Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label anugerah bintang popular berita harian 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anugerah bintang popular berita harian 2010. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mei 2011

Misteri Kehilangan Nelayan | Mayat Ismail Ditemui

Mayat nelayan, Ismail Rejab, yang dilaporkan hilang bersama empat lagi sejak 4 Mei, ditemui terapung di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam dekat sini kira-kira pukul 7 pagi ini, dengan kesan kelar di leher dan hentakan di kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt. Noor Mushar Mohamad berkata, mayat Ismail ditemui kira-kira 30 kilometer dari jeti Kampung Bagan Sungai Besar, tempat bot yang dinaiki kesemua mangsa ditemui pada Ahad lepas.

"Mayat ditemui oleh anggota kita yang sedang menjalankan kerja mencari di sekitar kawasan perairan berhampiran lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk dibedah siasat kira-kira 11 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, identiti Ismail, 41, disahkan isterinya, Rosnani Mat Noor, 36.

Jelas beliau, polis masih menunggu laporan lengkap bedah siasat sebelum membuat keputusan terhadap kertas siasatan kes itu yang sebelum ini dibuat di bawah kes orang hilang.


— Bernama

Dinoda Guru Tuisyen

Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran.

Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka.

Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.

“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.

Khamis, 21 April 2011

Banci Ekonomi Tahun 2011

Selepas berjaya melaksana dan mengeluarkan Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 pada 22 Disember tahun lalu, Jabatan Perangkaan akan melaksanakan pula Banci Ekonomi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata projek besar itu dijalankan bagi mengumpul statistik berkaitan prestasi ekonomi negara.

"Ia memerlukan perancangan yang rapi bagi memastikan ia dijalankan mengikut jadual," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perangkaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.
Nor Mohamed berkata, selain itu, Jabatan Perangkaan akan turut mengeluarkan Laporan Ciri-Ciri Asas Demografi pada Julai ini.

Beliau berkata, bagi mengukur kejayaan pelbagai dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, input serta statistik berkaitan amat penting.

Justeru, katanya, Jabatan Perangkaan selaku agensi utama pengumpulan data rasmi negara harus bersedia dan berkeupayaan untuk membekalkan data yang diperlukan.

Pada majlis itu, seramai 237 kakitangan jabatan berkenaan menerima anugerah khidmat cemerlang manakala 27 orang menerima sijil anjakan gaji.

- BERNAMA

Isnin, 18 April 2011

KWSP Lancarkan Pengeluaran Mudah

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memohon pengeluaran umur 50, 55 tahun dan simpanan melebihi RM1 juta dengan lebih mudah.

Penambahbaikan yang baru diperkenalkan itu membolehkan ahli memohon pengeluaran berkenaan dengan mudah tanpa perlu mengisi borang, menyertakan salinan kad pengenalan dan buku akaun bank.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol dalam kenyataan pada Isnin berkata inisiatif pengeluaran mudah itu dilaksanakan bagi mempercepatkan proses permohonan pengeluaran bagi tiga kumpulan itu.

Katanya dengan inisiatif baru itu, ahli yang ingin membuat pengeluaran tersebut hanya perlu membawa bersama kad pengenalan dan buku akaun ke mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP.

Katanya perkhidmatan itu khusus untuk pemegang MyKad sahaja dan kelulusan boleh dibuat serta merta setelah identiti ahli dan kelayakan pengeluaran disahkan.

Bagaimanapun, Azlan berkata ahli yang memiliki kad pengenalan tentera atau polis atau yang masih menggunakkan kad pengenalan lama tidak boleh menikmati kemudahan itu.

Katanya mereka perlu melalui proses pengeluaran biasa dengan mengisi Borang KWSP 9 dan mengemukakan salinan kad pengenalan serta salinan buku akaun bank.

Azlan menjelaskan dengan jumlah ahli yang kian meningkat, adalah amat penting bagi KWSP memastikan penambahbaikan sistem penyampaian melalui teknologi diteruskan.

"Ahli diberi jaminan bahawa data dan maklumat peribadi mereka dilindungi berdasarkan tahap keselamatan yang diwujudkan melalui pensijilan ISO/IEC 27001 yang diterima KWSP setelah mematuhi standard antarabangsa yang ketat untuk pengurusan keselamatan data," katanya.

-- BERNAMA

Sabtu, 9 April 2011

Penemuan Mayat Bayi Di Stesen LRT

Penemuan mayat bayi perempuan berusia lima bulan yang ditinggalkan di kawasan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka, di sini, menggemparkan pengguna perkhidmatan berkenaan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mayat bayi dibalut surat khabar ditemui ditinggalkan di tingkat bawah stesen LRT berkenaan.


Orang ramai yang terkejut dengan penemuan berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada polis sebelum beberapa anggota bergegas ke tempat kejadian.

Menurut sumber, polis percaya bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan di lokasi lain sebelum individu terbabit meninggalkan mayat itu di kawasan berkenaan.


“Polis yang tiba di tempat kejadian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), namun mendapati CCTV itu gagal merakamkan individu terbabit.


“Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Ampang (HA) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

-Metro

Isnin, 4 April 2011

ABPBH 2010: Video Siti Nurhaliza Madley - Cinta Biasa, Nobody, Nirmala



layan video lagu Siti dendangkan sebagai penutup untuk acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010). Tak sangka pulak Belalang yang muzik lagu Siti boleh diubah hingga menyamai dengan lagu kumpulan Wonder Girl, Nobody.

Selamat menonton! :-)
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com