Entry Terbaru Dari Bawah Tanah

Memaparkan catatan dengan label gambar mayat osama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar mayat osama. Papar semua catatan

Rabu, 11 Mei 2011

Gambar Sebenar Osama Bin Laden Ditembak?

Tadi Belalang singgah ke satu blog yang memaparkan satu gambar yang dikatakan foto mayat Osama Bin Laden. sejauh mana benarnya foto itu masih belum dapat dipastikan.

Mungkin mereka yang bijak pandai tentang edit gambar boleh komen mengenai gambar ini? Palsu atau benar gambar ini? Kalau melihat dari mata kasar, nampak cam real jer. Tapi Belalang bukanlah orang yang arif dalam hal-hal edit mengedit nih. serahkan pada yang pakar jela untuk tentukan.

Untuk makluman pada 2 Mei 2011, Obama telah mengumumkan yang tenteranya telah berjaya membunuh Osama Bin Laden di tempat persembunyiannya, Pakistan. Untuk membaca berita tersebut, klik di sini.

Kredit kepada: Khairul Hafidz Alkhair

Rabu, 4 Mei 2011

Pembunuhan Osama Akan Membangkitkan Lebih Banyak Keganasan | Dr.M

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pembunuhan Osama bin Laden sebagai tindakan membalas dendam oleh Amerika Syarikat (AS) berikutan serangan pada 11 September, 2001 dan bukanlah memerangi keganasan dalam erti kata sebenar.

Bekas Perdana Menteri berkata, walaupun Osama dibunuh tetapi hasilnya mungkin menyebabkan lebih ramai orang marah dan lebih banyak tindakan keganasan akan dilakukan.

"Kalaupun masa (sekarang) reda sedikit kerana mereka tidak ada pemimpin tetapi akhirnya yang marah akan bertindak juga. Ini bukan satu cara mengurangkan keganasan," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas sama ada pemimpin utama Al Qaeda itu harus dibunuh atau sewajarnya dibawa ke muka pengadilan.

Osama terbunuh dalam satu operasi oleh pasukan keselamatan AS di Abottabad, Pakistan pada 1 Mei lalu. "Dia (Osama) memanglah orang yang salah tetapi menghantar satu pasukan untuk membunuh orang itu bukan cara untuk kuatkuasakan undang-undang. Kalau boleh tangkap, tangkaplah," katanya. Dr Mahathir berkata tindakan Amerika Syarikat itu juga seperti manusia yang tidak bertamadun berikutan membunuh orang yang tidak bersenjata dan mayatnya “dikebumikan” di laut.

“Tidak semacam manusia bertamadun. Orang yang tidak bertamadun,” kata Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana itu selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Esei Yayasan Kepimpinan Perdana-MPH 2010 bertajuk "Nurturing The Minds of Future Leaders".

Selasa, 3 Mei 2011

Video Penjelasan Gambar Tipu Kematian Osama Bin Laden

Sebelum ini Belalang telah meletakan gambar dan sedikit info berkaitan gambar mayat Osama itu hanyalah satu hasil kerja menggunakan photoshop. Rujuk entry Belalang ini yang bertajuk 'Kematian Osama | Konspirasi AS Yang Kantoi?'.

Kali ini Belalang nak kongsikan video pula mengenai penipuan gambar tersebut. Sila lihat video dibawah ini -



Isnin, 2 Mei 2011

Kematian Osama | Konspirasi AS Yang Kantoi?

Tadi Belalang ada singgah di satu blog yang membuat kupasan mengenai kematian Osama Bin Laden. Agak bagus juga entry blogger ini. Katanya Kematian Osama adalah satu konspirasi Amerika Syarikat? Ye ke?

-------------------------------------


satu lagi persoalan, apakah benar Osama bin Laden ini wujud? atau hanyalah rekaan semata-mata? readers semua, wake up! jangan mudah tertipu. semua nie hanyalah propaganda pihak US. korang semua pun tahu kan, US tu kaki kelentong!


Osama bin Laden tu hanyalah watak rekaan US. semua, konspirasi US. mereka bertindak mengumumkan berita kematian Osama, sebab mereka dah ada target sebenar yang masih hidup, iaitu Muaamar Gadaffi. Osama ataupun Tim Osama nie sebenarnya adalah agen CIA dan matlamat beliau dilatih adalah untuk menimbulkan kekacauan di negara Islam. beliau dah lama meninggal, tapi nama beliau selalu diguna, seolah-olah masih hidup untuk mengabsahkan serangan tentera Barat ke kawasan umat Islam dengan memerangi pengganas. kalau korang pergi Afghanistan, tanyalah penduduk kat situ, takde sape pun yang kenal Osama bin Laden. malah, dorang sendiri tertanya-tanya dari manalah Osama nie datang.



Untuk membaca lanjut mengenai kupasan konspirasi tersebut, sila klik sini.

Akhirnya Osama Bin Laden Terkorban

Setelah hampir 10 tahun tentera Amerika memburu Osama Bin Laden, akhirnya hari ini Osama dilaporkan telah terkorban dalam satu serangan yang dilakukan oleh tentera Amerika.

Dibawah adalah petikan berita yang diambil dari sebuah akhbar online-

-------------------------------------


Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden maut dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan jenazahnya kini dilapor berada dalam simpanan AS, umum Presiden Barack Obama hari ini.


Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara itu di White House hari ini berkata, Osama terbunuh dalam satu operasi diketuai AS di Islamabad.


- Reuters
 
Blogged.my Web Statistics My Ping in TotalPing.com