Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Jumaat, 29 April 2011

Diperkosa Bergilir-gilir Teman Rapat Abang Ipar

Seorang gadis sunti berumur 14 tahun yang ketakutan terpaksa membiarkan tubuhnya diratah tiga lelaki termasuk rakan karib abang iparnya sendiri di sebuah rumah di Kampung Kadut di sini.

Dalam kejadian antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam pada 16 April lalu, suspek dipaksa membuka pakaian sebelum dirogol di ruang tamu rumah seorang daripada suspek.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, mangsa pada mulanya setuju mengikut seorang daripada suspek yang juga rakan baik abang iparnya.

“Suspek pertama memaklumkan kepada mangsa bahawa adik kandung lelaki berkenaan mahu bertemunya.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa setuju dibawa ke rumah berkenaan dan setiba di sana, dua lagi rakan suspek pertama sudah sedia menunggu mereka,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, semalam.

Menurut Majid, ahli keluarga suspek tiada di rumah ketika kejadian dan mangsa dipaksa membuka pakaian sebelum ketiga-tiga lelaki terbabit bergilir-gilir merogolnya.

Katanya, mangsa kemudiannya dihantar pulang dan dia diugut supaya merahsiakan kejadian itu dan gadis itu yang sudah tidak bersekolah hanya membuat laporan polis pada 24 April lalu.

“Polis berusaha mengesan suspek tetapi ketiga-tiga lelaki berkenaan gagal ditemui, dipercayai sudah melarikan diri ke luar daerah,” katanya.

7 comments:

kak gojes berkata... Reply To This Comment

erm..tgerdesak sgt 3 jantan keparat tu...

Cek's Zaitun Othman berkata... Reply To This Comment

tengok..sekarang ni dah tak boleh percayakan orang dah..perempuan tu ikut napa?hurm...xtw la dgn orang-orang la ni..

Afuan Shah berkata... Reply To This Comment

macam haram jadah...!!!
kesian ouh kat pempuan tu..saranan agar waanita belahjar seni bela diri

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Eryati

nak seronok kejap jer...tp klu kena tangkap bertahun-tahun menanggung derita...x pikir panjang...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@cek's

kejadian rogol biasanya berlaku antara mangsa dgn or yg rapat dgn nya.mybe sebab status lelaki tu kawan rapat abg iparnya menyebabkan mangsa tak syak apa2...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@afuan shah

bagus jugak tu...tp klu kena 3 macam nih, tak terlawan rasanya walaupun ada black belt...

kak gojes berkata... Reply To This Comment

@Belalang Hijaumereka takde hotak agaknya...sewel...memang keparat la ...

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com