Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Ahad, 1 Mei 2011

World Blogger And Social Media Summit 201

Satu persidangan bloger sedunia akan diadakan di sini bulan depan yang turut menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaikan ucaptama.

World Blogger and Social Media Summit 2011 itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari mulai 15 Jun.
Kemunculan Dr Mahathir yang juga seorang penulis blog adalah antara agenda utama yang disusun pada perhimpunan bloger kali kedua diadakan di Malaysia selepas Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tahun lalu.
Persidangan kali ini dianjurkan oleh My Events International Sdn Bhd (My Events) dengan kerjasama Cyber Security Malaysia yang bakal menghimpunkan penulis blog dan pengguna laman sosial dari seluruh dunia untuk membincangkan perihal internet dan blog.

Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Shahrul Hameed Dawood berkata, acara itu juga akan menjadi platform kepada penulis blog untuk membincangkan perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menulis blog untuk mengelakkan berlaku kontroversi.

Beliau berkata, perkara itu diberi penekanan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa penulis blog adalah bebas menyuarakan pandangan masing-masing tetapi perlu ada garisan yang mengawal kebebasan itu supaya ia tidak melampaui batas.

"Kita juga akan membantu penulis blog muda dalam mengenal pasti apa yang penting dalam memajukan blog dan menyampaikan idea-idea mereka melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
"Kita sudah menerima banyak permohonan dari pelbagai negara untuk menyertai perhimpunan kali ini dan kita menjangkakan penulis blog dari hampir seluruh dunia akan hadir," katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes turut diundang untuk menyampaikan ceramah.
--BERNAMA

0 comments:

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com