Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label kisah misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah misteri. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2011

Hantu Bernama 'Mona' Mengamuk Di SK RPR Jalan Astana

Wanita misteri bernama ‘Mona’ dipercayai punca tercetus suasana gempar apabila lebih 10 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Jalan Astana, di sini, serta seorang guru wanita dan ibu hamil diserang histeria, menyebabkan sekolah itu ditutup dua hari bermula semalam.

Wanita tidak diketahui identiti itu dikatakan makhluk jelmaan yang tinggal berdekatan tandas perempuan sekolah itu yang terletak di Blok D dan mula mengganggu murid sekolah berkenaan sejak Khamis lalu.
Kejadian bermula ketika beberapa murid perempuan menggunakan tandas lama di sekolah itu mendakwa ‘ditahan’ satu lembaga bertubuh besar.

Malah, seorang guru lelaki sekolah itu dikatakan pernah menanda kertas jawapan peperiksaan tahun empat yang hanya tertera nama ‘Mona’, namun ketika mahu mengembalikannya kepada murid, tiada siapa tampil dan pemeriksaan lanjut mendapati nama itu tidak wujud dalam kelas berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, gangguan pertama menimpa seorang ibu hamil yang menunggu anaknya di kantin sekolah berkenaan apabila dia pengsan secara tiba-tiba.

Rabu, 16 Mac 2011

Misteri Kunci Rumah

Hai kawan-kawan pengunjung bawah tanah. Amacam dengan hari anda harini? Belalang dari pagi tadi terkejar ke sana ke mari. Lepas buat entry auto publish pasal Tips melajukan FaceBook Anda, terus Belalang tak ngadap blog. Nak tulis sambungan entry PEKIDA: Parang Dikepala tu pun tak sempat. Sorry sangat-sangat. Akan Belalang segera menyiapkan sambungannya. Takut jugak Belalang sebab ade yang ugut nak parang kepala Belalang pulak kalau lambat sambung citer tu :-p


Berbalik pasal tajuk entry ini. Belalang nak cerita mengenai satu kejadian ganjil atau aneh yang berlaku kepada Belalang kelmarin. Perkara yang membuatkan Belalang diselubungi misteri. Kisahnya begini. Kebiasaanya Belalang akan tutup kedai perniagaan Belalang dalam linkungan pukul 9 atau 10 malam. Bergantung samada hari itu ramai pelanggan atau tidak. Selepas tutup kedai Belalang akan pulang ke rumah berehat seketika sebelum Belalang bersama Mrs.Belalang keluar samada menikmati makan malam (awalnya makan malam) atau singgah ke rumah kakak Belalang berhampiran sini.


Misterinya bermula apabila Belalang hendak keluar dari rumah untuk menuju ke rumah kakak Belalang berhampiran sini. Belalang orang terakhir yang keluar dari rumah dan mengunci pintu grill rumah. Selepas mengunci rumah, kami berdua (bersama Mrs.Belalang) terus bertandang ke rumah kakak hingga pukul 1 pagi. Setelah merasakan hari sudah agak lewat dan kakak Belalang juga sudah bersiap-siap untuk tidur, kami berdua terus meminta diri untuk pulang.


Selepas saja enjin kereta dimatikan dalam perkarangan kawasan rumah Belalang, Belalang terus mencari-cari kunci rumah Belalang tapi tak jumpa. Puasa sudah menjenguk ke sana ke sini, bawah kerusi dan tempat letak duit bawah stereng namun tak juga jumpa. Mujurlah dalam kereta Belalang dah memang tersedia kunci pendua pintu rumah. Terus saja Belalang capai kunci itu dan turun dari kereta untuk membuka pintu rumah. Kunci yang hilang itu Belalang fikir siang esok baru Belalang akan mencarinya lagi.


Sebaik saja pintu rumah terbuka, Belalang terus melangkah masuk. Tergamam seketika Belalang apabila melihat kunci yang Belalang cari itu berada di atas kerusi di ruang tamu rumah! Belalang dan Mrs.Belalang berpandangan sesama sendiri. Bagaimana kunci yang pada mulanya berada didalam kereta boleh berada dalam rumah dengan sendirinya? Memang Belalang orang terakhir yang mengunci pintu dan Belalang memang pasti pintu rumah dikunci sebelum kami keluar.


Habis, bagaimana kunci itu boleh berada di atas kerusi? Sampai sekarang Belalang masih belum dapat menemui jawapannya. Korang rase?
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com