Kenyataan Datuk Ahmad Jusoh itu telah mendapat respon daripada salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Lihat kenyataan balas Datuk Seri Jamil Khir dibawah ini-
--------------------------------------
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata tindakan itu sebaliknya memudahkan tugas imam yang terpaksa menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.
"Kalau imam terpaksa menikahkan banyak pasangan pada hari yang sama, lebih mudah ia diadakan setempat seperti di masjid.
"Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi salah satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Untuk membaca berita penuh, klik sini.
---------------------------------------
**Islam tu agama yang memudahkan penganutnya.
6 comments:
hal remeh mcm ni pun usah la perbesar ye tak belalangkan... datuk ahmad jusoh tu sepatutnya tekankan mengenai orang yang mengikuti.. adab2 yang tak patut kita buat... itu yang gua rasa sepatutnya..
lagipun itu bukan fatwa... mungkin pendapat beliau..
islam memudah kan penganutnya buat apa lah nak susah2 kan diri huhu
baru la xder kekeliruan berbanding ngn semlm....
sebab itu perselisihan membawa rahmat, bila kita dapat satu jalan yg terbaik
Assalamualaikum...
Orang-orang kita ni sudah menjadi kebiasaan terus mentafsir sesuatu isu atau berita tanpa terlebih dahulu meneliti dan memahami dengan terperinci maksud sebenarnya.
Lebih-lebih lagi apabila mereka hanya mengambil satu sumber atau dari surat khabar yang kebiasaannya hanya mensensasikan sesuatu isu tanpa ada landasan yang kukuh dan hanya berniat melariskan jualan akhbar dengan tajuk2 berita yang sensasi, gempak dan lucah. Ada pula berita yang diambil dan dipaparkan hanya satu pihak sahaja, jadi berita berkenaan menjadi berat sebelah. Siap lagi mempromosikan budaya judi dan lain2 yg haram. Lagi banyak fitnah dan isu2 berat disiarkan dalam akhbar, maknanya pilihanraya dah makin dekat dan dengan harapan pembaca akhbar berkenaan akan hanya mempercayai cerita versi mereka dan membenci musuh politik mereka tanpa usul periksa. Nampaknya konsep zaman penjajah "orang putih" masih digunapakai iaitu "Ya tuan, saya faham tuan, saya mengikut sahaja kehendak tuan...".
Mereka tidak menggalakkan pembaca berfikir dengan waras dan bijak apabila tiba isu yang dipolitikan tetapi jika isu itu menyokong mereka, kalau pembaca terus menyokong mereka tanpa usul periksa, disenyapkan sahaja.
Bagi isu yang dinyatakan di atas, saya berpendirian bahawa tidak salah untuk bernikah di masjid kerana masjid tempat suci yang mengumpulkan umat Islam untuk beribadah dan bernikah juga termasuk dalam ibadah yang mendapat ganjaran pahala.
Tempat untuk bernikah selain masjid juga boleh digunakan asalkan selesa, bersih dan bebas dari unsur-unsur "lagha" atau syirik @ menyukutukan Allah SWT.
Seperti juga dengan perihal garpu dan sudu. Dikatakan dalam sejarah, garpu dan sudu bukan dicipta oleh orang Islam, tetapi adakah kita dilarang menggunakannya semasa makan minum?. Begitu juga dengan penciptaan lampu kalimantang di rumah. Adakah haram penggunaannya? Di gereja pun ada juga guna lampu tersebut...
Kita bukannya mengambil "hukum" atau ajaran dari agama lain untuk diamal-ibadatkan dalam Islam. Pangkal di "hati" kita ialah kalimah syahadah dan aturan yang dibekalkan oleh Allah SWT untuk umat manusia.
As salam..
Jamil Khir...kampung kami berjiran..
Kalau di Perlis, kebanyakkan akad nikah di rumah kecuali rumah tu sempit, mesti buat kat masjid tapi di Kedah, akad nikah di masjid.
Catat Ulasan