Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label keputusan pelita jaya vs persib bandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keputusan pelita jaya vs persib bandung. Papar semua catatan

Ahad, 24 April 2011

Keputusan Pelita Jaya vs Arema Indonesia 24 April 2011 | Pelita Jaya Menang 1 Gol

Terlupa ya amat Belalang yang ada game Pelita Jaya arini. Nasib baik la dua rakan blogger ni Assoy dan Tuan Penasihat buat entry pasal kemenangan nih.

Di khabarkan yang Pelita Jaya berjaya memperolehi tiga mata penuh apabila berjaya menewaskan lawan mereka Arema Indonesia dengan jaringan 1 gol berbalas 0.

Namun begitu jaringan itu bukanlah dijaringkan oleh penyerang sensasi kita Safee Sali. Sebaliknya pemain yang bernama Joko Sasongko yang menjaringkan gol kemenangan Pelita Jaya.

Tahniah kepada pasukan Pelita Jaya. Semoga mereke akan terus berjaya memperolehi kemenangan pada perlawanan-perlawanan akan datang.



Pelita Jaya 1 - 0 Arema Indonesia


Sabtu, 12 Mac 2011

Keputusan Liga Super 12/03/2011 & Pelita Jaya vs Persib Bandung 12/03/2011

Berikut adalah keputusan penuh bagi perlawanan-perlawanan liga super 2011 malam ini. Keputusan perlawanan di antara Sabah menentang Harimau Muda tidak dapat diperolehi. Harap maaf...


Felda United 2 - 0 Perlis
(tamat perlawanan)

Kedah 2 - 1 Terengganu
(tamat perlawanan)

N. Sembilan 1 - 2 Selangor
(tamat perlawanan)

Pahang 2 - 0 Kelantan
(tamat perlawanan)

T-Team 0 - 0 Perak
(tamat perlawanan)


----------------------------------------------------

Pelita Jaya 1 - 2 Persib Bandung
(tamat perlawanan)

Pelita Jaya vs Persib Bandung 12/03/2011: Aksi Kedua Safee Sali



Malam ini Safee Sali bakal beraksi untuk perlawanan kedua menentang Persib Bandung. Perlawanan ini bakal menguji kekuatan Pelita Jaya dan juga Safee Sali memandangkan Persib Bandung dibarisi sebahagian besar pemain-pemain nasional negara itu.

Perlawanan yang akan bermula pada pukul 8 malam ini, menjadi perhatian ramai peminat bola dan juga peminat Safee Sali untuk melihat samada beliau dapat mengulangi aksi cemerlang seperti perlawanan pertama menentang Srivijaya FC yang menyaksikan Pelita Jaya menang dengan gol tunggal oleh Safee Sali.

Jika berkesempatan Belalang akan menulis mengenai keputusan perlawanan itu selepas sahaja tamat perlawanan. Diharap Safee Sali memberi aksi yang terbaik dan konsisten dalam perlawanan malam ini.



Klik link dibawah untuk mengetahui keputusan perlawanan
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com