Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label dua beradik diculik dan rogol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dua beradik diculik dan rogol. Papar semua catatan

Sabtu, 30 April 2011

Jenayah Seksual Remaja Semakin Menjadi-jadi

Jenayah seksual membabitkan remaja di daerah ini kian serius dan membimbangkan apabila tujuh kes rogol melibatkan sesama pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun dilaporkan dalam tempoh dua minggu lalu.

Lebih mengejutkan, ada di antara mereka mengaku telah melakukan hubungan seks sebanyak sembilan kali.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, tiga daripada mangsa merupakan pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun dan empat lagi berumur 16 hingga 17 tahun, sementara kesemua suspek lelaki berusia 13 hingga 17 tahun telah ditahan.

Beliau berkata, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 30 kes rogol dilaporkan (melibatkan semua peringkat usia) dan tujuh kes yang dicatatkan dalam dua minggu lalu adalah yang tertinggi berbanding sebelumnya.

“Berlaku peningkatan mendadak dalam dua minggu ini, bermula 12 April apabila terdapat tujuh kes rogol dilaporkan, dan yang kita bimbang ketujuh-tujuh melibatkan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun. Apa sudah jadi dengan remaja-remaja sekolah ini?,” soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Azham berkata, kesemua remaja terlibat melakukannya secara suka sama suka, namun ia tetap diklasifikasikan sebagai rogol kerana mereka masih di bawah umur.

Difahamkan, terdapat pasangan dari sekolah sama dan ada dari sekolah berlainan dengan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun hamil tujuh bulan semasa laporan dibuat.

Ada di antara mereka mengakui terpengaruh setelah menonton video seks daripada telefon bimbit kawan, Internet atau media.

Menurut Azham, walaupun

jumlah kes rogol yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu lebih tinggi iaitu 38 kes, namun rekod masih menunjukkan angka yang tinggi pada tahun ini.

“Remaja-remaja ini perlu mendapat pengetahuan agama dan moral secukupnya untuk menghindar mereka terjebak dengan pergaulan bebas dan melakukan hubungan seks.

‘‘Pihak polis hanya boleh menasihat dan memberikan tumpuan kepada sekolah-sekolah terutamanya sekolah yang bermasalah,’’ katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap semua pihak memainkan peranan.

‘‘Ibu bapa perlu memberikan pendidikan sewajarnya. Guru-guru pula perlu menerapkan nilai murni kepada remaja-remaja ini dalam pengajaran di sekolah,” katanya.

Isnin, 11 April 2011

Diculik, Dirogol

Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.


Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak. 
Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek. 


Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.




Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang.


Bagaimanapun, dua beradik itu diselamatkan bapa mereka yang melihat kelibat dua anaknya dalam kereta dipandu suspek di Simpang Empat, Kuala Sala pada jam 10 pagi semalam, ketika berusaha mencari mereka dengan menunggang motosikal. 


Dia mengekori Perodua Kancil suspek kira-kira 12 kilometer sehingga kereta itu kehabisan minyak di Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini, sebelum menahan suspek. 


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata bapa mangsa yang bekerja sebagai pesawah membuat laporan kehilangan anaknya pada Sabtu lalu, kira-kira jam 8.30 malam.


Baca berita penuh disini.

-----------------------------------------------------

Kasihnya si ayah, sanggup mengekori kereta itu sejauh 12 kilometer tanpa mempedulikan nasib diri. Mana la nak tau suspek yang menculik tu bersenjata, tapi demi anak sanggup dilalui. Apa perasaan si ayah setelah mengetahui nasib menimpa anaknya kan?

semoga yang bersalah ini dihukum setimpalnya.
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com