Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 17 Mei 2011

Final Piala FA 2011 | Kelantan vs Terengganu

Kelantan dan Terengganu mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini selepas mengatasi lawan masing-masing secara agregat pada perlawanan separuh akhir kedua, hari ini.

Kelantan layak ke perlawanan akhir dengan agregat 6-2 selepas seri 1-1 dengan Selangor di Kota Bharu manakala Terengganu mara dengan agregat 5-2, setelah mengalahkan Pahang 2-0 di Kuantan.

- Utusan

Isnin, 16 Mei 2011

Kuala Lumpur Dan Sesat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera pengunjung-pengunjung bawah tanah sekalian. Alhamdulillah Belalang baru saja samapi ke Kuala Lumpur semalam. Datang ni pun atas urusan kerja. Pagi ni perlu hadir ke suatu pejabat atas urusan rasmi. Time korang baca entry ni, Belalang mungkin dah sampai ke sana (entry ni ditulis pukul 7n pagi). Habis saja meeting Belalang, cadangnya nak terus balik.

Untuk tahun ini, inilah kedatangan Belalang Ke KL untuk kali pertama. Biasa la, kalau takde hal penting memang tak sampai punya. Tahun sudah dua tiga kali juga datang. Satu ja masalah Belalang setiap kali datang ke KL dan Belalang pun dah tau akan terjadi ialah SESAT! serius cakap Belalang langsung tak hafal jalan-jalan di KL.

Walaupun ada yang cakap pada Belalang "Senang jer jalan-jalan kat KL tu, kau nak pegi sini amik jalan ni. Kau nak pegi sini amik jalan ni. Kau nak bla...bla...bla..." senang ya amat dengar orang cerita tapi bagi Belalang tetap susah. Mengingat nama-nama jalan di KL dan tempat dan macam kena study formula fizik pula Belalang rasa. Hahaha...

Ok la Belalang nak bersiap dahulu. Belalang akan offline untuk satu masa yang panjang. Doa-doakanlah Belalang selamat dalam perjalanan Belalang. Dan satu Lagi, kalau ada tips-tips nak ingat tenpat dan nama jalan di KL, tolong drop di ruangan komen ya. Terima kasih...

Pencuri Berjubah | Memalukan Betul!

Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.


“Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.

Ahad, 15 Mei 2011

Harga Minyak Akan Naik Dalam Waktu Terdekat?

Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran.

Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.

"Hingga sekarang trend dunia tidak nampak langsung tanda-tanda minyak mentah akan turun tetapi ia terus kekal dan terus naik,” katanya.

- Utusan

Hey Miss Chenta (HMC) | K-Pop Dari Malaysia

JIKA kebanyakan kumpulan muzik indie tempatan memilih genre muzik rock yang lebih keras dan kebaratan, Hey Miss Chenta (HMC) ternyata berbeza. Mereka bukan saja pernah dilabel sebagai kumpulan ‘jiwang’, malah peminat mereka pula pelajar sekolah yang rata-ratanya gadis muda.

Bila diselidik, barulah jelas bahawa genre lagu dibawa mereka tersasar daripada kebanyakan aliran muzik indie tempatan tapi dekat di hati peminat muda iaitu genre pop dengan elemen muzik Korea, lebih jelas dipanggil sebagai Alternatif K-Pop.

Diwakili lima anak muda — Awan Miswan (Mizam Miswan, 25, vokalis), L (Mohd Ali Fahmi Sahar, 23, gitar), Zash (Izat Shaharun, 22, dram), Peace (Hafizuddin Hamzah, 22, bass) dan Ramdan (Wan Mohamed Ramdan, 23, gitar) “Perkenalan kami bermula ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sekitar 2006. Sebelum itu kami mempunyai kumpulan masing-masing ketika mengikuti pengajian di UiTM Machang, Kelantan. Di Shah Alam, kami mengambil keputusan menubuhkan HMC disebabkan minat mendalam dalam bidang muzik.

“HMC memilih genre K-Pop kerana secara amnya ia mesra pendengar. Apatah lagi, genre ini jarang dibawa oleh mana-mana kumpulan indie sebelum ini.

“Oleh itu kami mengambil inisiatif untuk mencuba sesuatu yang baru ke arena muzik tanah air,” kata Awan Miswan yang meminati Hongki, vokalis band popular Korea, FT Island.

Single pertama mereka, Goodbye Baby yang menjadi lagu ‘cari makan’ membawa tuah apabila berjaya menambat hati juri ketika pertandingan Digi Live Tour Contest 2010 di Litar Antarabangsa Sepang, lantas melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.

Sejak mula diperkenalkan ke aliran muzik perdana, lagu itu pernah menduduki carta lagu dalam beberapa stesen radio tempatan dan luar negara. Kini HMC maju setapak lagi melalui dua single terbaru — Aura dan Mencintaimu sejak awal tahun ini.

“Demi merealisasikan impian, kami gunakan sebahagian besar wang kemenangan pertandingan itu dan simpanan kami untuk menghasilkan album mini yang bakal siap tidak lama lagi.

“Kami berharap peminat muzik tempatan dapat menerima kehadiran HMC bukan sekadar sebuah lagi band indie yang biasa, tapi sebagai memenuhi kemeriahan dan variasi baru ke dalam industri muzik tanah air,” kata Awan yang membelanjakan hampir RM15,000 untuk pembikinan album mini itu.

Album mini yang mengambil nama HMC sebagai judul mengandungi lima lagu ciptaan sendiri iaitu Aura, Mencintaimu, Goodbye Baby, Pintaku dan Ada Di Sana.

Impian HMC ingin menjadi legenda K-Pop Malaysia dan membawa muzik mereka ke pentas lebih besar. Biarpun bunyinya seolah-olah ‘berangan’, tetapi jika impian mereka turut diiringi doa dan usaha, pasti impian itu boleh menjadi kenyataan.

Ketika ditanya setakat manakah pencapaian dimaksudkan, tanpa berselindung HMC mahu lagu mereka dapat dipertandingkan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) satu hari nanti. Malah HMC turut menyimpan impian untuk berkolaborasi dengan artis Korea sebagai melengkapkan profil seni HMC.

Peminat muzik yang ingin mengenali lebih dekat kumpulan HMC boleh layari laman sosial mereka di www.facebook.com / heymisschentaband atau di laman Youtube dengan carian heymisschenta.

Peserta Raja Lawak Menipu?

LAZIMNYA jika seorang individu yang keluar dari menyertai rancangan televisyen realiti pasti meraih populariti. Menjadi orang ternama, sekali gus punya ramai peminat.

Kini khabarnya pelawak berkenaan dilingkari banyak cerita-cerita yang kurang enak didengar. Ini bukan lawak dan orang yang mendakwa terlibat dalam cerita ini juga bukan buat lawak.

Apabila ramai peminat tentulah ada terselit antara mereka yang jatuh cinta denganya. Apabila jatuh cinta, sesetengah orang mereka ikut hilang kewarasan hingga tidak dapat membezakan antara baik dan sebaliknya.

Setakat ini, ada seorang wanita mendakwa sebagai tunang dan seorang kekasih tampil membuat pendedahan. Mengatakan cinta mereka disambut mesra oleh lelaki berkenaan. Kerana cinta, kedua-dua wanita ini mendakwa mereka dipaksa berkorban wang ringgit untuknya.

Tak kira sumber pemberian itu dari gaji bulanan atau wang simpanan. Kalau tak cukup, lelaki yang dikenali dengan nama “S” itu akan pujuk supaya mereka membuat pinjaman peribadi di bank.

Kesemua kejadian itu berlaku antara sedar dan tidak. Terutama ketika saat menghulurkan wang secara berdikit kepadanya. Kesemua wang itu diberikan itu kononnya untuk kegunaan saraan harian “S”. Seperti wang rokok, minyak kereta atau belanja tambah nilai telefon prabayar.

Dalam kata lain mereka mendakwa menyara “S” yang dikatakan berstatus bujang. Itu tak termasuk pembiayaan untuk membeli barang yang diingini "S". Seperti telefon mudah alih atau komputer.

Biarpun kedua wanita ini tak saling mengenali pada mulanya. Bagaimanapun dipertemukan akhirnya di alam maya. Rasa ingin saling mengenali memuncak. Kuat kerana naluri wanita mereka mengatakan mereka adalah mangsa pelawak itu.

Berbekalkan semangat yang masih berbaki, mereka membuat laporan Di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dua hari selepas itu. Tujuannya untuk keselamatan diri. Mereka menegaskan bahawa pendedahan tersebut untuk menegakkan kebenaran, selain peringatan buat mangsa-mangsa “S” seterusnya.

Penculikan Oleh Abu Sayyaf | Tuntut RM5.6j Dari Isteri Mangsa

Isteri ahli perniagaan Malaysia, Mohd. Nazarudin Saidin, 38, yang diculik di Pulau Jolo, Filipina mendedahkan kumpulan penculik berkenaan telah menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) sebagai syarat pembebasan suaminya.

Mazlina Mohamad, 38, memberitahu, jumlah wang tebusan itu dimaklumkan oleh kumpulan penculik kepada "orang tengah" yang juga salah seorang ejen broker cicak tokek di Malaysia.

Katanya, kumpulan itu pada Khamis lalu turut memberi syarat agar dia membayar sejumlah 5 juta Peso (RM348,317) sebagai "pendahuluan" bagi wang tebusan itu selewat-lewatnya lusa (Isnin ini).

Bagaimanapun, ujarnya, syarat pembayaran mesti melalui orang paling rapat dan dipercayai iaitu salah seorang broker cicak tokek terbabit.

"Apa yang membimbangkan ialah ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan komplot penculikan ini.

"Saya pula tidak pernah berpeluang untuk mendengar sendiri suara suami kerana kumpulan penculik itu menghubungi terus salah seorang ejen berkenaan.

"Sebelum ini saya dimaklumkan oleh ejen broker cicak tokek itu supaya jangan laporkan kepada polis tentang perkara itu dan menyerahkan kepada mereka untuk mengumpul dana sebelum membayar wang tebusan itu sendiri kepada penculik berkenaan," katanya.

Ibu kepada enam anak itu berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Merbau Sempah, Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Mazlina yang menampung kehidupan dengan menjual kuih tidak menyangka kejadian seperti itu menimpa keluarganya.

Menurut Mazlina, suaminya telah berlepas ke Pulau Jolo pada 27 April lalu bersama seorang lelaki warga Filipina yang juga merupakan salah seorang ejen cicak tokek dan pemergian ke negara itu difahamkan atas urusan perniagaan berkaitan reptilia tersebut.

"Dia (suami) kali terakhir menghubungi anak saya untuk bertanya khabar pada 6 Mei lalu. Saya hanya mengetahui suami saya diculik selepas menonton berita di televisyen pada 10 Mei lalu.

Sementara itu, Kementerian Luar mengesahkan Nazarudin kini ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Pegawai dari Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Mindanao, Mohammad Azhar Mazlan memberitahu, Polis Kebangsaan Filipina (PNP) mengesahkan Nazarudin kini dalam tahanan kumpulan tersebut.

Filem Kongsi Cipta Rekod Baru | Kutipan Lebih RM1j Hari Pertama

Filem Kongsi terbitan MIG Production mencipta rekod baru filem tempatan apabila mengaut kutipan tiket paling tinggi pada hari pertama tayangannya iaitu RM1,085,064 di 100 pawagam seluruh negara, 12 Mei lalu.

Penerbit MIG Production, David Teo (gambar)berkata, filem arahan Farid Kamil itu turut hampir mengatasi kutipan tiket hari pertama filem Hollywood, Transformer 2 yang meraih RM1.2 juta yang tayangkan pada 2009.

"Kongsi merupakan filem terbitan MIG yang mendapat kutipan tiket hari pertama paling banyak selepas filem V3 Samseng Jalanan yang cuma mengumpul kutipan RM600,000 beberapa tahun lalu," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Menurut penerbit berasal dari Segamat, Johor itu, dia sudah menjangka filem dengan kos produksi RM2.5 juta lakonan Shahiezy Sam, Norliana Samsudin dan Fizo Omar itu akan mendapat sambutan penonton berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankannya.

"Melalui R&D (kajian dan penyelidikan) yang dilakukan, kami dapati iklan sedutan adegan daripada Kongsi melalui Youtube ditonton hampir 900,000 orang sejak enam bulan lalu. Ia menguatkan lagi ramalan kami filem ini akan mendapat sambutan ramai," katanya.

Ekoran sambutan yang di luar dugaan itu, David yakin filem yang mengisahkan tentang pembunuh upahan dari selatan Thailand lakonan Shahiezy Sam itu mampu mengatasi kutipan tiket filem tempatan paling laris iaitu Ngangkung yang meraih kutipan tiket RM8.4 juta.

"Saya yakin Kongsi mampu mengatasi kutipan tiket filem Ngangkung yang juga diterbitkan oleh MIG Production selepas hampir sebulan ia ditayangkan di pawagam pada tahun lalu. Untuk Kongsi pula, saya sasarkan kutipan tiketnya boleh mencecah RM10 juta," katanya.

Salih Yaakob Sanding Serentak Semua Isterinya?

Hasrat pelakon, pelawak dan penyampai radio SinarFM, Salih Yaacob, 50, untuk mengadakan majlis persandingan secara serentak bersama tiga isteri dan bakal isteri keempatnya nanti masih belum dibincangkan secara bersemuka.

Menurut isteri ketiga, Norfara Wahida Sulaiman, 32, setakat ini dia sendiri masih belum dimaklumkan tentang cadangan daripada suaminya itu.

"Memang saya belum diberitahu apa-apa pun tentang perkara itu dan besar kemungkinan, kami akan berbincang tentang perkara itu.

"Lagi pun, sekarang ini abang (panggilan untuk Salih) sendiri tengah sibuk dengan rakaman dan insya-Allah, kalau benar seperti yang dihajatinya, ia akan dilakukan secepat mungkin," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, apa yang diketahuinya ialah perkahwinan antara suaminya dengan Emi akan dipercepatkan kerana semua orang sudah mengetahui tentang hasrat Salih untuk berkahwin lagi.

Tambah Norfara Wahida, dia sendiri tidak membuat apa-apa persiapan untuk menyambut bakal madunya itu.

"Segalanya bergantung kepada pengantin lelaki sendiri (Salih Yaacob) sebagai ketua keluarga," katanya.

Katanya, jika mengikut perancangan awal, perkahwinan Salih dan Emi dilakukan secara senyap-senyap dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

"Tidak tahu pula berita itu boleh tersebar luas dan pantas sebelum tiba masanya.

"Apa pun, biarlah kita menunggu permohonan berpoligami diluluskan oleh mahkamah syariah," katanya yang lebih fokus untuk menjaga anak tunggalnya, Fara Aqeesya, 2, yang disahkan menghidap leukemia.

Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100

Sticky post ini akan melekat di sini hingga 15 Mei 2011.

Jom ramai-ramai join pertandingan review dan menang Android Toshiba AS100!


myKahwin.my sebuah web direktori yang menghimpunkan pelbagai kemudahan yang berkaitan dengan perkahwinan. Sebut saja apa yang anda ingin cari berkaitan dengan hari bersejarah anda. Pelamin? Fotografi? Pakaian Pengantin? Hingga ke cenderahati semuanya ada di sini.


Menariknya di myKahwin.my anda mempunyai banyak pilihan berikutan yang ia diiklankan hampir seluruh peniaga perkahwinan di Malaysia. Tentu saja anda bisa membuat pilihan yang terbaik dengan diri anda memandangkan anda mempunyai banyak pilihan di sini.


Untuk peniaga barangan perkahwinan pula, jangan lepaskan peluang untuk membuat promosi barangan niaga anda di sini. myKahwin.my menyediakan ruangan-ruangan iklan untuk diisi oleh anda dengan PERCUMA!


Jadi lawatilah web myKahwin.my kerana pilhan yang tepat mampu meninggalkan seribu memori pada hari bahagia anda dan pasangan anda.


--------------------------------------------------


Belalang nak mengajak lima lagi sahabat blog Belalang untuk sama-sama memeriahkan pertandingan ini. Mereka ialah-



Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100 ini telah ditaja oleh myKahwin.my dengan kerjasama blog2DayBlogger.Com.Jom kita ke 2dayblogger.com untuk belajar dan berkongsi ilmu Blogging dan Isu Semasa bersama Faisal Abdullah.

Manchester United Juara EPL

Manchester United mengesahkan rekod kejuaraan Liga Perdana England ke-19 selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Blackburn di Ewood Park, sebentar tadi.

United hanya memerlukan satu mata untuk merampas gelaran tersebut daripada Chelsea dan mereka memperolehinya apabila penyerangnya, Wayne Rooney menyempurnakan sepakan penalti pada 17 minit selepas penjaga gol lawan, Paul Robinson menjatuhkan Javier Hernandez.

Terdahulu, United dikejutkan dengan jaringan pembukaan Brett Emerton pada minit ke-20.

Keputusan itu membolehkan United berada tujuh mata di depan pencabar terdekatnya Chelsea dan tidak dapat dikejar dengan saingan berbaki dua perlawanan.

- AFP

Sabtu, 14 Mei 2011

Dirogol Dua Lelaki

Dalam keadaan kaki dan tangannya terikat, seorang pemuda hanya mampu menahan sebak mendengar jeritan kekasihnya dirogol dua lelaki dalam sebuah rumah kosong di Telok Jawa, Seri Alam, di sini awal minggu ini.

Sebelum kejadian kira-kira jam 2.25 pagi Isnin lalu itu, kereta dinaiki pasangan terbabit dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat sambil seorang suspek mengacukan pisau ke arah mereka sebelum merampas kereta dan memandunya ke rumah kosong berkenaan diekori rakannya menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata tiba di lokasi kejadian, teman lelaki mangsa berusia 26 tahun terus diikat manakala kekasihnya yang juga ibu tunggal berusia 24 tahun diheret ke dalam rumah berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir.

"Selepas merogol, dua suspek melarikan diri bersama pelbagai barangan milik pasangan terbabit. Mangsa kemudian bergegas membuat laporan di balai polis berhampiran. Susulan itu, satu pasukan khas ditubuhkan dan dalam tempoh sembilan jam, dua suspek berusia 25 dan 33 tahun berjaya ditahan.

“Mereka diberkas di sebuah rumah dekat Jalan Bayan, di sini. Siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai lapan rekod jenayah curi kenderaan, pecah rumah dan menyebabkan kematian. Bekas banduan itu juga pernah dikenakan tindakan buang daerah di Petaling Jaya pada 2006. Mereka kini direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Bercakap pada sidang media, di sini semalam, beliau berkata, ibu tunggal yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta itu kini masih trauma dengan kejadian berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 396/397 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 376 kanun sama kerana merogol.
Dalam kes berasingan, polis memberkas enam lelaki berusia 20 hingga 35 tahun yang disyaki terbabit sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjata di sekitar Seri Alam dan menemui pelbagai barangan termasuk sebilah parang digunakan dalam jenayah mereka selain tiga telefon bimbit dan 17 kotak rokok dipercayai hasil samun.

Wajah Hantu Dalam Jentera Bomba



Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.

Menurutnya, imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang dirakam menggunakan kamera digital pada 7 Mei lalu.

“Kami sekeluarga menyedari imej pelik berkenaan dua hari selepas itu semasa anak sulung saya memasukkan gambar-gambar daripada kamera ke komputer riba.

“Kami terkejut apabila ada imej lain yang menyerupai seorang wanita berambut panjang di dalam jentera bomba,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dibelasah Senior Hingga Patah Tulang Rusuk

Seorang pelajar Tingkatan Tiga mendakwa dibelasah sehingga patah tulang rusuk oleh sekumpulan pelajar senior yang menuduhnya kurang ajar dalam satu kejadian buli di asrama sebuah sekolah menengah, di sini, pagi kelmarin.

Mangsa turut diugut akan dibelasah lebih teruk jika tidak mengikut arahan sebelum dibenarkan pulang ke bilik asrama dalam keadaan menahan sakit.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, Suffi Shukairi Abdul Hakim, 15, mendakwa ditampar, dada dan perut ditendang selain badannya dipijak walaupun merayu meminta belas ihsan tetapi tidak dihiraukan enam pelajar terbabit.

Malah, pelajar malang itu turut dipukul seorang daripada kumpulan pelajar senior berkenaan kira-kira jam 10.30 malam Selasa lalu, dan mengalami sakit dada akibat kejadian berkenaan.

Mangsa dari Tanjung Besar, Benta, di sini, mendakwa dipukul bertubi-tubi dan tidak seorang pun berani membantu kerana takut menjadi mangsa kerakusan pelajar senior berkenaan.

“Mereka tuduh saya ponteng. Saya tidak ponteng tetapi mendapat cuti sakit kerana sakit dada selepas ditampar dan dipukul mereka yang menuduh saya kurang ajar selepas saya berkata, ‘tak pe la nanti saya buang’ apabila disuruh membuang sampah malam Selasa lalu.
“Saya tidak memaklumkan kejadian itu kepada guru kerana bimbang dan keesokannya saya dibawa ke Hospital Kuala Lipis oleh seorang guru selepas demam serta sakit dada dan diberi cuti sakit,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau juga mendakwa, turut dipanggil seorang daripada pelajar senior supaya pergi ke bilik mereka kira-kira 12.45 pagi kelmarin (Khamis) dan disoal mengapa tidak hadir ke sekolah pada Rabu lalu.

“Saya memaklumkan cuti sakit namun mereka mempersoalkannya dengan berkata ‘banyak pula sakit kau’ dan turut mengungkit mengenai kejadian pada malam Selasa lalu dan berterusan menuduh saya kurang ajar,” katanya yang membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Lipis kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Penggunaan Ubat Clexane Dan Fraxiparine Haram | Ubat Mengandungi Hormon Babi

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine yang mengandungi hormon babi untuk pesakit jantung adalah haram.

Setiausahanya yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha menegaskan, penggunaan kedua-dua jenis ubat itu ditegah kerana ia dihasilkan daripada sumber yang diharamkan Islam.

''Penggunaan ubat tersebut yang dianggap darurat kepada pesakit jantung bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta-merta ketika pesakit berada pada tahap kronik adalah ditegah.

''Ini kerana pada masa ini terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Othman mengulas tulisan Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com dalam ruangan forum pada 9 Mei lalu bahawa seorang doktor bukan Islam bertanya kepada bapanya yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tampin, sama ada sanggup menerima suntikan hormon babi atau tidak untuk merawat penyakit jantungnya.

Menurut doktor tersebut, hormon babi adalah yang terbaik untuk pesakit jantung kerana dapat mencairkan darah dengan segera.

Bagaimanapun, bapa pengadu memilih untuk tidak menerima saranan doktor tersebut walaupun dikatakan ada juga orang Islam menerima suntikan hormon babi untuk rawatan sakit jantung.

Jelas Othman, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke-87 yang bersidang pada 23 hingga 25 Jun 2009 telah membincangkan hukum penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine.

Anggota majlis, katanya, memutuskan Islam menegah penggunaan ubat daripada sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit.

Melainkan ia dalam keadaan tiada ubat daripada sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudaratan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat daripada sumber yang halal ditemui.

''Dalam hal ini, kita sudah ada ubat alternatif iaitu Arixtra. Justeru umat Islam mempunyai pilihan untuk mendapatkan ubat yang halal dan situasi di negara ini juga tidak darurat," katanya.

Kes Lelaki Simbah Asid | Fotofit Suspek Diedarkan Polis

Polis pada Jumaat mengedarkan fotofit seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes menyimbah cecair untuk membolehkan orang ramai mengenalpasti suspek dan membantu pasukan polis memberkas penjenayah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata fotofit suspek diperoleh berdasarkan lakaran yang diberikan saksi serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Dengan ada fotofit ini kita berharap, orang ramai akan tampil dan membantu kita untuk menangkap penjenayah ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam polis Kuala Lumpur bersama media di sini, Jumaat.

Sementara itu, pada pagi Jumaat satu lagi perbuatan menyimbah cecair berlaku, kali ini mangsanya ialah seorang wanita berusia 30-an di Seksyen 10 Wangsa Maju, di sini.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik PDRM berkuatkuasa Rabu lepas, berkata wanita tersebut disimbah dengan cecair berkenaan ketika berada di dalam kereta.

Bagaimanapun, cecair itu tidak melecurkan kulit tetapi menyebabkan gatal.

"Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini ada kaitan atau persamaan dengan kejadian simbah asid yang dilaporkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas pertandingan menembak antara media dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak di sini, Jumaat.

Zulkifli berkata setakat ini terdapat 22 kes seumpama itu dan polis akan menyiasat sama ada ia dilakukan oleh individu yang sama atau tidak.

Khamis, 12 Mei 2011

SPAM Di Facebook

"Please do your part in PREVENTING SPAM by VERIFYING YOUR ACCOUNT. Click VERIFY MY ACCOUNT right next to the comment below to begin the verification process..."

Pelik betul bila Belalang lihat wall FB Belalang penuh dengan massage macam tu dari kawan-kawan FB. Rupanya ia sejenis virus. Jika kita mengikut seperti yang diarahkan dengan klik pada 'verify my account' automatik dengan sendirinya kita akan send ayat yang sama dengan atas tadi kepada setiap kawan-kawan FB kita.

Belalang nasihatkan korang jangan suka-suka hati klik atau mengikut arahan yang korang tak pasti betulkah itu arahan dari kawan korang. Spam dan virus makin menjadi-jadi di FB.

Hati-hati ok...

Perkahwinan Saida | Retak Menanti Belah

Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai.

Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.

"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.

"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.

Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.

Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja.

Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: "Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".

Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.

"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.

"Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.

"Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.

Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.

Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.

Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci.

-mStar Online

Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.

Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan.

Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.

Berdasarkan rekod, Mohd Ghazali melantik bapa saudaranya, Shihabudin Alang Mat Piah sebagai wakil hakamnya manakala Saida diwakili oleh seorang rakan, Norhisham Rahmat.

Prosiding di mahkamah bermula selepas Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan telah mengalami masalah yang tidak dapat didamaikan.

Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Mohd Ghazali diwakili oleh peguam syarie Amli Embong sementara peguam Ahmad Nazib Johari mewakili Saida.

Rabu, 11 Mei 2011

Blogger Friendly | Blogger Senyum-senyum

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog bawah tanah. Sori ya amat kerana dengan tiba-tiba Belalang ter'stop' untuk memperkenalkan lagi beberapa blogger yang selalu berkunjung dan sudi drop komen di blog Belalang. Tiba-tiba pulak dalam 2 3 menjak ni urat malas Belalang timbul. Hahaha

Tanpa membuang masa lagi Belalang perkenalkan blogger friendly untuk kali ni iaitu 'Diana senyum-senyum'. Sape yang cakap tak kenal dengan blogger ini memang nipu la gamaknya sebab Belalang rasa Diana ni rajin komen pada entry kawan-kawan blogger. Memang support abis la semua kawan-kawan blogger dia.



Entry-entry yang dihasilkan Diana adalah hasil kreativitinya tanpa mencedok mana-mana tempat seperti berita atau ape. Maknanya setiap entry yang dihasilkan adalah original dari hasil penulisannya, tak main arr copy paste (sebenarnya ayat ni kata pada Belalang sendiri...huhuhu). Belalang sangat kagum kerana Diana begitu kerap meng'update ' blog dengan entry-entry yang sangat menarik. Macam mana Diana mencari idea dalam menghasilkan entry yang menarik sebegitu? Korang try la pancing-pancing dia supaya kasi tips menulis sket. Belalang pun teringin nak tau jugak. Hee...

Akhir kata dari Belalang kepada Diana, terima kasih ye kerana sudi selalu-selalu berkunjung ke blog Belalang ni. Harap Diana akan selalu dan terus support blog Belalang sampai Bila-bila ok...

Dan kepada korang-korang pulak yang masih belum kenal dengan blogger hebat ini, dipersilakan untuk berkenalan dengan Diana blogger Senyum-senyum. Cepat-cepat amik ilmu apa yang patut dari Diana. Hahaha

Terima kasih,

Gambar Sebenar Osama Bin Laden Ditembak?

Tadi Belalang singgah ke satu blog yang memaparkan satu gambar yang dikatakan foto mayat Osama Bin Laden. sejauh mana benarnya foto itu masih belum dapat dipastikan.

Mungkin mereka yang bijak pandai tentang edit gambar boleh komen mengenai gambar ini? Palsu atau benar gambar ini? Kalau melihat dari mata kasar, nampak cam real jer. Tapi Belalang bukanlah orang yang arif dalam hal-hal edit mengedit nih. serahkan pada yang pakar jela untuk tentukan.

Untuk makluman pada 2 Mei 2011, Obama telah mengumumkan yang tenteranya telah berjaya membunuh Osama Bin Laden di tempat persembunyiannya, Pakistan. Untuk membaca berita tersebut, klik di sini.

Kredit kepada: Khairul Hafidz Alkhair

Maharaja Lawak Minggu Ke-7 | Sistem Undian Baru

MESKIPUN Man, Balas dan Amir berada di tangga terendah minggu keenam Maharaja Lawak, Jumaat lalu, mereka masih lagi terselamat.

Lega rasanya apabila pengacara AC Mizal membuat pengumuman tiada penyingkiran berlaku pada minggu lalu.
Namun semua peserta yang kekal termasuk Sepah, Jambu, Nabil dan Jozan bakal berdepan dengan satu mekanisme baru diperkenalkan minggu ini.

Itulah antara kejutan yang cuba disuntik menerusi program realiti TV yang ke udara di Saluran Warna dalam pakej Mustika Astro.


Bayangkan, setiap peserta berpeluang untuk mengundi keluar dan memilih pihak lawan untuk disingkirkan.



Peserta menerima undian terbanyak daripada lawan harus meninggalkan pentas walaupun bakat dan persembahannya hebat.

Namun adilnya apabila peserta disingkirkan melalui sistem undi keluar tidak boleh berada di tangga teratas carta undian dilakukan penonton serta juri tetapnya iaitu Saiful Apek, Ahmad Idham dan Mamat Khalid.

Namun ketika diminta mengulas mengenai sistem undian itu, Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani menyangkal sistem itu tidak adil sebaliknya akan membuat setiap peserta tidak terus selesa berada dalam zon masing-masing.

“Maharaja Lawak adalah kandungan kami sendiri dan memberikan pihak produksi kebebasan menyerapkan apa saja konsep serta hala tuju program ini.

“Memandangkan semua peserta adalah hebat-hebat, kami perkenalkan sistem baru ini agar peminat dapat melihat satu dimensi berbeza.

“Tidak lagi bergantung pada undian penonton dan sokongan pihak juri semata-mata, setiap peserta perlu bersedia untuk diundi keluar oleh pihak lawannya sendiri.

“Bagaimanapun kalau mereka memilih peserta yang berada pada kedudukan tertinggi dalam peratusan undiannya, sekali lagi tiada penyingkiran terjadi.

“Justeru saya sudah mengandaikan minggu ketujuh nanti lebih penuh debaran,” katanya.

Minggu keenam lalu memperlihatkan peningkatan positif dan kreativiti peserta yang melangkaui batas imaginasi penonton.

Bukan penonton saja tidak henti ketawa dengan jenaka yang dihidangkan, Ahmad Idham dan Apek pun kelihatan terhibur meskipun tanpa Mamat Khalid yang kini berada di Itali sempena Festival Filem Antarabangsa di sana.

Peserta yang paling menonjol dan menjadi pilihan utama barisan juri adalah Jambu yang mengangkat tema komedi bersahaja, tampil kurang pada dialog namun penuh imaginasi dalam membentuk gerak persembahan.

Menerima undian tertinggi sebaik talian undian ditutup dengan 59 peratus berbanding awalnya yang hanya menduduki tangga kedua, Taukeh dan Yus berjaya memancing perhatian penonton hingga mendapat sokongan paling kuat.

Mereka beraksi sebagai pemain ping pong dengan gaya yang bercampur aduk dengan permainan sukan lain.

Kumpulan Sepah pula sambil bermain gitar, mencuit penonton menerusi jenaka yang berkisar pada perkahwinan diraja, Putera William.

Minggu keenam juga masih menunjukkan kehebatan Nabil yang kekal menjadi pilihan penonton dengan penggunaan sistem tunjuk arah, GPS.

Mengejutkan apabila Abdul Rahman Kassim atau Man memberikan saingan kuat apabila muncul dengan komedi seakan mengajuk Chef Wan.

Mendapat peratusan undian kedua tertinggi dengan 57 peratus dengan meninggalkan Nabil dengan satu peratus serta Sepah dua mata di belakang, Jozan beraksi dengan kisah tukang urut dan pesakit.

Balas yang dianggotai dua anak muda dari Pulau Pinang, Fendi Muhammad (Fendi) dan Mohd Shukri Sahar (Shuk), tampil ringkas dengan aksi di wad hospital.
Amir cuba bertahan dengan jenaka yang gagal menarik perhatian.

Peserta berusia 23 tahun ini bagai tidak membuat persediaan cukup.

Melihat keseluruhan persembahan pada malam itu, gelanggang Maharaja Lawak terus memberikan satu bentuk hiburan terbaik buat penonton.

Bekas Pemain Bola selangor | Saravanan Dipenjara 14 Hari

Bekas pemain bola sepak Selangor, S. Saravanan dihukum penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM300 ketika bertugas sebagai pegawai jualan di Jabatan Jualan dan Pemasaran Guthrie, enam tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut selepas Saravanan, 36, menukar pengakuannya kepada bersalah dan memerintahkan tertuduh dipenjarakan 10 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Saravanan didakwa menerima suapan RM300 daripada Abdul Rahman Mohamed sebagai dorongan membantu mangsa menguruskan pinjaman perumahan daripada sebuah bank bagi pembelian rumah kos rendah milik Guthrie Property Development Holdings Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat jualan syarikat tersebut di Persiaran Tebar Layar Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini pada pukul 5.05 petang, 11 November 2005.

Terdahulu, peguam bela K. Perisamy yang mewakili Saravanan memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya menanggung tiga anak, isteri serta ibu bapanya dengan pendapatan lebih kurang RM3,000 sebulan sebagai ejen hartanah.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yusliza Mohd. Yusof memohon hukuman setimpal memandangkan tertuduh telah membuang masa mahkamah kerana hanya mengaku bersalah selepas 10 saksi pendakwaan memberikan keterangan.

Pada 2 Februari 2009, Saravanan dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah sama atas tuduhan bersetuju menerima suapan RM500 daripada Abdul Rahman.

Gambar Anak Kedua Rita Rudaini Dan Aidil Zafuan

Pasangan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 35 tahun, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, 24 tahun menerima kehadiran cahayamata keduanya apabila Rita selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court Jumaat lalu.

Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2 petang. Kedua-duanya, ibu dan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.

Pasangan tersebut sebelum ini dikurniakan seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.

Hubungan Rita dan suaminya berdepan dengan cabaran awal tahun ini, namun ia tidak sedikit pun menggugat hubungan pasangan suami isteri ini. Kelibat Rita juga tidak kelihatan di majlis perkahwinan iparnya, Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah baru-baru ini.

Mangsa Seks | Tiga Kanak-kanak Mahukan Pembelaan

Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik yang menjadi mangsa rogol dan cabul bapa saudaranya sejak tiga tahun lalu berada dalam keadaan trauma selepas mengetahui suspek masih bebas dan tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.

Mangsa dua beradik yang ketika itu berusia enam dan sembilan tahun dikatakan dicabul manakala seorang lagi saudaranya dirogol beberapa kali di rumah neneknya di Seksyen 14, Petaling Jaya dekat sini, pada Disember 2008 oleh lelaki itu yang juga seorang anggota polis.

Ibu dua beradik yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 28, berkata sikap anaknya berubah selepas kejadian itu dan sering menggigil serta menangis.

Maria yang berkerja sebagai seorang perunding di Petaling Jaya berkata, keadaan bertambah buruk apabila anaknya meningkat dewasa dan mengetahui perogolnya itu masih bebas dan tidak diambil tindakan.

Beliau berkata, walaupun sudah membuat laporan polis serta dipanggil beberapa kali untuk menjalani prosiding perbicaraan mahkamah sejak tiga tahun lalu, beliau kesal kerana tiada tindakan diambil ke atas suspek selain hanya ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

“Siasatan polis dan pemeriksaan doktor yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sah menunjukkan dia adalah perogol dan mencabul kehormatan ketiga-tiga kanak-kanak ini. Mengapa penjenayah masih dibiarkan bebas?,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangsar di sini, semalam.
“Saya sebagai ibu hanya inginkan keadilan dari pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek mengikut undang-undang supaya anak saya gembira seperti kanak-kanak lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangsar di sini, semalam.

Maria yang berasal dari Kelantan juga memohon supaya Jabatan Pendakwa Raya dapat mempercepatkan prosiding perbicaraan mahkamah untuk menyelesaikan kes ini kerana beliau sudah menghabiskan ribuan ringgit sepanjang menjalani kes itu.

Mengulas lanjut, Maria berkata, pada Disember 2008, ketiga-tiga kanak-kanak itu sering mengadu mengalami kesakitan di bahagian alat sulit mereka.

Selepas dipujuk ibu bapa, mereka mengakui dicabul dan dirogol beberapa kali oleh bapa saudara mereka.

Berang dengan tindakan itu, beliau dan ibu bapa mangsa yang dirogol membuat laporan polis sebelum lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, katanya suspek dibebaskan dengan jaminan RM6,000 dan diarah tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwa.

Sekolah Remaja Hamil Penuh! | Best Ke Sekolah Sini?

Sejak ditubuhkan pada awal September 2010, Sekolah Harapan dan Rumah Harapan (SHRH) Melaka sudah menerima 49 remaja hamil dan bilangannya dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah.

Pengerusi Lembaga SHRH, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, sepanjang tempoh itu, 28 bayi dilahirkan dengan semua diambil oleh keluarga ibu mereka.

Katanya, sehingga kini, 35 remaja menghuni rumah kebajikan berkenaan dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, manakala bakinya sedang menunggu masa untuk bersalin.

Mereka datang dari seluruh negara dan berusia antara 14 hingga 18 tahun, iaitu 14 dari Johor, masing-masing lapan dari Melaka dan Pahang, masing-masing lima dari Negeri Sembilan dan Kelantan, Terengganu (3), Kuala Lumpur (2) dan masing-masing seorang dari Selangor; Perak dan Sarawak.

Ab Rahaman berkata, setakat ini, 15 orang dalam senarai menunggu untuk memasuki rumah kebajikan berkenaan berikutan jumlah penghuni pada masa ini sudah mencapai bilangan maksimum.

“Kita minta mereka bersabar kerana kerajaan negeri mungkin menimbang untuk menambah kapasiti dan kemudahan sekolah itu, selain bercadang meningkatkan penerimaan penghuni sehingga 50 orang pada satu masa,” katanya.
Ab Rahaman berkata, tahun ini, kos mengurus dan pembangunan sekolah itu dijangka membabitkan kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 tahun lalu.

SHRH terletak di Jalan Pegawai dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang di bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan kos baik pulih RM100,000 dan mempunyai empat kelas, masing-masing sebuah bilik komputer, bilik mesyuarat serta pejabat pentadbiran.

Orang ramai ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani di talian 019-6671564 atau 06-2881534.

Nama Sekolah Vokasional Ditukar Kepada Kolej

Nama sekolah vokasional akan ditukar kepada kolej vokasional sebagai usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

Perubahan itu, jelas beliau, sedang dikaji daripada pelbagai aspek termasuk kurikulum, tempoh pembelajaran di kolej serta kursus lanjutan yang boleh ditawarkan.

Menurutnya, ia dilakukan antara lain bagi menghapuskan tanggapan bahawa hanya pelajar yang tidak memperoleh pencapaian cemerlang dalam akademik akan disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.

''Kebiasaannya pelajar akan disalurkan untuk mengambil bidang vokasional dan teknikal kalau mereka tak memperoleh pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, maka itulah peluang mereka yang kedua, kalau tak ada peluang lain.

''Ini satu pendekatan yang tidak tepat kerana di negara maju sekalipun aspek vokasional diletakkan sebagai pilihan sama dengan bidang akademik," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, prestasi setiap pelajar akan dinilai dan jika di peringkat awal lagi seperti ketika di sekolah menengah rendah kecenderungan mereka adalah dalam hal yang tidak terlalu akademik, maka pelajar terbabit akan terus disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.

Jelasnya, kalau pun tidak disalurkan ke sekolah vokasional sepenuhnya, mereka boleh mengikuti kursus pra vokasional dalam sistem pendidikan biasa supaya di peringkat awal lagi mereka dapat mengikuti bidang vokasional dan teknikal yang diminati.

Ditanya kemungkinan kolej-kolej vokasional itu menjalin kerjasama dengan institusi lain, Muhyiddin berkata, ia boleh dilakukan dengan institusi pengajian di negara-negara maju termasuk Eropah menerusi pertukaran pelajar dan tenaga pengajar.

- utusan

Isteri Curang | Ditembak Suami Anggota Polis

Berang melihat isteri kesayangan bermesra dengan lelaki lain, seorang anggota polis yang baru selesai menjalankan tugas bertindak di luar dugaan apabila melepaskan tembakan terhadap pasangan terbabit, semalam.

Anggota polis berpangkat koperal itu yang sedang menunggang motosikal dikatakan terkejut apabila melihat kelibat isterinya bersama seorang lelaki di dalam Proton Waja berhampiran rumahnya di Jalan Papar Lama, di sini, kira-kira jam 7 pagi.

Isteri polis terbabit cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan, namun dikejar suaminya sambil mengarahkannya memberhentikan kenderaan.

Bagaimanapun, isteri itu tetap memecut keretanya dan dalam keadaan kelam-kabut itu, suaminya melepaskan beberapa das tembakan, namun tidak mengenainya.

Tindakan luar dugaan suaminya itu menyebabkan si isteri terus memecut kenderaan ke Balai Polis Kinarut dan membuat laporan polis.

Selasa, 10 Mei 2011

LIVE STREAMING! Negeri Sembilan vs Kelantan 10 Mei 2011

Live streaming perlawanan liga super 10 Mei 2011 diantara Negeri sembilan menentang Kelantan. Ikuti babak-babak perlawanan itu secara langsung di bawah ini.

LIVE! Keputusan Terkini Negeri sembilan vs Kelantan | Liga Super 10 Mei 2011

Satu-satunya perlawanan liga super 10 Mei 2011 yang berlangsung pada malam ini ialah pertemuan diantara Negeri Sembilan menentang Kelantan.

Jika dilihat prestasi Kelantan rasanya mereka tidak berdepan masalah untuk mencari kemenangan pada malam ini. Namun perlu juga diingatkan pasukan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh jurulatih Azraai Khor Abdullah mempunyai prestasi yang masih belum dapat dinilai kemampuan sebenar mereka.

Lagi-lagi beraksi di gelanggang sendiri, pasukan tuan rumah tentu berhajat untuk melakukan kejutan dihadapan penyokong-penyokong setia mereka dengan menumpaskan Kelantan.

Ikuti perlawanan ini secara live di Astro Arena pada pukul 8:30 malam ini. Jika anda tidak berada dihadapan televisyen, ikuti perkembangan perlawanan itu di blog ini yang akan di update setiap kali terhasilnya jaringan oleh kedua-dua pasukan. sekiranya ada live streaming, akan Belalang umumkan kemudian.


N. Sembilan 0 - 0 Kelantan
(tamat perlawanan)




LINK UNTUK LIVE STREAMING
Negeri sembilan vs Kelantan 10 Mei 2011


Misteri Kehilangan Nelayan | Mayat Ismail Ditemui

Mayat nelayan, Ismail Rejab, yang dilaporkan hilang bersama empat lagi sejak 4 Mei, ditemui terapung di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam dekat sini kira-kira pukul 7 pagi ini, dengan kesan kelar di leher dan hentakan di kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt. Noor Mushar Mohamad berkata, mayat Ismail ditemui kira-kira 30 kilometer dari jeti Kampung Bagan Sungai Besar, tempat bot yang dinaiki kesemua mangsa ditemui pada Ahad lepas.

"Mayat ditemui oleh anggota kita yang sedang menjalankan kerja mencari di sekitar kawasan perairan berhampiran lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk dibedah siasat kira-kira 11 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, identiti Ismail, 41, disahkan isterinya, Rosnani Mat Noor, 36.

Jelas beliau, polis masih menunggu laporan lengkap bedah siasat sebelum membuat keputusan terhadap kertas siasatan kes itu yang sebelum ini dibuat di bawah kes orang hilang.


— Bernama

Microsoft ambil alih Skype

Microsoft dijangka mengumumkan langkah terbaru syarikat itu mengambil alih pelopor sistem telefon internet, Skype, seterusnya memperlihatkan usaha Gergasi perisian Amerika Syarikat (AS) untuk kekal relevan dalam dunia dalam talian yang kini didominasi Google dan Apple.

Laman web teknologi, All Things Digital memetik sumber, berkata Microsoft dijangka mendedahkan pengambilalihan itu awal hari ini (waktu tempatan).

Ketua eksekutif Microsoft, Steve Balmer, dilaporkan individu yang memainkan peranan utama terhadap usaha itu, yang mana nilai pengambilalihan dianggarkan AS$8.5 billion.

Belanjawan 2012 | 7 Oktober 2011

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Belanjawan 2012 akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober 2011.

Beliau berkata, Belanjawan 2012 akan menjurus ke arah mencapai negara pendapatan tinggi pada 2020.

"Marilah kita bekerja bersama-sama untuk menjadikannya satu realiti," katanya ketika berucap pada majlis Konsultasi Belanjawan 2020 di Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Majlis Konsultasi Belanjawan 2012 bertemakan 'Transformasi Bersama Rakyat' ini turut dihadiri Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

- Utusan

Fosil Cengkerang Berusia 250j Tahun Ditemui

Selepas penemuan fosil di Mentakab dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, yang menjadi berita penting kepada negara, satu lagi kejayaan besar dicapai apabila penyelidik menjumpai fosil cangkerang dianggarkan berusia 250 juta tahun di Lipis.

Penyelidik Sarjana Sains dari LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui di Taman Emas, Lipis, pada satu singkapan batuan yang merupakan tapak cadangan pembinaan perumahan di atas permatang bukit.

Menurutnya, fosil cangkerang itu ditemui dalam pelapisan batu pasir dari jenis cangkerang dwikatup berkulit keras yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.

Ahmad Rosli, yang juga Pegawai Kajibumi dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, berkata spesies cangkerang dwikatup tersebut termasuklah Costatoria, Noeschizodus dan Entolium.

“Kawasan Kuala Lipis memang mempunyai banyak kawasan berfosil. Dari kawasan inilah rekod fosil terawal didokumentasikan di Malaysia oleh ahli paleontologi dari British, iaitu Newton pada tahun 1900,” katanya.

Menurutnya, fosil menyimpan banyak rahsia alam dan mempunyai nilai saintifik tinggi dan ia dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau.

“Saya menyarankan tapak penemuan batuan fosil terbabit dapat dipulihara untuk penyelidikan saintifik tempatan dan luar negara menjalankan kajian di kawasan terbabit seperti meletakkan fosil berkenaan di Muzium Warisan Sejarah Lipis.

“Selain itu, tapak berkenaan juga perlu dipelihara agar generasi akan datang dapat belajar sesuatu tentang kehidupan lampau yang sudah lama wujud,” katanya.

Perdaya Gadis 17 Tahun Lakukan Seks

“Saya bukan bomoh, saya pemandu lori,” kata seorang pengamal perubatan tradisional, Azizan Mahadi, 44, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memperdayakan remaja 17 tahun untuk melakukan persetubuhan haram ketika merawat mangsa, di sini, awal tahun ini.

Bagaimanapun, tertuduh yang berasal dari Kampung Jawa, di sini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Norsyaridah Awang.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada lapan anak itu didakwa melakukan persetubuhan itu atas dasar kepercayaan sebagai bomoh terhadap mangsa di sebuah rumah di Taman Kapar, di sini, pada Februari dan Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin memohon tertuduh dikenakan ikat jamin RM20,000 kerana dakwaan terhadap tertuduh membabitkan dua pertuduhan dan serius.

Dah 22 Kes Simbah Asid? | Wanita Hati-hati

Polis mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi di ibu negara dikenal pasti menjadi tumpuan dua lelaki bermotosikal yang terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan (LRT).

"Lokasi yang kerap menjadi sasaran suspek adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tempat letak kereta, stesen LRT dan pondok menunggu bas.

"Polis kini meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang mendakwa suspek di mahkamah jika ditangkap," katanya di sini hari ini.

Chin Wah berkata, perbuatan tersebut dikesan aktif mulai Februari hingga 27 Mac lalu apabila 18 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh tersebut.

Katanya, kejadian yang reda seketika selepas 27 Mac lalu, didapati berulang kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi.

"Kebanyakan mangsa adalah kalangan wanita yang dalam perjalanan pergi dan pulang bekerja tetapi terdapat juga serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields.

"Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki berketurunan India bermotosikal yang akan datang dari arah belakang mangsa sebelum bertindak menyimbah sejenis cecair dipercayai 'Alkaline-based' atau 'Oxidizing Agent' ke arah muka atau badan mangsa," katanya di sini hari ini.

Menurut Chin Wah, cecair terbabit memberi kesan gatal kepada mangsa jika terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan lecur.

"Orang ramai yang menjadi mangsa atau melihat kejadian itu diminta melaporkan kepada polis di talian 'hotline' 03-21159999 agar tindakan segera dapat diambil untuk mengesan dan menangkap penjenayah terlibat," katanya.

Dinoda Guru Tuisyen

Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran.

Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka.

Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.

“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.

Isnin, 9 Mei 2011

Harga Gula Naik 20 Sen Esok 10 Mei 2011

Baru-baru ni minyak RON97 naik harga. hari ni Ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom pengumumkan mulai esok (10 Mei 2011) harga gula akan naik 20 sen menjadikan harga sekilogram gula RM2.30.

Harga semasa gula sebelum naik ialah RM2.10 sekilogram. Lepas ni apa barang lagi yang akan naik? Kebiasaannya jika dekat dengan pilihan raya, banyak jer berita yang menggembirakan rakyat.

Jika banyak berita yang kurang gembirakan hati rakyat, bermakna pilihan raya tidak akan diadakan dalam waktu terdekat...hehehe

Keputusan Terkini Liga Super 9 Mei 2011

Liga super 9 Mei 2011 diteruskan lagi malam ini dengan 6 perlawanan membabitkan pasukan Sabah menentang Pahang, Harimau Muda A menentang Perak, Johor FC melayan kunjungan Terengganu, Kedah bertemu Selangor, Kuala Lumpur menentang Perlis dan T-Team menentang Felda United.

Sekiranya Selangor berjaya mengalahkan Kedah pada malam ini, mereka akan kembali berada di tahta liga super. Tapi mungkin hanya sementara kerana Kelantan bakal beraksi pada malam esok menentang Negeri Sembilan dan sekiranya menang, Kelantan kembali di atas.

Semua perlawanan akan dibawa secara live update, sila refresh page ini seberapa kerap yang boleh untuk melihat keputusan atau jaringan terkini.


Sabah 2 - 0 Pahang
(tamat perlawanan)

Harimau Muda A 1 - 1 Perak
(tamat perlawanan)

Johor FC 2 - 1 Terengganu
(tamat perlawanan)

Kedah 0 - 2 Selangor
(tamat perlawanan)

K. Lumpur 3 - 0 Perlis
(tamat perlawanan)

T-Team 2 - 0 Felda United
(tamat perlawanan)


Anak Kartika Sari dewi Lemas Di Sungai Perak

Akhirnya anak Kartika Sari Dewi ditemui. Seperti yang dijangka anaknya lemas di dalam Sungai Perak. Semoga keluarga Kartika tabah melalui ujian ini. Tuhan lebih menyayangi anak kecil itu.

--------------------------------------------


Anak sulung Kartika Sari Dewi Shukarno, Mohd. Azfar M. Afandi, 9, yang dilapor hilang kelmarin ditemui lemas pagi ini.


Bapa Kartika, Shukarno Abdul Mutalib berkata, mayat cucunya yang menghidap cerebral palsy itu ditemui pukul 1 pagi ini tersangkut di tebing Sunagi Perak, 300 meter dari Resort Lang Buana di Kampung Jawang Karai dekat sini.


Kartika, bekas model pernah mencetuskan kontroversi dengan kes minum arak dan hukuman sebat dua tahun lalu.


- Utusan

-----------------------------------------------

Takziah dan Al-fatihah

Mimpi Aneh Kartika Sari Dewi | Petanda anak Hilang?

“Dua minggu sebelum anak saya hilang, saya mengalami beberapa mimpi pelik termasuk pada kali terakhir tidur bersamanya iaitu malam Jumaat lalu.

“Malah, malam itu, anak saya itu menangis dan meraung menyebabkan saya hairan memandangkan dia tidak pernah berkelakuan sedemikian sebelum ini,” kata Kartika Sari Dewi Sukarno, 33, ibu kepada Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, kanak-kanak yang hilang dipercayai jatuh ke dalam Sungai Perak tengah hari kelmarin.

Muhammad Azfar adalah anak sulung kepada Kartika, wanita yang mencetuskan kontroversi selepas dijatuhkan hukuman sebat tahun lalu kerana meminum arak.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Muhammad Azfar yang mengalami masalah pertuturan dan kecacatan akal dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di kediaman inap desa milik keluarganya di Kampung Jawang, di sini ketika menonton televisyen bersama sepupunya yang lain.

Bagaimanapun, kehilangan itu mencetuskan misteri berikutan tiada jejak tapak kaki ditemui.

Malah, kanak-kanak istimewa itu dikatakan keluar dari rumah dengan tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang serta berkaki ayam. Malah, kebanyakan pengamal perubatan tradisional yang membuat tilikan mengenai kehilangan kanak-kanak itu mendakwa Muhammad Azfar ‘disembunyikan’ di dalam hutan berhampiran.

Selain itu, usaha mencari dan menyelamat dijalankan 113 anggota dan penyelamat terdiri daripada Bomba dan Penyelamat, Polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta penduduk kampung juga gagal menemui sebarang jejak hingga petang semalam.

Kartika ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka mimpi pelik dialaminya sepanjang dua minggu lalu adalah petanda kehilangan anak sulungnya itu.

“Saya sering bermimpi ular putih yang bercahaya. Malah, ular itu membelit anak saya sebelum menariknya ke dalam lubang,” katanya.

Katanya, sebelum ini, dia bersama Muhammad Azfar berada di Johor bagi menguruskan persekolahan anak sulungnya itu di sekolah khas.

Beliau berkata, dia mula berada di inap desa milik keluarganya itu sejak sebulan lalu bagi menguruskan usaha membangunkan semula kawasan pelancongan berkenaan.

“Saya harap anak saya selamat ditemui jika hilang di hutan kecil itu. “Saya percaya dia tidak terjatuh ke dalam sungai kerana sepanjang di inap desa ini sejak kecil, anak saya itu tidak berani pergi ke sungai itu.

“Memang dia suka main air, tetapi kami tidak membenarkannya mandi di situ,” katanya.

Menceritakan detik kehilangan anaknya itu, Kartika berkata, ketika kejadian dia di dapur menyiapkan makan tengah hari sementara anaknya bersama anak saudaranya menonton televisyen di dewan.

Katanya, seketika kemudian, semua anak saudaranya pergi ke dapur manakala anaknya dibiarkan seorang diri di dewan.

“Kehilangannya disedari anak saudara saya, Muhammad Ramadan Mohd Ridzwan, 12, selepas gagal menemui kelibat anak saya di dewan itu sekembalinya dari dapur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim ketika dihubungi semalam berkata, operasi mencari dan menyelamat disambung pagi semalam selepas usaha mencari kanak-kanak itu sejak petang kelmarin tidak berhasil.

Ahad, 8 Mei 2011

Anak Kartika Sari Dewi Jatuh ke Dalam Sungai Perak?

Err... Belalang tak pasti pula ini Kartika Sari Dewi yang mana. Tapi kalau tak silap Kartika ni model yang hampir kena hukuman rotan satu masa duhulu tu (gambar sebelah kiri). Betulkan Belalang jika Belalang tersalah orang ye.

Anak Kartika dilaporkan hilang pada pukul 12 tengahari kelmarin. Polis syak yang anak Kartika yang berusia 9 tahun terjatuh ke dalam sungai Perak.

Berikut adalah laporan berkaitan berita tersebut-

-------------------------------------------------


Anak sulung bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi, yang dilapor hilang semalam dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak. 


Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim, berkata kehilangan Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, disedari pada 12 tengah hari semalam oleh keluarganya lalu melaporkan kepada polis.


"Gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan penduduk kampung sehingga tengah malam tadi gagal menemui kanak-kanak itu," katanya.


Beliau berkata, Azfar dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak kerana ketika kejadian dia tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai itu.

----------------------------------------------

Semoga Muhammad Azfar selamat dan segera ditemui. Doa-doakanlah yang terbaik untuk ibu dan anak tersebut...

Israel Kata Gaza Tempat Kami Berlatih Perang? Memang Laknat Bangsa Kamu!

Celaka! itu jela ayat yang mampu untuk menggambarkan perasaan Belalang sewaktu membaca berita ini. Selama ini Israel menganggap yang mereka sedang membuat latihan ketenteraan ketika menyerang penduduk Palestin di Gaza.

Begitu murahnya nyawa rakyat Palestin di mata Israel hinggakan nyawa penduduk yang tidak berdosa itu digunakan sebagai ujian mencuba pelbagai senjata baru negara mereka. Sedih... Terlampau sedih.

Semoga kedaulatan dan keamanan negara kita akan kekal hingga bila-bila. Janganlah ada sesiapa cuba meragut kesejahteraan yang kita kecapi di negera bertuah Malaysia ini.

Di bawah berita mengenai perkara yang Belalang bebelkan ini. Korang baca dan renungkanlah...

---------------------------------------


Komander Zionis dalam operasi serangan ke Gaza, Mejar Jeneral Yoav Galant semalam berkata, Gaza adalah zon latihan terbaik bagi negara Yahudi itu menguji kecanggihan senjata mereka.


Galant mengetuai beberapa siri serangan tentera Isarel ke Gaza selama ini yang menyebabkan lebih 1,400 rakyat Palestin terkorban termasuk 400 kanak-kanak.




Ketika berucap di Pusat Hubungan Strategik di Universiti Bar-Ilan, Begin, baru-baru ini, Galant menegaskan bahawa serangan ke atas Gaza adalah rancangan Zionis untuk menguji pelbagai peralatan senjatanya.


Dalam serangan ke atas Gaza pada 2008 hingga 2009, Galant mengarahkan supaya serangan bom fosfor putih yang dilepaskan melalui senjata artileri 155m digunakan. Bom yang dilarang pelbagai konvensyen antarabangsa itu membakar hangus tubuh mangsa. Menurutnya, Gaza menjadi sasaran kerana Israel tidak mempunyai musuh ketat utama selain daripada Hamas.


“Walaupun kemampuan tentera Israel jauh lebih kuat daripada Hamas, kami menganggap mereka sebagai musuh paling utama,” ujar Galant seperti mana dipetik dalam laman Occupied Palestine. “Warga Palestin di Gaza ternyata sudah meningkatkan serangan balas mereka dengan roket. Ia bukan saja satu keganasan tetapi tentangan terhadap kewujudan negara Israel,” tambahnya.



Gantung Diri | Penuntut Politeknik Merlimau Maut

Seorang penuntut lelaki Politeknik Merlimau di sini ditemui mati tergantung pada kipas siling rumah sewanya di Taman Muhibbah, Merlimau semalam.

S. Pannir Selvan, 22, yang berasal dari Pengkalan Hulu, Perak ditemui pada pukul 5 petang oleh bapa saudaranya yang ke rumah tersebut setelah dua hari tidak bertemu dengan pemuda itu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, mayat mangsa ditemui tergantung dengan sehelai kain yang diikat pada kipas siling di salah sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Mangsa menyewa rumah tersebut bersama lima lagi rakannya, namun ketika kejadian kesemua mereka tiada di rumah kerana pulang bercuti," katanya di sini, hari ini.

Che Suza berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami masalah percintaan setelah teman wanitanya bertindak memutuskan hubungan mereka.

Penuntut Politeknik Seberang Perai Maut Kemalangan

Seorang penuntut Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah lori membawa muatan besi lusuh dari arah belakang di Kilometer 263.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam.

Dalam kemalangan pukul 5 petang itu, mangsa, Muhammad Safwan Abdul Kadir, 20, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan.

"Mangsa yang memandu Proton Gen 2 itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh lori berkenaan dari arah belakang dari lorong kiri lebuh raya berkenaan.

"Lori itu juga hilang kawalan sebelum terbalik di lorong tengah mengakibatkan pemandu dan kelindannya turut cedera," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini, untuk rawatan lanjut.

Sabtu, 7 Mei 2011

Isu Kristian Agama Rasmi | Dua Blogger Akan Disiasat

Polis akan menyiasat dan mengambil tindakan yang perlu berhubung dakwaan dua blogger tempatan berkaitan isu agama yang disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila menimbulkan isu-isu sedemikian dan bersedia menghadapi tindakan. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai laporan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan tajuk "Kristian agama rasmi?" selepas melancarkan program papan iklan dalam konteks pencegahan jenayah di Wangsa Maju
di sini.

Khalid turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang isu sensitif berkaitan agama kerana hal berkenaan boleh merosakkan keharmonian di negara ini. "Kita tidak boleh biarkan isu-isu sebegini dimainkan oleh mana-mana pihak... jadi saya nasihatkan supaya jangan cuba bermain api nanti terbakar
tangan," katanya.

Khalid berkata apa jua isu berkaitan dengan agama, jika tidak ditangani  dengan betul, akan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam dan polis tidak akan  membiarkan perkara itu.

Amaran Anwar Kepada Najib | 'Anda Akan Jadi Ketua Pembangkang'

Sehari selepas kenyataan Datuk Seri Najib Razak mahu merampas Selangor dengan menggunakan apa sahaja sebagai senjata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden UMNO itu jangan terlalu yakin untuk menawan balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Sebaliknya Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memberi amaran kepada Najib agar tidak mengamalkan “politik rampas” semata-mata untuk memerintah negara.

“Rampas-merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini.

“Najib jangan bongkak... insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru,” katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu, Anwar menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan UMNO-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita akan tambah bilangan kerusi Parlimen, di Terengganu kita tambah tiga atau empat kerusi... Pulau Pinang tambah lagi satu... Perak kita boleh tambah tiga kerusi dan di Selangor kita boleh tambah dua kerusi lagi.

“Di Wilayah Persekutuan kita menang 11 kerusi, kalah satu kerusi di (Parlimen) Setiawangsa itu pun sebab undi pos... 14,000 undi pos paling banyak dalam sejarah.

“Di Sarawak, melihat kepada keputusan pilihan raya Sarawak yang lalu, kita boleh tambah 10 hingga 11 kerusi lagi,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh.

Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”

Presiden UMNO itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga UMNO Selangor perlu menggunakan apa sahaja ‘senjata’ yang dimiliki mereka.

Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran Pas.
Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.

“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

“Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,” kata Najib yang juga pengerusi UMNO Selangor.

Kata Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenangi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor UMNO-BN.

“Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya UMNO akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.

“Mereka (UMNO-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan,” katanya.

Bercakap soal Buku Jingga yang dilancarkan Pakatan Rakyat, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti perikatan akan dilaksanakan jika berjaya menawan Putrajaya.

“Apa yang kita buat dalam Buku Jingga ini adalah buku program kita yang akan kita laksanakan jika kita berjaya tawan Putrajaya, yang penting kita perlu tawan Putarajaya.

“Tawan Putrajaya hari ini, dalam tempoh 24 jam, saya akan buat pengumuman, minyak akan turun... dari Perlis sampai ke Sabah, malah kita akan berikan wang royalti kepada negeri pengeluar minyak sehingga 20 peratus,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan.

“Jangan main-main, ini bukan janji-janji politik... saya bukan main-main.

“Apa yang kita nak buat akan kita lakukan, minyak kita akan turunkan, royalti kita akan pulang dan banyak lagi kita akan lakukan,” katanya.

Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012.

SEMAKAN BOLEH DILAKUKAN MULAI 6 MEI 2011 12 TGH HARI.

SEMAKAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI LAMAN WEB RASMI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA,TEVT & ILKA 

SEMAKAN BOLEH JUGA DILAKUKAN MELALUI SMS SEPERTI BERIKUT:

Taip UPU RESULT [NO. KP] dan SMS ke 15888
Contoh : UPU RESULT 930616076007

Macam Mimpi Jadi Nyata - Fafau

“Sepanjang lima tahun bertugas sebagai penyampai radio Hot FM, peluang menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah mimpi menjadi kenyataan dalam hidup saya.

“Pada pemerhatian saya, Perdana Menteri seorang yang tenang, kelakar dan pandai mengambil hati pendengar ketika meluahkan pandangannya pada sesi temu bual yang julung kalinya,” kata penyampai popular Hot FM, Fara Fauzana mengenai pengalamannya menemu bual Najib, dalam segmen AM Krew, semalam.

Lebih menarik, kata Fara, Perdana Menteri turut berkongsi sisi lain yang tidak diketahui ramai pada temu bual itu iaitu lagu kegemarannya iaitu Kancing Suasa dendangan R Azmi, Nobody (Wonder Girls) dan If Tomorrow Never Comes (Ronan Keating).

“Saya juga kagum kerana beliau tiba di studio seawal jam 7.15 pagi sebelum ke udara. Semua artis patut mencontohi beliau kerana jadualnya sebagai Perdana Menteri sangat ketat,” katanya yang mengendalikan sesi temu bual itu bersama dua lagi penyampai Hot FM, Faizal Ismail dan Kieran.

Pada peringkat awal, Fara yang pernah menemu bual bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menerusi telefon turut gementar untuk bertemu ramah dengan Perdana Menteri itu.

“Memang saya sudah berjumpa beliau banyak kali, tapi ini kali pertama menemu bualnya secara langsung. Saya juga risau kerana mengalami masalah suara yang tak keluar bila buat program secara langsung. “Saya juga tak fikir pasal rating naik ke tidak bila buat temu bual ini kerana yang penting kita buat apa yang pendengar mahukan. Kalau rating naik pun mungkin kebetulan saja kerana yang penting peminat dan pendengar Hot FM gembira,” katanya. Ditanya bagaimana tercetusnya idea untuk menemubual Najib, kata Fara, semuanya bermula secara spontan saja pada Khamis lalu.

“Saya akui ini memang idea gila, tapi saya ingin bertanding dengan idea bos saya yang juga Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Radio, Media Prima, Seelan Paul dengan mengundang Perdana Menteri ke konti Hot FM dan kalau gagal, saya harus memotong rambut, begitu juga sebaliknya. “Saya terus meluahkan hasrat menemu bual Perdana Menteri menerusi laman twitter, Real Fafau yang mempunyai seramai 45,000 peminat pada 27 April lalu iaitu ‘DS Najib Razak, can you come to Hot FM please’. Saya juga meminta peminat di laman twitter menyokong idea ini ternyata mendapat maklum balas positif dari pihaknya,” katanya.

Ajal Di Tangan Anak Angkat Sakit Mental

Kurang dua hari sambutan Hari Ibu, takdir menentukan seorang wanita warga emas, Ranai Langgat, 81, yang lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sejak setahun lalu, maut dibunuh anak angkatnya.

Suspek, Ujang Achawa, 53, yang mengalami masalah mental bukan sahaja bertindak menikam mangsa malah mencekik dan memukul Ranai sehingga wanita itu menemui ajalnya.

Ranai tinggal bersama Ujang yang dibelanya sejak kecil selepas kematian suami dan seorang lagi anak angkatnya, tahun lalu.

Mayat Ranai ditemui berlumuran darah dengan kesan lebam di mata, dada dan kaki manakala kuku kakinya juga disiat-siat di sebuah rumah di Jalan Lintang 5, Taman Tunku, di sini.

Wanita itu yang hanya mampu mengengsot dipercayai dicekik, dipukul dan ditikam bertubi-tubi oleh Ujang yang juga tidak mampu berjalan dan berdiri akibat penyakit gout.

Pemilik rumah berkenaan, Hilda Genda Achaw, 44, yang merupakan adik tiri suspek berkata, dia menyedari kejadian berkenaan pukul 10.30 pagi selepas mendengar bunyi pukulan bertalu-talu dari dalam bilik yang menempatkan mangsa dan suspek.

"Saya ada terdengar bunyi pukulan 'pek..pek..pek' namun tidak mengendahkannya kerana menyangka Ujang sedang bergendang kerana itulah minatnya," katanya sewaktu ditemui hari ini.

Kata Hilda, kira-kira 10 minit selepas itu, dia membuka pintu bilik dan terkejut melihat mayat mangsa manakala suspek pula dilihat berbaring di sebelahnya bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.

Menurutnya, suspek baru keluar dari Unit Psikiatri Hospital Miri petang Rabu lalu selepas dirawat selama tiga minggu.

"Belum pun sampai 24 jam dia diarah pulang, kejadian itu berlaku," katanya yang menjelaskan mangsa dan suspek telah menumpang di rumahnya sejak setahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaluddin Ibrahim ketika dihubungi hari ini memberitahu pihaknya masih menunggu laporan perubatan suspek.

Katanya, setakat ini kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Gosip Cinta Rozita Che Wan Dan Shahir | Benar Bercinta?

GOSIP cinta antara juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawani atau Shahir, 23, dan dramatis popular, Rozita Che Wan, 39, kembali hangat diperkatakan walaupun mereka menafikannya.

Timbul cerita mengatakan kedua-dua artis ini sempat ‘memadu kasih’ sebaik majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang berlangsung awal April lalu di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang berakhir.

Shahir dan Rozita dikatakan sempat bertemu di lobi hotel tempat mereka menginap, bagaimanapun apabila kedua-dua mereka terserempak dengan wakil media yang turut berada di tempat itu, mereka cuba mengelak dengan bertindak seperti tiada apa-apa berlaku antara mereka.

Shahir yang menang Artis Baru Lelaki Popular malam itu turut menjelaskan dia turun ke lobi bagi berkongsi kejayaan bersama kelab peminat. Gosip yang disiarkan membabitkan pertemuan mereka itu ternyata menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminatnya hingga Kelab penyokong Shahir dan Adira, Shahiratics menghantar kenyataan akhbar menegaskan apa yang dikatakan penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu adalah benar.

Pengurus Shahiratics, Anizah Sahrin menegaskan gosip yang mengatakan bintang kesayangan mereka bertemu dengan Rozita di lobi hotel atas urusan peribadi adalah tidak benar sama sekali.

“Tujuan Shahir berada di situ semata-mata untuk bertemu dengan kami bagi sama-sama berkongsi kegembiraan atas kejayaannya memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Popular.

“Oleh itu, kami rasa wajar dan bertanggungjawab untuk membantu Shahir menjelaskan keadaan sebenar kepada media memandangkan isu ini mula disalahertikan,” katanya.

Baca penjelasan penuh di sini.

Lirik & Kord Gitar Babak Pertama (OST juvana)-drama band

Lirik Lagu Babak Pertama (OST juvana)-drama band


intro= F  G  Em Am (4x)

F  G  Am  G
Babak pertama bermula saat ku terlihat mu

F  G  Am  G
Waktu seakan terhenti terpinga mencari

F  G  Am  G
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami

F  G  Am
Cuba aku mengerti

(korus)

F  G  Em  Am
Teruja aku mengejar mu

F  G  Em  Am
Bermimpi memiliki mu

F  G  Em  Am
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia

F  G  Em  Am
Biarkan ku terus berlari

F  G  Em  Am
Cuba merajai mimpi

F  G  Em  Am
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

F  G  Em  Am
Oh…

F  G  Am  G
Takkan ku menemui lagi walau gelapnya hari

F  G  Am  G
Ku yakin akan temui semuanya di sini

F  G  Am  G
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari

F  G  Am
Ku tak akan berhenti


(ulang korus)
Oh…
(ulang korus)
Oh…

Lirik & Kord Gitar Sedetik Lebih (OST Merong Mahawangsa) - anuar Zain

Sedetik Lebih (OST Merong Mahawangsa) - anuar Zain

A  F#m  Bm  Em

A                      F#m
Setiap nafas yang dihembus

Bm
Setiap degupan jantung

E
Aku selalu memikirkanmu

A                    F#m
Dalam sedar dibuai angan

Bm
Dalam tidur dan khayalan

E
Aku selalu memikirkanmu


Bm                      Dm  
Ternyata ku perlukan cinta

F#m    
Dari dirimu sayang

A  
Barulah terasa

E
Ku bernyawa


A
Kasihku

F#m           Bm       E
Ku amat mencintai kamu

C#m       F#m    
Kerana kau beri erti hidup

Bm          Dm    E
Ku kan terus mencinta sedetik lebih

A   E
selepas selamanya


A                   F#m
Di kala penuh ketakutan

Bm
Dengan badai kehidupan

E
Ku bersyukur adanya kamu

A                   F#m
Biarlah kehilangan semua

Bm
Yang dimiliki di dunia

E
Asal masih adanya kamu

Lirik & Kord Gitar Metaforia - Projek Pistol

Projek Pistol - Metaforia

Em  C
Telah terpercik rasa pilu segalanya

G  D
Satu keindahan tiada umpama

Am
Demi kasih yang silam

G#/E
Telah ku serah segala

G
Biarkan nyata nanti

D
Kau tahu ertinya

Em  C
Telah terpanah jiwa Paut indah dunia

G  D
Kau dan aku menari bersama

Am
Lafaz janji setia

G#/E
Terbang ke hujung dunia

G  D
Memadu kasih hingga hilang bicara


(pre-korus)

C  Bm
Wahai kasih bawa aku terbang

Am  G
Melawan angin bintang kejora

C  Bm
Wahai kasih kau yang aku sayang

Am  D
Kau pasti kan datang


(korus)

G  Am
Berjanjilah pada cinta

Bm  D
Metaforik indah selamanya

G  Am
Menyanyilah wahai kasih

Bm  D
Hingga hujung kemuncak


Em  C
Satu keindahan satu kemanisan

G  D
Di hati indahnya tiada tandingan

Am  G#/E
Kita berpegang tangan beriringan berjalan

G  D
Mengharap mimpi tadi akan berulang


(ulang pre-korus & korus)

G  Am
Menari dan menarilah

Bm  C
Lagu indah tari sang pencinta

C  Bm
Ku pastikan kau merasa

D  C#/A
Puncak dunia terindah

C  Bm
Pasti yang ada di hati

D  C#/A
Pasti kan terukir nanti

C  Bm
Pasti kita menanti

D
Pasti...

(ulang korus)
A  Bm  C#  D - sampai habis!
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com