Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label bola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola. Papar semua catatan

Selasa, 17 Mei 2011

Final Piala FA 2011 | Kelantan vs Terengganu

Kelantan dan Terengganu mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini selepas mengatasi lawan masing-masing secara agregat pada perlawanan separuh akhir kedua, hari ini.

Kelantan layak ke perlawanan akhir dengan agregat 6-2 selepas seri 1-1 dengan Selangor di Kota Bharu manakala Terengganu mara dengan agregat 5-2, setelah mengalahkan Pahang 2-0 di Kuantan.

- Utusan

Rabu, 11 Mei 2011

Bekas Pemain Bola selangor | Saravanan Dipenjara 14 Hari

Bekas pemain bola sepak Selangor, S. Saravanan dihukum penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM300 ketika bertugas sebagai pegawai jualan di Jabatan Jualan dan Pemasaran Guthrie, enam tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut selepas Saravanan, 36, menukar pengakuannya kepada bersalah dan memerintahkan tertuduh dipenjarakan 10 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Saravanan didakwa menerima suapan RM300 daripada Abdul Rahman Mohamed sebagai dorongan membantu mangsa menguruskan pinjaman perumahan daripada sebuah bank bagi pembelian rumah kos rendah milik Guthrie Property Development Holdings Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat jualan syarikat tersebut di Persiaran Tebar Layar Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini pada pukul 5.05 petang, 11 November 2005.

Terdahulu, peguam bela K. Perisamy yang mewakili Saravanan memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya menanggung tiga anak, isteri serta ibu bapanya dengan pendapatan lebih kurang RM3,000 sebulan sebagai ejen hartanah.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yusliza Mohd. Yusof memohon hukuman setimpal memandangkan tertuduh telah membuang masa mahkamah kerana hanya mengaku bersalah selepas 10 saksi pendakwaan memberikan keterangan.

Pada 2 Februari 2009, Saravanan dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah sama atas tuduhan bersetuju menerima suapan RM500 daripada Abdul Rahman.

Jumaat, 6 Mei 2011

Keputusan Liga Super 6 May 2011

Saingan liga super 6 May 2011 diteruskan lagi dengan 7 perlawanan yang menarik membabitkan 14 pasukan liga super. Pasukan-pasukan yang bakal berentap pada malam ini ialah Felda United menentang Harimau Muda A, Kelantan bertemu Kedah, Perak melayan kunjungan Pahang, Perlis bertemu T-Team, Selangor menentang Johor FC, Terengganu menentang Kuala Lumpur dan Sabah melayan kunjungan Negeri sembilan.

Perlawanan-perlawanan yang dijangka menarik ialah pertemuan Kelantan menentang Kedah dan Selangor bertemu Johor FC. Kedah yang sekadar seri sebelum ini di Stadium Darul Aman mungkinkah akan mencipta kejutan di gelanggang tuan rumah Kelantan?

Sama-sama kita nantikan keputusan penuh pada malam ini. Kesemua perlawanan akan di update semasa perlawanan berlangsung dimana bila ada jaringan dilakukan oleh mana-mana pasukan terus akan di update di sini. Sila refresh page ini seberapa kerap yang boleh untuk melihat keputusan semasa.



Sabah 1 - 0 N. Sembilan
(tamat perlawanan)



Felda United 2 - 0 Harimau Muda A
(tamat perlawanan)
 
Kelantan 2 - 0 Kedah
(tamat perlawanan)
 
Perak 0 - 0 Pahang
(tamat perlawanan)
 
Perlis 2 - 1 T-Team
(tamat perlawanan)
 
Selangor 3 - 2 Johor FC
(tamat perlawanan)
 
Terengganu 4 - 0 K. Lumpur
(tamat perlawanan)




LIVE STREAMING! Kelantan vs Kedah 6 Mei 2011

Berita baik kepada penyokong pasukan Kelantan dan Kedah. Perlawanan pada malam ini akan dapat disaksikan secara live streaming!!! Sangat berterima kasih kepada RED VISION TV

Jangan Lupa saksikan perlawanan di antara Kelantan vs Kedah pada pukul 8:45 malam ini.



         
Streaming live video by Ustream


Untuk melihat keputusan lain-lain perlawanan, klik link dibawah -




Selasa, 3 Mei 2011

Keputusan Terkini Liga Super 03 Mei 2011 | Keputusan Penuh Liga Super 03 Mei 2011

Saingan liga super 3 Mei 2011 semakin sengit, semakin panas. Kedudukan teratas liga masih terbuka untuk direbut bagi beberapa pasukan. Kelantan tentu sahaja mahu terus kekal menerajui carta liga sementara Selangor pula sudah tentu akan memberikan tekanan.

Dan jangan lupa juga kepada pasukan Terengganu yang hanya menanti kesilapan daripada dua pasukan teratas itu untuk turut merasa berada di puncak liga super.

Jangan lupa untuk ikuti keputusan perlawanan-perlawanan liga super pada malam ini di sini. Setiap keputusan akan di update secepat mungkin. Sila refresh page ini untuk melihat keputusan terkini.



Kedah 1 - 1 Sabah
(tamat perlawanan)

Johor FC 0 - 1  Kelantan
(tamat perlawanan)
 
Kuala Lumpur 1 - 3 Selangor
(tamat perlawanan)
 
Negeri Sembilan 3 - 1 Perak
(tamat perlawanan)
 
Pahang 0 - 0 Felda United
(tamat perlawanan)
 
Terengganu 3 - 1 Perlis
(tamat perlawanan)

Sabtu, 30 April 2011

Keputusan Terkini Liga Super 30 April 2011

Berikut adalah 5 perlawanan liga super 30 april 2011 yang membabitkan 10 pasukan iaitu Felda United lawan Negeri Sembilan, Johor FC bertemu Sabah, Kelantan melayan kunjungan Kuala Lumpur, T-Team bertemu Pahang dan Perlis akan menentang Harimau Muda.

Keputusan perlawanan akan di update sebaik sahaja perlawanan bermula hinggalah perlawanan tamat. Sila refresh page ini seberapa kerap yang boleh untuk melihat keputusan terkini.


Felda United 2 - 2 N. Sembilan
(tamat perlawanan)

Johor FC 3 - 0 Sabah
(separuh masa kedua)

Kelantan 2 - 0  K. Lumpur
(tamat perlawanan)

T-Team 0 - 0 Pahang
(tamat perlawanan)

Perlis 1 - 2 Harimau Muda
(tamat perlawanan)


Sabtu, 23 April 2011

Keputusan Sabah vs Selangor 23 April 2011 | Live Update Sabah vs Selangor 23 April 2011

Dalam misi untuk terus kekal sebagai pendahulu liga, Selangor dilihat akan cuba mencari mata penuh malam ini apabila bertemu Sabah pada malam ini. Melihat kepada kemampuan Selangor, rasanya mereka tiada masalah untuk mencipta kemenangan pada malam ini.

Apa-apapun Selangor tidak boleh begitu berasa selesa atau memandang rendah pada lawan mereka kerana Sabah juga dilihat mampu mencipta kejutan kerana memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri.

Keputusan perlawanan akan terus di update apabila terdapat jaringan-jaringan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Refresh page ini seberapa kerap yang boleh untuk melihat kedudukan semasa.


Sabah 1 - 2 Selangor
(tamat perlawanan)


Selasa, 19 April 2011

Keputusan Liga Super 19 April 2011

Malam ini selangor bakal menentang Sabah dalam misi untuk mengekalkan tahta peneraju liga super. Kelantan yang dilihat memperolehi beberapa keuptusan yang tidak memihak kepada mereka sebelum ini, dilihat mampu mencipta kemenangan apabila lawan mereka Perlis adalah antara pasukan tercorot liga super kini.

Kesemua perlawanan akan dibawa secara live update. Sila refresh page ini untuk melihat keputusan terkini.


Pahang 1 - 1 N. Sembilan
(tamat perlawanan)

T-Team 1  - 1 Johor FC
(tamat perlawanan)
Felda United 2 - 1 K. Lumpur
(tamat perlawanan)
Perak 1 - 1 Terengganu
(tamat perlawanan)

Selangor 1 - 0 Sabah
(tamat perlawanan)

Perlis 1 - 5 Kelantan
(tamat perlawanan)


Ahad, 17 April 2011

Keputusan Liga Super 16 April 2011

Selepas berjaya mengaibkan Kelantan dengan jumlah jaringan yang besar, mampukah Perak mencalarkan pula ego pasukan selangor pada pertemuan malam ini? Tidak dinafikan Selangor sebuah pasukan yang kuat namun Perak juga sedang meningkat dari segi mutu permainan mereka. Memang best betul liga super musim ini kerana setiap pasukan seperti memiliki kekuatan tersendiri.

Malam ini kita bakal menyaksikan perlawanan-perlawnan diantara Johor FC menentang Harimau Muda, Kedah menentang Pahang, Kelantan menentang Sabah, Kuala Lumpur menentang T-Team, Perlis menentang Negeri Sembilan dan Selangor menentang Perak.

Perlawanan ini dibawa secara live update. Sila refresh page ini untuk melihat keputusan terkini.



Johor FC 0 : 1 Harimau Muda
(tamat perlawanan)

Kedah 1 : 0 Pahang
(tamat perlawanan)

Kelantan 0 : 0 Sabah
(tamat perlawanan)

K. Lumpur 3 : 1 T-Team
(tamat perlawanan)

Perlis 3 : 2 N. Sembilan
(tamat perlawanan)

Selangor 1 : 0 Perak
(tamat perlawanan)



Keputusan Liga super 15April 2011
Terengganu 1 : 0 Felda United
(tamat perlawanan)

Selasa, 12 April 2011

Keputusan Liga Super 12 April 2011

Malam ini saingan Liga Super Malaysia akan diteruskan lagi dimana menyaksikan Kelantan dan selangor berkongsi mata yang sama. Namun kelebihan jaringan menyebabkan Kelantan menerajui carta liga.

Perlawanan-perlawanan malam ini membabitkan Felda United menentang Selangor, Harimau Muda menentang Kuala Lumpur, Negeri Sembilan menentang Kedah, Pahang menentang Johor FC, T-Team menentang Terengganu, Perak menentang Kelantan dan Sabah menentang Perlis.

Kesemua perlawanan akan dibawa secara live update. Sila refresh page ini untuk melihat keputusan semasa.


Sabah 2 - 2 Perlis
(tamat perlawanan)

Felda United 0 - 1 Selangor
(tamat perlawanan)

Harimau Muda 1 - 0 K. Lumpur
(tamat perlawanan)

N. Sembilan 0 - 2 Kedah
(tamat perlawanan)

Pahang 0 - 0 Johor FC
(tamat perlawanan)

T-Team 0 - 1 Terengganu
(tamat perlawanan)

Perak 4 - 0 Kelantan
(tamat perlawanan)

Sabtu, 9 April 2011

Keputusan Liga Super 9 April 2011

Saingan Liga Super Malaysia dilihat semakin panas dimana pasukan teratas yang menerajui carta liga masih belum dapat menarik nafas lega. Apakah malam ini tuah masih menyebelahi Selangor? Adakah Perak akan terus mengekori rapat mendahulu liga super itu? Bagaimana pula dengan nasib Kelantan?

Sama-sama kita nantikan keputusan perlawanan malam ini yang akan dibawa secara live update. Sila refresh page untuk melihat keputusan terkini.


Johor 0 - 0 N. Sembilan
(tamat perlawanan)

Kelantan 6 - 0 Felda United
(tamat perlawanan)


K. Lumpur 0 - 0 Pahang
(tamat perlawanan)


Selangor 0 - 2 T - Team
(tamat perlawanan)


Terengganu 3 - 1 Harimau Muda
(tamat perlawanan)

Sabah 2 - 1 Perak
(tamat perlawanan)




Keputusan Liga Super 8 April 2011

Perlis 0 - 1 Kedah
(tamat perlawanan)



Rabu, 6 April 2011

Ahmad Yusof Masih Bersama KFA?



Ahmad Yusof adalah jurulatih pasukan bola sepak Kedah yang baru-baru ini telah direhatkan akibat daripada prestasi pasukan Kedah yang dilihat tidak konsisten. Akhbar Sinar Harian telah melaporkan yang Ahmad Yusof telah dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkuat kuasa semalam.

Namun apabila Belalang menjengah ke group Penyokong Setia Hijau Kuning(PSHK) di Facebook, lain pula ceritanya. Menurut admin PSHK Ahmad Yusof masih lagi bersama KFA cuma telah ditukar ke akademi pembangunan Kedah.

PSHK juga menyatakan kesal dengan fakta tidak betul dari akhbar Sinar Harian. Nampaknya ada kesalahan fakta yang telah diambil oleh wartawan Sinar Harian. Walaupun hal ini kecil, namun diharap tidak akan berulang lagi terus-terusan menyampaikan berita yang tidak tepat.


Selasa, 5 April 2011

Keputusan Liga Super 05 April 2011

Sebanyak enam perlawanan akan berlangsung pada malam ini membabitkan pertemuan antara Kedah menentang Johor, Negeri Sembilan menentang Kuala Lumpur, Harimau Muda A menentang Selangor, T-Team menentang Kelantan, Felda United menentang Sabah dan Perak menentang Perlis.

Berikut keputusan penuh perlawanan-perlawanan tersebut

Kedah 1 - 2 Johor
(tamat perlawanan)

N. sembilan 0 - 1 K. Lumpur
(tamat perlawanan)

Harimau Muda A 1 - 2 Selangor
(tamat perlawanan)

T-Team 4 - 3 Kelantan
(tamat perlawanan)

Felda United 1 - 1 Sabah
(tamat perlawanan)

Perak 2 - 1 Perlis
(tamat perlawanan)


Sabtu, 2 April 2011

Keputusan Liga Super 02 April 2011

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga super malam ini. kesemua permainan telah pun tamat sebentar tadi. Tahniah kepada pasukan yang berjaya.

T-Team 3 - 0 Sabah
((tamat perlawanan)

Perak 1 - 0 Felda United
(tamat perlawanan)

K. Lumpur 0 - 1 Kedah
(tamat perlawanan)

Selangor 2 - 1 Pahang
(tamat perlawanan)

N. Sembilan 1 - 1 Terengganu
(tamat perlawanan)


Perlis 2 - 2 Johor 
(tamat perlawanan)


Keputusan Perlawanan Liga Super Kelmarin

Kelantan 2 - 1 Harimau Muda A
(tamat perlawanan)





Isnin, 28 Mac 2011

Pemain Brazil Neymar Dihina Berbaur Perkauman

LONDON 28 Mac - Penyerang Brazil, Neymar mendakwa dia menerima penghinaan berbaur perkauman oleh segelintir penyokongn sewaktu aksi persahabatan antarabangsa menentang Scotland di Stadium Emirates, semalam.


Neymar muncul hero selepas meledak kedua-dua jaringan untuk menjulang pasukannya melakar kemenangan selesa 2-0.


Selepas tamat perlawanan, dia memberitahu saluran televisyen Brazil, Sportv, yang dia dihina ketika bersiap sedia mahu mengambil sepakan penalti pada minit ke-77.


Saluran itu melaporkan bahawa sebiji pisang dilemparkan ke arah pemain Santos itu yang datangnya dari arah tempat duduk penyokong Brazil pada akhir babak kedua. - Agensi

-------------------------------------

Masih segar diingatan Belalang perbuatan Zidane menanduk dada pemain Itali, Metarrazzi gara-gara membuat provok kepada Zidane dengan melemparkan kata-kata yang berbaur perkauman.

Selasa, 22 Mac 2011

Skuad Bola Sepak Wanita Negara Dibubarkan

Kepada wanita-wanita sekalian yang berminat main bola atau berbakat dalam sukan itu, tunggu apa lagi? Skuad bola sepak wanita yang sediada dah dibubarkan. So kepada yang berminat cepat-cepat la pegi tawarkan diri. Mana la nak tau anda boleh mengharumkan nama negara ini di mata dunia. Hee...

--------------------------------

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk membubar skuad bola sepak wanita kebangsaan bagi meneruskan usaha mencari bakat baru sebelum membentuk pasukan lebih mantap pada masa depan.


Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, ekoran pembubaran itu, pemain lama yang berpengalaman akan dipertimbang untuk menjadi jurulatih pasukan bola sepak wanita negeri.


"Mereka akan membantu FAM mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus kejurulatihan akar umbi bola sepak wanita bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di sini hari ini.


Beliau berkata, sebelum menubuhkan kembali skuad bola sepak wanita, FAM akan memberi tumpuan kepada program berkaitan pembangunan akar umbi di seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai pemain bola sepak daripada golongan tersebut. Program pembangunan itu bermula April tahun lepas, namun hanya membabitkan beberapa sekolah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan. - Bernama

Azraai Khor Sah Jurulatih Negeri sembilan

Persoalan sebelum ini yang Belalang suarakan dalam entry Azraai Khor Jurulatih baru Negeri sembilan? telah terjawab apabila keputusan rasmi telah dicapai. Azraai sah akan membimbing pasukan Negeri Sembilan dalam menghadapi baki saingan liga super musim ini.

--------------------------------------


Tidak sampai tempoh seminggu Wan Jamak Wan Hassan meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, kini tugasnya diambil alih oleh jurulatih berpengalaman, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang berkuat kuasa, semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus Pasukan Negeri Sembilan, Datuk Abd. Halim Abd. Latif bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas jurulatih kelahiran Johor itu menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 17 Mac lalu.

''Keputusan melantik Mohd Azraai sebagai pengendali baru pasukan ini telah dicapai hasil daripada rundingan dan persetujuan antara pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dengannya, baru-baru ini.

''Kita tidak boleh biarkan jawatan ini dibiarkan kosong terlalu lama kerana musim sedang berjalan dan ia juga boleh terus merencatkan prestasi pasukan sekiranya kita tiada pemimpin yang berkaliber," katanya di sini, semalam.

Menurut Abd. Halim, bekas pengendali Harimau Muda A itu akan menjawat jawatan berkenaan berkuat kuasa, semalam melalui ikatan kontrak selama dua tahun.

''Kita memilih Mohd. Azraai kerana dia merupakan calon yang paling sesuai berdasarkan rekod cemerlang beliau membimbing Kedah untuk mendapat gelaran 'Treble' dua tahun berturut-turut pada tahun 2007 dan 2008.


Untuk membaca berita penuh, klik sini.

---------------------------------------------


Belalang ucapkan selamat menjalankan tugas di tempat baru. Apapun keputusan yang diambil Azraai, Belalang yakin itu yang terbaik untuk dirinya.

Ahad, 20 Mac 2011

Azraai Khor Jurulatih Baru Negeri Sembilan?

Siapa yang tidak mengenai Azraai Khor Abdullah bekas jurulatih pasukan Kedah yang pernah membawa pasukan itu memenangi tiga piala dua tahun berturut-turut. Selain itu Azraai juga pernah membimbing pasukan Harimau Muda A menjalani latihan ke Slovakia.

Azraai yang sebelum ini dikaitkan dengan kemungkinan kembali ke pasukan Kedah, kini mempunyai desas-desus yang baru. Terkejut juga dengan khabar angin ini. Sila lihat gambar print screen dibawah-



Nampak tak? Kalau tak seperti biasa la, sila klik pada gambar untuk pembesaran. Kononnya Azraai sedang berunding dengan Negeri sembilan berkemungkinan akan mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Wan Jamak akibat tindakannya yang meletak jawatan secara mengejut berikutan prestasi kurang memberansangkan pasukan Negeri Sembilan itu.

Secara personal, Belalang juga mengharapkan Azraai kembali membimbing pasukan Kedah. Mungkin dia boleh mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Kedah seperti pernah dia lakukan sebelum ini. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan ini. Mungkin ini hanya gosip bola sepak. Macam dunia artis pulak Azraai Khor ni. Hee..

Selasa, 15 Mac 2011

Keputusan Piala FA 15 March 2011

Berikut adalah keputusan piala FA 15 March 2011 yang telah berlangsung malam ini yang melibatkan pertemuan diantara Kelantan bertemu Felda United, Kuala Lumpur bertemu Pahang, Perak bertemu Terengganu dan Selangor bertemu Johor FA.



Kelantan 2 : 2 Felda United
(Tamat perlawanan)

K. Lumpur 1 : 2 Pahang
(Tamat perlawanan)

Perak 3 : 2 Terengganu
(Tamat perlawanan)

selangor 3 : 1 Johor
(Tamat perlawanan)



Sabtu, 12 Mac 2011

Keputusan Liga Super 12/03/2011 & Pelita Jaya vs Persib Bandung 12/03/2011

Berikut adalah keputusan penuh bagi perlawanan-perlawanan liga super 2011 malam ini. Keputusan perlawanan di antara Sabah menentang Harimau Muda tidak dapat diperolehi. Harap maaf...


Felda United 2 - 0 Perlis
(tamat perlawanan)

Kedah 2 - 1 Terengganu
(tamat perlawanan)

N. Sembilan 1 - 2 Selangor
(tamat perlawanan)

Pahang 2 - 0 Kelantan
(tamat perlawanan)

T-Team 0 - 0 Perak
(tamat perlawanan)


----------------------------------------------------

Pelita Jaya 1 - 2 Persib Bandung
(tamat perlawanan)
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com