Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Jumaat, 31 Julai 2009

ADUN PAS meninggal dunia

ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi


~Sumber dari www.malaysiakini.com


*Al-Fatihah untuk Allahyarham...

Khamis, 30 Julai 2009

SUARA BAWAH TANAH


Terpanggil saya untuk mewujudkan blog suara bawah tanah ini apabila terasa ingin berkongsi cerita-cerita, peristiwa dan isu-isu semasa di dalam dan luar negara yang setiap hari ada-ada saja cerita yang agak wau!!! dan pelik-pelik. Kadangkala perkara yang terjadi terasa seperti tidak masuk dek akal, lawak pun ada. Tetapi itu la realiti. Sebab bila Tuhan kata benda tu jadi, maka jadilah ia. Tak kira la ahli politik ke, artis ke, apek sayur ke, hatta kerani pejabat pos pun kalau benda tu dah tertulis jadi kat dia, memang akan jadi.

Mungkin ada yang menyangka blog ini sebuah blog extremis apa-apa. Sebenarnya ini blog ini bukan seperti yang di jangka. Blog ini blog santai je atau ringan-ringan topik. Apa-apa cerita pun tak pe. Kita layan ja. Dari politik(yang tidak begitu berat), dunia hiburan, sukan, globalisasi sampai le ke pengalaman hape semua akan do kongsi bersama.

So saya harap teruskan menyokong blog ini supaya kita boleh sama-sama dapat sedikit info mengenai perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita.
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com