Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label cara melajukan facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara melajukan facebook. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mei 2011

Sekali Salah Group FB Daa...

Pagi Tadi sebaik sahaja Belalang online, Belalang terus la mempromosi entry Belalang yang bertajuk 'BLOGGER FRIENDLY | TENGKORAK EMAS' disetiap group blog yang Belalang sertai. Memang begitu la kebiasaannya jika Belalang ada entry baru dan Belalng rasa perlu dikongsikan di Facebook, akan Belalang lakukan begitu.

Semua group blogger yang Belalang sertai semua Belalang tinggalkan link URL dengan harapan akan ada dua tiga rakan blogger berminat untuk membacanya. Sebaik habis sahaja Belalang siap tinggalkan semua link di group-group Facebook, Belalang pun terus saja offline. Hingga la lepas pukul 12 tadi Belalang online balik.

seperti yang dijangka memang akan ada trafik dari Facebook yang sudi singgah membaca entry Belalang tersebut. sambil online Facebook, Belalang layan pula encik Nakal chatting. Tengah best-best chatting tiba-tiba Belalang terperasan ada satu admin group Facebook yang bukan berkaitan dengan blog telah like satu link entry Belalang di groupnya.

Hairan jugak Belalang entry Belalang yang mana admin itu like sebab setahu Belalang, Belalang tak ada tinggalkan apa-apa link di group tersebut. dengan perasaan tertanya-tanya Belalang pun klik la notification tersebut untuk melihat link mana yang telah di like.

Tepuk dahi kejap Belalang lihat rupa-rupanya link entry blogger friendly yang Belalang tinggalkan tu, Belalang dah tersilap tinggal di group yang tiada kena-mengena dengan blog. Nasib baik admin blog tu tak sound Belalang sebagai spam. Ni semua gara-gara nama group tersebut hampir menyamai dengan nama group 'Komuniti Gila Blog'... Hahaha...

Kepada admin tersebut, terima kasih ye sebab sudi like dan tidak marah Belalang. Admin tu memang seorang admin yang friendly lah... Nanti pas nih Belalang buat entry admin friendly, Belalang amik admin tu sebagai admin mula yang Belalang review... Hahaha

Selasa, 3 Mei 2011

Aib Boss Di Facebook

Tindakan lima konstabel sebuah balai dekat Tampoi di sini, berinteraksi melalui laman sosial Facebook dengan mengaibkan Ketua Polis Balai (KBP) mereka dan seorang sarjan, membawa padah kerana selain dikenakan tindakan disiplin, mereka turut disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ini berikutan, KBP berpangkat Cif Inspektor itu membuat laporan apabila menyedari lima anggota polis terbabit mengaibkannya dan seorang penyelia Unit Pencegahan Jenayah berpangkat sarjan, selepas melayari laman sosial itu pada 15 April lalu.

Lima anggota terbabit membuat ulasan antara satu sama lain atas tajuk ‘OCS Mengamuk’ menerusi profil komuniti Tampoi Club dan pada status pelayar internet menggunakan nama Grape Masam.
Berikutan perbuatan itu, KBP berusia 32 tahun berkenaan membuat laporan polis di balai sama terhadap anak buahnya, berikutan komen ditulis mereka jelas merujuk kepadanya.

Ini kerana KBP terbabit mendapati nombor telefon peribadi miliknya dan sarjan berkenaan turut dipaparkan pada laman sosial berkenaan, menyebabkan mereka kerap menerima panggilan daripada individu tidak dikenali sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat KPB terbabit dan kes itu diserahkan kepada SKMM untuk siasatan lanjut.

“Sebagai sebahagian daripada pasukan polis, kita tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan tidak baik terutama dilakukan anggota sendiri.
“Kita melihat ia sesuatu yang serius dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kerana ia boleh memburukkan imej pasukan polis,” katanya.

Ahad, 17 April 2011

Menyesalnya Belalang!

Huwaa!!! Belalang nyesal! Sumpah Belalang nyesal! Nyesal tahap peringkat daerah dah nih. Kalau tau macam ni, awal-awal aritu dah buang apa yang patut.

Apa yang Belalang nyesal sangat ni? Kes MLM? Nuff tak bayar duit? Parti kalah pilihan raya? Apakah? Kah? Kah? Kah?... Semua andaian korang tu tak benar sama sekali. Satu pun takde yang betul. Saja je buat nyesal lebih-lebih pada hal benda kecik jer... Ngee...

Sebenarnya Belalang baru seminggu tak buka email. Saja malas nak check sebab dah tau bukan ade email-email penting pun. Jadi pagi tadi dalam pukul 2 pagi macam tu, Belalang pun buka la email yahoo Belalang. Saja nak clear email-email yang tak penting.

Bila buka jer email Belalang, Nah! amik kau... Email dalam seminggu je Belalang terima 3500! Aduh... Macam mana la Belalang boleh lupa yang Belalang tak off lagi di group Universiti Blogger (UBM) dan Komuniti Gila Blog untuk menerima notifications melalui email macam yang Belalang dah buat di group-group lain? Bukan tak tau nak buat macam mana. Siap pernah buat entry ajar blogger-blogger lain lagi di sini.

Emm... Nyesal pun tak guna dah. Apa nak buat, terpaksa la Belalang merajinkan diri Belalang untuk clear semua email-email tu. Tensen betul. Jadi kepada korang yang ada masalah macam Belalang dan tak tau macam mana nak hentikan terima notifications dari goup yang korang join, sila klik pada link yang Belalang kasi kat perenggan atas ni ye.

Rabu, 16 Mac 2011

Tips Melajukan FaceBook Anda

Kebelakangan ni Belalang terlalu susah untuk memasuki Facebook. Bila dah boleh masuk, masalah kedua pula timbul iaitu lambat! Kena refresh beberapa kali page yang dibuka. Itu pun belum tentu berjaya. Nak kata masalah line internet, blog atau web lain senang jer nak masuk.

Pagi tadi Belalang telah dapat cara untuk mengatasi punca atau masalah Facebook lembab ini. Belalang yakin bukan Belalang sorang saja yang mengalami masalah ini. Rata-rata rakan blogger Belalang juga menyatakan masalah yang sama.

Ok tanpa membuang masa lagi mari kita bersama-sama mencuba tips yang Belalang kasi nih. Belalang dah cuba dan ia terbukti berjaya. Caranya ialah...















BANGUN PUKUL 3 PAGI, GUNA FACEBOOK TIME TUH...




Betul, tak tipu punya. Memang laju ya amat guna Facebook time-time tu. Senang ya amat nak buka mana-mana page. Laju macam pakai kereta sport. Sekiranya korang mengikuti tips yang Belalang kasi ini, terbukti korang memang seorang yang berusaha dan sanggup korbankan masa tido semata-mata untuk berFacebook. Hee...



Selamat mencuba!
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com