Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Ahad, 24 April 2011

Lisa Surihani Dan Yusry KRU Bercinta? Dah Masuk Dua Bulan?

Ibarat bunga sedang berkembang, begitulah dapat disimpulkan mengenai hubungan mesra yang terjalin antara pengarah, Yusry Abdul Halim dan aktres Lisa Surihani. Meskipun kedengaran klise, kedua-keduanya tidak menafikan rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

Bagai mengiyakan lagi hubungan mesra itu, Yusry memegang tangan Lisa yang menjerit ketakutan di dalam pawagam ketika menonton filem Seru bersama.

Mengulas mengenai insiden itu, Lisa berkata dia dan Yusry bukan sengaja mahu mempamerkan kemesraan dan tidak merasakan Yusry mahu mengambil kesempatan.

“Saya memang penakut apatah lagi bila menonton filem seram. Yusry ketika itu hanya mahu menenangkan saya. Saya rasa ia tidak seharusnya diperbesar-besarkan.

“Ya, saya akui rapat dengan Yusry semenjak dua bulan lalu. Saya senang berkawan dengannya kerana dia bijak, sopan-santun, mempunyai visi dan misi dalam hidup. Kami juga banyak berbual dan berbincang mengenai pelbagai topik,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya apakah dia tidak kisah memilih duda sebagai calon hidup, Lisa berkata dia tidak meletakkan apa-apa kriteria mengenai calon suaminya.

“Soal jodoh pertemuan, Allah tentukan. Sebagai hambanya, saya tidak pernah meletakkan sebarang kriteria tentang calon suami. Saya mahu ia berlaku secara semula jadi.

“Sebagai wanita, saya rasa tidak manis jika saya bercakap secara berlebihan mengenai hubungan ini. Masih terlalu awal untuk saya meramal apa yang akan berlaku selepas ini,” jelas Lisa.

Sementara itu, Yusry yang dihubungi Sinar Harian mengakui selesa bersama Lisa dan menyifatkan Lisa sebagai wanita paling rapat dengannya sekarang.

“Saya rasa perkataan intim yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini mungkin kurang tepat. Tapi saya akui kami rapat. Cuma masih terlalu awal untuk saya mengatakan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

“Lisa seorang yang sopan, baik budi pekerti dan saya selesa bila berada di sisinya. Saya akui, bila ada masa terluang, saya akan keluar bersama Lisa. Jika benda itu berlaku, saya tidak kisah mengakui perkara yang berlaku.

“Buat masa ini saya masih belum membawa Lisa berjumpa keluarga. Masih terlalu awal untuk berbicara soal perkahwinan. Apa yang penting saya ikhlas mahu berkawan dengan Lisa,” katanya.

Mengulas mengenai isu memegang tangan Lisa baru-baru ini, Yusry berharap perkara itu tidak diperbesarkan kerana dia hanya mahu menenangkan Lisa yang ketakutan ketika itu.

-Sinar Harian

1 comments:

nur aisya humaira berkata... Reply To This Comment

aikk,bkn die dgn fariq kamil ke???

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com