Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 30 April 2011

Terdesak Suruh Orang Klik Iklan? Kenapa Begitu?

Memang hangin satu badan kelmarin Belalang apabila telah terkena dengan situasi seperti tajuk di atas. Sebelum ni Belalang hanya membaca penulisan blogger-blogger lain mengenai ada segelintir blogger yang sengaja menipu kita supaya kita klik iklan dia. Kali ni Belalang sendiri dah alami.

Kelmarin sedang Belalang menjengah beberapa blog politik untuk mencari bahan mengenai politik semasa, tiba-tiba Belalang terlihat satu tajuk yang ditinggalkan oleh seorang blogger di ruangan komen blog tesebut. Tajuk memang gempak ya amat. Tanpa mengesyaki apa-apa Belalang pun terus ke link blog tersebut.

Di blog itu terdapat la story yang agak panas beserta satu gambar yan sangat kecik kononnya print screen dari sebuah akhbar online. Untuk menguatkan lagi entry tersebut, tuan blog itu telah meletakan dua link yang didakwanya video mengenai kejadian yang dia ceritakan.

Nak tau apa yang jadi bila diklik pada link tersebut? terus saja keluar iklan chrup chrup. Terkejut kejap Belalang sebab tak sangka ada blogger yang sanggup amik kesempatan diatas sesuatu isu itu semata-mata kepentingan dirinya. Rupa-rupanya berita yang disiarkan oleh blogger tersebut ternyata tipu! Print screen yang dia sertakan itu juga bila diklik akan membawa kita ke iklan kempen chrup chrupnya.

Pesanan Belalang kepada blogger-blogger lain, nak cari duit di internet buat la dengan cara yang betul. Jangan menipu orang sebegitu. Duit itu akan digunakan oleh engkau untuk tujuan tertentu. Cuba bayangkan setiap orang yang klik itu menyumpah dan mengatakan "tak halal duit engaku sebab tipu aku"! apa macam?

Itu baru satu bab berkaitan dengan orang marah sebab kena tipu. Macam mana pula kalau akhbar online yang engkau guna tu saman kau sebab gunakan namanya dan siarkan satu berita palsu? Bukan kecik-kecik berita engkau main tu. Jawapnya makan tak habis la engkau.


Pikir-pikir la kasi habis sebelum lakukan perkara begitu. Dah terlajak kena saman ke hape, baru nak nyesal, takde guna dah la.




Keputusan Terkini Liga Super 30 April 2011

Berikut adalah 5 perlawanan liga super 30 april 2011 yang membabitkan 10 pasukan iaitu Felda United lawan Negeri Sembilan, Johor FC bertemu Sabah, Kelantan melayan kunjungan Kuala Lumpur, T-Team bertemu Pahang dan Perlis akan menentang Harimau Muda.

Keputusan perlawanan akan di update sebaik sahaja perlawanan bermula hinggalah perlawanan tamat. Sila refresh page ini seberapa kerap yang boleh untuk melihat keputusan terkini.


Felda United 2 - 2 N. Sembilan
(tamat perlawanan)

Johor FC 3 - 0 Sabah
(separuh masa kedua)

Kelantan 2 - 0  K. Lumpur
(tamat perlawanan)

T-Team 0 - 0 Pahang
(tamat perlawanan)

Perlis 1 - 2 Harimau Muda
(tamat perlawanan)


Najib Terus-terang Pelawa Pas Sertai BN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

"Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.

Perdana Menteri berkata, masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan UMNO.

"UMNO lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)”. Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?,” kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk “T” atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN,” katanya.

- Bernama

VCD Seks Anwar Tersebar?

Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima sampul surat mengandungi cakera padat (CD) video seks membabitkan pelaku mirip Ketua Pembangkang di Kapar, Klang semalam.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira 10.30 pagi ini untuk membuat laporan polis itu, sebelum beredar keluar setengah jam kemudian.

"Semalam saya melawat pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kapar. Saya mendapati satu surat telah diterima yang dialamatkan kepada saya dan bertanda pos negara Thailand.

"Saya mendapati ada satu CD di dalamnya dan selepas menonton, video ini sama dengan video yang ditayangkan oleh kumpulan Datuk T di Carcosa Seri Negara.

Oleh itu, saya meminta siasatan dibuat terhadap mereka yang menyebarkan CD ini,” katanya kepada pemberita.

- Bernama

Impian Donald Trump | Jajah Iraq Untuk Kuasai Minyak

Donald Trump berkata beliau akan mengenakan levi 25 peratus terhadap semua barangan yang diimport dari China, menjajah Iraq supaya Amerika Syarikat dapat menguasai minyaknya dan mengenakan bayaran terhadap Korea Selatan kerana menempatkan tentera Amerika di negara itu, jika beliau menjadi presiden.


Pengusaha hartanah yang kaya raya itu berkata demikian ketika berucap kepada lebih 1,000 penyokong Republikan di Las Vegas, semalam.


Beliau belum mengumumkan secara rasmi untuk menjadi calon parti itu dalam menentang Presiden Barack Obama pada pilihan raya 2012, tetapi berkata, beliau akan berbuat demikian dalam masa terdekat. “Apa yang dilakukan oleh China ialah memanipulasikan mata wang mereka. Saya akan memastikan mereka berhenti berbuat demikian jika saya jadi Presiden. “Opec (Pertubuhan Negara Pengeskport Minyak) pula menaikkan harga minyak sesuka hati. Kenapa? Kerana tidak ada orang di Washington yang berani berkata: ‘Kamu tidak boleh naikkan harga,” katanya.

Trump, 64, dianggap bakal calon Repulikan yang baik di kalangan penyokong parti itu walaupun ramai pemerhati politik tidak memandang serius padanya.

Ahli perniagaan itu juga berkata, jika beliau menjadi presiden, beliau tidak akan mengundurkan tentera Amerika Syarikat dari Iraq sebaliknya akan terus menjajah negara itu untuk menguasai minyaknya.

- AP

Tengkorak Kepala Bayi Pecah Dipercayai Didera

“Anak saya dipukul hingga tengkorak kepalanya pecah. Individu yang bertanggungjawab menderanya hingga mati bukan manusia dan lebih hina daripada binatang,” kata K Vijayakumar, 36.

Dia ditemui di rumahnya di Taman Indah Sakthi, Bercham, dekat sini, selepas mengadakan upacara sembahyang dan penghormatan terakhir untuk mendiang anak lelakinya, Seshagiry yang berusia sembilan bulan sebelum disemadikan di Buntong, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Bayi malang yang dilaporkan diculik, ditemui mati dibunuh kejam pada Sabtu lalu dengan mayatnya disumbat dalam beg sebelum dicampak seperti sampah di Kilometer 175.4 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran jalan susur masuk Plaza Tol Bandar Baharu, Kedah.

Vijayakumar berkata, selain kesan lebam di paha, tangan dan punggung, kecederaan paling teruk ialah di kepala dengan sebahagian tengkoraknya dipercayai pecah.

“Hanya Tuhan tahu kesedihan saya sebaik melihat mayat Seshagiry. Paling meremukkan hati saya ialah keadaan dahinya yang leper ke dalam seperti akibat dipukul dengan kuat.

“Namun punca kematiannya belum diketahui tapi berdasarkan permit pengebumian tercatat ‘kesan hentakan objek tumpul di kepala’ sebagai punca kematiannya,” katanya. M Kavitha, 36, adalah insan paling sedih apabila menangis sepanjang upacara pengkebumian berjalan mengenangkan pemergian anak lelakinya dalam keadaan cukup tragis.

Suasana di rumah mangsa turut pilu dengan tangisan ahli keluarga, rakan serta orang ramai yang bersimpati dengan kejadian menimpa bayi tidak berdosa itu.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan dan Pengerusi MIC Perak, Datuk S Veerasingam. Vijayakumar berkata, dia tidak dapat bayangkan kesengsaraan anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir berdasarkan kesan kecederaan pada mayatnya.

Katanya, kehadiran Mohd Shukri menunjukkan betapa serius kejadian itu dan dia yakin polis akan menyelesaikan kes berkenaan.

Bagi mengelak kejadian serupa berulang, dia menasihatkan ibu bapa supaya lebih berwaspada apabila menyerahkan anak kepada orang lain seperti yang berlaku kepadanya.

Sementara itu, Mohd Shukri mengesahkan seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan selepas menyerah diri kepada polis di Kedah.

“Kes ini disiasat polis Kedah dan kami akan memberikan kerjasama jika diperlukan,” katanya.

Dirogol Berkali-kali Oleh Jiran

Seorang remaja berusia 15 tahun bertindak kejam apabila tergamak merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang juga cucu kepada jirannya di Kampung Titi Tinggi Hilir, dekat sini, Ahad lalu.

Difahamkan, mangsa yang sering pulang ke rumah neneknya itu dan pernah tinggal di situ sebelum berpindah bersama keluarganya ke Pulau Pinang.

Mangsa yang bersekolah dan tinggal di asrama sebuah sekolah vokasional di Kangar, dipercayai berkenalan dengan suspek sejak lebih lima bulan lalu melalui laman sosial Internet.

Gadis terbabit dipercayai diambil suspek dari asrama sekolah menggunakan motosikal sebelum membawanya ke sebuah rumah kosong berdekatan rumah nenek mangsa di kampung berkenaan sebelum dirogol dalam kejadian kira-kira jam 10 malam.

Suspek yang tinggal di kampung berkenaan juga langsung tidak gentar melakukan perbuatan terkutuk berkenaan sebaliknya dipercayai berkali-kali merogol mangsa sehingga ke petang keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros berkata, mangsa dirogol di dalam rumah kosong yang terletak berdekatan rumah neneknya, namun tidak disedari warga emas terbabit kerana menyangka cucunya berada di asrama.

“Suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke asrama pada petang keesokan harinya dan mengarah mangsa supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara berkenaan jika tidak mahu sesuatu berlaku kepadanya.

“Bagaimanapun, perbuatan itu akhirnya terbongkar pada Selasa lalu selepas guru yang juga warden asrama sekolah mangsa mencari pelajar perempuan berkenaan bagi mendapat penjelasan mengenai ketiadaannya di bilik asrama pada malam kejadian,” katanya.

Menurut Che Man, mangsa pada mulanya memberi pelbagai alasan kepada gurunya kerana bimbang dengan tindakan yang mungkin diambil suspek.

"Namun selepas didesak berulang kali oleh gurunya supaya memberitahu perkara sebenar, akhirnya dia memberitahu dirogol lelaki terbabit.

“Mangsa kemudian dibawa gurunya ke Balai Polis Kaki Bukit bagi membuat laporan sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah bagi pemeriksaan lanjut,” katanya.

Menurutnya, suspek yang bersekolah di Arau, dekat sini, dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah itu kemudian ditahan polis pada hari sama.

Katanya, mangsa kini masih lagi ditempatkan di wad HTF bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan suspek direman sehingga 1 Mei bermula Rabu lalu,” katanya.

Dibukakan Hati Memeluk Islam Ketika Ingin Bunuh Diri

“Saya berniat terjun bangunan dari tingkat 14 kerana tertekan dengan tindakan suami berhutang RM100,000 daripada along hingga kehidupan saya diganggu setiap hari.

“Ketika itu saya sarat mengandung tujuh bulan dan tidak tahu ke mana hendak mengadu, tetapi ketika berada di dalam lif hati berdetik supaya Tuhan tunjukkan jalan sebelum terlintas satu cahaya putih dan bisikan menasihati saya pulang ke rumah serta minum air kosong, tidur dan masalah akan selesai,” kata mualaf, Nurul Hidayah Abdullah, 40.

Dia yang juga ibu tunggal lima anak itu berkata, selepas itu niat untuk terjun bangunan dilupakan, sebaliknya keajaiban berlaku apabila fikirannya kosong manakala hati tenang sebaik terjaga daripada tidur keesokannya.

“Sejak itu hati bertambah yakin mengenai kebesaran Tuhan kerana sewaktu meminta petunjuk, saya menyebut nama Allah kerana sejak kecil mengetahui sedikit sebanyak mengenai Islam melalui pelajaran di sekolah.

“Selepas yakin dengan jalan yang dipilih saya nekad memeluk Islam walaupun ibu dan ayah serta adik-beradik menentang keras,” katanya.

Jenayah Seksual Remaja Semakin Menjadi-jadi

Jenayah seksual membabitkan remaja di daerah ini kian serius dan membimbangkan apabila tujuh kes rogol melibatkan sesama pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun dilaporkan dalam tempoh dua minggu lalu.

Lebih mengejutkan, ada di antara mereka mengaku telah melakukan hubungan seks sebanyak sembilan kali.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, tiga daripada mangsa merupakan pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun dan empat lagi berumur 16 hingga 17 tahun, sementara kesemua suspek lelaki berusia 13 hingga 17 tahun telah ditahan.

Beliau berkata, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 30 kes rogol dilaporkan (melibatkan semua peringkat usia) dan tujuh kes yang dicatatkan dalam dua minggu lalu adalah yang tertinggi berbanding sebelumnya.

“Berlaku peningkatan mendadak dalam dua minggu ini, bermula 12 April apabila terdapat tujuh kes rogol dilaporkan, dan yang kita bimbang ketujuh-tujuh melibatkan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun. Apa sudah jadi dengan remaja-remaja sekolah ini?,” soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Azham berkata, kesemua remaja terlibat melakukannya secara suka sama suka, namun ia tetap diklasifikasikan sebagai rogol kerana mereka masih di bawah umur.

Difahamkan, terdapat pasangan dari sekolah sama dan ada dari sekolah berlainan dengan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun hamil tujuh bulan semasa laporan dibuat.

Ada di antara mereka mengakui terpengaruh setelah menonton video seks daripada telefon bimbit kawan, Internet atau media.

Menurut Azham, walaupun

jumlah kes rogol yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu lebih tinggi iaitu 38 kes, namun rekod masih menunjukkan angka yang tinggi pada tahun ini.

“Remaja-remaja ini perlu mendapat pengetahuan agama dan moral secukupnya untuk menghindar mereka terjebak dengan pergaulan bebas dan melakukan hubungan seks.

‘‘Pihak polis hanya boleh menasihat dan memberikan tumpuan kepada sekolah-sekolah terutamanya sekolah yang bermasalah,’’ katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap semua pihak memainkan peranan.

‘‘Ibu bapa perlu memberikan pendidikan sewajarnya. Guru-guru pula perlu menerapkan nilai murni kepada remaja-remaja ini dalam pengajaran di sekolah,” katanya.

Awie Bidas Bob Lokman | 'Jangan Hipokrit'

“Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.


“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.



“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.

Video Online Perkahwinan Diraja Britain Catat Rekod Atasi Piala Dunia 2010

Perkahwinan diraja Britain mencatatkan rekod dalam tayangan video online semalam, mengatasi perlawanan akhir Piala Dunia 2010 sebagai acara langsung yang paling ditonton di Internet, kata penyedia perkhidmatan Akamai.

Syarikat penyedia pelayan itu berkata, seramai 2.4 juta akses telah dicatatkan ketika perkahwinan tersebut berbanding 1.6 juta semasa perlawanan akhir Piala Dunia.

Akamai menjangkakan sebanyak 5.4 juta kali klik seminit dilakukan ke atas bahagian berita perkahwinan diraja tersebut, yang juga acara berita yang kelima paling dilawati dalam sejarah. - DPA

Jumaat, 29 April 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke-5 | Siapa Tersingkir?

Persaingan semakin sengit apabila hanya tinggal 7 peserta yang meneruskan misi untuk merebut gelaran Maharaja Lawak yang julung-julung kali diadakan.

Jozan masih mengungguli carta undian SMS diikuti Nabil, Sepah, Jambu, Amir, Balas, Jihan dan Man di tempat paling akhir. Pada pendapat Belalang, Man paling dilihat tidak konsisten dan mungkin akan meninggalkan gelanggang pada malam ini.

Namun begitu keputusan hanya akan diketahui pada malam ini apabila gelanggang Maharaja Lawak ditutup. Belalang akan memaparkan nama peserta yang tersingkir di sini sebaik sahaja pihak juri mengumumkan nama peserta yang tersingkir.

Jangan lupa untuk kembali ke blog ini ya.

----------------------------------------

Tiga peserta yang dipanggil menaiki pentas ialah Amir, Man dan Jihan. Dan diantara mereka bertiga yang mendapat undian terendah sekaligus tersingkir pada malam ini ialah...


-

-

-

-

-

-

JIHAN

Live! Keputusan Terkini Liga Super 29 April 2011 Terengganu vs Selangor

Sekali lagi peminat pasukan Selangor yang tidak berpeluang untuk menyaksikan perlawanan pasukan Selangor menentang Terengganu di stadium akan dapat menyaksikan perlawanan itu secara langsung di Astro Arena 801.

Selangor tentu saja tidak mahu kekalahan yang mereka alami ketika bertemu Kelantang berulang lagi pada malam ini. Justeru anak buah K. Devan tentu saja akan sedaya upaya menghalang pasukan Terengganu daripada  mengutip 3 mata penuh di gelanggang keramat mereka.

Sekiranya anda tidak berpeluang untuk menyaksikan perlawanan ini di kaca TV, sila kembali ke blog ini untuk mengikuti keputusan semasa perlawanan yang dinanti-nantikan pada malam ini. Sila refresh page ini seberapa kerap yang boleh untuk melihat keputusan terkini.


Terengganu 1 - 1 Selangor
(tamat perlawanan)






lain-lain keputusan
Perak 1 - 3 Kedah



Keputusan Terkini Liga Super 29 April 2011 Perak vs Kedah

MASALAH kecederaan dan penggantungan terus menghantui Perak dalam usaha menurunkan barisan terkuat menghadapi pertemuan Liga Super dengan Kedah di Ipoh, malam ini.

Pemain tengah sedang meningkat, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri terpaksa diketepikan kerana mengutip kad kuning ketiga ketika menentang Kuala Lumpur, di Ipoh, Selasa lalu.

Kedudukan Razali Umar Kandasamy dan Mohd Shafiq Jamal masih samar-samar kerana sedang merawat kecederaan.

Begitupun daripada kedua-dua pemain itu, kecederaan ke atas Razali agak berat kerana membabitkan hamstring yang dijangka mengambil masa untuk pulih manakala kecederaan Shafiq Jamal agak ringan dan mungkin boleh diturunkan malam ini. Ketiadaan trio itu sudah pasti tamparan hebat buat Seladang kerana mereka adalah penyumbang gol ketika menentang Kuala Lumpur, tiga hari lalu.

Namun ketiadaan mereka pasti bukan masalah besar buat jurulatih, Norizan Bakar yang masih memiliki khidmat ramai pemain lain untuk mengisi kekosongan ditinggalkan mereka.

Keputusan akan dibawa secara live update. Sila refresh page ini seberapa kerap yang boleh untuk melihat keputusan terkini.


Perak 1 - 3 Kedah
(tamat perlawanan)






lain-lain keputusan
Terengganu 1 - 1 Selangor



Video Shazryl Eskay Lakukan Sumpah Laknat Di Masjid Amru Al-As



Datuk Shazryl Eskay Abdullah selesai melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul pada petang ini.

Sambil memegang al-Quran beliau memulakan sumpah dengan mengucap dua kalimah syahadah kemudian diikuti dengan wallahi wabillahi watallahi.

Di dalam sumpah laknat itu Eskay menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan video itu adalah dia dan Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Turut hadir dalam upacara sumpah laknat itu ialah Tbekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

- Utusan

Shazryl Eskay Batalkan Upacara Sumpah Laknat

Upacara melafazkan sumpah laknat oleh ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, berhubung rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dibatalkan.

Perkara ini diumumkan pengerusi Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, kepada jemaah sebentar tadi.
Beliau juga meminta jemaah yang masih berkumpul dalam dewan solat supaya beredar.
Keadaan agak tegang sejak selepas selesai solat Jumaat tadi apabila kumpulan jemaah yang dipercayai penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berasak di dewan solat untuk membantah upacara itu.

Semalam, Shazryl Eskay mengumumkan beliau akan melakukan sumpah itu selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di masjid itu, mungkin kerana faktor keselamatan.

-Gambar diambil dari blog KLpos.com

Cikgu Shida Juri Pertandingan Miming Di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, unit kreaif Sinar Harian menganjurkan pertandingan Miming. Selebriti internet yang sedang mencipta nama Cikgu Shida, akan menjadi salah seorang juri untuk pertandingan ini.

Cikgu Shida yang popular di laman sosial youtube, akan mengadili pertandingan yang bakal memperlihatkan kehebatan 10 peserta akhir menyanyi tanpa vokal.

Pertandingan yang bermula semalam telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung. Pada hari pertama sahaja, lebih 50 peserta mencuba bakat.

Pertandingan akhir pertandingan ini akan berlangsung di Karangkaf Mall, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari Sabtu 30 April ini jam 5 petang.

Panas!!! Video Penuh Perlakuan Seks Anwar Tersebar!

Panas! Beberapa blog politik pro kerjaan telah memuat naik beberapa video yang dikatakan perlakuan pelakon lelaki mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim. Video-video itu yang berdurasi dalam linkungan 3 ke 7 minit memaparkan beberapa aksi seks yang tidak ditayangkan pada dua siri yang dikeluarkan baru-baru ini.

Terdahulu, video ini telah dimuat naik di You Tube sekitar tengah malam tadi. Namun telah ditarik keluar oleh You Tube kerana memaparkan aksi seks.

Untuk melihat video-video yang dimaksudkan, sila ke link blog di bawah ini.


Guru Bersekedudukan Ditangkap

Tindakannya melarikan diri dari rumah semata-mata untuk tinggal serumah dengan teman lelakinya, menyebabkan guru wanita dicekup kerana disyaki berkhalwat dengan pasangannya yang juga guru di rumah sewa di Kampung Telok Malek, dekat sini, malam kelmarin.

Guru wanita berusia 34 tahun itu dikatakan masih isteri orang dan mempunyai anak perempuan berusia 13 tahun, tetapi didakwa menjalinkan hubungan dengan pasangannya berusia 30-an sejak tiga tahun lalu.
Sumber berkata, pasangan berkenaan dicekup kira-kira jam 10.45 malam oleh sepasukan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) selepas menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di rumah sewa guru wanita itu.

Beliau berkata, wanita itu dikatakan merajuk selepas bergaduh dengan suaminya berusia 39 tahun lalu meninggalkan rumah dan menyewa rumah lain di Taman Siswa, dekat sini, sejak tiga tahun lalu.

“Anak tunggal pasangan itu dijaga suaminya dan wanita terbabit menyewa bersendirian dipercayai untuk memudahkan dia berjumpa dengan kekasihnya itu.

Diperkosa Bergilir-gilir Teman Rapat Abang Ipar

Seorang gadis sunti berumur 14 tahun yang ketakutan terpaksa membiarkan tubuhnya diratah tiga lelaki termasuk rakan karib abang iparnya sendiri di sebuah rumah di Kampung Kadut di sini.

Dalam kejadian antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam pada 16 April lalu, suspek dipaksa membuka pakaian sebelum dirogol di ruang tamu rumah seorang daripada suspek.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, mangsa pada mulanya setuju mengikut seorang daripada suspek yang juga rakan baik abang iparnya.

“Suspek pertama memaklumkan kepada mangsa bahawa adik kandung lelaki berkenaan mahu bertemunya.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa setuju dibawa ke rumah berkenaan dan setiba di sana, dua lagi rakan suspek pertama sudah sedia menunggu mereka,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, semalam.

Menurut Majid, ahli keluarga suspek tiada di rumah ketika kejadian dan mangsa dipaksa membuka pakaian sebelum ketiga-tiga lelaki terbabit bergilir-gilir merogolnya.

Katanya, mangsa kemudiannya dihantar pulang dan dia diugut supaya merahsiakan kejadian itu dan gadis itu yang sudah tidak bersekolah hanya membuat laporan polis pada 24 April lalu.

“Polis berusaha mengesan suspek tetapi ketiga-tiga lelaki berkenaan gagal ditemui, dipercayai sudah melarikan diri ke luar daerah,” katanya.

Bekas Isteri Akhil Hayy, Maizawati Lahir Anak Lelaki

Bekas isteri penceramah bebas Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35, selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan suami ketiga, Mohd Yassin Ben @ Abdul Rahim, 23, jam 4.08 pagi kelmarin.

Bayi lelaki seberat 2.86 kilogram itu dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur dinamakan Muhammad Qhalef Izz Qhusairy Mohd Yassin.


Maizawati berkata, kehadiran cahaya mata pertama buat dia dan suami akan menambah keharmonian rumah tangga yang dibina setahun lalu.

Menurutnya, meskipun suami tidak berada bersamanya di saat bayi dilahirkan berikutan tuntutan kerja di luar negeri, dia tetap bersyukur kerana ditemani anak perempuannya selain ahli keluarga terdekat.

“Saya berterima kasih kepada semua kakitangan hospital yang terbabit dalam memastikan proses kelahiran Qhalef berjalan lancar.

“Syukur tidak terhingga kerana bayi ini dilahirkan sihat dan tiada masalah. Terima kasih juga kepada suami yang sentiasa memberi sokongan moral di saat saya melalui saat getir itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Selain Muhammad Qhalef Izz Qhusairy, Maizawati turut mempunyai empat anak lelaki dan dua anak perempuan hasil dua perkahwinannya yang lalu.

Hantu Bernama 'Mona' Mengamuk Di SK RPR Jalan Astana

Wanita misteri bernama ‘Mona’ dipercayai punca tercetus suasana gempar apabila lebih 10 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Jalan Astana, di sini, serta seorang guru wanita dan ibu hamil diserang histeria, menyebabkan sekolah itu ditutup dua hari bermula semalam.

Wanita tidak diketahui identiti itu dikatakan makhluk jelmaan yang tinggal berdekatan tandas perempuan sekolah itu yang terletak di Blok D dan mula mengganggu murid sekolah berkenaan sejak Khamis lalu.
Kejadian bermula ketika beberapa murid perempuan menggunakan tandas lama di sekolah itu mendakwa ‘ditahan’ satu lembaga bertubuh besar.

Malah, seorang guru lelaki sekolah itu dikatakan pernah menanda kertas jawapan peperiksaan tahun empat yang hanya tertera nama ‘Mona’, namun ketika mahu mengembalikannya kepada murid, tiada siapa tampil dan pemeriksaan lanjut mendapati nama itu tidak wujud dalam kelas berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, gangguan pertama menimpa seorang ibu hamil yang menunggu anaknya di kantin sekolah berkenaan apabila dia pengsan secara tiba-tiba.

Video Penuh Adengan Seks Pemimpin Pembangkang Di You Tube?

Dengarnya video penuh adengan seks yang kononnya Anwar Ibrahim telah di upload di You Tube sebentar tadi. Namun video itu hanya berada seketika sebelum ianya hilang...

------------------------------------

Rakaman Penuh Video SEKS Telah keluar malam tadi dengan di dalam akaun You Tube dengan menggunakan nama Rabiaab11. Namun demikian rakaman di dalam You Tube telah di sekat dan menghalang dari pembaca menyaksikannya.


Menurut semakan pemilik akaun yang bernama Rabiaab11 ini di daftarkan di United Kingdom berumur 21 tahun.




Sumber dari sini.


-----------------------------------------

update:
full video seks telah kembali berada di internet. Klik link di bawah untuk melihat-

Khamis, 28 April 2011

Nampak Cool Tapi Sentap Juga Engkau Ye...

Belalang nak kongsi satu kisah nih. Hal ni berlaku dalam dua tiga hari sudah. Dah dua tiga hari berlaku baru teringat nak kongsikan? Apparra Belalang. Hehehe jangan marah jangan marah, meh dekat-dekat sket belalang nak start story...

Sebenarnya Belalang nak cerita perihal seorang blogger nih. Al-kisahnya dia kelihatan seorang yang cool dan sentiasa saja mempunyai pandangan yang tajam dalam dunia blog. Setiap perkara yang dia buat semuanya ada strategi (katanya la). Blogger ni juga selalu menasihati blogger-blogger lain dengan kata-kata yang sangat memikat. Memang pandai bermain kata-kata la blogger nih.

Nak dijadikan cerita, satu, malam tu Belalang ronda-ronda la di Facebook. Kemudian Belalang terlihat satu post  status blogger cool ni berkaitan dengan satu contest blog yang dia sertai. Seperti biasa blogger-blogger lain akan berlumba-lumba komen pada status blogger tersebut. Dalam banyak-banyak komen tu, ada la satu komen dari blogger ni macam mempertikaikan sedikit kempen yang dijalankan oleh blogger cool tersebut.

Dengan tak semena-mena blogger yang terkenal cool nih terus sentap dan menulis sesuatu yang Belalang rasa tak sesuai langsung dengan cara dia sebelum nih yang selalu menasihati blogger lain. Perbuatan dia tu memperlihatkan sama taraf jer dia dengan blogger-blogger yang pernah dia nasihat.

Kalau dilihat pada kritikan yang diterima tu, takde la teruk sangat. Biasa saja. Tapi tindakan dia tu betul-betul lain dari sifat yang selalu dia tonjolkan. Entah la, mungkin hari tu dia ada apa-apa masalah atau hari tu memang bad day blogger cool tersebut?

Belalang tersenyum jer membaca status dan komen di wall blogger cool tersebut. Dalam hati Belalang berkata
"Cool-cool kau pun sentap jugak disebabkan hal kecik macam tu"...

hehehe...

Shazryl Eskay Bersumpah Laknat Esok

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shazryl Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada di pihak yang benar.

Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok.

- Utusan

Wahai Kamu Pembaca Blog Bawah Tanah

Wahai kamu-kamu yang satu masa

dahulu selalu ke bawah tanah

ke marilah kamu ke sini berdamping denganku

Walau seketika hadirmu ku seru

Datang padaku dekat padaku

Aku memerlukan kamu seperti mana waktu dulu..


----------------------------------------------


Tu dia, pembuka entry kali ni Belalang letak mentera untuk menyeru pembaca blog Belalang. Dah seru macam ni kalau takde yang datang tak tau la nak cakap. Mungkin kena pegi mandi bunga pulak rasanya. XD

Sebenarnya Belalang terperasan yang pembaca setia blog Belalang sudah semakin berkurangan. Hal ini berlaku mungkin kerana tiada lagi entry-entry terbaru dari Belalang melainkan entry copy paste jer. Belalang faham. Sekiranya Belalang jadi korang, Belalang pun malas nak singgah ke blog yang main copy paste dari akhbar online. Tiada original dalam menghasilkan entry. Betul tak?

Pun begitu bukan tiada langsung rakan blogger yang bertandang ke sini, ada. Terima kasih kepada mereka yang sudi datang dan meninggalkan komen pada setiap entry Belalang walaupun entry itu hanyalah copy paste. Belalang hargai semua yang singgah ke blog ini. Baik silent reader, yang drop komen di entry ataupun yang hanya datang drop komen di shoutmix. Belalang hargai sangat kunjungan korang. Yang tukang klik iklan-iklan Belalang lagi la Belalang terima kasih banyak-banyak.

Dikesempatan ini, Belalang ulang sekali lagi yang entry-entry copy paste ini akan berterusan untuk satu jangka masa hinggalah Belalang mencapai apa yang dihajati. Sambil-sambil itu Belalang tetap akan selang-seli dengan entry terbaru dari Belalang. Jadi Belalang berharap sangat yang korang akan terus support blog ini ye.


Terima kasih wahai pembaca blog bawah tanah.


Mangsa Panas Baran Kekasih | Dibelasah Dalam Wad

Seorang lelaki sanggup membelasah teman wanitanya lebih 10 kali sejak menjalin hubungan cinta lima bulan lalu hanya kerana diminta mencari pekerjaan atau mahu memutuskan hubungan.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa yang sebelum ini dirawat kira-kira seminggu di sebuah hospital di sini, kerana dibelasah teman lelakinya itu sekali lagi dibelasah hanya kerana mangsa mahu memutuskan hubungan mereka dengan alasan tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya itu.
Mangsa dibelasah di dalam wad ketika teman lelakinya itu datang melawatnya. Walaupun terdapat beberapa pesakit lain dalam wad berkenaan tetapi teman lelaki mangsa tidak menghiraukannya sebaliknya terus menumbuk muka mangsa hingga lebam di bibir.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fiza, 36, berkata sebelum dimasukkan di hospital itu, dia dipukul, ditendang, diterajang dan dihentak dengan kepala oleh teman lelakinya di muka dan badan hingga cedera.

Katanya, pergaduhan tercetus apabila dia sudah tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya yang sering bertindak di luar batasan memukulnya lebih 30 minit.

Gadis Hanya Berbalut selimut Ditangkap Bersama Pasangan

Seorang gadis sanggup berlutut sambil menangis di depan sepasukan penguat kuasa agama dan merayu dilepaskan kerana dicekup berkhalwat bersama pasangannya awal pagi kelmarin, berikutan takut keluarganya tahu perbuatannya itu.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi di sebuah rumah sewa di Taman Barakah di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, di sini, gadis berusia 19 tahun dari Banggol Jenerih itu sempat ‘berlakon’ di depan penguat kuasa, semata-mata ingin mengelak ditahan.

Malah, kekasihnya berusia 20 tahun itu memberi pelbagai alasan termasuk mendakwa dihalau keluarga dari rumahnya di Manal Satu menyebabkan tiada pilihan dan terpaksa bermalam di rumah teman wanitanya itu.

Menurut sumber, sebelum dicekup, pemuda yang bekerja sebagai tukang kimpal itu dikatakan terpaksa menunggu di luar rumah sebaik mendapati dua rakan serumah teman wanitanya itu belum keluar bekerja.

Namun, selepas dua rakan serumah kekasihnya keluar, dia terus masuk ke rumah bagi mengelak kehadirannya dikesan jiran.

Sumber berkata, sepasukan penguat kuasa bergegas ke kawasan taman perumahan terbabit sebaik menerima maklumat daripada orang ramai.

Sambil memperkenalkan diri, penguat kuasa berkenaan mengetuk pintu rumah beberapa kali, namun pasangan terbabit enggan membukanya menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan polis.

Beberapa minit kemudian, gadis yang bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai serbaneka 24 jam itu akhirnya membuka pintu rumah, namun mengejutkan mereka apabila dirinya hanya dibaluti selimut.

Gadis itu mendakwa dia seorang di rumah berkenaan, namun hasil pemeriksaan selanjutnya, mereka menemui seorang pemuda berpakaian lengkap sedang bersembunyi dalam bilik air dengan keadaan tubuh menggigil kerana ketakutan

Kes Penemuan 10 Jari, Buruh Berusia 20-an Ditahan Polis

Polis menahan reman seorang buruh berusia 20-an dipercayai individu yang bertanggungjawab menyerang dan menetak 10 jari tangan seorang lelaki sehingga putus berhampiran Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) Kuang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya telah berjaya menahan suspek di Gombak pada hari kejadian.
“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, bagaimanapun dia ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, motif serangan dipercayai berpunca daripada dendam lama.

“Mangsa yang juga baru dibebaskan dari penjara kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Ibu Kepada Mayat Bayi Lelaki Dalam Beg Dikesan

Tidak sampai empat jam selepas mengadakan sidang akhbar berhubung kehilangan bayi lelakinya yang diculik, semalam, seorang ibu hampir pitam sejurus mengetahui anaknya mati dan mayatnya ditemui dibuang di tepi lebuh raya, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, mayat bayi lelaki lengkap berpakaian dan berstokin kaki itu ditemui disumbat dalam bag kanvas sebelum dicampak berhampiran plaza tol Bandar Baharu, Kedah.
Ketika ditemui mayatm kanak-kanak malang yang dibuang tidak sampai 12 jam itu dalam keadaan lebam di kepala, selain hidung berair.

Mangsa sebelum itu dikatakan dilarikan seorang lelaki yang juga kenalan rapat ibu mangsa pada Jumaat lalu selepas ia diserahkan untuk jagaan sementara.

Difahamkan, wanita berkenaan, M Kavitha, 36, mengecam wajah bayi berusia sembilan bulan itu sejurus dipanggil polis dan ditunjukkan gambar wajah mayat bayi ditemui Sabtu lalu.

Dia diminta membuat pengecaman di Balai Polis Simpang, Taiping, kira-kira jam 5 petang semalam selepas membuat sidang akhbar di Bangunan Darul Ridzuan, pada sebelah tengah hari sebelum itu.

Rabu, 27 April 2011

Download Klip Video Seks Papa Nurul Izzah Part II @ Youtube

Ada ke yang sedang mencari video ini untuk di download? Sure adakan. Barang panas beb, sape yang tak cari. Tak gitu? Korang kalau nak download ada caranya. Walaupun tiada link yang ditinggalkan tetapi tetap boleh download. Bagaimana caranya? Korang selongkar la dunia internet ni. Macam-macam ilmu ada.

Tapi Belalang nasihatkan korang tak payah download pun takpe. Tau kenapa Belalang kata macam tu? Sebab lepas ni hari-hari video tu akan keluar berita. Tak caya korang tengok jela. Macam yan part-1 dulu. Sampai dah boleh hafal sebab selalu sangat keluar berita.

Tapi jika korang berhajat jugak untuk menonton video tu, sila ke blog parpukari. Tak silap Belalang tadi video tu masih ada. Tak tahu la samada dah di remove atau belum.

Ha, cepat-cepat pegi sebelum kena delete!

-----------------------------------

update:
full video seks telah kembali berada di internet. Klik link di bawah untuk melihat-



Lagi Video Klip Seks Pemimpin Pembangkang Tersebar

Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik hari ini di dalam laman 'Youtube' dan laman web blogger Papagomo, kira-kira 1.30 tengah hari, hari ini.

Usaha menghubungi pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan komen gagal.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

- Bernama

Lelaki Berpangkat Datuk Maut Jatuh Hotel

Seorang lelaki bergelar Datuk, ditemui mati di sebuah resort di Tanjung Kling, dekat sini, pagi kelmarin, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan berkenaan.

Mangsa yang juga mualaf keturunan Cina, Datuk Mohd Alif Abdullah, 53, dari Skudai, Johor ditemui pekerja resort itu pada jam 10.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata Datuk terbabit yang juga peniaga ayam di Pasar Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah ditemui dengan berpakaian kemeja-t putih dan berkain pelekat.
“Mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian,” katanya di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang, semalam.

Chua berkata, siasatan awal mendapati kematian lelaki terbabit tidak mempunyai unsur jenayah, tetapi tidak menolak kemungkinan berpunca daripada masalah kewangan.

Elly Mazlein Bertunang Dengan Pengarah Azmi Mohd Hata

Selepas digosip kononnya mempunyai hubungan dengan suami orang, akhirnya pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengumumkan akan bertunang dengan pengarah filem dan drama, Azmi Mohd Hata.

Majlis pertunangan akan diadakan 29 Mei depan di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara itu menjawab teka-teki dan pelbagai tuduhan termasuk dia sudah menjadi isteri kedua.

Mengenali Azmi yang juga pengarah filem Duhai Si Pari-Pari dan beberapa drama tempatan sejak tiga tahun lalu sebelum serius sekitar pertengahan 2009, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi menyifatkan hubungannya dengan pengarah berusia 36 tahun itu sebagai sesuatu yang istimewa.

“Saya yakin Azmi adalah lelaki yang boleh memimpin saya ke gerbang kebahagiaan dan membina keluarga sejahtera. Malah saya percaya dia seorang yang bertanggungjawab, menghormati orang tua dan seorang yang penyayang hingga membuatkan saya mengambil keputusan menerima lamarannya.

“Saya tidak berbohong atau sengaja merahsiakan hubungan ini kerana daripada awal lagi saya sudah memberitahu yang hanya akan bersuara jika perkara itu benar-benar sah.

“Justeru, saya mengharapkan pengumuman pertunangan ini akan memberhentikan apa saja tuduhan lama yang pernah memberikan tekanan buat saya. Malah, saya sendiri melihat majlis pertunangan ini sebagai satu simbolik penghargaan buat keluarga dan teman media yang tidak henti menyokong kerana sejak dulu, saya sering berjanji akan menjemput semuanya jika saya sah mempunyai hubungan,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.

Elly juga mengesahkan bakal melangkah ke jenjang pelamin selewat-lewatnya Februari depan.

“Kami sepakat untuk tidak mengikat pertunangan terlalu lama. Sebenarnya kami merancang ingin melangsungkan perkahwinan November ini, namun melihat pada jadual kerja yang begitu padat, kami terpaksa menangguhkannya hingga ke Januari atau Februari depan.

Elly yang sebelum ini popular menerusi drama bersiri termasuk Na-O-Mei dan membintangi beberapa filem seperti Tangkai Jering dan Janji Diana turut mengakui bakal tunangnya duda dan mempunyai dua anak. Enggan mengulas persoalan berkaitan perkahwinan terdahulu dan anak Azmi, Elly yang juga anak kelahiran Slim River, Perak mengharapkan semua pihak menghormati pendiriannya.

“Biarlah apa yang berlalu dijadikan sejarah dan tidak perlu lagi ditoleh. Apa yang penting soal masa depan dan perancangan hari esok saya. Apa yang boleh saya simpulkan, Azmi benar-benar memberikan saya kebahagiaan dan sinar baru dalam hidup.

“Alhamdulillah, apa yang pernah kami rancangkan bersama akhirnya dapat direalisasikan,” katanya.

Pengacara TV3 Ahmad Fedtri Berkahwin 29 Mei

Penerbit dan pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pasangannya, Nurul Inati Ismail, 26 tahun pada 29 Mei ini.

Mula berkenalan sekitar tahun lalu di sebuah majlis usrah Aidilfitri di Masjid Attaqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur itu terus membuka pintu hatinya untuk berkahwin.

Gadis pilihan Ahmad Fedtri yang juga seorang guru dan berasal Kelantan itu terlalu istimewa di matanya kerana mempunyai ciri-ciri wanita Islam yang dicarinya.

Majlis perkahwinan mereka berkonsepkan sekolah pondok akan diadakan di rumah bakal isterinya. Manakala majlis di pihaknya pula berkonsepkan Manisnya Ukhwah di Pantai Remis, Perak pada 11 Jun.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Februari lalu yang hanya dihadiri saudara terdekat.

Serbuk Perangsang seks Wanita

Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.

Mangsa Kenduri Seks

Perkenalan seorang remaja dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa 'kenduri seks' sembilan lelaki di sebuah rumah teres di Mahkota Cheras, dekat sini Sabtu lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dikatakan keluar menaiki teksi dari rumahnya di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, kira-kira pukul 7 pagi untuk menemui rakan lelaki yang baru dikenali menerusi laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja bertemu di lokasi dijanjikan, suspek membawa seorang rakannya menaiki sebuah kereta Proton Saga ke rumah mereka.

Sebaik sahaja sampai, terdapat tiga lagi lelaki yang merupakan rakan suspek. Salah seorang suspek telah mendekati mangsa untuk mengadakan seks namun remaja itu yang enggan menurut kemahuannya telah dipukul lalu dirogol.

Suspek dikatakan memanggil empat lagi rakan lelakinya datang ke rumah tersebut sebelum menjadikan mangsa sebagai 'kenduri seks' beramai-ramai.

Kejadian malang itu berakhir kira-kira pukul 9 malam selepas mangsa berjaya melarikan diri ketika dibawa salah seorang suspek ke restoran makanan tom yam.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kesemua suspek terbabit dipercayai berusia 20-an," katanya.

10 Jari Di KTMB Milik Bekas Banduan

Sepuluh jari yang ditemui dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Kuang semalam adalah milik seorang bekas banduan yang baru dibebaskan baru-baru ini.

Bekas banduan yang berumur 29 tahun itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh berikutan kejadian itu dan keadaannya dilapor stabil.

Adik lelaki banduan berkenaan yang enggan dikenali ketika ditemui di hospital itu hari ini percaya jari yang ditemui itu milik abangnya setelah abangnya ditetak dua hari lalu.
"Kami tidak tahu apa motif kejadian ini dan dia (mangsa) tidak mahu bercerita mengenai kejadian tetak itu," katanya.

Beliau berkata, abangnya baru keluar penjara selepas sebulan dipenjarakan dan ketika ini tidak mempunyai pekerjaan.

Semalam, seorang pekerja KTMB yang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik.

Turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya menahan seorang individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes itu.

"Kami kini sedang mengesan individu-individu lain untuk membantu siasatan," katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.

- BERNAMA

Selasa, 26 April 2011

Keputusan Liga Super 26 April 2011

Tujuh perlawanan liga super akan berlangsung pada malam ini membabitkan pertemuan diantara Felda United menentang Johor, Harimau Muda menentang Negeri sembilan, Kelantan menentang Selangor, T-Team menentang Kedah, Perak menentang Kuala Lumpur, Perlis menentang Pahang dan Sabah menentang Terengganu.

Kesemua keputusan perlawanan akan diupdate setiap kali ada jaringan baru yang dilakukan oleh mana-mana pasukan. Sila refresh page ini seberapa kerap yang boleh untuk melihat keputusan terkini.


Felda United 0 - 0 Johor
(tamat perlawanan)

Harimau Muda 1 - 1 N. sembilan
(tamat perlawanan)

Kelantan 1 - 0 Selangor
(tamat perlawanan)

T-Team 3 - 1 Kedah
(tamat perlawanan)

Perak 5 - 3 K. Lumpur
(tamat perlawanan)

Perlis 1 - 2 Pahang
(tamat perlawanan)

Sabah 1 - 2 Terengganu
(tamat perlawanan)


LIVE! Kelantan vs Selangor 26 April 2011

Perlawanan yang menjadi tumpuan kepada peminat bola sepak tanah air. Pertembungan dua pasukan yang sentiasa menarik dan seimbang. Sekiranya Kelantan berjaya menyekat kemaraan Selangor pada malam ini, pasti perebutan tahta liga super menjadi semakin sengit.

Dan jika Selangor berjaya mengutip mata penuh, pasti mereka akan bertambah selesa kerana Terengganu yang akan bertandang ke Sabah juga tentu saja akan menghadapi tentangan sengit daripada tuan rumah.

Ikuti perlawanan Kelantan menentang Selangor ini secara langsung di Astro Arena 801 pada jam 8:45 malam. Dan sekiranya anda tidak berpeluang untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung, blog ini akan memaparkan keputusan terkini membabitkan pertemuan dua pasukan tersebut.

Sila refresh page ini seberapa kerap yang boleh untuk melihat keputusan terkini.


Kelantan 1- 0 Selangor
(tamat perlawanan)



Drama Bersiri JUVANA TV3 Best!

Semalam Belalang berkesempatan untuk menyaksikan siri pertama drama bersiri terbaru TV3 iaitu JUVANA. Apa yang boleh Belalang simpulkan pada siri pertama itu, cerita ini best dan mungkin mampu menyebabkan remaja-remaja kita yang suka melakukan jenayah terfikir 2, 3 kali samada mahukah satu hari nanti tertangkap dan dihantar ke sekolah begitu?

Walaupun baru siri pertama, namun jalan cerita yang mendebarkan menyebabkan hati ini meronta-ronta untuk menonton sambungan siri Juvana dan melihat apakah yang akan berlaku seterusnya.

Kepada yang terlepas untuk menyaksikan siri pertama drama Juvana, di bawah ni Belalang sertakan sedikit sipnosis jalan cerita tersebut. Mungkin pada minggu hadapan anda mempunyai kesempatan untuk menonton dan dapat memahi jalan cerita dengan membaca sipnosis ini.

------------------------------------------

JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut. 

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan. 

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar. 

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut. 

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Selepas Dilaporkan Hilang, Guru Ditemui Mati

Seorang guru Sekolah Menengah King Edward Taiping yang dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, di sini dua hari lalu ditemui mati hari ini.

Mayat Abdullah Zubir Ismail, 29, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan bukit itu dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan penyelamat pada jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd Yusof Diah, berkata mayat guru itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jitra, Kedah.
"Siasatan awal mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung.

"Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah," katanya di sini hari ini.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan guru itu daripada rakannya petang Ahad lalu.

Guru berkenaan dilapor hilang selepas keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi dan tidak pulang sehingga jam 7 petang.
Sementara itu, Ahmad Din Ahmad Zuki, 50, yang membuat laporan mengenai kehilangan rakannya itu, berkata Abdullah memang suka berjoging dan mendaki bukit seorang diri di kawasan Bukit Larut dan ini adalah kali keempat dia berbuat demikian.

"Abdullah sudah berkahwin dan tinggal di asrama sekolah. Dia mengajar di sekolah Menengah King Edward Taiping sejak dua tahun lalu.

"Semalam (Isnin) sepatutnya dia mengajar...ramai di kalangan guru sekolah tidak mengetahui kehilangannya dan terkejut apabila mendapati dia ditemui mati di kawasan bukit itu hari ini," kata Ahmad Din yang juga seorang guru.

- BERNAMA

Isnin, 25 April 2011

Giveaways Julung Kalinya Dari Cik Tom

Wah! Belalang nak join! Belalang nak join! Selain daripada nak support Cik Tom kawan baik Belalang di alam maya, Belalang jugak tertarik dengan hadiah yang ditawarkan iaitu pakej hosting dari netKL yang berharga RM100!

Best tu best... Lagi pun pemenang akan dipilih oleh Cik Tom secara cabutan bertuah. Jadi peluang terbuka kepada semua peserta untuk menang. Cuba jela nasib, untung kelapa timbul, untung batu tenggelam (betul ka?cam silap jer)

Salah satu syarat Cik Tom peserta perlu cerita kelebihan blog kita sendiri. Alamak, apa yang melebih-lebihnya blog Belalang nih ye? Emm... Emm... Rasanya kelebihan blog ini ialah pada entry Belalang yang ada sedikit sindiran dalam setiap entry yang Belalang hasilkan sendiri. Ye ke? Itu bukan Belalang cakap tau. Cik Tom yang kata begitu satu masa dahulu. Hahaha

G.A ni akan berjalan hingga 24 Mei 2011, jadi ada masa lagi bagi sape-sape nak join G.A ni. Untuk join dan melihat syarat G.A, klik sini.

10 Jari Manusia Ditemui Berhampiran KTMB Kuang

Seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Kuang, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah berkata, Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari-jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih kira-kira pukul 10 pagi.

Menurutnya, turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik tersebut, katanya.

"Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," katanya perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang dari tempoh 24 jam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

- Bernama

Video Perlawanan Pelita Jaya vs Arema Indonesia 24 April 2011



Pelita jaya berjaya menewaskan Arema Indonesia dengan satu gol berbalas kosong. Untuk membaca ulasan penuh mengenai perlawanan tersebut, klik sini.

NTV7 Siarkan Perkahwinan William, Kate Secara Langsung

MASANYA kini sudah tiba untuk Westminster Abbey meraikan ikatan cinta agung dua ikon dunia, Putera William dan Kate Middleton. Sejarah bakal dilakar dengan perkahwinan antara putera raja Britain itu dengan kekasihnya, yang akan berlangsung pada 29 April ini.

Rakyat Malaysia juga berpeluang berkongsi detik bersejarah ini kerana hanya ntv7 saluran televisyen percuma yang bakal menyiarkannya secara langsung. Tontonilah perkahwinan teragung dekad ini itu pada Jumaat ini, dari jam 3 petang hingga 8.30 malam, yang menampilkan laporan eksklusif oleh kru ntv7 di London.

Lintas langsung majlis ini disiarkan di berita ntv7 dalam ketiga-tiga bahasa, Edisi 7, 7 Edition dan Mandarin 7, bermula pada 22 April dengan laporan terkini persiapan majlis perkahwinan terbabit.
Satu-satunya stesen TV tempatan percuma yang akan menyiarkan majlis gilang-gemilang ini, kru ntv7 akan ditempatkan di British Academy untuk mendapatkan gambaran jelas perkahwinan ini ketika siaran langsungnya nanti.

Penerbit dan penyampai berita bahasa Melayu ntv7, Edisi 7, Azlinda Salim, antara kru ntv7 ke London berkata, keluarga diraja British ialah antara yang paling diminati di dunia, dan mereka amat teruja berpeluang membabitkan diri dalam majlis diraja terbesar Britain, dengan menyiarkan majlis perkahwinan ini secara langsung.

“Kami sudah membuat segala persiapan yang diperlukan untuk memastikan aspek teknikal bagi lintas langsung ini berjalan lancar. Saat untuk menyiarkan detik eksklusif majlis perkahwinan diraja ini khas untuk penonton kami amatlah dinantikan,” tambah Azleena Najri, penerbit dan penyampai berita bahasa Inggeris ntv7, 7 Edition.

Bersama Azlinda dan Azleena ialah Lee Siad Huey, penyampai berita yang akan membawakan lintas langsung acara ini kepada penonton berita Mandarin saluran ini, berserta lima lagi kru yang lain. Ketiga-tiga penyampai berita ini akan menemuramah mereka yang berkaitan dengan perkahwinan ini, selain memberikan kupasan majlis yang bakal memukau seluruh dunia ini kepada penontonnya.
Saluran Ceria Anda juga akan menampilkan ulasan ekslusif oleh penyampai ternama dari BBC News, Huw Edwards. Wartawan dan penyampai berita BBC News at Ten dari Wales yang pernah memenangi anugerah BAFTA ini akan memberi ulasan menarik pada majlis perkahwinan itu nanti, selain temuramah eksklusif dengan teman rapat pasangan dan keluarga diraja berkenaan.

Tetamu yang akan ditemuramah di studio BBC termasuklah sejarawan, pakar fesyen, dan hadirin yang dijemput ke majlis terkemuka ini.

Tiga jam sebelum berlangsungnya perkahwinan, Edwards akan mengupas keadaan yang berlaku di sekitar istana, selain melaporkan keterujaan dan semangat mereka di sekitar kawasan pusat bandar kota London dan kawasan utama lain seperti St Andrews dan kampung halaman Kate di Bucklebury.

Perarakan perkahwinan ini akan diikuti dari mula hinggalah acaranya berakhir di Istana Buckingham. Edwards juga akan mengulas mengenai impak majlis gilang-gemilang ini terhadap seluruh dunia.

Mayat Kanak-kanak Lelaki Dalam Beg

Mayat kanak-kanak lelaki berusia setahun lebih berpakaian lengkap ditemui dalam beg pakaian berhampiran jalan susur masuk ke hentian tol Bandar Baharu di Kilometer 175 dari arah Utara, pada jam 5.45 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris berkata, mayat kanak-kanakdipercayai berketurunan India itu ditinggalkan tidak sampai sehari kerana keadaannya masih lembut dan tidak berbau.

"Mayat itu disumbatkan dalam beg kanvas ditemui sekitar kawasan pasu bunga berdekatan tiang elektrik di plaza tol Bandar Baharu.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, polis menemui kesan lebam di kepala mangsa, manakala hidungnya berair. Selain itu, tiada kesan atau tanda lain ditemui," katanya.

Menurutnya, kes itu akan siasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kematian kanak-kanak.

Beliau berkata, mayat itu dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

"Bagaimanapun, pihak hospital mengarahkan polis menghantar mayat mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk pemeriksaan doktor pakar. Sehingga kini, polis masih mencari keluarga mangsa," katanya.

Helmi turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu atau mereka kehilangan anak, supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu di talian 04-4077222.

Ahad, 24 April 2011

Keputusan Pelita Jaya vs Arema Indonesia 24 April 2011 | Pelita Jaya Menang 1 Gol

Terlupa ya amat Belalang yang ada game Pelita Jaya arini. Nasib baik la dua rakan blogger ni Assoy dan Tuan Penasihat buat entry pasal kemenangan nih.

Di khabarkan yang Pelita Jaya berjaya memperolehi tiga mata penuh apabila berjaya menewaskan lawan mereka Arema Indonesia dengan jaringan 1 gol berbalas 0.

Namun begitu jaringan itu bukanlah dijaringkan oleh penyerang sensasi kita Safee Sali. Sebaliknya pemain yang bernama Joko Sasongko yang menjaringkan gol kemenangan Pelita Jaya.

Tahniah kepada pasukan Pelita Jaya. Semoga mereke akan terus berjaya memperolehi kemenangan pada perlawanan-perlawanan akan datang.



Pelita Jaya 1 - 0 Arema Indonesia


PM - Kerajaan Tak Takut Akan Pandangan Blogger

Kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan penting yang berlandaskan sikap saling menghormati. Mungkin kita tidak boleh mempunyai pendapat yang serupa sepanjang masa, tapi kita tidak boleh bermusuhan.

"Apa yang penting bagi kita ialah mengetengahkan pandangan anda (penulis blog), termasuklah pandangan yang bersifat membina dan dengan cara ini kita dapat sama-sama membina sebuah negara Malaysia dan masa depan yang lebih baik untuk kita,” kata Najib dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di sini hari ini.

Turut hadir penaung Blog House Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, presiden Blog House Malaysia Syed Akbar Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Najib berkata era ”kerajaan tahu semuanya” sudah berlalu dan kini kerajaan perlu mengetahui pandangan serta kritikan para penulis blog yang mewakili masyarakat Malaysia.

- Bernama

Gambar AC Mizal, Isteri Dan Mamat Khalid Sertai Umno



Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya, Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk UMNO di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai ahli parti itu hari ini. 

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata, beliau menyertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.
"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (UMNO) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya ketika program anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat. 

AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan. 

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan UMNO yang popular dengan slogan "Dulu, Kini dan Selamanya...tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya. 

AC Mizal berkata, beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda UMNO dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti. 
"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya. 

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata, beliau turut memilih untuk bersama-sama UMNO Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya. 

Isterinya, Emylia berasal dari sini. 

Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata, beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.

- BERNAMA 

Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) Pimpinan Raja Petra Bertanding Pilihanraya Akan Datang

Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) yang dipimpin pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, merancang untuk meletakkan 30 calon untuk bertanding pada pilihan raya umum di Malaysia.

Presiden MCLM, Haris Ibrahim, berkata calon-calon itu akan bertanding kerusi parlimen sebagai calon Bebas kerana MCLM bukan sebuah parti politik.

"Kita telah melantik agensi pengurusan risiko (penyiasat persendirian) untuk meneliti latar belakang termasuk biodata, harta dan status kewangan dan juga memantau bakal calon," katanya dalam dialog MCLM dengan rakyat Malaysia yang menetap di sini, malam tadi.
Beliau berkata, MCLM yang ditubuhkan pada 2004 belum mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan tetapi mereka telah dibenarkan bergiat secara sah di London, Oktober tahun lalu.

Haris berkata, beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum itu kerana beliau akan berkempen untuk calon-calonnya.

Raja Petra, pengasas dan editor blog Malaysia Today yang juga Pengerusi MCLM berkata: "Kami mahu menukar kerajaan tetapi bukan untuk menjadi kerajaan. Kami mahu menjadi sebahagian daripada pergerakan untuk menukar kerajaan"

Beliau berkata, MCLM sedang dalam proses untuk menubuhkan cawangannya di bandar-bandar utama di dunia.
Thailand adalah cawangan ketiga selepas Australia dan New Zealand.

Raja Petra, lari meninggalkan Malaysia pada 2008 selepas didakwa memfitnah tiga orang termasuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui akuan bersumpahnya berhubung pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Ketika dialog itu, beliau mengulangi pendiriannya bahawa beliau telah didakwa secara salah kerana beliau tidak membuat tuduhan terhadap mereka tetapi terhadap sumbernya, seorang pegawai tentera berpangkat kolonel yang memberikannya maklumat.

Raja Petra berkata, pergerakan itu mengenengahkan agenda Malaysia dan bukan berdasarkan agenda perkauman.

"Sebagai contoh, MCLM boleh menggerakkan demonstrasi anti-ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di seluruh bandar utama di dunia serentak dengan Kuala Lumpur pada masa depan," kata Haris.

- BERNAMA

Ashraf Muslim Dan Noor Dayana Rancang Nikah Di Makkah

Pelakon Ashraf Muslim kini tinggal selangkah ke alam perkahwinan setelah mengikat tali pertunangan dengan Noor Dayana Lokman, semalam.

Majlis yang berlangsung di rumah Dayana di Gombak itu menyaksikan rombongan Ashraf menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan.

Mereka berdua kelihatan ayu dan segak dalam persalinan berwarna putih dan ungu rekaan Ezuwan Ismail.

Gadis pilihan Ashraf itu kini sedang sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka.

Menurut Ashraf, mereka merancang untuk mengadakan upacara pernikahan pada 1 Syawal ini di Tanah Suci Makkah.

“Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini,” katanya sejurus selepas majlis pertunangan.

Mengulas mengenai perkenalannya dengan Dayana, Ashraf berkata, dia sering berjumpa dengan calon isterinya itu di kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak.

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan saya selesa apabila bersama dengannya.

“Yang penting, saya tertarik dengan sikapnya yang suka merendah diri, baik hati serta sering menasihati saya,” katanya.

Dalam majlis pertunangan itu, Ashraf turut mengadakan upacara perasmian kliniknya yang disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perasmian klinik yang beroperasi sejak 11 tahun lalu itu adalah sempena penukaran nama baru setelah Ashraf menyertai rakan kongsinya yang juga bapa Dayana, Lokman Abdul Hamid.

-Sinar Harian

Lisa Surihani Dan Yusry KRU Bercinta? Dah Masuk Dua Bulan?

Ibarat bunga sedang berkembang, begitulah dapat disimpulkan mengenai hubungan mesra yang terjalin antara pengarah, Yusry Abdul Halim dan aktres Lisa Surihani. Meskipun kedengaran klise, kedua-keduanya tidak menafikan rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

Bagai mengiyakan lagi hubungan mesra itu, Yusry memegang tangan Lisa yang menjerit ketakutan di dalam pawagam ketika menonton filem Seru bersama.

Mengulas mengenai insiden itu, Lisa berkata dia dan Yusry bukan sengaja mahu mempamerkan kemesraan dan tidak merasakan Yusry mahu mengambil kesempatan.

“Saya memang penakut apatah lagi bila menonton filem seram. Yusry ketika itu hanya mahu menenangkan saya. Saya rasa ia tidak seharusnya diperbesar-besarkan.

“Ya, saya akui rapat dengan Yusry semenjak dua bulan lalu. Saya senang berkawan dengannya kerana dia bijak, sopan-santun, mempunyai visi dan misi dalam hidup. Kami juga banyak berbual dan berbincang mengenai pelbagai topik,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya apakah dia tidak kisah memilih duda sebagai calon hidup, Lisa berkata dia tidak meletakkan apa-apa kriteria mengenai calon suaminya.

“Soal jodoh pertemuan, Allah tentukan. Sebagai hambanya, saya tidak pernah meletakkan sebarang kriteria tentang calon suami. Saya mahu ia berlaku secara semula jadi.

“Sebagai wanita, saya rasa tidak manis jika saya bercakap secara berlebihan mengenai hubungan ini. Masih terlalu awal untuk saya meramal apa yang akan berlaku selepas ini,” jelas Lisa.

Sementara itu, Yusry yang dihubungi Sinar Harian mengakui selesa bersama Lisa dan menyifatkan Lisa sebagai wanita paling rapat dengannya sekarang.

“Saya rasa perkataan intim yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini mungkin kurang tepat. Tapi saya akui kami rapat. Cuma masih terlalu awal untuk saya mengatakan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

“Lisa seorang yang sopan, baik budi pekerti dan saya selesa bila berada di sisinya. Saya akui, bila ada masa terluang, saya akan keluar bersama Lisa. Jika benda itu berlaku, saya tidak kisah mengakui perkara yang berlaku.

“Buat masa ini saya masih belum membawa Lisa berjumpa keluarga. Masih terlalu awal untuk berbicara soal perkahwinan. Apa yang penting saya ikhlas mahu berkawan dengan Lisa,” katanya.

Mengulas mengenai isu memegang tangan Lisa baru-baru ini, Yusry berharap perkara itu tidak diperbesarkan kerana dia hanya mahu menenangkan Lisa yang ketakutan ketika itu.

-Sinar Harian

Que Haidar Nafi Dia Dan Linda Jasmine Minum Arak

“Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.

“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.

“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.


“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.


Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.

“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.


Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.


“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.


“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.


Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.


“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya.

-Hmetro

Cico Nafi Terlibat dengan Mana-mana Parti Politik

Pelakon bertubuh sasa yang juga anak penyanyi serta pelakon popular 1970-an, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Cico, 32, tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana parti politik selepas gambarnya tersiar bersama Bob Lokman di beberapa blog kebelakangan ini.

Malah, anak tunggal Uji Rashid itu memberitahu Metro Ahad, dia tidak berminat berpolitik kerana kurang arif dalam bidang itu yang disifatkannya sebagai rumit.

“Itu hanya kebetulan dan gambar itu dirakam di Masjid Al Azim, Pandan, Selangor selepas kuliah Maghrib.

“Saya memang sering ke masjid berkenaan kerana ia berdekatan rumah... jika hendak kaitkan saya dengan politik, saya minta maaf kerana saya kurang arif mengenainya,” katanya ketika ditanya mengenai komen blog berkenaan yang mendakwa kehadiran Cico hanya kebetulan, tapi mungkin juga dia menerima hidayah Pas yang kini mahu mengumpul seberapa ramai artis bagi menarik perhatian pengundi muda.

Berdasarkan gambar berkenaan, Cico dilihat berdiri di tengah-tengah antara Bob dan seorang lelaki sambil tertawa.

“Kami hanya terserempak dan rasanya tiada salah saling menegur kerana mengenali satu sama lain.

“Tujuan saya ke masjid adalah menunaikan solat jemaah kerana ia (masjid) berdekatan tempat tinggal saya dan bukan kerana ada undangan khas.

“Terus terang, saya kurang bijak dalam hal politik kerana ia perkara rumit. Malah, saya gembira dengan kerajaan pimpinan sekarang dan saya ke masjid kerana ia tuntutan agama,” katanya.

Ditanya mengapa beliau kini jarang dilihat di layar perak atau kaca televisyen, beliau berkata, aktiviti seninya kini terhad dan hanya menumpukan perhatian jika menerima tawaran dengan skrip sesuai.

“Saya belum bersara daripada dunia lakonan, malah belum puas berlakon. Kemunculan saya kali ini berpandukan pada tawaran skrip drama atau filem sesuai.

“Jujur, saya belum terfikir untuk bersara kerana lakonan adalah minat saya. Cuma sekarang saya sibuk dengan hobi menyelam,” katanya.

Selepas menyepikan diri, dia kini lebih menekankan kepada kualiti dalam setiap lakonannya berbanding sebelum ini.

“Kalau dulu saya menerima tawaran tanpa mengambil kira skrip atau watak kerana pendapatan kurang stabil namun selepas ekonomi saya stabil, saya lebih berhati-hati dalam pemilihan drama atau filem, menyebabkan kehadiran saya di kaca televisyen berkurangan,” katanya.

-Hmetro
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com