Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 24 Julai 2010

Peminta Sedekah: Wajar Atau Tidak Menderma Kepada Mereka?

pernah tak terjadi dalam hidup korang, sedang korang bersantai-santai bersama sahabat atau keluarga di kedai makan atau pasaraya tiba-tiba datang seseorang meminta sumbangan atau derma dari anda. Koramg pun tanpa fikir panjang terus derma kerana mungkin korang ikhlas mahu menderma ataupun terkaget kerana tiba-tiba orang datang minta duit. Ke esokan harinya korang bertemu lagi dengan si peminta sedekah ini masih lagi meminta sumbangan dan derma dari orang ramai.

Sure pernahkan? Aci kerat jari la kebanyakkan kita pernah tiba-tiba disapa oleh peminta sedekah yang mahukan sedikit sumbangan dari kita. Apa yang Belalang nak cerita nih mungkin agak memeranjatkan anda kerana Belalang telah mengalami situasi di atas. Dan lebih dasyat lagi peminta sedekah yang sama ini telah berulang-ulang kali datang meminta sumbangan dari Belalang. Konon nak membangunkan sebuah rumah anak yatim.

pada mulanya Belalang tidak begitu ambil kisah mengeluarkan sedikit duit Belalang untuk di dermakan kepada peminta sedekah itu. Memang Belalang ikhlas memberi sumbangan. Namun apabila hampir setiap hari orang yang sama datang dan meminta derma dari Belalang, Belalang mulai berasa ragu-ragu. Dan Belalang mengambil keputusan untuk tidak lagi menderma kepada orang itu.

Klik pada gambar untuk view yang lebih jelas

Gambar di dalam bulatan itulah orang yang Belalang maksudkan. Baru-baru ini Belalang terserempak dengan dia di sebuah kedai makan. Masih lagi membawa surat yang sama (konon sumbangan ihklas untuk membangunkan rumah anak-anak yatim) dan masih lagi dengan selamba meminta simpati dari orang ramai. Apa yang memusyilkan Belalang ialah perkara berikut:-

a) Belalang mula menderma sekitar bulan satu, sekarang bulan tujuh dan orang itu masih lagi meminta derma.


b) Andai kata satu hari dia boleh mengutip sebanyak RM100 atau RM200, darab dengan tujuh bulan jumlah kutipan orang itu mencecah RM20,000 atau RM40,000!!!

Itu hanya kiraan kasar Belalang tetapi Belalang yakin mengutip derma ini mampu mendapat lebih tinggi kutipan  setiap hari. Yela, orang kita memang terkenal dengan sifat pemurahkan? Tertanya-tanya juga Belalang masih belum cukupkah jumlah kutipan dia hinggakan ke hari ini masih terus mengutip derma?

Korang rasa wajar ke Belalang bersifat ragu-ragu dengan orang seperti ini? Atau hanya Belalang yang berfikiran negatif?

14 comments:

Padin berkata... Reply To This Comment

salam..
aku pun ragu - ragu, bukan kata kedekut, tapi aku memang xpernah nak bagi derma kat peminta jalanan tu..

selalu aku derma kat tabung masjid je time solat jumaat, pasti akan di usahakan ke jalan yang benar, kan?

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

betul tue padin...
belalang biasanya akan derma d masjid pada hari jumaat sebab dah memang sah2 masjid tuh akan guna utk jalan kebaikan.
tp belalang juga memang biasa sedekah pada yang belalang rasa mereka ikhlas memerlukan sumbangan.cuma dalam kes d atas nih,belalang pun x tahu nape belalang leh kasi derma kat dia bnyk kali sgt...

Kie-yu berkata... Reply To This Comment

kalau takde pengenalan diri yg formal kie-yu takkan derma
selalunya kalau org dtg derma tu tak ikhlas kita bleh rasa
mungkin apa yg belalang rasa tu ada betulnya
aura jahat ni kuat & kita boleh kesan

Jieda berkata... Reply To This Comment

sekarang ni dah tak percaya nak derma lagi kerana dah ada pengalaman yang tak disangka tapi kalau kat pasar malam tu,bila nampak orang OKU,hulurkan juga sikit.

pengalaman akibat ditipu,sudikanlah baca

http://jieda79.blogspot.com/2009/12/aku-tertipu.html

buðak xnakaℓ berkata... Reply To This Comment

bagi seikhlas mungkin bersyukurlah sbb kita masih lagi ada rasa belas kasihan. alhamdulillah..

tipu ke tidak tu antara dia dengan Allah (bg yang beragama Islam).

buðak xnakaℓ prefer sedekahkan kat masjid ja. dah sah² guna untuk masjid ;)

aque berkata... Reply To This Comment

entah susah nak cakap.. kengkadang dak3 kecik pun datang.. terfikir gak.. x sekolah ke mereka....

dengar pelat3 mereka... melasian kah mereka...

owg pown ragu3...

kak long berkata... Reply To This Comment

memang dalam islam mengalak kan kita menolong oran yang dalam kesusahan,
bagi kita pula apasalah nyer menghulurkan sedikit bantuan pada mereka...sekurang2nya betambah sedikit pahala kita....
tapi....
lagi menyakit kan kalau yang minta sedekah tu seorang yang buta dan dipimpin oleh yg celik...
dan...
lebih menyakitkan bila kita tak bagi yang sicelik tu pulak merungut2...
boleh percayakah...

RedBoys berkata... Reply To This Comment

Salam belalang,
aku memang musykil dgn peminta sedekah ni.. kalau nk pastikan betol atau tak, belalang cuba minta surat pengesahan mereka sama ada betol or x..

skrg semakin bnyk yg meminta sedekah..dh la org melayu ni pemurah.. aku pon xtau nk ckp apa..

c.i. berkata... Reply To This Comment

Salam..

Org Malaysia ni kalau bab derma menderma memang terkenal pemurah. Sebab tu lah ada yang ambil kesempatan jual surat kebenaran yang tak tahu betul ke palsu atau yang dah tamat tempoh untuk jalan mudah dapatkan duit.

Sebaiknya pendapat saya, kalau kita ragu-ragu dengan pemungut derma tu, elok lah kita tak payah derma. Nanti ragu kita tu akan buatkan niat kita yang pada awalnya ikhlas akan jadi lain. Lenih teruk lagi nanti kita berprasangka buruk pulak kat dia. Elok2 nak buat amal jariah menambah dosa kita pulak.

nuriz berkata... Reply To This Comment

kalau cacat betul dah tua sgt baru derma, kalau tgk sihat je tak derma le, kalau bagi tunjuk bukti surat kertas le sijil le,,emm tak layan le

azremy berkata... Reply To This Comment

tk payah bagi,stakat pakai sarban
bloggerman pun bole.derma je kt masjid,sekurangnya tau duit ke mana

Unknown berkata... Reply To This Comment

Liza pun pernah mengalami situasi yang sama. Liza buat tak layan jer..Liza pun ragu-ragu lagi kalau bukan `orang kita' ...lebih baik buat boooo layan

pencari cinta berkata... Reply To This Comment

teringat one of my Doctor ade ckp td...u should think about changing ur career, begger skrg eran RM100 per day...kalah gaji u all...huhu

.::: Princess MOMOY :::. berkata... Reply To This Comment

salam belalang
momoy pernah juga derma pada sorang pak cik yang uzur . memang kesian sangat tengok dia time tu kat stesen bas

petang tu ternampak dia tengah makan kentaki.

malam selepas seminggu tu pula nampak dia masuk bilik hotel dengan sorang pelacur. terkejut la juga.sebabkan pak cik tu momoy tawar hati nak derma.
derma pada yang betul2 momoy rasa patut

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari | Tanda Kiamat Makin Hampir"

Loji Tenaga Nuklear | Dilema Malaysia Selepas Krisis Nuklear Jepun

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com