Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label facebook. tips melajukan facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label facebook. tips melajukan facebook. Papar semua catatan

Khamis, 12 Mei 2011

SPAM Di Facebook

"Please do your part in PREVENTING SPAM by VERIFYING YOUR ACCOUNT. Click VERIFY MY ACCOUNT right next to the comment below to begin the verification process..."

Pelik betul bila Belalang lihat wall FB Belalang penuh dengan massage macam tu dari kawan-kawan FB. Rupanya ia sejenis virus. Jika kita mengikut seperti yang diarahkan dengan klik pada 'verify my account' automatik dengan sendirinya kita akan send ayat yang sama dengan atas tadi kepada setiap kawan-kawan FB kita.

Belalang nasihatkan korang jangan suka-suka hati klik atau mengikut arahan yang korang tak pasti betulkah itu arahan dari kawan korang. Spam dan virus makin menjadi-jadi di FB.

Hati-hati ok...

Rabu, 16 Mac 2011

Tips Melajukan FaceBook Anda

Kebelakangan ni Belalang terlalu susah untuk memasuki Facebook. Bila dah boleh masuk, masalah kedua pula timbul iaitu lambat! Kena refresh beberapa kali page yang dibuka. Itu pun belum tentu berjaya. Nak kata masalah line internet, blog atau web lain senang jer nak masuk.

Pagi tadi Belalang telah dapat cara untuk mengatasi punca atau masalah Facebook lembab ini. Belalang yakin bukan Belalang sorang saja yang mengalami masalah ini. Rata-rata rakan blogger Belalang juga menyatakan masalah yang sama.

Ok tanpa membuang masa lagi mari kita bersama-sama mencuba tips yang Belalang kasi nih. Belalang dah cuba dan ia terbukti berjaya. Caranya ialah...















BANGUN PUKUL 3 PAGI, GUNA FACEBOOK TIME TUH...




Betul, tak tipu punya. Memang laju ya amat guna Facebook time-time tu. Senang ya amat nak buka mana-mana page. Laju macam pakai kereta sport. Sekiranya korang mengikuti tips yang Belalang kasi ini, terbukti korang memang seorang yang berusaha dan sanggup korbankan masa tido semata-mata untuk berFacebook. Hee...



Selamat mencuba!
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com