Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Sabtu, 30 April 2011

Terdesak Suruh Orang Klik Iklan? Kenapa Begitu?

Memang hangin satu badan kelmarin Belalang apabila telah terkena dengan situasi seperti tajuk di atas. Sebelum ni Belalang hanya membaca penulisan blogger-blogger lain mengenai ada segelintir blogger yang sengaja menipu kita supaya kita klik iklan dia. Kali ni Belalang sendiri dah alami.

Kelmarin sedang Belalang menjengah beberapa blog politik untuk mencari bahan mengenai politik semasa, tiba-tiba Belalang terlihat satu tajuk yang ditinggalkan oleh seorang blogger di ruangan komen blog tesebut. Tajuk memang gempak ya amat. Tanpa mengesyaki apa-apa Belalang pun terus ke link blog tersebut.

Di blog itu terdapat la story yang agak panas beserta satu gambar yan sangat kecik kononnya print screen dari sebuah akhbar online. Untuk menguatkan lagi entry tersebut, tuan blog itu telah meletakan dua link yang didakwanya video mengenai kejadian yang dia ceritakan.

Nak tau apa yang jadi bila diklik pada link tersebut? terus saja keluar iklan chrup chrup. Terkejut kejap Belalang sebab tak sangka ada blogger yang sanggup amik kesempatan diatas sesuatu isu itu semata-mata kepentingan dirinya. Rupa-rupanya berita yang disiarkan oleh blogger tersebut ternyata tipu! Print screen yang dia sertakan itu juga bila diklik akan membawa kita ke iklan kempen chrup chrupnya.

Pesanan Belalang kepada blogger-blogger lain, nak cari duit di internet buat la dengan cara yang betul. Jangan menipu orang sebegitu. Duit itu akan digunakan oleh engkau untuk tujuan tertentu. Cuba bayangkan setiap orang yang klik itu menyumpah dan mengatakan "tak halal duit engaku sebab tipu aku"! apa macam?

Itu baru satu bab berkaitan dengan orang marah sebab kena tipu. Macam mana pula kalau akhbar online yang engkau guna tu saman kau sebab gunakan namanya dan siarkan satu berita palsu? Bukan kecik-kecik berita engkau main tu. Jawapnya makan tak habis la engkau.


Pikir-pikir la kasi habis sebelum lakukan perkara begitu. Dah terlajak kena saman ke hape, baru nak nyesal, takde guna dah la.




30 comments:

Khai Rul berkata... Reply To This Comment

betul tu,,sampai wat video ke link churp2,,,teruk sangat tu,,nmpak sngat trdesak nya,,ishk3...

Unknown berkata... Reply To This Comment

hohohohooooooo sy belom sampai tahap desperate gitu lagi Belalang hahahah

ZWAN SABRI berkata... Reply To This Comment

Ayooooo.. Orang yang laguni pown ada ka.. huhu..


MySuaraBlog: Filem ROOMMATE

Unknown berkata... Reply To This Comment

sapa tu..
meh nak tengok blog dia..
heheh

Blogwalking yang sebenar berkata... Reply To This Comment

Kasi repot aje kat chrup chrup, yang mamat tu spamming n misleading, baru dia tau.......serupa la jugak ngan malaun-malaun yang tinggal link kat shoutmix......jadah......

Unknown berkata... Reply To This Comment

teruk bebenor org tu ... churp2 tu bukan dpt bnyk sgt pun... baik keje cuci pinggan lg bnyk dpt sehari

jaya jr berkata... Reply To This Comment

haha,ni bale ni,ni bale ni..memang kecewa klo terkena..sabor belalang

Ayie berkata... Reply To This Comment

tak baik menipu.. baik terus terang.. Tgk blog teman.. teman gtaw awal2,

''sape kelik nuff teman, sila jerit kat kotak jerit.. nanti teman kelik dia punya plak''

tak ada paksaan, tapi kalau anda buat, anda dapat la kelik daripada teman.. ^^

IeDa berkata... Reply To This Comment

dah kebulur sgt agaknye...

Tok Esah berkata... Reply To This Comment

haha macam2!!! kalau nk letak link iklan pun!! letak lah perkataan ADS [pahtu link iklan dengan tajuk yg sesuai]..

buat kerja haram mcm ni mana nak berkat!!

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Khai Rul

kene jugak ke bro? hangin giler kan?

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Ali Kanchan aka Pirate

jarang la nak jumpa blogger terdesak mcm tu...1 dlm 1000 rasanya...hee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@ZWAN SABRI

ada bro ada...nak kenal ke? hee

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@diana

belalang x igt la nama blog dia...mls nak igt blog2 mcm tu...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Blogwalking yang sebenar

belalang sound dia jer kat kotak komen...harap dia x buat dah...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@!! Kodet !!

itu la pasal.lain la satu klik dpt rm50..belalang pun mau buat macam tu.kaya cepat...hahaha

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@jaya jr

belalang mmg dah hangin smlm.tahap nak cucuh laptop belalang ngan api jer...tp nanti nyesal lak xde lappy dah nak berblog...wakakka

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Ayie

macam tu belalang x kisah sgt bro sebab nak klik atau tidak itu hak kita...ini smpi buat satu berita tipu dgn tajuk link yg tipu.. sape x hangin? grrr (garang x?) ;-p

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@IeDa

ape yg buat dia terdesak sgt smpi mcm tu x tau la...

Belalang hijau Perisik berkata... Reply To This Comment

@Tok Esah

itu pasal la tok...tok tlg pegi nasihatkan kejap org yg perangai mcm tu...hee

! Sam Posmen ! berkata... Reply To This Comment

haha. spesis macam ni pon wujud ek? kelakar rasanya. terdesak sampai macam tu sekali.

lagi mulia makcik cleaner yang dok kutip sampah kat umah aku. walaupun kotor, jijik, di pandang pesong masyarakat, tapi kejenya ikhlas. huh~

mizayusof berkata... Reply To This Comment

ahaks ! kelakar lah orang macam ni.
terdesak nak duit kot sampai sanggup menipu. hihi :D

Ustaz Love berkata... Reply To This Comment

Salam..

Nak kata beliau tu genius, mcm tak kena gak.. sbb iklan churp2 tu bukan PPC, tapi nak kena support iklan tu dulu baru bleh dpt duit..

lain la kalau iklan adsniaga ke, adsense ke, 701 ke :D

sud@is berkata... Reply To This Comment

kalau terkena camtu ,,alamat sekali je la singgah kat situ ..betul x belalang

Ellen berkata... Reply To This Comment

Ellen pun pernah kena ni tapi dengan cara berbeze..dia tinggalkan link kat kotak jerit dan link tu direct ke iklan ...ellen ada buat entry dan memang panas la masa tu..hehe

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

menyampah dengan blogger yang berblog hanya nak dpt duit dengan guna cara tipu orang..
kann
:)

Mia Liana berkata... Reply To This Comment

ler.... tak patut buat macam tu... yang penting kita kena jujur...

soffya cik bulan berkata... Reply To This Comment

fuhhlamakk..smp gitu sekali yep...
xpelah, asal kita x mcm tu sudah...kan, kan

EmpayarUtama berkata... Reply To This Comment

Sapa tu? Iklan tu bley jd kaya ke? Ke iklan race yang bley dapat hadiah best-best tu? Blog aku manyak gamba...nak letak gak la. Pastu tunggu blalang ijau komenkan, hehehe

mama aini berkata... Reply To This Comment

mama baru ke masuk ke dunia ni..he 2x..mcm2 kan..mama gelak pulak bace entry ni..ha 2x mama tak buat cam tu..

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com