Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Selasa, 3 Mei 2011

Aib Boss Di Facebook

Tindakan lima konstabel sebuah balai dekat Tampoi di sini, berinteraksi melalui laman sosial Facebook dengan mengaibkan Ketua Polis Balai (KBP) mereka dan seorang sarjan, membawa padah kerana selain dikenakan tindakan disiplin, mereka turut disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ini berikutan, KBP berpangkat Cif Inspektor itu membuat laporan apabila menyedari lima anggota polis terbabit mengaibkannya dan seorang penyelia Unit Pencegahan Jenayah berpangkat sarjan, selepas melayari laman sosial itu pada 15 April lalu.

Lima anggota terbabit membuat ulasan antara satu sama lain atas tajuk ‘OCS Mengamuk’ menerusi profil komuniti Tampoi Club dan pada status pelayar internet menggunakan nama Grape Masam.
Berikutan perbuatan itu, KBP berusia 32 tahun berkenaan membuat laporan polis di balai sama terhadap anak buahnya, berikutan komen ditulis mereka jelas merujuk kepadanya.

Ini kerana KBP terbabit mendapati nombor telefon peribadi miliknya dan sarjan berkenaan turut dipaparkan pada laman sosial berkenaan, menyebabkan mereka kerap menerima panggilan daripada individu tidak dikenali sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat KPB terbabit dan kes itu diserahkan kepada SKMM untuk siasatan lanjut.

“Sebagai sebahagian daripada pasukan polis, kita tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan tidak baik terutama dilakukan anggota sendiri.
“Kita melihat ia sesuatu yang serius dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kerana ia boleh memburukkan imej pasukan polis,” katanya.

1 comments:

mama aini berkata... Reply To This Comment

fb yg disalah gunakan...he2x..bukan ke polis patut menjaga rahsia2 jabatan n kerajaan mengikut act2 yang tertentu..lupa ke tu !!

 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com