Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label keagamaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keagamaan. Papar semua catatan

Sabtu, 30 April 2011

Dibukakan Hati Memeluk Islam Ketika Ingin Bunuh Diri

“Saya berniat terjun bangunan dari tingkat 14 kerana tertekan dengan tindakan suami berhutang RM100,000 daripada along hingga kehidupan saya diganggu setiap hari.

“Ketika itu saya sarat mengandung tujuh bulan dan tidak tahu ke mana hendak mengadu, tetapi ketika berada di dalam lif hati berdetik supaya Tuhan tunjukkan jalan sebelum terlintas satu cahaya putih dan bisikan menasihati saya pulang ke rumah serta minum air kosong, tidur dan masalah akan selesai,” kata mualaf, Nurul Hidayah Abdullah, 40.

Dia yang juga ibu tunggal lima anak itu berkata, selepas itu niat untuk terjun bangunan dilupakan, sebaliknya keajaiban berlaku apabila fikirannya kosong manakala hati tenang sebaik terjaga daripada tidur keesokannya.

“Sejak itu hati bertambah yakin mengenai kebesaran Tuhan kerana sewaktu meminta petunjuk, saya menyebut nama Allah kerana sejak kecil mengetahui sedikit sebanyak mengenai Islam melalui pelajaran di sekolah.

“Selepas yakin dengan jalan yang dipilih saya nekad memeluk Islam walaupun ibu dan ayah serta adik-beradik menentang keras,” katanya.

Jumaat, 22 April 2011

Hadis Mengenai Hukum Merokok Sebenarnya Palsu?

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak… akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

-ana petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12

tadi ada kawan ana tanye pasal hadis ni..sungguh,1st time ana dengar hadis ni..ana tanye kawan2 ana yang lain,dieowg pon tak pernah dengar..ana carik siapa perawi hadis ni pon,ana tak jumpe jugak,so ? betul ke tipu ni ?

ini hadis sahih ke hadis dhaif ? ke hadis palsu?

beberapa jawapan yang ana dapati dalam forum al-fikrah :

1)  palsu, tembakau cuma ditemui oleh penjajah sepanyol ketika mendarat di latin amerika sekitar abad ke 16M. kaum latin amerika yg pertama kali menanam tembakau.

2)  Hadis ini adalah palsu.Ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab hadis, yang sahihnya atau yang dha`ifnya.
Ia adalah satu pembohongan yang keji atas nama Nabi. Haram menyebarkannya.

3) jika wujud hadith yg spefisik dan sahih dalam bab merokok, maka mudahlah Majlis Fatwa kebangsaan memfatwakan haramnya merokok…sampai sekarang, MFK belum lagi gazzette fatwa keharaman rokok kerana faktor terbesar ialah tiada larangan khusus dalam AQ & AS. ia cuma Qias sahaja dan lapuran sains klinikal sahaja

4) penulis buku HARAM MEROKOK ini iaitu Adil Akhyar pernah menulis buku  mengenai “poligami tidak sunnah” ( nonsense ? )

5) Manuskrip setua mana sekalipun memang tidak dikira. Jika tidak sudah tentu para huffaz meriwayatkannya. Hadith ini juga tidak ditemui dalam karya hadith sahih, da’if, dan mawdu’ (palsu). Tidak tahu datang dari mana da…

berdasarkan apa yang di atas,dan ana rasa ni memang betol lah hadis palsu..lagipon ana cari cari,memang tak jumpe siapa perawi hadis ni..yang tukang sebar banyak,tapi tak de pon jumpe siapa perawi hadis ni..

hadis palsu ni kene tentang habis habisan..tak boleh disebarkan..siapa siapa yang tahu pasal hadis ni boleh komen kat sini ? salah silap sila betolkan..

tapi jangan silap faham plak..even hadis ni palsu tapi hukum merokok still HARAM..cume tak boleh gune hadis ni dalam menguatkan fakta yang rokok itu haram..wallahuallam..

tadi ada hamba Allah komen ( haniff_mn@hotmail.com) .beliau menyatakan sebab sebab kenapa rokok itu haram..you guys can read it here :

pengharaman rokok bukan datang dari hadis Nabi secara direct. Lebih kurang seperti dadah. Tapi adalah Fatwa yang dikeluarkan ulama’2 berdasarkan dalil aqli(akal, perbandingan) dan naqli(Hadis, Al-Quran).

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)


**Entry asal diambil dari blog Woot Woot~

Isnin, 21 Mac 2011

Jamil Khir: Sah Akad Nikah Dimana-mana

Belalang dah agak tentu akan ada yang salah faham dengan kenyataan Datuk Ahmad Jusoh, salah seorang Majlis Fatwa Perlis berkenaan dengan akad nikah di dalam masjid. Jika ingin membaca entry itu, klik sini.

Kenyataan Datuk Ahmad Jusoh itu telah mendapat respon daripada salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Lihat kenyataan balas Datuk Seri Jamil Khir dibawah ini-

--------------------------------------


Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Beliau berkata tindakan itu sebaliknya memudahkan tugas imam yang terpaksa menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.


"Kalau imam terpaksa menikahkan banyak pasangan pada hari yang sama, lebih mudah ia diadakan setempat seperti di masjid.


"Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi salah satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Untuk membaca berita penuh, klik sini.

---------------------------------------


**Islam tu agama yang memudahkan penganutnya. 





Datuk Ahmad Jusoh: Nikah Di Masjid Tiru Perbuatan Kristian Dan Yahudi?

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

Sumber Berita harian.


--------------------------------------------

Faham betul-betul dengan kenyataan di atas ya. Mnyimpang tidak bermaksud berdosa sekiranya dilakukan. Cuma ia tidak digalakkan oleh Rasulullah.



Jumaat, 11 Mac 2011

Tiada Siapa Yang Selamat

Dalam Sebuah hadis ada menceritakan tentang dua orang saudara, seorang daripadanya kuat beribadat kepada Allah, manakala seorang lagi suka berbuat maksiat dan kejahatan.

Pada suatu hari, si abang yang kuat beribadat duduk bersendirian di tempat ibadahnya. Ketika itu datanglah syaitan menjelma lalu berkata: "Sayang sekali, engkau telah menghabiskan dan mensia-siakan empat puluh tahun umurmu begitu saja. Oleh itu rasailah kelazatan dunia dan jamulah kehendak dan keinginan engkau sepuas-puasnya."

"Kemudian, kembalilah engkau bertaubat serta membuat ibadah kepada Allah. Jadi, tidaklah engkau rugi sedikit pun di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..."

"Benar, aku telah merugikan diriku sendiri beberapa lama. Baiklah aku turun ke bawah mendapatkan adikku supaya dapat aku bersama-samanya memuaskan nafsu keinginan dunia selama dua puluh tahun, kemudian aku akan bertaubat dan kembali beribadat kepada Allah dalam umurku yang dua puluh tahun lagi..." bisik si abang.

Selepas itu, si abang turun ke bawah dengan niat untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan kepada Allah. Dalam pada itu, si adiknya yang selalu membuat kejahatan dan kemaksiatan mula menyedari kesilapan yang dilakukannya.

Si adik amat menyesali dirinya yang penuh dengan kekotoran dan dosa. Si adik ingin keluar dari dunia hitam yang dilaluinya. Si adik meratapi nasib dirinya yang malang.

"Oh, alangkah sia-sianya hidupku.Ruginya aku selama ini menghabiskan umurku dalam maksiat. Bodohnya aku merosakkan diri sendiri sedangkan abangku sedang mendapat kenikmatan beribadat dan akan memperolehi syurga Allah.

"Tetapi aku? Nerakalah tempat tinggalku. Demi Allah, aku bertaubat, aku akan berjumpa abangku untuk mengerjakan ibadat dan berbakti kepada Allah. semoga Allah mengampuni segala dosa-dosaku..." bisik si adik menyesali dirinya.

Maka si adik pun naiklah ke atas dengan niat untuk bertaubat sedangkan si abang pula turun dengan niat untuk melakukan kerja-kerja maksiat yang dimurkai oleh Allah.

Tiba-tiba sewaktu si abang hendak turun, maka kakinya tergelincir lalu terjatuh menimpa tubuh adiknya. Akhirnya dua-beradik itu meninggal dunia di situ juga.

Di akhirat nanti dua bersaudara itu akan dibangkitkan menurut niatnya. Iaitu si abang, seorang ahli ibadah akan dibangkitkan atas niat untuk berbuat maksiat manakala si adiknya pula akan dibangkitkan atas niat untuk bertaubat dan berbakti kepada Allah.

Bagaimanapun dalam hal ini, selagi seseorang yang berniat untuk berbuat maksiat belum melakukannya, maka tidak dikira berdosa. Tetapi Allah tetap memberi pahala kepada seseorang yang berniat baik meskipun belum melakukan kebaikan itu - Maksud hadis.

Jumaat, 4 Mac 2011

Bolehkah Kita Islamkan Seekor Khinzir?

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu…Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. “COUPLE ISLAMIC”. Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, “Have you married?”. “No.”, jawab Safura. “So, why you sit together with this ajnabi alone here”, tanya Muhammad. “Kami couple, tapi Islamic way” jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

“Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas…




**Artikel asal ini Belalang copy dari blog Woot-woot. Terima kasih bro kasi copy entry nih ^_^

Rabu, 2 Mac 2011

Saya Cintakan A, Tapi B Mengandung Anak Saya...

Cuba korang baca soalan soal jawab agama Dr.Abdul Salam di bawah yang Belalang ambil daripada Harian Metro hari ini-


SAYA seorang lelaki dan mempunyai dua teman wanita. Saya sayang kepada A, tetapi cuma menganggap B teman berbual. Namun, saya pernah berzina dengan kedua-duanya sehingga B mengandungkan anak saya.


Saya cuma cintakan kepada A. Saya buntu sekarang, patutkah saya gugurkan kandungan B semata-mata cinta saya? Jika tidak gugurkan kandungan, apakah yang patut saya lakukan? 
Adakah perlu saya beritahu kepada keluarga saya dan keluarga B? Saya menyesal akan kesalahan yang saya lakukan. 


ZACK, Selangor



Apa pendapat korang mengenai situasi mamat Zack ini? Secara jujurnya Belalang rasa cam lawak jer dia punya soalan. Ada ke cinta dengan orang lain tapi dalam masa yang sama kawan yang dianggap teman berbual pun dah disapu hingga mengandung. Jangan pulak dia cakap si B tu dah rogol dia. Hahaha

Dalam hal begini kita perlu la pandai mengawal nafsu. Jangan terlajak mengikut suara hati. Akhirnya merana diri. Kerana itu la Islam melarang umatnya yang masih belum berkahwin dari berada berdua-duaan lagi-lagi di tempat yang sunyi.

Bila dah terjadi masalah seperti di atas, mula la terpikir jalan singkat untuk membunuh janin yang tidak bersalah itu. Mak ngan bapak yang best-best berseronok, anak dalam kandungan pula yang dihukum tak boleh melihat dunia.

Agak korang apakah jalan terbaik yang perlu diambil oleh si Zack ini? Untuk membaca jawapan Dr.Salam kepada Zack, Klik sini.

Jumaat, 18 Februari 2011

Umpama Mandi Lima Kali Sehari

Jabir r.a menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Lima kali solat setiap hari itu umpama sebuah anak sungai mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi didalamnya lima kali sehari."

Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bertanya pada sahabatnya: "Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seseorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?".

Jawab para sahabat: "Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya".

Sabda rasulullah: "Begitulah umpama kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. dengan limpah rahmat Allah ia menghapuskan segala dosa".

Jumaat, 4 Februari 2011

Yahudi

    Sebut yahudi, first thing yang lalu kat kepala sudah mesti bintang 6 bucu atau negara Israel. Manakan tidak. Ini la satu-satunya negara yahudi terbesar yang ada kat muka bumi nih walaupun negara mereka tidak pernah di itiraf sebagai sebuah negara yang sah.

    Kita juga sedia maklum yang mereka memperolehi tanah dengan merampas tanah penduduk Pelastin. Patut la Hitler pernah cakap jangan bagi wujud bangsa yahudi nih kat muka bumi. Bukan saja Hitler, Al-Quran juga sudah mengkhabarkan bahwa orang yahudi laknat takde dah kat muka bumi nih.

    Post Belalang nih bukan la artikel tentang kupasan kekejaman rejim yahudi nih. Belalang post mengenai agama yahudi dan kepercayaan mereka. yela selama nih kita selalu sebut yahudi-yahudi tapi ape benda yahudi tue pun kita tak tau. Lagi pun tak salah kan sekadar amik tahu dan menambah pengetahuan kita.


Agama Yahudi

    Teras kepercayaan penganut agama Yahudi ialah wujudnya Yahwe yang Esa, pencipta dunia yang menyelamatkan bani Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang-undang Yahwe (Torah) kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sejagat.

    Penganut Yahudi percaya Yahwe telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi berkat sekiranya mereka kekal beriman kepada Yahwe. Perjanjian ini kemudiannya diulangi oleh nabi-nabi Ishak dan Yakub. Oleh sebab nabi-nabi Ishak dan Yakub ialah dari bangsa Yahudi, mereka percaya merekalah bangsa pilihan (Chosen One). Penganut Yahudi dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab khas, seperti mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dan berkhidmat kepada Tuhan. Sebagai balasan mereka akan menerima kecintaan serta perlindungan Yahwe. Yahwe kemudiannya menganugerahkan mereka sepuluh perintah yang sekarang dikenali sebagai Sepuluh Perintah Yahwe (Ten Commandments) melalui ketua mereka Nabi Musa, yang mereka anggap sebagai seorang Putera.

    "Sinagog" merupakan pusat masyarakat serta keagamaan yang utama dalam agama Yahudi, manakala Rabbi ialah mereka yang pakar dalam hal-hal keagamaan.

    Keluarga merupakan unit yang utama dalam agama ini dan penganutnya yang setia akan melakukan sembahyang setiap hari dan hari Sabtu merupakan hari utama yang dipanggil hari Sabbath (band black Sabbath amik nama band mereka sempena nama ni ler). Antara waktu senja Jumaat sehingga senja hari Sabtu mereka akan menyalakan lilin dan memakan wain serta roti (yang tidak beragi - unlaven) yang telah diberkati. Selain hari Sabtu, hari keraian lain termasuk Rosh Hashanah (Tahun Baru) dan Yom Kippur (Hari Penerimaan Taubat).perayaan-perayaan lain dalam agama yahudi ialah pesach-passover(perayaan musim panas), sabauth (hati turun kitab taurat). perayaan kecil seperti hanukkah dan purim iaitu hari memperingati pahlawan-pahlawan yahudi.

    Kitab Hebrew dipanggil Tanakh terdiri dari 24 buku yang dihimpun kepada 3 kumpulan:

    * Torah atau Taurat (Undang-undang)
    * Nevi’im (Para Nabi)
    * Ketubim (Tulisan)

    Selain itu terdapat juga Talmud yang merupakan terjemahan serta komentar mengenai Torah dari para rabbi dan cendikiawan undang-undang Ini termasuklah Mishnah dan Halakah (kod undang-undang masyarakat utama penganut agama Yahudi), Gemara, Midrash dan Aggadah (legenda dan kisah2 lama).

Kabbalah pula ialah teks lama yang berunsur mistik. Menceritakan zat-zat Tuhan Yahwe.


Adat-adat dan undang-undang penganut Yahudi

    Kebanyakan penganut Yahudi mengikuti undang-undang pemakanan yang termaktub di dalam Torah yang melarang campuran susu dengan daging. Daging babi juga adalah terlarang dalam agama Yahudi. Makanan yang disediakan menurut undang-undang tersebut serta daging yang disembelih oleh pihak Rabbi dipanggil Kosher. Budak-budak lelaki juga disunat (biasanya sewaktu bayi lagi) selaras dengan perjanjian Nabi Abraham dengan Yahwe mereka. Dan apabila seorang budak lelaki mencapai kematangan dia akan diraikan kerana menjadi ahli masyarakat Yahudi dalam upacara dipanggil Bar Mitzvah. Selepas kematian, mereka akan berkabung selama seminggu di mana mereka akan membacakan Kaddish. Agama dan perkauman saling kait mengait dalam masyarakat Yahudi. Misalnya pengambilan riba adalah berdosa sesama kaum Yahudi tetapi adalah dibenarkan dengan mereka yang bukan Yahudi (macam bangang je amalan nih).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

   Tue la serba sedikit mengenai agama yahudi yang Belalang nak kongsi. Sebenarnya ade lagi budaya-budaya x elok diorang nih yang Belalang tak tulis. Kalau nak tau cari la sendiri.

Jumaat, 21 Januari 2011

Dia Adalah Seorang Syuhada

Pada penghujung tahun 2001, seorang pemuda Palestin bernama Muhammad Raihan telah terkorban semasa bertempur dengan tentera Israel. selepas 100 hari kematiannya, 18 Februari 2002, ahli keluarga dan ramai orang menggali kubur pemuda itu serta beberapa kubur lain untuk diperbaiki. Salah seorang yang turut terlibat menggali semula kubur itu ialah abang Muhammad Raihan, iaitu Jaafar.

Sebaik saja membuka kubur adiknya Muhammad, Jaafar dan seluruh tetangga yang berada di kawasan itu terkejut apabila bau yang sangat harum tiba-tiba menyerbu keluar dari pusara berkenaan. Aroma itu melingkari persekitaran kubur tersebut menyebabkan mereka semua terdiam. Bunya sangat harum.

Jenazah Muhammad juga dilihat masih utuh, malah tubuhnya masih lagi hangat seolah-olah darah masih mengalir dan dia sdang tidur dengan nyenyaknya. Jaafar menatap wajah adiknya itu. Dia berasa seperti ingin mengejutkan adiknya yang sedang dbaluti kain kapan itu.

Ketika ditanya oleh orang ramai yang tidak menyertainya menggali kubur Muhammad, Jaafar memberitahu "Saya melihat peluh membasahi dahinya, lantas saya menyapunya dengan tangan saya sambil disaksikan oleh orang ramai yang terkejut dengan kejadian luar biasa iitu."

Lebih daripada itu, mereka juga turut menyaksikan janggut di muka Muhammad lebih panjang berbanding semasa dia dikebumikan 100 hari sebelum itu. Melihatkan keajaiban dan karamah tersebut, mereka semua bertakbir memuji Ilahi.


Artikel ini dipetik dari mjalah Mastika.

Jumaat, 7 Januari 2011

Ubatilah Penyakitmu!

Suatu hari Nabi Musa terkena sejenis penyakit. Apabila kaum Bani Israel mengetahuinya, mereka segera menemui Nabi Musa untuk membantu merawat baginda menggunakan sejenis tumbuhan.

"Kalau berubat dengan tumbuhan yang kami bawa ini nescaya kamu (Musa) akan sembuh!" kata kaumnya.

Penyakit tersebut pernah menimpa kaum Bani Israel sebelum itu tetapi apabila diubati dengan tumbuhan tersebut terus sembuh. Namun, permintaan Bani Israel itu ditolak Nabi Musa.

"Aku tidak akan berubat sehinggalah aku disembuhkan oleh Allah s.w.t tanpa menggunakan ubat!"

Setelah gagal memujuk, kaum Bani Israel meninggalkan Nabi Musa sendirian. Setelah beberapa lama, penyakit yang dihidapi Nabi Musa tidak juga sembuh-sembuh.

Nabi Musa tetap bertawakal supaya Allah menyembuhkan penyakitnya. Ketika Nabi Musa sedang bermunajat, Allah berfirman:

"Wahai Musa, demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku tidak akan menyembuhkan penyakit kamu sebelum kamu berubat dengan ubat yang mereka sebutkan kepadamu!"

Selepas mendapat Wahyu itu, Nabi Musa lantas meminta kaumnya segera mengubatinya dengan tumbuhan tersebut. Dengan izin Allah, maka sembuhlah penyakit Nabi Musa. Bila sembuh, Nabi Musa meresa kurang senang kerana tumbuhan itu yang telah menyembuhkan penyakitnya.

Allah berfirman lagi: Wahai Musa, apakah kamu menghendaki Aku batalkan hikmah-Ku dengan tawakalnya engkau kepada-Ku!"

"Tidakkah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuh-tumbuhan itu untuk memberi manfaat kepada sesuatu. Bukankah aku yang menjadikannya?"

Nabi Musa merasa malu apabila mendengar firman Allah itu. Fahamlah baginda, bahawa setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati!.

**Dipetik dari Majalah Mastika.

Sabtu, 18 Disember 2010

Ajaran Syiah Di Malaysia

Apa tu ajaran Syiah? Mengapa kerajaan bersungguh-sungguh nak menghapuskan mereka yang mengamalkan ajaran Syiah? Kalau ada yang masih blur dan kurang faham dengan ajaran Syiah, sila klik sini. Huraian terperinci mengenai Syiah dan mengapa ia perlu di jauhi.

Mukadimah di atas tu adalah berkaitan dengan kata-kata Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, atas penangkapan sebanyak 200 pengikut Syiah di Selangor termasuk pensyarah dan penuntut institusi pendidikan tinggi Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan di tingkat empat sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor. Berita penuh disini.

Belalang baru tau yang rupanya di Malaysia ada juga pengikut Syiah. Memang patut pun kerajaan mengambil langkah awal untuk menyekat mereka ini sebelum ia jadi semakin parah seperti ajaran-ajaran sesat sebelum ini iaitu Ayah Pin dan Al-Arkam.

Jumaat, 17 Disember 2010

Siapa Yang Patut Disembah?

Suatu ketika, seorang raja bertanya kepada Nabi Ibrahim mengapa baginda tidak menyembah api seperti yang dilakukan oleh orang-orang lain pada zaman itu. Jawab Nabi Ibrahim "Bukankah air dapat memadamkannya?"


Raja: Kalau begitu, kenapa kau tidak menyembah air?


Nabi Ibrahim: Bukankah awan yang mengandungnya lebih kuat?


Raja: Jika demikian, sembahlah awan!


Nabi Ibrahim: Angin yang mengiring dan menolaknya lebih kuat lagi.


Raja: Kalau demikian, engkau sembahlah angin!


Nabi Ibrahim: Manusia yang menyedut dan menghembuskannya lebih kuat daripada angin. Tetapi manusia pun lemah, kerana itu yang wajar disembah adalah yang mencipta semua itu, Pencipta langit dan bumi serta segala isinya.

**Sekadar renungan dihari jumaat. Selamat menunaikan solat Jumaat...

Sabtu, 11 Disember 2010

Ramadhan 15 2012, Benar Atau Fitnah Akhir Zaman? -Bhg1


Siapa disini yang pernah mendengar mengenai cerita 15 Ramadhan 2012? Rasanya ada yang pernah mendengar dan ada juga yang tidak.

2012 di kaitkan dengan satu cerita yang kononnya akan terjadi sesuatu bencana besar. Puak Maya dalam catatan calendar mereka mengatakan 2012 adalah hari terjadinya bencana yang bakal melenyapkan semua hidupan di bumi. Filem 2012 pun dibuat berdasarkan calendar puak Maya nih.

Mungkin ada yang pernah mendapat e-mail yang mengatakan 15 Ramadan 2012 akan berlaku seuatu berdasarkan satu petikkan hadith. Belalang sendiri mendengar perkara ini daripada seorang kawan pada pertengahan tahun sudah.


Buat renungan teman-teman.


Cuba kira... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.


(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)


Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu... ALLAH sahaja maha mengetahui... cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut... 


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:


Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


forum carigold


Meremang bulu roma dengar hal ni kan? Memang pada mulanya agak terperanjat jugak Belalang mendengar kisah ini dari kawan Belalang. Setelah lama berlalu macam tu, tiba-tiba kelmarin Belalang teringat pasal cerita nih. Terus Belalang google mencari info yang berkaitan dengan hal nih.

Korang nak tau carian Belalang tu berjaya ke tak? Nak tau tak yang Belalang ada menemui jawapan pada perkara di atas atau Belalang menemui hadith yang ade disebut dalam petikkan di atas? Korang tunggu sambungan entry Belalang nih nanti ye.

Bersambung...

Jumaat, 10 Disember 2010

MUHAMMAD S.A.W. RASUL ALLAH YG TERAKHIR! KENALI SECARA LAHIRIAH



Begitu indahnya sifat fizikal Baginda,
sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada
pertama kalinya bersua muka dengan
Baginda lantas melafazkan keislaman dan
mengaku akan kebenaran apa yang
disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para
sahabat ialah :


- Aku belum pernah melihat lelaki yang
sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda,
seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari
sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki
setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira,
wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti
akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih
cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal,
terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua
kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata
yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih
mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di
bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya
penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah
tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan
memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk
dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak
sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok
bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh
pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbe lah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut
kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut.
Luas bidang antara kedua bahunya lebih
drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar
tapak tangannya, jarinya juga besar dan
tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang
lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi
cantik. Kakinya berisi tapak kakinya
terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian
tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur
atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna,
tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula
rendah, kecil tapi ber ukuran sederhana
lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada
tinggi,semasa berada di kalangan orang
ramai baginda kelihatan lebih tinggi
drpd mereka.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung
yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di
dunia… untuk mengingatkan kita…


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar
seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi
Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata
Fatimah yang membalikkan badan dan
menutup pintu. Kemudian ia kembali
menemani ayahnya yang ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
“Siapakah itu wahai anakku?” “Tak
tahulah ayahku, orang sepertinya baru
sekali ini aku melihatnya,” tutur
Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap
puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan. Seolah-olah bahagi an demi
bahagian wajah anaknya itu hendak
dikenang. “Ketahuilah, dialah yang
menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.


Dialah malaikatul maut,” kata
Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan
tangisnya. Malaikat maut datang
menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut bersama
menyertainya. Kemudian dipanggillah
Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di
atas langit dunia menyambut ruh kekasih
Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril,
jelaskan apa hakku nanti di hadapan
Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara
yang amat lemah. “Pintu-pintu langit
telah terbuka, para malaikat telah
menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar
menanti kedatanganmu, ” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. “Engkau tidak senang
mendengar khabar ini?” Tanya Jibril
lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana
nasib umatku kelak?” “Jangan khawa tir,
wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar
Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan
surga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,” kata
Jibril. Detik-detik semakin dekat,
saatnya Izrail
melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah
ditarik.


Nampak seluruh tubuh Rasulullah
bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. “Jibril, betapa sakit
sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah
mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di
sampingnya menunduk semakin dalam dan
Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat
pengantar wahyu itu. “Siapakah yang
sanggup, melihat kekasih Allah direnggut
ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian
terdengar Rasulullah mengaduh, karena
sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya
Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan
saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku. “Badan Rasulullah
mulai dingin, kaki dan dadanya sudah
tidak bergerak lagi.


Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya. “Uushiikum
bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum
- peliharalah shalat dan peliharalah
orang-orang lemah di antaramu.” Di luar,
pintu tangis mulai terdengar bersahutan,
sahabat saling berpelukkan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali
kembali mendekatkan telinganya ke bibir
Rasulullah yang mulai kebiruan..
“Ummatii, ummatii, ummatiii!” - “Umatku,
umatku, umatku” Dan, berakhirlah hidup
manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai
sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa
Muhammad wa baarik wa sallim ‘alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Untuk peringatan:-


Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim
lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti
Allah dan RasulNya mencintai kita.
Karena sesungguhnya selain daripada itu
hanyalah fana belaka. Amin…


Usah gelisah apabila dibenci manusia
karena masih banyak yang menyayangimu di
dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci
Allah karena tiada lagi yang mengasihmu
di akhirat.

Jumaat, 19 November 2010

Iklan Jawatan Kosong

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan gred A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Anda tidak perlu bawa sebarang surat sokongan jawatan



Sila bawa dokumen asal iaitu :

Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.



PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.



ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :
Hadis diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:


"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".



Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.



cepat sebelum tawaran ini datang kepada anda...


waspada.....

Jumaat, 17 September 2010

MEMBUKA PINTU REZEKI







Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris...... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita 
cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah

Allahu Akbar !

Jumaat, 3 September 2010

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan
nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu
ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. __._,_.___ & ..

__,_._,___
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com