pikir yea)...

Maka dipendekkan cerita lembu yang tak makan nih bertambah susut la badan dia. Sementara yang dua ekor lagi badan maintain sihat macam biasa. Tibanya hari raya haji maka tuan lembu tue pun kekandang lembunya untuk memilih lembu mana yang sesuai untuk dibuat korban.

Diperhatikan satu-satu lembunya yang berbadan gempal nih. Sambil itu sesekali dia mengusap-usap badan lembu-lembunya. Beberapa ketika tuan lembu itu hanya terkebil-kebil melihat sekor-sekor lembunya. Mungkin tengah pikir yang mana satu nak ambil. Tiba-tiba tuan lembu itu menghampiri lembu yang kurus tak makan itu. dengan selamba tuan lembu tue cakap...

"Sian kat ko badan kurus. Tentu ko sakit nih. Kalau macm tue aku akan korbankan ko jela tahun nih"...

Lembu kurus tue terus berbunyi " MOOOOOooooo!!!" ( Tidakkkk!!!!)

Hahaha

Selasa, 16 November 2010

Mereka Mungkin Lebih Mulia Daripada Kamu


Baru-baru nih ada satu video yang tersebar meluas di Facebook dan Youtube yang menunjukkan seorang penggemis dipukul oleh anak muda kita (melayu rasanya). Malas la nak upload video tue. Kalau korang belum tengok sila la selongkar FB korang atau Youtube.

Ramai yang memberikan respon kesal dengan kelakuan mereka yang dengan  bangga memukul dan merakam perbuatan mereka itu. Macam hebat jer buat macam tue. Hal itu telah mengingatkan Belalang kepada perkara yang dilakukan oleh kawan-kawan Belalang dalam beberapa tahun sudah. Lebih dasyat daripada yang budak-budak dalam video tue buat.

Kawan-kawan Belalang nih ada satu geng dalam 5 6 orang mereka semua. Mereka ni suka buat satu benda yang diluar tabii fikiran orang biasa. Suka pada perkara-perkara yang konon hebat dan mencabar la bagi diorang (padahal cam bangang). Dipendekkan cerita mereka akan beramai-ramai menaiki van salah seorang kawan, dan pusing-pusing keliling bandar Kulim. Korang tau diorang cari pe? Diorang cari mangsa diorang iaitu orang gila atau orang-orang yang tiada rumah. Kebiasaannya mereka memulakan modus operandi mereka sekitar pukul 12 malam ke atas.

Mereka akan pusing dan meronda hingga jumpa mangsa mereka, orang-orang seperti Belalang sebut tadi. Dan apabila sudah bertemu mangsa yang tidur di tepi-tepi kaki lima, mereka akan menghampiri mangsa dengan perlahan-lahan. Selepas tu ape jadi? Mereka akan membelasah orang gila tue tanpa belas kasihan! Pernah satu mangsa yang mereka pukul tue sampai mengalami pendarahan kronik dan tidak sedarkan diri.

Dalam satu lagi kes, mereka akan memaksa mangsa untuk menaiki van bersama mereka dan membawanya ke kawasan yang sunyi dan jauh daripada orang ramai. Biasanya kawasan hutan. Sesudah sampai disitu mereka akan menyuruh mangsa turun dan mereka tinggalkan mangsa seorang diri dalam kegelapan malam. Entah apa nasib mangsa itu. Terpaksa meredah gelap malam untuk mencari tempat-tempat yang ada orang yang jauhnya berpuluh-puluh kilometer. Setiap perbuatan jahat mereka akan mereka ceritakan kepada kawan-kawan lain dengan bangganya.

Sampai ke hari ni Belalang tak dapat fikir sebab mengapa mereka tergamak buat macam tue. Adakah sebab mangsa seorang yang kurang siuman dan tiada tempat tinggal? Mungkin mereka rasa orang-orang macam nih hina dan memang patut ajar macam tue. Tapi mereka terlupa yang orang-orang kurang siuman tiada dosa di sisi Allah bermula dari hari mereka jadi tak siuman tue.

Mungkin suatu hari nanti apabila kita semua dibangunkan disana kelak, orang gila yang mereka pernah aniaya itu bereda ditempat yang lebih mulia dari mereka.




Kepada semua pengunjung S.B.T
Belalang ucapkan selamat hari raya Aidil Adha.
Makan daging jangan sampai pening sudah.
Hee

Isnin, 15 November 2010

Keputusan Separuh Akhir Muzik-muzik 2 (15/11/2010)

Separuh akhir muzik-muzik ke-2 menyaksikan enam lagi lagu yang bakal didendangkan pada muzik-muzik akhir nanti. Nak ulas panjang pun tak boleh sebab Belalang tak sempat menyaksikan kesemua persembahan.

Antara lagu-lagu yang berjaya ialah mara keperingkat seterusnya ialah:-

Jahat - Stacy

Drama King - Black & Meet Uncle Hussein

Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Susun Silang Kata -Aizat

Sofea Jane - Black

Ku Ada Kamu - Adira










Bola Sepak Sukan Asia 2010: Keputusan Malaysia Lawan Iran (15/11/2010)

Jika dilihat permainan Malaysia menentang Iran sebentar tadi, memang kelihatan jurang perbezaan yang ketara dari segi taktikal dan juga kelajuan. Malaysia begitu sukar mahu mengekang asakan-asakan yang dilancarkan oleh skuad Iran yang mempunyai ranking jauh lebih baik dari skuad kita.

Bermain tanpa beberapa tonggak utama akibat kecederaan dan penggantungan perlawanan, Malaysia hanya mampu bertahan dan bertahan setiap kali diasak oleh serangan Iran. Separuh masa pertama Malaysia berjaya mengekalkan keputusan tanpa jaringan.

Namun separuh masa kedua telah memusnahkan harapan Malaysia untuk sekurang-kurangnya seri dan mengheret Iran ke tendangan penalti. Tiga gol jaringan pemain Iran minit 53, 60 dan 67 telah cukup untuk melayakkan Iran ke peringkat seterusnya.

Minit 85 pengadil telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Malaysia apabila Khairul Idlan Talaha dikasari dalam kotak penalti. Hasilnya Malaysia berjaya memperolehi 1 gol saguhati yang dijaringkan oleh Khairul Idlan Talaha.

Keputusan penuh Iran 3, Malaysia 1.

Ego seorang Blogger

Kebelakangan ni kerap betul Belalang mengalami sakit kepala. Telan ubat tak sampai 4 jam dah telan lagi 2 ketul ubat. Tak tahan punya pasal Belalang dah beli ubat sakit kepala yang super power punya kesan. Ubat tue kena makan setengah biji ja dah memberi kesan. Kalau ambil satu biji rasa-rasa boleh terbang ke awan pe Belalang. Hahaha...

Tajuk entry Belalang nih macam something je kan? Ego seorang blogger? Blogger nih ego ke? Ok, meh sini Belalang nak cerita satu pengalaman yang Belalang kutip sepanjang Belalang berblog. Dalam pemerhatian Belalang, kebanyakkan blogger memiliki ego masing-masing. Dengan ego ini la membuat beberapa blogger menjadi dia unik dan kelihatan matang dalam penulisan dan juga maklumat yang ia sampaikan.


Maksud ego kalau dirujuk dari Kamus Dewan Bahasa edisi keempat bermaksud:




"persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya".



Belalang bagi dua contoh maksud ego blogger dari kaca mata Belalang. Ariff Shah pernah mengkritik atau menegur mengenai persembahan blog redmummy.com melalui contest yang red mummy sendiri anjurkan. Sekali imbas kata-kata Ariff Shah kelihatan pedas. Mengapa Ariff Shah seberani itu mengkritik Red Mummy? Ini kerana Ariff Shah mempunyai keyakinan terhadap dirinya. Dia tahu apa yang dia perkatakan itu betul dan dia sememangnya arif dalam hal-hal itu.

Contoh yang kedua, entry yang pernah ditulis oleh tubelawak mengenai konspirasi fida aishah. Tube Lawak mengetahui yang Fida Aishah bukan calang-calang blogger kerana Fida memiliki peminatnya tersendiri yang berjaya Fida kumpul melalui penulisannya. Namun Dia tetap berani mengetengahkan beberapa fakta pasal Fida dan Belalang yakin, sebelum entry itu ditulis, Tube Lawak telah menimbang baik buruk perkara yang ia tuliskan. Namun bersandarkan atas beberapa fakta dan 'ego' Tube Lawak, dia berani juga mengetengahkan isu berkenaan. Itu juga dipanggil ego.

Maksud Belalang korang perlu yakin dengan kata-kata korang sebelum korang mempengaruhi orang lain untuk mempercayai penulisan korang. Perkara itu sangat penting. Sangat merbahaya sekiranya korang tak dapat menyangkal atau mejawab kembali soalan-soalan yang diajukan oleh pembaca korang berkaitan isu yang korang ketengahkan. Perbuatan itu akan kelihatan seperti korang mengada-ngadakan hal itu supaya blog atau penulisan korang menjadi sensasi. Lain la kalau cerita atau maklumat itu korang just copy/paste dari mana-mana sumber. Namun itu juga merbahaya kerana korang perlu mengsahihkan dahulu perkara itu sebelum korang mensensasikan hal itu.

Apabila korang sudah mempunyai keyakinan dengan penulisan korang, percayalah walau diasak dengan soalan macam mana pun dari pembaca, korang tentu boleh menjawabnya. Jadilah penulis blog yang ego. Bukan ego pentingkan diri sendiri tau. Tapi ego yang bermaksud mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan juga harga diri.

Ahad, 14 November 2010

Gelak Santai: Lawak 18SX


Amir dan Amar adalah dua orang saudara kembar. Banyak perkara yang mereka lakukan bersama seperti bermain atau menonton rancangan kartun di television. Mereka berkongsi hobi dan minat yang sama.

Namun begitu ada satu perkara yang membuatkan Amir agak tidak menyukai Amar iaitu ketika menyusu badan. Amir selalu sahaja tidak dapat menyusu badan dari ibunya gara-gara Amar yang selalu dapat. Ibu mengatakan yang Amar adik kepada Amir jadi sebagai seorang abang Amir terpaksa beralah walaupun sebenarnya dia juga mahu disusukan oleh ibunya.

Pada suatu malam Amir dengan senyap-senyap telah menyusup masuk ke bilik ibu bapanya dan meletakkan racun pada puting ibunya.

"Esok mesti Amar akan mati. Boleh la aku hisap susu ibu tanpa perlu berebut" Kata Amir didalam hati sambil tersenyum. Tak sabar-sabar dia menanti hari esok.

Ke esokkan harinya Amir melihat ibunya menangis teresak-esak. Dalam fikirannya membayangkan yang Amar tentu sudah mati. Terkejut Amir apabila melihat Amar berada disebelah ibunya dalam keadaan sihat. Langsung tiada tanda-tanda yang Amar dalam kesakitan. Dengan terketar-ketar Amir bertanya pada Ibu:

Amir "Bu... Kenapa Ibu menangis ni?"

Ibu "Ayah dan meninggal dunia! Ibu pun tak tahu sebab pe!!"

Amir "!!!!...."


**Orang lain pun tumpang hisap susu ke? Hahaha...

Sabtu, 13 November 2010

Bola Sepak Sukan Asia 2010: Video Malaysia Lawan China








Malaysia akan berlawan Iran untuk melayakkan ke pusingan seterusnya pada 15 Nov 2010 pukul 4 petang waktu Malaysia

Bola Sepak Sukan Asia 2010: Keputusan Malaysia Lawan China (13/11/2010)

Hampa... Apalagi yang boleh diperkatakan dengan perlawanan diantara Malaysia menentang China yang berakhir dengan China Menang 3-0 ke atas Malaysia. Tampak jelas yang mutu pengadilan berada pada tahap yang amat-amat mengecewakan.

Seawal minit pertama lagi pengadil dari Australia, Benjamin Williams telah melayangkan kad kuning pertama pada pemain Malaysia Mahali. Hasilnya pada minit ke-25 Mahali sekali lagi dilayangkan kad kuning sekaligus kad merah yang membawanya keluar padang. Kapten pasukan Malaysia Safiq yang membantah keputusan pengadil turut dilayangkan kad merah manyaksikan Malaysia terpaksa beraksi dengan 9 orang pemain.

Tersentak dengan keputusan pengadil, Malaysia terpaksa bermain dengan corak bertahan. Tamat separuh masa pertama Malaysia berjaya mengekalkan keputusan 0-0

Bermula visel babak ke-2 pemain-pemain China terus mengasak ke pintu gol Malaysia  bagi memecah kebuntuan tanpa jaringan. Dan pada minit ke-62 China berjaya memperolehi gol pertama oleh Li Jian Bin sebelum Hong Lingue menambah satu lagi gol pada minit 65.

Minit ke-80 sekali lagi pengadil mengarahkan pemain Malaysia keluar meninggalkan padang dengan melayangkan kad kuning ke 2 kepada Kunalan dan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan china yang menghasilkan gol ke-3 pasukan china.

Tamat permainan China 3, Malaysia 0.





Tutorial Blog: Memasukkan Video Youtube

Sebelum nih tak pernah terpikir pula nak ajar cara-cara masukkan video pada entry. Tapi bila ada yang tanya Belalang, terutama dari blogger baru, jadi terlintas untuk buat entry nih. Lagi pun memang tengah kering idea nak buat entry baru... Hee..

Ok, untuk memasukkan video Youtube pada entry, korang cuma perlu buat macam nih:-


first pegi ke laman youtube dan type apa-apa nama video yang korang cari.

Dah jumpa video yang berkenan, klik pada bawah video tue 'Embed' dan nanti dia akan kuar code video tue. sebelum tue korang boleh adjust size video tue mengikut size yang sesuai dengan blog anda.


Copy semua code tue pastu kembali pada blog korang dan amik new post

Paste kan code yang korang copy tadi. Tambahkan '<center>' pada permulaan code untuk kasi video korang berada cun-cun ditengah entry.


Pastu kalau rasa nak masukkan apa-apa ayat korang type je macam biasa.

Dah abis save dan preview


Itu saja la cara yang Belalang selalu guna untuk memasukkan video pada entry-entry Belalang. Sekian Terima kasih.

Khamis, 11 November 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Terkejut Belalang ketika membaca berita ini. Shamrin yang pernah popular dengan kumpulan fotograf meninggal dunia petang ini apabila beliau tiba-tiba rebah ketika bermain bola sepak. Berita mengenai hal ini korang boleh baca disini.

Memang tak sangka betul sebab baru-baru ini tak silap Belalang arwah ada membuat show di Pahang bersama dengan band iringan pakcik Belalang.

Takziah Belalang ucapkan pada keluarga arwah Shamrin. Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

Bekas Jurulatih Basikal Kebangsaan Maut Dalam Kemalangan

REMBAU - Bekas jurulatih basikal kebangsaan yang juga jaguh lumba basikal negara, Daud Ibrahim meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya dilanggar dari belakang oleh sebuah treler di Kilometer 232.6, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata, Daud, 63, yang beralamat Jalan Daud, Muar, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 pagi ketika Allahyarham dan juga treler berkenaan yang membawa kontena, sedang dalam perjalanan menghala arah selatan.

Pemandu treler Ja'afar Abu Bakar, 44, berkata, kereta di hadapannya secara tiba-tiba keluar dari lorong kecemasan dan terus masuk ke lorong pertama menyebabkan beliau gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta itu, menyebabkan ia remuk.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau mengambil masa kira-kira lapan minit untuk mengeluarkan mayat Allahyarham yang tersepit.

Allahyarham yang memenangi pingat emas Sukan Asia dan Sukan SEAP dalam acara berbasikal, pernah diberi penghormatan untuk menyalakan obor Sukan SEA ke-21 di Stadium Nasional pada 2001.

Allahyarham yang membuat penyertaan sulungnya pada Sukan SEAP 1969 di Rangoon, mula menempa nama apabila meraih pingat emas dalam acara 1,600m di Sukan Asia pada 1970.

Setahun kemudian, beliau terus menguasai acara lumba basikal pada Sukan SEAP di Kuala Lumpur dengan meraih lima pingat emas, dan Allahyarham juga pernah mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel ketujuh di Christcurch, New Zealand pada 1974 dan Sukan Olimpik 1972 di Munich.

**Sumber Sinar Harian

Rabu, 10 November 2010

Lukisan Wang Padinno

Contest nih dah lama Padin anjurkan. Cuma Belalang yang melengah-lengahkan untuk join. Contest ni memerlukan pesertanya melukis samada lukisan manusia atau pemandangan. Kalau korang berminat nak join klik disini untuk melihat syarat-syarat peraduan dan juga hadiah yang ditawarkan.

Setelah berhempas pulas cuba menyiapkan lukisan Belalang, dengan hanya menggunakan sebatang pensel Ben10 (jangan gelak) Belalang berjaya juga menyiapkan lukisan nih. Walaupun memang tak sama dengan wajah yang dilukis, itu tak menjadi halangan untuk Belalang hantar juga penyertaan sebagai tanda sokongan sesama blogger. Lukisa seronok-seronok jer. Kalah ke menang belalang kira.

Korang nak tau wajah siapa yang Belalang lukis? Ha, meh tengok dibawah nih.

Belalang Junior

Gambar siap dilukis pula adalah seperti dibawah ini


Siap jugak drawing nih. Walaupun tak serupa, tapi sekurang-kurangnya Padin telah berjaya untuk membuatkan Belalang kembali memegang pensel dan melukis setelah lama tidak berbuat begini. Asyik-asyik melukis guna komputer jer, sekali lukis manual memang terkial-kial jadinya.

Ok Padin, Sila nilai lukisan ini yea... Hee...

Bola Sepak Sukan Asia 2010: Keputusan Malaysia Lawan Jepun

Selepas berjaya mengatasi Kyrgyzstan pada perlawan pembukaan, misi Malaysia untuk sekurang-kurangnya seri dengan pasukan Jepun tidak kesampaian.

Turun tanpa beberapa tonggak utama, seawal minit ke 25 jaring gol negara telah dibolosi oleh pemain Jepun, Nagai. Pertahanan Malaysia sekali lagi mudah dibolosi oleh pemain Jepun namun bernasib baik rembatan Yamamura sedikit tersasar.

Peluang terbaik Malaysia hadir pada minit terakhir babak pertama dengan pemain Izzaq Faris cantik menerima bola lambung dan melakukan tandukan. Namun berjaya ditempis oleh penjaga gol Jepun.

Masuk babak kedua keadaan masih tidak banyak berubah dimana pasukan Jepun semakin rancak melakukan percubaan. Pasukan Jepun sekali lagi memperolehi peluang menambah gol kedua di minit 64 dan Yamaguchi tidak mensia-siakan peluang itu.

Tamat permainan dengan keputusan rasmi Malaysia 0 Jepun 2. Perlawanan terakhir, Malaysia akan bertemu pasukan tuan rumah iaitu pasukan China.

Penyokong Hindarf Berdemo Depan Kediaman Anwar Ibrahim


Sekumpulan penyokong Hindraf menyerbu rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara sambil membawa poster seorang lelaki yang membakar diri kerana tidak puas hati dengan perobohan stor sebuah kuil di Puchong.

Dipimpin penyelaras pertubuhan itu W Sambulningam, kumpulan 20 orang itu berhimpun di depan pagar rumah bangglo Anwar sambil membakar lilin sebagai simbol memperingati 'pengorbanan' lelaki India tersebut.

Mula berkumpul seawal jam 8.30 malam, mereka mempamerkan kain rentang dan gambar mangsa itu sambil melaungkan slogan "Mana janji pkr?" "Mana janji Anwar?" dan "Pakatan janji kosong".

Kumpulan itu dilihat cuba mengaitkan masalah berkaitan isu kuil dengan janji-janji pilihan raya Pakatan Rakyat - antaranya berhubung pemberian hak tanah untuk rumah ibadat kepada penganut Hindu - yang didakwa tidak ditunaikan.

Berucap dalam perhimpunan ringkas kira-kira setengah jam itu, Sambulingam yang juga presiden Parti Hak Asasi Manusia Malaysia (HRP) mendesak Anwar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjamin hak itu di negeri-negeri Pakatan.

Menurut Sambulingam, mereka mengadakan perhimpunan di rumah ketua pembangkang itu kerana suara mereka melalui demonstrasi di depan pejabat PKR di Petaling jaya Mac lalu didakwa tidak diendahkan.

Bukan sahaja hak tanah untuk rumah ibadat, tuntutan lain mereka meliputi hak untuk tanah kubur Hindu, sekolah jenis kebangsaan (Tamil) dan setinggan India.

Sementara itu, berlaku sedikit ketegangan mulut di awal perhimpunan apabila seorang lelaki, dipercayai kakitangan Anwar meminta kumpulan itu bersurai.

Bagaimanapun, mereka terus berkumpul sehinggalah seorang wakil Anwar keluar menerima memorandum daripada Sambulingam di pintu pagar rumah bangglo Anwar itu.

Kelihatan kira-kira 20 anggota polis daripada ibu pejabat daerah (IPD) Sentul mengawal sekitar tempat tersebut. Tiada tangkapan dan insiden tidak diingini berlaku.

Sumber-Malaysiakini.com

Selasa, 9 November 2010

4shared Video Lucah

Ni sejak bila blog Belalang yang suci putih bersih nih telah dinodai dengan anasir-anasir lucah? Tak pernah pulak Belalang meletakkan apa-apa keyword berkaitan lucah. Link untuk download video lucah? lagi la tak pernah. Ntah macam mana boleh sesat masuk sini. Mungkin sebab Belalang ada sediakan link untuk download lagu dari 4shared. Korang tengok sendiri print screen yang Belalang amik nih. Macam biasa kalau gambar tue kecik, korang klik gambar tue untuk kasi besar yea.

Tengok keyword yang masuk- 4shared video lucah

Kesian si peng'Google' nih. Dia nak cari video lucah tapi last-last yang dia dapat adalah video ufo sebesar bumi yang belalang upload tidak berapa lama dahulu.

Keh keh keh...

Sultan Kelantan, Nik Aziz dan Mustapa Berlepas Menunaikan Haji Rabu Ini

Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke V akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji Rabu ini, menurut Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Baginda akan berangkat bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Ini menunjukkan sikap Tawadak KDYMM Tuanku yang begitu memberi perhatian kepada agama," kata Abdul Halim dalam kenyataan di sini hari ini.

Sultan Kelantan, Nik Aziz dan Mustapa yang akan ke Mekah menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka pulang ke tanah air pada 23 Nov ini, katanya.

**Sumber-Sinar Harian

Isnin, 8 November 2010

Keputusan Separuh Akhir Muzik-muzik (08/11/2010)

Separuh akhir muzik-muzik minggu pertama menyaksikan 12 artis dan kumpulan muzik yang memang mempunyai pengaruh serta pengikut sendiri. Faizal Tahir, Adibah Noor, Hujan, Azlan & The typewriter,Yuna, Akim, Hafiz dan beberapa artis lagi berentap bagi menempah tiket ke Anugerah Juara Lagu 25.

Enam penyanyi telah berjaya dipilih oleh juri pada malam ini. Namun keenam-enam nama ini belum pasti lagi akan betul layak ke akhir kerana markah hanya akan diperolehi pada malam Muzik-muzik separuh akhir ketiga nanti. Enam penyanyi dan kumpulan yang berjaya ialah Hafiz(noktah cinta), hujan(mencari konklusi), shahir(kebahagian dalam perpisahan), adibah noor(sejujur hatimu), Yuna(cinta sempurna), Faizal tahir(Hanyut).

Separuh akhir minggu kedua akan berlangsung pada 15/11/2010 dan yang ketiga pada 22/11/2010.

Tutorial Blog: Membezakan Komen Penulis Dan Pembaca

Tahu tak korang yang kita boleh mengubah warna komen author iaitu komen kita sendiri pada entry kita? Tujuannya supaya komen kita penulis berbeza dengan komen yang ditinggalkan oleh pembaca kita.

Untuk melakukannya, Korang cuma perlu ikut langkah-langkah dibawah ini:-


1. Pergi Dashboard>Layout>Edit HTML.

2. Tick kotak Expand Widget Templates pada sudut atas kanan HTML window.

3. Pastu cari kod nih:
<p><data:comment.body/><p>

4. Tukar kod di atas dgn kod ini:
<b:if cond='data:comment.author == data:post.author'>
<p style='color: darkyellow; font-weight:bold;'><data:comment.body/></p>
<b:else/>
<p><data:comment.body/></p>
</b:if>

5. Tukar "darkyellow" dgn warna (atau hex color code) pilihan anda.

6. Save dan view blog


Setelah siap korang boleh lihat perbezaannya seperti ini:-


Komen dari Belalang berwarna lain daripada warna komen pembaca. Untuk yang menggunakan plugin CommentLuv dan DisQus rasanya boleh juga kalau nak cuba. Tapi tak pasti pulak menjadi ke tak. Kalau yang guna plugin ini buat dan berjaya kasitau la yea.

Selamat Mencuba!

Ahad, 7 November 2010

Banjir: Hujan Berterusan Di Empat Negeri Dan Seorang Dikhuatiri Lemas Di Jitra

Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan yang cuaca mendung dan hujan akan berterusan di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu hingga Selasa ini. Perlis dan utara Kedah masih mengalami cuaca mendung serta hujan renyai-renyai dari semasa ke semasa dari awal pagi dan sebelah malam.

Hujan lebih banyak dijangka berlaku bermula esok petang dan malam terutamanya di kawasan pedalam, kata kenyataan jabatan itu. Namun, keadaan itu tidak akan memburukkan lagi keadaan banjir yang berlaku di Perlis dan Kedah.

Kelantan dan Terengganu pula dijangka mengalami cuaca mendung dan hujan berserta ribut petir di beberapa tempat pada sebelah petang dan malam.

Sementara itu seorang lelaki kurang siuman dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjun ke dalam sebuah sungai berhampiran wat siam Jitra Tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Sawaluddin Hamenuddin berkata, mangsa Ahmad Hamizan Suhaimi, 24, dari Taman Seri Utama di sini dikatakan terjun ke dalam sungai itu kira-kira 12.15 tengah malam tadi dan dilihat oleh orang awam.

"Mereka (orang awam) terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu kerana mereka tidak sempat menyelamatkan mangsa disebabkan arus sungai tersebut deras." katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, gerakan mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.

**Dipetik dari Sinar harian, diolah kembali oleh Belalang.

Review Dan G.A Dari Jz Business World

Mungkin belum ramai yang mengenali dengan blog Jz Business World lantaran blog ini masih terlalu baru di dunia blog. Tak salah Belalang sebulan pun belum cecah usia blog ini. Tuan blog ini yang lebih mesra membahasakan dirinya Jz, banyak bertanyakan Belalang mengenai selok-belok membuat blog dan Belalang sedaya-upaya menjawab pertanyaan mana yang Belalang boleh jawab.

Blog yang menceritakan mengenai dunia perniagaan, isu semasa dan sedikit personal ini Belalang rasakan ada kekuatan yang tersendiri. Kalau tak masakan blogger hebat seperti Ben Ashaari pun follow Jz. Blog Belalang pun Ben belum pernah singgah. Jeles betul Belalang. Huuhuhu...


Kelmarin Jz telah membuat satu GA diblognya. Bagi menunjukkan sokongan Belalang kepadanya serta membantu rakan-rakan blogger yang baru, Belalang ingin menyertai GA ini. Menang kalah Belakang kira yang penting sokongan terhadap rakan sesama blogger.

Hadiah yang ditawarkan adalah minuman kesihatan susu kambing BioHerbs pra-campuran dengan khasiat ginkgo, kismis dan susu kambing yang berharga RM28.00 sekotak. Minuman kesihatan BioHerbs memang selalu di iklankan dalam surat khabar. Tak silap Belalang Harian Metro selalu keluar pasal khasiat minuman nih. Nak tau lebih lanjut mengenai khasiat minuman ini, boleh la ke blog Jz dan baca penerangannya.

Untuk menyertai GA nih, ada beberapa syarat yang perlu di ikuti antaranya:-

-Menjadi Follower JZ - beres

-Buat satu entry berkenaan kambing tak kisah lawak ke betul.
Err... Ini yang lomah sket nih. Tapi setau Belalang kambing dan Belalang tiada kaitan persaudaraan atau bau-bau bacang dengan Belalang. Tapi Belalang suka minum susu kambing. Perlukah Belalang memanggilnya ibu disebabkan Belalang minum susu kambing? Hee...

-Copy Banner letak pada entry dan sidebar -  Entry sudah, sidebar akan disegerakan.

-Tag kan pada 3 orang blogger
Belalang nak tag lebih orang boleh tak? hee
-Cik Tom
-Ellen (wajib untuk kesihatan Ellen)
-Budak Rain
-Kie-yu
-Tengkorak Emas
-Padin
-Miza Yusof
-Assoy finger
- Kembarku BeLaLanG
-Nadia

Rasanya itu sahaja kot syarat yang penting-penting. Satu lagi GA nih akan tamat pada 20 Nov 2010. Pada yang kene tag tuh, semoga buat dengan senyuman yang manis di muka yea... Hee... Satu lagi sesiapa yang teringin berkenalan dengan JZ, sila la terjah blog dia dengan klik disini atau pada nama blognya pada review di atas sekali.

Rakyat Indonesia Buat Hal di Page Rakyat Malaysia

Petang kelmarin sambil-sambil berblog, Belalang login ke akaun facebook. Belalang lihat ada satu page baru tentang bola sepak Malaysia yang bernama Info Dan Ranking Bola Sepak Malaysia. Belalang yang sememangnya mengikuti perkembangan bola sepak tanah air memang suka sangat la kalau ada page tentang bola sepak Malaysia selain dari page yang sudah sediada.

Tapi keasyikkan melayari page itu termati disebabkan ada segelintir rakyat Indonesia telah meninggalkan komen-komen yang tak sepatutnya ditulis. seperti sengaja membuat provokasi.

klik pada gambar itu view yang lebih jelas

Sebagai rakyat Malaysia, Belalang memang berasa terkilan dengan sikap segelintir rakyat Indonesia yang tak habis-habis melemparkan bermacam-macam tuduhan pada kita. Belalang rasa tiada pula orang-orang dari Malaysia yang buat macam tu pada page-page milik Indonesia.

Apa sebenarnya yang mereka nak? tak cukup lagikah dengan sikap kurang ajar mereka satu masa dahulu dengan memijak dan membakar bendera kita? Tak cukup dengan itu sampaikan sanggup baling najis di bangunan kedutaan kita di sana.

Belalang bukan bermaksud mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan membuat entry tentang hubungan Malaysia dengan Indonesia. Tapi sekiranya ada rakyat Indon yang membaca tulisan Belalang nih, Belalang ingin nak tahu ape lagi yang korang tak puas hati? Masih mengenai isu Malaysia menciplak budaya korang ke? Korang tak dengar ke apa yang bapak Remy Silado cakap? Atau korang saje tak nak amik tau pasal penjelasan dia itu?

Ataupun korang masih tak puas hati pasal kononnya rakyat korang yang datang bekerja telah didera oleh majikan orang Malaysia? Untuk pengetahuan korang, kami pun mengutuk tindakan kejam segelintir majikan yang mendera pembantu rumah mereka. Tindakan mereka itu memang kejam. Tapi korang kena ambil kira juga berapa banyak sebenarnya rakyat Indonesia yang datang bekerja disini? Rakyat asing yang bekerja di Malaysia sebanyak 1.8 juta dan 50.9% daripada jumlah itu adalah pekerja Indonesia. Itu belum dicampur rakyat Indon yang masuk secara haram. Campu-campur semua jumlah rakyat Korang yang ada disini, kes dera yang melibatkan rakyat korang tak sampai pun 1% setahun. Disebabkan kes yang tidak sampai 1% itu, korang tak habis-habis menghukum seluruh rakyat Malaysia dengan terus menerus melakukan provokasi dan penghinaan kepada kami.

Nak huraikan satu-satu perkara pasal hal nih sampai lenguh-lenguh jari pun belum habis mau cerita. Tapi satu pesanan Belalang pada rakyat Indonesia yang suka sangat menghina kami Rakyat Malaysia, hidup kita nih berjiran. Konsep berjiran nih kena la saling hormat meghormati. Esok-esok kalau susah sakit pening ke hape jiran juga la yang nak tolong. Tapi kalau dengan jiran pun cakap lebih kurang, hormat pun tidak, jangan sampai jiran buat tak nampak dengan kesusahan korang. Saat tu baru tau rasa macam mana.

Jumaat, 5 November 2010

Rupanya Nuffnang Sayang S.B.T-Bhg2

semalam Belalang dah story pasal macam mana blog Belalang selama setahun tidak pernah merasa BE. Dan hinggalah dengan mendadaknya Belalang mendapat tujuh BE sekaligus. Maka selepas itu pun berkoyan-koyan la ucapan tahniah, hebat dan segala macam pujian lagi Belalang terima di kotak komen dan juga tempat jerit.

Disebabkan pengakuan Belalang yang ala-ala hebat itu, maka pagi ini apabila Belalang check akaun nuffnang Belalang dua lagi kempen telah menjadi ME. Ni mesti pasal kes nuffnang tak moh kasi Belalang riak dan takbur nih...Huu hu hhu sedih siot.

Nuffnang mungkin awal-awal lagi dah tau jika ditariknya BE Belalang, maka Belalang akan kecil hati. Jadi untuk tetap menjaga hati dan limpa Belalang, nuffnang telah menggantikan dengan benda lain. Nak tau pe korang tengok la gambar yang Belalang print screen nih:-


Kalau tak berapa jelas sila besar gambar itu. Belalang nak tunjuk bintang pada skyscraper dah naik lagi ke maksimum. Sebelum nih ade 4 jer. Sebenarnya Belalang pun tak berapa tau apa kegunaan bintang tue. Tapi ia mestilah sesuatu yang baik kan. Tak salah Belalang bintang itu naik sebab kebanyakkan pengunjung yang klik iklan adalah dibahagian itu. Betulkan Belalang kalau fakta nih silap yea.

Itu saje la entry Belalang. Saje je nak tunjuk bintang tue disamping nak berterima kasih lagi pada nuffnang. Harap-harap BE yang menjadi ME tue akan segera mendapat pengganti yang baru yea wahai encik nuffnang. Hee...
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com