Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 30 April 2011

VCD Seks Anwar Tersebar?

Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima sampul surat mengandungi cakera padat (CD) video seks membabitkan pelaku mirip Ketua Pembangkang di Kapar, Klang semalam.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira 10.30 pagi ini untuk membuat laporan polis itu, sebelum beredar keluar setengah jam kemudian.

"Semalam saya melawat pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kapar. Saya mendapati satu surat telah diterima yang dialamatkan kepada saya dan bertanda pos negara Thailand.

"Saya mendapati ada satu CD di dalamnya dan selepas menonton, video ini sama dengan video yang ditayangkan oleh kumpulan Datuk T di Carcosa Seri Negara.

Oleh itu, saya meminta siasatan dibuat terhadap mereka yang menyebarkan CD ini,” katanya kepada pemberita.

- Bernama

1 comments:

Abu Zafran berkata... Reply To This Comment

susah jugak..jenis nak memfitnah je...alamat dunia semakin dekat dengan kiamat...bila fitnah semakin menjadi2

undangan menyertai
Segmen : Mari Promote Blog

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com