Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label trailer filem kongsi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label trailer filem kongsi. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2011

Filem Kongsi Cipta Rekod Baru | Kutipan Lebih RM1j Hari Pertama

Filem Kongsi terbitan MIG Production mencipta rekod baru filem tempatan apabila mengaut kutipan tiket paling tinggi pada hari pertama tayangannya iaitu RM1,085,064 di 100 pawagam seluruh negara, 12 Mei lalu.

Penerbit MIG Production, David Teo (gambar)berkata, filem arahan Farid Kamil itu turut hampir mengatasi kutipan tiket hari pertama filem Hollywood, Transformer 2 yang meraih RM1.2 juta yang tayangkan pada 2009.

"Kongsi merupakan filem terbitan MIG yang mendapat kutipan tiket hari pertama paling banyak selepas filem V3 Samseng Jalanan yang cuma mengumpul kutipan RM600,000 beberapa tahun lalu," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Menurut penerbit berasal dari Segamat, Johor itu, dia sudah menjangka filem dengan kos produksi RM2.5 juta lakonan Shahiezy Sam, Norliana Samsudin dan Fizo Omar itu akan mendapat sambutan penonton berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankannya.

"Melalui R&D (kajian dan penyelidikan) yang dilakukan, kami dapati iklan sedutan adegan daripada Kongsi melalui Youtube ditonton hampir 900,000 orang sejak enam bulan lalu. Ia menguatkan lagi ramalan kami filem ini akan mendapat sambutan ramai," katanya.

Ekoran sambutan yang di luar dugaan itu, David yakin filem yang mengisahkan tentang pembunuh upahan dari selatan Thailand lakonan Shahiezy Sam itu mampu mengatasi kutipan tiket filem tempatan paling laris iaitu Ngangkung yang meraih kutipan tiket RM8.4 juta.

"Saya yakin Kongsi mampu mengatasi kutipan tiket filem Ngangkung yang juga diterbitkan oleh MIG Production selepas hampir sebulan ia ditayangkan di pawagam pada tahun lalu. Untuk Kongsi pula, saya sasarkan kutipan tiketnya boleh mencecah RM10 juta," katanya.

Isnin, 11 April 2011

Review Filem: Kongsi - Lu Langsi Lu Mati

Peminat Sam Shaheizy tentu tak sabar-sabar untuk melihat filem Kongsi. Kemarin time Belalang melihat sedutan filem itu di Astro Ria memang nampak satu kelainan. Part paling best time kereta polis dipijak-pijak oleh Sam Shaheizy. Wah, ganaih hang no....

Meh  baca sedikit sipnosis filem ini yang Belalang petik dari blog anizyn.

-----------------------------------


Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan. 


ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu. 


ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.



 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com