Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Khamis, 28 April 2011

Mangsa Panas Baran Kekasih | Dibelasah Dalam Wad

Seorang lelaki sanggup membelasah teman wanitanya lebih 10 kali sejak menjalin hubungan cinta lima bulan lalu hanya kerana diminta mencari pekerjaan atau mahu memutuskan hubungan.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa yang sebelum ini dirawat kira-kira seminggu di sebuah hospital di sini, kerana dibelasah teman lelakinya itu sekali lagi dibelasah hanya kerana mangsa mahu memutuskan hubungan mereka dengan alasan tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya itu.
Mangsa dibelasah di dalam wad ketika teman lelakinya itu datang melawatnya. Walaupun terdapat beberapa pesakit lain dalam wad berkenaan tetapi teman lelaki mangsa tidak menghiraukannya sebaliknya terus menumbuk muka mangsa hingga lebam di bibir.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fiza, 36, berkata sebelum dimasukkan di hospital itu, dia dipukul, ditendang, diterajang dan dihentak dengan kepala oleh teman lelakinya di muka dan badan hingga cedera.

Katanya, pergaduhan tercetus apabila dia sudah tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya yang sering bertindak di luar batasan memukulnya lebih 30 minit.

10 comments:

mama aini berkata... Reply To This Comment

iskk...iskk kita bako aje !!!..kurang
asam punya mamat..

hyazz berkata... Reply To This Comment

ha a dik...kite bako jer...lom jadik bini dah berani belasah... dah jadik n=bini tak tau ler camne budak tu ek...sian...baik tak yah ler...

CUCU TOK WAN berkata... Reply To This Comment

buat malu kaum jantan jer... mamat ni patutnya kita tangkap, ikat kat pokok dan letak tujuh juta belalang kunyit kat anu dia...

hampeh punya orang... bikin panas hati jer baca...

.:padie_eyla:. berkata... Reply To This Comment

kalau taknak putus, makna nya masih sayang. tapi kalau sayang, kenapa pukul.? -.-'

Ayie berkata... Reply To This Comment

dia belum bertemu buku dan ruas.. nanti dah jumpa, silap la dia tunjuk ganas.. silap2 dia masuk kubur terus..

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@MaMa AiNi

syg ape smpi naikkan kaki dan tangan pada org yg kita sayangkan tu kan?

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@hyazz

dah jd laki bini sok, bini tu pulak yang tibai laki tu...mungkinkah?hee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@CUCU TOK WAN

erk? kenapa perlu libatkan belalang dalam seksaan mamat tu? tidak! kita letak kerengga udah la...huhuhu

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@.:padie_eyla:.

org begini mungkin ada masalah split personality atau gangguan mental...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Ayie

ala ayie, dia tibai kaum yang lemah sure la nmpk dia kuat...x gitu bro?

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com