Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Rabu, 16 Mac 2011

Misteri Kunci Rumah

Hai kawan-kawan pengunjung bawah tanah. Amacam dengan hari anda harini? Belalang dari pagi tadi terkejar ke sana ke mari. Lepas buat entry auto publish pasal Tips melajukan FaceBook Anda, terus Belalang tak ngadap blog. Nak tulis sambungan entry PEKIDA: Parang Dikepala tu pun tak sempat. Sorry sangat-sangat. Akan Belalang segera menyiapkan sambungannya. Takut jugak Belalang sebab ade yang ugut nak parang kepala Belalang pulak kalau lambat sambung citer tu :-p


Berbalik pasal tajuk entry ini. Belalang nak cerita mengenai satu kejadian ganjil atau aneh yang berlaku kepada Belalang kelmarin. Perkara yang membuatkan Belalang diselubungi misteri. Kisahnya begini. Kebiasaanya Belalang akan tutup kedai perniagaan Belalang dalam linkungan pukul 9 atau 10 malam. Bergantung samada hari itu ramai pelanggan atau tidak. Selepas tutup kedai Belalang akan pulang ke rumah berehat seketika sebelum Belalang bersama Mrs.Belalang keluar samada menikmati makan malam (awalnya makan malam) atau singgah ke rumah kakak Belalang berhampiran sini.


Misterinya bermula apabila Belalang hendak keluar dari rumah untuk menuju ke rumah kakak Belalang berhampiran sini. Belalang orang terakhir yang keluar dari rumah dan mengunci pintu grill rumah. Selepas mengunci rumah, kami berdua (bersama Mrs.Belalang) terus bertandang ke rumah kakak hingga pukul 1 pagi. Setelah merasakan hari sudah agak lewat dan kakak Belalang juga sudah bersiap-siap untuk tidur, kami berdua terus meminta diri untuk pulang.


Selepas saja enjin kereta dimatikan dalam perkarangan kawasan rumah Belalang, Belalang terus mencari-cari kunci rumah Belalang tapi tak jumpa. Puasa sudah menjenguk ke sana ke sini, bawah kerusi dan tempat letak duit bawah stereng namun tak juga jumpa. Mujurlah dalam kereta Belalang dah memang tersedia kunci pendua pintu rumah. Terus saja Belalang capai kunci itu dan turun dari kereta untuk membuka pintu rumah. Kunci yang hilang itu Belalang fikir siang esok baru Belalang akan mencarinya lagi.


Sebaik saja pintu rumah terbuka, Belalang terus melangkah masuk. Tergamam seketika Belalang apabila melihat kunci yang Belalang cari itu berada di atas kerusi di ruang tamu rumah! Belalang dan Mrs.Belalang berpandangan sesama sendiri. Bagaimana kunci yang pada mulanya berada didalam kereta boleh berada dalam rumah dengan sendirinya? Memang Belalang orang terakhir yang mengunci pintu dan Belalang memang pasti pintu rumah dikunci sebelum kami keluar.


Habis, bagaimana kunci itu boleh berada di atas kerusi? Sampai sekarang Belalang masih belum dapat menemui jawapannya. Korang rase?

12 comments:

Ayie berkata... Reply To This Comment

uhh.. usah difikirin yang bukan-bukan.. kok bisa gangguin kepala ajaa..

*tetibe je aku jadi wak suparjo.. hahaha

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata... Reply To This Comment

kena tanya uncle seekers ni =P

qasehraihan berkata... Reply To This Comment

ayok tatayok..hehe

kot awak pakai yg pendua dlm kret ms awk kunci awal td..

jgn biarkn diri anda dselubungi msteri!!hoho


http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/pabila-dua-orang-blogger-hot-bicara.html

Afuan Shah berkata... Reply To This Comment

heheheh...Belalang...belalang...
alaa...ada angin bawak kot...

Murni Alfathunnisa berkata... Reply To This Comment

mungkinkah belalang kunci pintu rumah dengan menggunakan kunci duplicate itewww??mungkinkah...?

kena ambik cap jari dulu lah belalang...baru kak ct boleh bagi kepastian dgn lebih...sila hantar sampel cap jari, lain-lain bahan bukti, rakaman audio dan video ke makmal TUP a.s.a.p...ekekek

cikgu_aare berkata... Reply To This Comment

'dia' saja main sorok2..hehe.

Puan Besar Shag Yahaya berkata... Reply To This Comment

Mungkin Belalang kunci rumah guna kunci pendua tu kot? Hahahaha ;D

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

mungkin guna kunci pendua kot?

kena tanya nujum pak belalang la.. hehe

aLieF si Muncung ManiS berkata... Reply To This Comment

baek abg belalang baca yasin kat rumah abg blalang tu..mana tahu ada.....hurmm..xnak ckp..huhuhu..

CahayaCintaIlahi berkata... Reply To This Comment

erkkkk.. mungkin terlupa kot..
aih entah la mmg mstri tu belalang..
jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.. hehe takde pape tu jgn pk sngt huhu

tehr berkata... Reply To This Comment

aik?
baik tak usah pikir
lagi pun tak ada apa2 kerugian/kehilangan
hehe

Rain berkata... Reply To This Comment

saya lah org nyer yg amik kunci belalang... soriii ao lupa habaq ekeke....

setuju ngn tehr!

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com